Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, March 5, 2009

Sabau aje lah....

Dah beberapa hari aku hangin dengan anak jiran belakang rumah aku ni...

Aku baik dengan mak dan neneknya yang aku panggil 'aunty'. Rasanya aku lebih banyak berbual dengan aunty di belakang rumah aku ni... berbanding dengan jiran2 sebelah menyebelah aku yang jarang bersua muka dengan aku.

Anak aku pula selalu bermain dengan abangnya Rishi...tapi dengan adiknya anak aku memang tak sebulu.

Pagar yang memisahkan rumah aku & aunty di belakang rumah ni agak rendah. Tapak rumah aunty lebih rendah...tapi kalau diletakkan kerusi memang mereka boleh memanjat pagar dah melompat masuk ke kawasan rumahku.

Itulah yang selalu dilakukan oleh Rishi tiap kali datang ke rumah untuk bermain dengan Fareez.

Bila Rishi datang...tentu adiknya akan datang juga. Aku sebenarnya tak kisah sangat sekiranya mereka bermain bersama-sama...cuma aku tak tahan dengan kenakalan Kav...adiknya (berusia dalam 6 tahun)

Beberapa hari lepas ketika aku sedang memasak...Fareez bersekolah...aku perasan ada kelibat kanak2 di belakang rumah...aku terus keluar dan melihat dia sedang memegang spray cat warna putih di tangannya yang aku letak dibelakang rumah. Habis basikal Farhan dispraynya putih...dan ketika itu aku lihat dia berada dekat dengan kereta Honda hitam cik abang...hati aku mula berdebar...takut kalau2 di'spray'nya kereta tu...mampuih mengamuk cik abang aku. Nasib baik aku sempat keluar kerana dia cuma sempat spray warna putih tu pada tiang garage aje.

Terdengar aku datang...dia cepat2 meletakkan tin spray dan berlari memanjat pagar pulang kerumahnya...aku tak sempat berkata apa-apa lagik.

Kelmarin...dia masuk lagi ke kawasan rumah aku bersendirian...aku berada di dapur ketika itu.

Aku terdengar macam2 bunyi dari belakang rumah. Bila aku ke belakang...aku lihat dia telah menolak basikal Farhan ke dalam longkang.

Kemudian aku lihat pasir dari tray litter kucing aku telah bertaburan bersama dengan najis2 kucing yang di simbahkan pada basikal Fareez...dan aku lihat dia sedang mengejar anak2 kucing tersebut dengan sebiji batu besar di tangan. Rupa-rupanya dia sudah pun membaling beberapa biji batu pada anak2 kucing aku....bukan batu kecik...tapi batu2 hampir sebesar penumbuk.


Aku terus keluar dan memanggilnya...

'Kav....don't disturb the kittens...'

'Why?'

'They will bite you...'

'If they bite me...i'll kill them...'

'Don't do that to the kittens...who pushed the bicycle into the drain?'

'Not me...i didn't do..'

'Then who...?'

'The kittens...'

'No...no...They are too small..'

'Not them...the big kitten...' sambil tangannya menunjukkan kepada seekor ibu kucing...

'No...she cannot push the big bicycle...you better go back...abang is not at home...abang is in school...wait I will tell your daddy ah!!....you are so naughty...'

Lalu dia pun terus berlari dan memanjat pagar...semasa di atas tembok pagar itu dia memandang aku sambil menunjukkan penumbuk....


Eiiiii....gerammmmmnya aku...!!!! Sabau ajelah...nasib baik dia cuma bebudak aje...

Tapi patut ke aku mengadu ngan aunty pasal cucu dia tu....?



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

51 comments:

Sastri said...

isk isk kak... nakalnya budak tuuuu... kena cakap la kak... takut nanti makin menjadi kenakalannya...

NONIE AZIZ said...

HAIYOOOOO...bertuah punya budak...kurang asam betul...tapi elok jugak kak bagi tau je kat nenek dia...kurang2 dia kasi amaran kat cucu dia...

CJ-alhafiz said...

ingat lagi dulu...cj sukaconteng dinding rumah ngan color pensel...
hahaha!!! just tell the aunty... bukan suh hukum dak tu..tapi tgk2 la slalu.. supaya tak terlepas ke umah kak anie....
hahaha!!! seb baik keta tu tak spray putih kak.. kalo cj pon mengamuk.
ngehehehe....

sally said...

kalau saya, dah lama saya cekak tangan dia sambil buat muka rimau..

Wajib bagitau kat mak dia, kalau tak nanti semakin nakal dia. Nenek biasanya sayang cucu lebih.

Tirana said...

Kak Anie...

Bagitahu aje kat mak dia.. Mungkin mak dia tak tahu kot dia buat macam tu..

hanimndroid said...

kuang asam!!
ps:kak, laju ek marah dlm english. klu sy dh marah, keluar la dialek nogori den. ehhehe...

Kak Elle said...

oh jahat dan nakal nya si Kav tu...agak baik juga kalau Anie bagi tau kat ibu/bapa nya...skg masih kecil ni lah baik kita mengajar nya mana yg betul dan mana yang salah...

macam mana nak sabao kalau budak tu nakal sangat!!!

pB said...

baik diadu...

bukan untuk mencari gaduh

takut lepas ni , lagi serius perkara yg dia buat , lagi payah

PINATBATE said...

tegur secara berhikmah lebih baik dari kita memendam rasa dan rosak harta benda..

Neeza Shahril said...

kalau neeza geram tu.. ada ke patut cat basikal anak orang..
cakap aje kat nenek dia kak anie..
diorang memang kena di ajar sikit..

^ez^ said...

hish..nakalnya budak tu.hish..mau kena cubit ni.

hehe..i think better akak bgtau mak or nenek dia..kot2 dia tak tau anak nye camtu..

kalau akak ada anak pompuan kecik sure da kena kaco ngan dia.hehehe

idahani said...

tak cakap salah, cakap kang takut makpaknya terasa hati dgn kita..

apa pun kak anie kena gak cakap..nak dibalun pun anak org..

anak manja kot dia nieh..

shafarina said...

Eii membaca cerita akak ni dah buat kita geram.

Baik bagitau la kak, tapi dgn cara paling lembut.

Jangan sampai jadi gaduh huhuhuhu

Mak Su said...

saya pernah kena, anak jiran tu dtg kat umah bawak marker time kami gi kerja, dan cakar kereta, kat bumper :(

lepas tu dia trus lari. mmg nakal ler :(

CuTeMiUt78 said...

oh..oh.. sungguh nakal itu budak.. kecik2 dah jd samseng erk.. kak, beritahu je kat mak dia.. mungkin mak dia tak tahu kot perangai dia.. suruh mak dia pantau2 skit karenah anak dia.. klu dibiarkan.. takut karang melarat tak tentu pasal plak

Ummi365 said...

kui kui kui.. manyak susah hati woh...cakap jelah kak ani tapi dengan cara lembutlah..

Alina... said...

kak ani.. ckp jer dgn parents dia..
kalau tak ckp.. biau kita ckpkan..hehehehe...

aNIe said...

Sas...memang rasa nak cakap je...tapi dia tu tak takut kat nenek dia...kalau diberitau kat ayah dia pulak akak takut...teruk budak tu dikerjakannya...sebab ayah dia tu panas baran

-----------------------

Nonie...ayoyo...memang susah tau...si nenek tu pun selalu kene jerkah ngan cucu dia tu...dia tak takut kat nenek dia...tapi at least kalau beritau nenek dia taulah jugak kan?

-----------------------

CJ...tulah...seb baik tak di spray kan putih 1 patch kat kereta tu...kalau tak...cik abang tu kalau mengamuk...semua kene....

----------------------

Sally...dia tak takut nenek dia tu...akak cuma nak bagi tau biar nenek dia tau setakat mana kenakalan cucu dia...

Geram kan...rasa nak...zap zap zap je...hahahha

--------------------

Tirana ...tulah...memang nak cakap dgn nenek dia...biar nenek dia tau kenakalan dia...tapi dia bukan takut pun nenek dia tu

--------------------

Wirawan Terulung said...

ni lar dia orang pompoan (<-- ayat pebret Wirawan terulung)

berdasarkan analisis yang di jalankan oleh Pahlawan Planet Zargus, cara yang paling sesuai utk mnyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut :-

1. belasah je budak tu cukup2....
2. kalo budak tu mengadu kat aunty tu, bitau lar yang anak kucen tu yang pukul...
3. kalo aunty tu kate kucen tu kecik & takkan bole pukul cucu dia....
4. cakaplar big kitten yang buat....

hohohoho....amacam?? ada berani mau buat? :p

Anonymous said...

sabarnya kakak aku ni.. kalu adikmu ni dah lama budak tu kena cubit...kak anie ilah nak beri pandangan..sebenarnya kenakalan dia disebabkan kak tak tunjuk garang yg segarang2nya... sebab dari pengalaman...budak mcm tu sebnarnya hati dia kecikkk. sekali jerkah dan cubit mesti dia takut...sebaiknya cover la kereta abg tu... ilah dah 18 tempat berpindah dah lali mcm2 kerenah...semalam pun ilah sound dgn sorg jiran tapi dgn cara baik...tapi dia degil..so ilah cakap terimakasih byk2 atas kedgilan dia..dia tu sorg perempuan..pegawai pula tu....tapi adab nya kurang..dah la amek laki org..mmg kurang....heeee geramnya..

zareda said...

kak ani

cuba buat muka rimau jadian kat depan budak tu... geramnya zar... Kalau tak jalan jugak muka rimau jadian tu baru report kat mak dia..

Nong said...

Piat je telinga dia sekali he he. Kena buat tembuk jangan bagi dia masuk kawasan rumah lagi...

aNIe said...

hanimndroid...heheheh...kene cakap omputih...sebab dia tak berapa paham cakap melayu...abih nak cakap India akak pulak tak pandai...hehehe

---------------------------

Tulah kak...dia memang nakal sgt...bukan sikit...hari tu ditebasnya bunya pokok mata kucing anie sampai gondol

Geraaammmmmm!!!

---------------------------

PB...tulah...akak memang nak adukan...nakal dia bukan sikit...melampau

--------------------------

Pinatbate...nak cakap tulah yang tak tau camaner nak mulakan...

-------------------------

Neeza...kalau ckp kat nenek dia...rasanya memang nenek dia marah...tapi budak tu tak takut nenek dia...akak tau sebab selalu nenek dia mengadu...

'Ayoyo...manyak jahatlah ini budak...kita ckp satu pun tamau dengar'

---------------------------

^ez^ kalaulah dia anak akak...memang dah kene dah...geram tau...

Kalau dia kaco anak pompuan akak...memang le nak kene...

------------------------

idahani...nak kata anak manja tak jugak...cuma dia tak takot kat orang lain...kecuali bapak dia...

--------------------------

Larrr...maksu...kalau dah kene camtu...nak cakap aper pun tak boleh dah...kan?...ye le...kita nak pukul pun anak orang....susah...

-------------------------

cutemiut...akak takut nanti kalau dah besar menjadi2...bahaya tu...kita duduk berjiran dgn dia pulak tu...

--------------------------

Tulah ina...memang nak cakap...tapi nak mulakan tu ada kelu lidah untuk berkata...

-------------------------

Alina...nanti kau dtg sini kau cakap kat aunty tu eh...hehehe

Cat Cat said...

Kak Lady,
Next time, pegang aje rotan & tunjuk kat dia... Kasik dia takut sama Kak Lady... Yelah, muka Kak Lady pun jenis yang lembut, ayu... Cuba tunjuk muka garang sikit - cam Harimau... Hehe.

kakpah said...

Yang nakal tidak boleh dibalas dengan kenakalan juga. Apa kata anie bawa dia masuk dapur sekali, bagi dia sandwich ke dan minum ringan sikit. Masa dia makan-makan dan minum tu, slow talk dia sekali. Bagitau yang dia buat tu salah. Mana tau dia boleh jadi baik.

Kalau tak jalan juga, hehe.. bagitau je yang pagar tu you nak letak letrik ngeh..ngeh..

yuka said...

hrmmm memang patut sangat la akak bgtao nenek dia tu takut makin menjadi-jadi pulak kenakalan dia tu pastu dalam masa yng sama akak garang2 la sikit dengan dia.....

xillix axillixa said...

ngadu je kat aunty tuh... tp ckp baik baik...

iina said...

Eloklah cakap .. lepas tuh kak eloklah buat something kat pagar tuh.. supaya dia tak leh pjt dgn mudah gitu yelah kdg2 kan mana nak perasan dia masuk n panjat pagar nak2 pulak time org takde ;)

~ yus ~ said...

yus setuju dengan pendekatan kakpah. Cuba cara halus dulu kak. Sebab biasa ada sebab dia jadi macam tuh. Kalau tak berjaya baru adukan pada neneknya. Cuma kalau nak cuba cara nih, akaklah yang kena berwaspada selalu waktu bila dia masuk rumah akak tuh.

Kopi Suam said...

budak2 macam ni cerdik kak lady..jadi the best way to tackle is dengan cara kita berlembut dengan dia...buat2 baik buat2 mesra...then slow talk...type2 ni kalau lagi kita larang lagi diorang buat....kalau lagi garang lagi depa melawan...heeh hehe

jalilah_jy said...

seronok nya ilah tgok komen2 disini.. pasal budak tak mkn saman tu..sampai tergelak juga membacanya..tapi semua tu boleh kak cuba.. manatau salah satu berkesan. tapi mcm ilah cerita pegawai wanita yg degil tu... susah...sbb dah tua.. kanak2 masih mentah senang nak lentur...

Ida said...

Kak Ani,

Sembang cara berhemah dengan aunty tu.. tak pun masa mak Kav dan nenek dia ada sembang2 .. ala ala tunjuk la apa jadi ngan basikal tu ke.. or apa2 la yang dah dibuat dek Kav tu kan.. pas tu boleh buat modal sembang pasal budak yang tak makan saman tu..

P/S: Sikap anak2 dari cara didikan ibu bapa juga.. nampak la ibubapanya tak control budak ni. Kalau Ida, gerenti dah kena kuti dah anak kalau dia buat camtu

Mamamanja said...

mak aiii... memang nakal amat tu kak. kalo MM pun mau hangin dibuatnya. elok adu jerk kat keluarganya.. takut nanti lagi teruk dibuatnya..

aNIe said...

Wirawan Terulung...hahahaha....mau golek2 akak baca komen wirawan tu....adoiyai...

------------------------

Anon ila..akak ni sebenarnya memang tak garang...paling2 pun akak berleter aje...atau pun jerit...tapi tak lah garang...yang kene jerit selalu pun anak2 kat umah ni...cik abang pun cakap....sore dah macam petir tunggal...hahahhaa

Tulah...nanti nak kene beritau nenek dia tu...tak boleh jadi...

------------------------

zar...kalau akak buat muka rimau...jadi rimau lawak...hahahaha...

------------------------

Kak Nong...memang rasa nak piat aje...

Tembok tu ada cuma tak cukup tinggi je...

-------------------------

Cat cat...nanti jadi muka Harimau ayu...hahahaha

------------------------

Kak Pah...dulu anak anie yang sulong tu pun camtu...tak boleh berkeras dengan dia...lagi kita keras lagik dia melawan...tapi kalau cakap bebaik dia mengikut aje...mungkin nak kene cuba cara kak pah tu lah...mana le tau kan?

Hahaha...nak gelak ayat di akhir komen tu...

-----------------------

Yuka...bab nak garang tu yang tak pandai...memang tak boleh jadi garang lah...

Memang nak beritau nenek dia...tapi tu lah...2-3 hari ni lom nampak kelibat nenek dia...

---------------------

xillix...memang kene cakap bebaik takut nanti dia terasa hati jadi tak sedap pulak...kita kan berjiran

---------------------

iina...memang dah plan kalau jadi beli rumah ni...nak renovate & tinggi kan pagar tu...sebab bahaya...dulu ada orang pecah rumah aunty...lari ikut halaman rumah akak

----------------------

Yus...memang 2-3 hari ni akak peka pada keadaan sekeliling...hehehe...mana le tau dengar macam2 bunyi ke kat luar...memang pasti dia...

---------------------

KS...rasanya betul lah...sebab selalunya budak yang macam ni dia cerdik...aktif...mungkin sebab akak marah dia tu yang dia melawan nak tumbuk akak tu...

Takpe...nanti akak jumpa dia akak cuba berlembut...

-------------------------

Ila...akak dah agak anon tu ila...heheheh...

Dah tua tu dah jadi rebong...silap2 disebatnya muka kita balik

-------------------------

Ida...akak rasa memang mak dia tak dpt nak kontrol dia...yang boleh kontrol ayah dia aje...tapi memang dia main tangan ajelah...melolong2 budak tu selalu kalau akak dengar dibantainya budak tu...kesian jugak kalau dengar.

Tulah...nanti masa sembang2 boleh lah selit2kan cerita kenakalan dia tu...sebab takmo lah menyinggung perasaan dia...maklumlah...dia mungkin anggap budak tu kecik lagi....

Masy said...

mak aihh ni anak org ke anak setan ni hahahahhhahhah

lenkali spray sket kat muka dia kasik putih gak. heyy klu sy ni mmg dah kene sedas ni grrrrrrrrrrrrrrr

Intanaziela said...

kak, kasi tau je kat nenek dia..buatnya lepas ni dia calarkan kete honda hubby kak anie cam ne? tak ke haru...

Ayah said...

punya la ulau punya budak...

NaniRostam said...

Selamat berkenalan..... saya perempuan yang jual aiskrim depan sekolah tu.....


Jangan bagi tahu their parents....dah berlaku pada saya tahun lepas, perkara yang sama....

At the end of the day....kita yang nampak buruk...or mungkin dia orang rasa malu...so dia orang malas nak rapat dengan kita....

Kalau you nampak.... you marah saja budak-budak tu....dia tak akan berani mengadu pada their parents sebab dia orang yang sangat nakal...


I pun tak sangka, budak-budak bandar, mak bapak educated tapi nakalnya mengalahkan budak-budak kampung...aduh....

ez said...

akak..sy bace pon sy jadi geram..akak ckp aje kat mak n nenek dia..kene tego gak..bdk2 dr kecikla kene tego kak..kalo x nanti teruk la jadinya..

tulipurple said...

adoiiii...manyak geram baca laa,itu budak pelan2 amaran juga kasilah sis...byk2 istighfar ye sis,moga dpt cari penyelesaian yg terbaik.
deyyyy thambi....sendirik umah juga sembur lah...hehe--->dok imagine 'harimau ayu' tgh cekak pinggang..haha

RaFFLeSiA MeRaH said...

kak....beritau ajer la kak pada aunty tuuu...memang melampau dah budak tu kak....

aNIe said...

Mamamanja...ntahlah...dah berhari2 tak nampak plak aunty tu...rasanya nak repot pada dia pun citer dah basi...rasanya dia pun takut nak dtg dah...

-------------------------

Masy....hahahah....gelak akak bila masy kata nak spray muka dia...adoiiii...nanti jadi pelakon mimos plak dia tu...

--------------------------

Intan...huhuhu...tu yang akak takut tu...calar satu hal..akak takut diamiknya batu tu di baling kat cermin kereta lagik haru...

---------------------------

ayah...heheheh....tu lah pasal...helah dia tu macam ulau

--------------------------

Salam nani...

Kelmarin ada saya masuk blog nani...tapi puas membaca cerita Hanis Zalika yang ada gambar kucing2 dia yang comel...

Tak sempat pulak nak tinggal komen...

Tapi...hari2 kalau ambil anak saya kat sekolah mesti jengah nani yg sibuk berniaga...sayangnya saya selalu tak sempat nak membeli eskrim...abis selalu...

Terima kasih atas nasihat yang nani berikan...Yelah...nani dah terkena kan...tentu nani lebih tau...

Tulah...geram tgk budak2 bandar yang di'spoit'kan oleh ibu bapa mereka...

-----------------------

Ez...memang anak2 dari kecil kitalah yang kene tegor apa yang salah...kalau anak akak memang akak nak 'pang' kan sekali...hehehhe

-----------------------

Tulah tulip...sendiri rumah kasi spray lah..hahahha


Harimau ayu tu mengada-ngada nak tunjuk kecomelan dia...hahahaha

-----------------------

Rafflesia...yg geram akak tu siap dia nak bagi penumbuk...eiii
-----------------------

© Opah De said...

Ayoyo... sakitnya hatiku mendengar ceritanya. Baru 6 tahun dah tunjuk samseng. Dah besar nanti agaknya, nak jadi apa? Haiii... kena tinggikan pagar tu kak... kalau tidak... tak tahulah teman.

AZWA said...

memang dalam buah delima betul kak anie kan..nak bagitau kat mak neneknya takut bermasam muka pulak..disimpan kita pulak terseksa jiwa raga. kena slow talk juga la kak..klu tak banyak lagi reta benda kita dirosakkannya.

KV said...

teruk jugak tahap kenakalan dia. Ka, cuba sambil borak2 tu wat2 bergurau ngan nenek dia pasal dia dk sembur2 cat putih tu. Kut takdelah nenek dia kecik ati kan. Tp entah lah, kita nak sgt jag aperasaan org tapi brg kita lak yg rosak abih. Huhu

Abang Long said...

MESTI beritahu kepada penjaganya.

Itu saja jalan yang ada.

LED said...

kak Elle ni,

klu saya suh mak ayah dia sental dia depan, kasi ajar budak tu cukup2.dah besar jdik setan.bebudak sgtak leh nk dimnja kan.kena ajar beetul.dah tak leh pakai lagi dah penedekatan psikolgi-psikologi ni.tu sumer doktrin yahudi.

aNIe said...

OD cayang...tulah pasal...memang sakit hati...tapi disebabkan dah kene jerkah dengan akak hari tu...sampai sekarang tak nampak dia melompat pagar tu lagik....

------------------------------

Azwa...tulah pasal...akak rasa dia tak berani dtg lagik kot...sebab sejak hari kene marah tu tak nampak lagi dia menyeberang ke mari...harap2 dia tau yang akak marah kat dia...

----------------------------

KV...memang nak cakap kat mak atau nenek dia...tapi dah berhari2 tak nampak neneknya ke belakang...mungkin tak sihat kot...

---------------------------

Abang Long...betul tu..

---------------------------

Led...memang nak beritau pun...geram tu...

HappyIrfa said...

eeee nakalnya.kalau saya,dah lama saya repot kat mak ayah dia.kecik2 dah nakal suka menjahanamkan reta benda org.besar nanti tah apa lagi perangainya..nauzubillah

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

tinggikan je pagar rumah...supaya diorg tak leh masuk lagi..

susah kalau kita mengadu nanti gado lak..pasal budak2..kita tak bertegur jiran nanti...

aNIe said...

Irfa...memang pun kalau kitorang beli rumah ni...nak tinggikan paar tu...bahaya

---------------------------

nrina...tulah pasal...dah beberapa hari ni tak nampak kelibat dia...agaknya dia takut dah kene jerkah

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails