Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, March 11, 2009

Tak Ada Apa-Apa...

Tanpa aku sedari....airmata aku mengalir ketika membaca coretan ini yang aku dapati dari email yang dikirim oleh seorang teman.

Tajuk email tersebut...

'Di Sebalik Ungkapan ...Tak ada apa-apa'

Pernah kah kita mendengar ibu kita mengungkapkan kata-kata tersebut? Pasti ada kan?

Dan sebagai ibu...aku juga sering menggunakan kata-kata itu.

Pada anak2...awasilah dan telitilah ungkapan ringkas itu...cari maksudnya...adakah 'tak ada apa-apa' itu benar2 dimaksudkan takde apa-apa...atau ada sesuatu yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut...

Seringkali kata-kata itu diucapkan dengan sengaja...tapi awas kalau ianya bernada merajuk...kerana rajuk seorang ibu itu...boleh menjadikan kita anak derhaka...nauzubillah!!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk renungan bersama...agar kita mendapat manafaat dari apa yang cuba disampaikan...


Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap. Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..!

Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami.

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya.

Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa?
Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu.

Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?"

"Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini." Emak menjawab.

Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa".

Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat.

"Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi.

"Tak ada apa-apa" Tingkah mama semula.

Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali
.
Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka. Kadang-kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang."

Saya terkedu.

Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?"

Mama mula menangis. Saya tunduk.

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga.Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa."

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, "Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!"

Saya menangis sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama.

"Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang."

Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat.

Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah.

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat.

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an.

"En Sabri, bulan depan telefon saya."

Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung.

Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon.

"En Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak.

Saya bagaikan berteka-teki dengannya.

Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai di kampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini.

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf
bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi nak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa
kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak."

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya.

Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak ker? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!"

Akhirnya dosa si anak diampunkan.

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul.

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya." An-Nisa':36


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

30 comments:

Kopi Suam said...

ibu kau lah ratu hatiku...

jagalah ibu kita dan hargailah mereka slagi hayat mereka masih ada

Tirana said...

Saya pun dapat jugak cerita ni..memang sayu rasa hati..lantas teringat pada ibu di kampung.

Anonymous said...

thanks for sharing this story...

Mamamanja said...

sayu..
mengingatkan mak kat umah

pB said...

hmm

Sya said...

Hari tu masa bawak keta aku doa.. bahawa kalau aku mati nanti aku tak nak sorang pun berdosa pd aku termasuk anak aku.. aku akan ampunkan dosa sume orang supaya nanti di akhirat aku tak menyusahkan orang lain terutama anak2 aku and kita sebagai emak pun kena selalu mengampunkan dosa anak kita even kalau masa tu kita terasa hati.. sian kan dia orang

Unknown said...

hmm..saya sendiri pun sebagai ibu, selalu juga mengungkapkan kata2 itu..'takde apa-apa' sedangkan sebenarnya hati dalam rajuk..

fahamlah kini semua ibu2 juga begitu bila berdepan dengan anakknya.

Sayu baca coretan ini...

sally said...

setiap kali ada kisah di sebalik wajah ibu, hati ku berlagu pilu.

oh bapak,
oh emak,

aku rindu..

Kak aNie, syurga di telapak kaki ibu.

Mak Su said...

kak anie, tak apalah

tak ada apa-apa.

Alina... said...

'ibu mithali..ibu yang sejati..'
'kasih sayangmu tetap di hati..'

'pengorbananmu di sanjung tinggi
'jasamu tetap di sanubari''

..kita nyanyikan lagu ni utk kak ani..hehehe..

SaDi said...

dulu masa sadi kecik... selalu jugak rasa ibu sadi terlalu mengongkong sadi....

hmmmm... tapi bila dah jadi ibu... baru laa sadi faham betapa besarnya pengorbanan ibu utk menjaga anak...

berbuat laa baik pada ibu selagi dia ada... dan sedekahkan laa surah yassin buatnya sekiranya dia sudah tiada...

Sastri said...

*tears* rindu laa kat mak... malam tadi baru sembang dengan dia... err... lebih kepada ngadu la pasal semalam tu...

minta dijauhkan kita semua dari jadi anak derhaka...

MrsMama said...

tetiba jer rasa rindu kat mak saya. Saya jarang balik sebab jauh tapi selang sehari mesti tepon tanya kabar. Baru jer cakap ngan dia semalam. Skrg walapon saya dah ada anak tapi saya masih peruntukan gaji saya untuk bagi pada dia tiap bulan. Jumlah yang saya bagi mungkin banyak pada orang lain tapi pengorbanan yang dia berikan pada saya tak ternilai dengan apa yang saya bagi dia tiap bulan tu.

ibundo said...

kakpah ada terbaca cerita ni. Sungguh menginsafkan.

Anonymous said...

ilah ada 1 cerita sedih... ada sorg ibu tidak pernah memelihara anak2nya sejak bercerai..tetapi bila anak2 dewasa dan dah bercucu si ibu tidak mahu membuka pintu rumah apatah lagi nak bermanja2...dgn anak2nya... cucu dihalau jika berkunjung, apakah dosa dan hukuman itu...tak kasihan ker kpd anak2 yg tidak jemu2 memujuk...sedangkan sudah 30thn lebih ibu itu becerai dan si ayah sudah meninggal 20thn yg lepas.. yg sedihnya kak si ibu itu menerima duit bulanan dr anak2 tanpa membuka pintu rumah... percaya atau tidak masih ada lagi kisah sebegini di zaman ini yg realiti terjadi...kesian si anak2 DAN CUCU2.dosa atau pahala syurga atau neraka ALLAH TENTUKANYA...

NONIE AZIZ said...

terus tingat kat mak saya...huhuhu

Zareda Norman said...

kak ani

thank you for sharing

bagi zar, kita sebagai ibu pun kena selalu ampunkan dosa anak anak. Sometimes sebagai manusia, anak anak terlepas laku, terlepas kata. Janagn mudah menghukum dan simpan dalam hati.

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

mungkin kita tak sedar bila kita sakitkan hati ibu tapi bila kita jadi ibu...betapa peritnye perasaan bila anak2 buat tak tau pasal ibu kan...

aNIe said...

KS...yang masih ada ibu...tunjukkanlah kasih sayang itu

-------------------------

Tirana....masa membaca ni hati jadi begitu sebak...sedih sebab takut kalau2 akak pun pernah terasa hati ngan anak2...cuma akak selalu doakan semoga dosa mereka diampunkan...

------------------------

Oren...sama-samalah kita menjadi insan yang lebih baik..

------------------------

mamamanja & PB...kita sama2 dah jadi ibu kan...jadi kita dpt rasakan apa yang dirasakan oleh kedua2 ibu tersebut...

-------------------------

Sya...aku ingin jadi macam arwah mak...dia jarang menyimpan perasaan merajuk pada kita kan? Dan dia sentiasa memaafkan kita...

-------------------------

Yus...samalah kita...tapi biar pun kita merajuk...harap2 kita takkan menyimpan rasa itu lama2...kerana anak2 perlukan kemaafan dari kita untuk menjalani hidup yang lebih aman...

-------------------------

Sally...andai masih ada ibu...maka luahkanlah rasa sayang pada mereka...

------------------------

silversarina said...

Bila dah jadi ibu dan anak2 dah besar2 memang saya sentiasa letak dalam hati yang saya akan ampunkan semua anak2 saya sekiranya mereka ada lakukan sebarang kesalahan pada saya kerana mereka adalah amanah saya, salah mereka adalah juga salah saya , kasih ibu dibawa ke syurga.

Kak Elle said...

thank u for sharing bersama ..betul tu kita jaga hati mak supaya jgn tersinggung.

Neeza Shahril said...

kadang2 ibu ni tak nak mengaku dia merajuk.. especially bila kita dah besar..
macam neeza sekarang ni, cakap aje dengan anak kalau merajuk.. tapi diorang pun bukan tahu apa lagi sebenarnya.. :)
mungkin kalau anak2 dah besar nanti, neeza pun mungkin akan sorok perasaan jugak...

Nong said...

Bahasa yang kasar adalah sesuatu yang tidak harus kita ungkapkan pada ibu yang membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Bak kata pepatah, kasih ibu sepanjang jalan, Kasih anak sepanjang galah…

Laracroft74 said...

malam2 macam ni baca cerita sedih..mmg rasa sayu... cuba anak2 kita buat macam tu...mesti kita pun rasa sedih jugak kan...

Anonymous said...

Semoga jadi teladan kepada kita semua, sesungguhnya janji Allah itu benar...antara perbuatan yang mendapat balasan dari Allah di atas dunia lagi adalah...derhaka kepada ibu bapa....

Yang baik dibalas baik begitu juga sebaliknya....semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang baik dan sentiasa di beri petunjuk dan hidayahNya...insyallah..

NJ@Goboklama said...

masyaallah....apalah dosa kita yg terselindung di balik hati ibu bapa kita ye? Harapnya ibu NJ tak ada simpan perasaan sebegitu terhadap anak-anaknya....

cikceriacorner said...

emmm..sedih la kak..selagi ibu ada kite kene berbakti..

CuTeMiUt78 said...

kita pun ada terima email pasal ni.. sedih kan.. tu la sayangi la ibu kita.. sebab ibu lah segalanya

Mama Rock said...

kak anie, tahnks for the reminder...memang selalu kita ni take for granted. i still have my mum, tapi abah dah pergi dulu...and i still terkilan, bila terfikir, i wish i could do more :(

aNIe said...

Maksu...merajuk ke tu...hehehe

-------------------------

Alina...hisshh!!! Menyanyi pulak budak ni...hehehe

-------------------------

Sadi...bila kita dah ada anak...barulah kita tau kenapa ibu kita besikap begitu pada kita dulu kan?

Al-Fatihah buat ibu2 yang telah pergi khas buat arwah ibu akak

-------------------------

Sas...sedih ye sas...lebih2 lagi untuk sas yang ibu nun jauh di sana...

-------------------------

Ma_suyinfiqah...bagi yang masih ada ibu..masih belum terlambat untuk berbakti...doa dari anak yang soleh & solehah itulah yang lebih berarti....

------------------------

Kak Pah...sedih kan...

------------------------

Larrr Ilah...macam tu punya mak pun ada ye...macam kita tak sampai hati nak buat camtu pada anak2...darah daging kita sendiri...

-----------------------

Nonie...masih ada banyak masa untuk nonie menunjukkan padanya kasih sayang nonie...

-----------------------

Zar...betul tu...akak pun dah bernekad untuk tidak merajuk pada anak2...tapi kadang2 hati kita...bukan dpt kita kawal...cuma kalau ada terasa merajuk tu...cepat2lah kita sedar dan ampunkan mereka andainya mereka ada mengguris hati kita

------------------------

nrina...betul tu...kadang2 kita sendiri tak perasan apa yang kita lakukan itu menyinggung perasaan mereka...

----------------------

Rina...apa yang rina tulis tu...memang benar...semoga kita akan lebih tabah dengan kelakuan dan tingkah laku anak2...dan semoga anak2 kita pandai menjaga hati kita...dan dijauhkan mereka dari menjadi anak yang derhaka...

--------------------

Kak...al-fatihah untuk ibu kita ye kak

--------------------

Neeza...kadang2 akak pun macam neeza...tak mau tunjuk kita ni merajuk...

--------------------

Kak Nong...bukan kata2 kasar aje kan kak nong...berkata 'AH' pada ibu pun dilarang...dan berdosa besar...anak2 kena faham tu...

Biar macam mana pun ibu mereka...mereka tetap ibu yang perlu dihormati dan disayang...dan jgn sesekali menderhaka dan bercakap kasar dengan mereka...

Betul kata pepatah tu...

----------------------

laracroft...doa kita agar bila anak2 besar nanti mereka akan menghormati dan menghargai kita sebagai ibu bapa mereka...

Jauhkanlah mereka dari menjadi insan yang derhaka...

---------------------

NJ...semoga apa yang kita takuti tidak akan menimpa kita dan keturunan kita...Ameen...

---------------------

ez...bagi yang masih ada ibu...berikanlah kasih sayang pada mereka...bukan wang ringgit yang mereka maukan...cuma kasih sayang kita

---------------------

Cutemiut...memang begitu mengesankan kedua kisah itu...

-------------------

Mamarock...masih belum terlambat untuk membalas budi ibu mama...tapi akak ni...sentiasa ada rasa terkilan...sebab ibu telah lama pergi...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails