Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 10, 2009

Hari Keluarga Subang Permai...

Hujung minggu lepas kami sekeluarga ke pantai Port Dickson. Aku, cik abang, Farhan dan Fareez aje. Ude tak dapat ikut sebab ke Kuantan untuk promosi filem Geng.

Kami ke sana untuk sama2 menyertai Hari Keluarga Penduduk Subang Permai...

Hanya ada 15 keluarga aje yang menyertai Hari Keluarga tersebut kerana ianya adalah khas untuk penduduk2 di lorong tempat kami tinggal.

Kami bertolak tengahari Hari Sabtu. Cik abang memandu dan aku sibuk mencari jawapan2 untuk Treasure Hunt yang disediakan....

Sampai ke Glory Beach hampir jam 3.00 ptg....


Gambar sikecil di hadapan Hotel tersebut. Orang begitu ramai di kaunter untuk mendaftar masuk. Maklumlah cuti...banyak syarikat2 yang mengadakan Hari Keluarga juga...


...pemandangan dari balkoni appartment tempat kami menginap...

Setelah mendaftar dan mengambil goody bags yang diberi...kami semua turun ke pantai untuk menyertai aktiviti2 yang disediakan....


Fareez yang memasuki berbagai2 acara....acara meniup belon sampai pecah dia mendapat tempat kedua....begitu juga dengan acara mencari gula dlm tepung..pun dapat tempat kedua...biar pun sampai muntah2 dia tertelan tepung tapi dia tetap teruskan bermain...seronok betul dia. Habis setiap acara...dia akan berlari masuk ke dalam air laut bersama kawan2nya.





...untuk acara orang dewasa pula...cik abang menang tempat pertama acara 'Mummy Mama'

...dan aku memenangi tempat pertama untuk acara 'Papa Clown' di mana aku dikehendaki menyolekkan cik abang dengan mata tertutup...biarpun dengan mata di tutup...cik abang masih cantik solekannya...hahahaha....


Malamnya...kami ada acara makan malam yang disediakan oleh pihak hotel dan penyampaian hadiah untuk mereka yang menang. Sambil makan ada pula cabutan nombor bertuah dan permainan 'charade'...aku dan famili mengaut banyak hadiah pada malam tu...hehehe


Inilah antara hadiah2 yang kami dapat...sebelum pulang keesokan harinya...anak2 puas bermandi manda di kolam renang....

Dan...keluarga aku diistiharkan...'Keluarga Terbaik' untuk Hari Keluarga tahun ini kerana...mendapat jawapan betul paling banyak untuk 'Treasure Hunt' dan memungut mata/markah paling banyak dlm acara sukan...boleh tahan jugak eh!

Untuk hadiah Keluarga Terbaik...kami dapat '5 pieces cooking pans'...biar pun hadiah2 yang diberikan pada mereka yang menang tak seberapa...tapi yang penting ialah sikap dan semangat kekeluargaan dan kejiranan yang dapat dipupuk melalui aktiviti yang disertai.

Seluruh keluarga dan mereka yang terlibat balik dengan riang dan penuh dengan kenangan manis.....






Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

24 comments:

~ yus ~ said...

wahh..seronok yer kak. Tahniah, menang 'Keluarga Terbaik'. Aktiviti seperti ini memang menyeronokkan di samping kita dapat berkumpul seisi keluarga kan kak.

Tahniah juga untuk Aeez, walaupun hanya tempat kedua.

Kak, gambar cik abang kene solek jadi 'papa clown' tuh tak leh letak sini yer...nak tengok ler..

Abang Long said...

Yang penting hati gembira. Dapat hadiah lagi gembira. Walaupun hadiah itu murah, tapi tak kisah.

HappyIrfa said...

salam kak lady..
TAHNIAH.dapat jd keluarga terbaik.
saya tahu sbb apa,sbb akak n family sporting..hehe.buleh elr share hadiah ngan saya

Intanaziela said...

seronok kalau jiran2 baik dgn kita, boleh buat xtvt dan sporting. jiran intan batang idung pun tak nampak kak..kalau kita kat luar dia lari masuk dalam...anti sosial..hihihi

Ummi365 said...

Kak anie, ummi dah dapat update dah. amboi bukan main lagi dia ya.. gelak tak ingat dunia hehehe.

sally said...

Anak-nak memang suka main air..dah biru kaki tangan masih tak ingat nak naik.

Wahhh..'keluarga terbaik' ehh. Tahniah-tahniah! Cik abang sporting yg best tuh.. hubby saya suka tengok jer..joint tanak.. hilang macho katanya..hehehehe

Mak Su said...

tahniah ek, utk yang menang-menang tu. lautnya cantik tak kat sinun?

kadok said...

tahniah kak..weekend yg sibuk ehhh...hehhee

^ez^ said...

seronok nye dgr cerita akak ni..byk hadiah lak tu.part yg plg best la kan.hehehe..

keluarga terbaik..tahniah =)

hihi..

Zareda Norman said...

kak ani

dapat 5 pices cooking pans ni lagilah ligat kak ani memasak kan...

CJ-alhafiz said...

woaa!!! bestnya kak join hari keluarga.... memang happy ka...??
apapun tahniah sebab menang keluarga terbaik...

NONIE AZIZ said...

wahhhh...baguslah ada kejiranan macamni...

Alina... said...

ohh.. best lah subang permai ada family days..bila agaknya bkt subang nk buat family day..lambat skit kot sbb atas bkt..hehehe..
ohhh.. wahhh... dpt di istiharkan pulak keluarga terbaik..
tahniah2!!!.memang patut dpt pun..
family kak ani kan sentiasa ceria n sporting....hehehe..

kakpah said...

Seronok bila dapat kumpul-kumpul gitu. Dapat kenal-kenal lebih mesra dengan jiran. Anak-anak pun seronok dapat main laut.
tahniah le dapat banyak hadiah.... Yang penting bukan harga tapi nilai di sebaliknya..
hmm.. bila la nak pegi pd ni. anak-anak dah bising ajak mandi laut.

Mama Rock said...

ha! tu dia...banyak nya presents!

aNIe said...

Yus memang seronok...lebih2 lagi kanak2...berlari ke sana ke mari diorang...


Gambar cik abang tu tak leh letak lah...hehehhee...ada misai...hahahha

Terima kasih...

--------------------------

Abang Long...yang penting semangat kejiranan tu...dpt menghabiskan masa bersama2 bertukar2 berita...hehehe

--------------------------

Irfa...hehehe...meh le kita makan keropok...banyaknya keropok...sampai kene bising ngan bebudak tu jgn makan banyak sangat jajan tu...

Trima kasih irfa...kerana ucap tahniah tu...

------------------------

Intan...ade jugak jiran camtu ye...nasib baik tempat akak ni semuanya baik2...

------------------------

Ummi...tu lah pasal...bukan main suka lagik...

------------------------

Tima kasih sally...tulah...bebudak ni kalau dpt main air...berendam berjam2 pun dia suka...

-----------------------

Mak su ...terima kasih...lautnya nak kata cantik idak le...

Pantainya nampak okay je...cuma sama macam pantai2 PD yang lain...

------------------------

Kadok ...thanks...

Hehehe...wekeend yang 'sibuk' beraktiviti....

------------------------

pinatbate said...

Tahniah untuk keluarga terbaik!

Kak Elle said...

anie and family kaut habis seme hadiah2 tu ye?tak bagi orang lain can nak menang....haha

bak sini sikit chocolate and keropok2 tu:)

Neeza Shahril said...

tahniah kak anie...
memang best menang ni. tak kiralah hadiah apa pun
yang paling berharga ialah title keluarga terbaik tu..

iina said...

Tahniah kak.. tahun depan leh kekalkan takhta kejuaraan heheheh.. :)

Zabs said...

Salam Anie,
Tahniah. Kalau jumpa Mummy Mama tu pada waktu malam, mau tak cukup tanah nak lari tu...

jalilah_jy said...

bestnya...bangga nya dgn akak ku ni. berapa byk pnya tahniah laaa.. jeles kita... tahun 2003-2006 ilah sekeluarga menetap di PD. puas juga laa mandi manda air laut. tapi tak merasa seperti akak sekeluarga. huhuhuhu. peluang yg ada tidak digunakan.yg jauh pula berkunjungan..jelesnyaaa...hehehe w apapun ilah juga ucapkan tahniah3

Mamamanja said...

bestnyaaaaa kak
manyak dapat adiah plak tuh

aNIe said...

^ez^ terima kasih...memang dpt banyak hadiah...best...

---------------------------

zar...ligat kalau cik abang ade je...kalau cik abang takde vitamin "M" banyak...hahahah

---------------------------

cj...dpt join hari keluarga memang best...yang penting kene sporting....baru lah meriah

---------------------------

Nonie ...meh ler dok sini...

--------------------------

Alina...tq..tq...hehehe...Nak makan jajan meh dtg sini...

--------------------------

Terima kasih Kak Pah...anak2 saya ni memang jarang dpt mandi laut...ayah dia tak suka...tapi kelmarin tu...sebab ramai yang ada...dia benarkan lah

-----------------------

mamarock...heheheh...yg seronok masa dpt present tu lah...

----------------------

pinatbate...thank u

---------------------

Kak elle...hehehe...dah bagi diorang tak jawab...kita le jawab...hehehe

--------------------

neeza...tak sangka pulang cik abang sporting masa tu...siap bagi akak makeupkan dia

--------------------

iina...hahaha...tu sudah mesti...thanks

-------------------

Zabs...ehehehe...tulah...cik abang membalut dengan kemas sekali...macam pocong jadinya...takle bergerak

------------------

Jaliyah...terima kasih...memang bila kita dah duduk kat sesuatu tempat tu...benda yang dah dilihat selalu dah tak jadi kegemaran lagi...bila dah jauh2 baru lah kita rindu kan ye...

------------------

mamamanja...hehehe...tq...banyak hadia bukan anak2 je suka...mak dia pun suka



-------------------------

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails