Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, March 2, 2009

Celoteh si Kecik...

Cik abang aku kalau ada di sini dia memang suka menyakat si kecik...

Si kecik ni pulak kalau ayah dia ada memang tahap kecemburuan dia pada ayahnya berlebihan.

Kelmarin aku dah belikan dia double decker untuk dia dan abangnya Farhan. Dia cuma tidur 2-3 hari aje....maklumlah kanak2...dpt benda baru memang tak sabar2 nak mencuba....lepas beberapa hari dia mula merengek nak tidur dengan aku semula.

'Ibu....Aeez nak tidur dgn ibu malam ni tau...'

'Eh!! ayah kan dah belikan katil. Kalau Aeez nak tidur dgn ibu lagi buat apa ayah belikan katil untuk Aeez...'

'Alah ibu ni....nak tidur dengan ibu pun tak boleh...ibu memang tak sayangkan Aeez...' mula nak merajuk dah tu

'Bukan ibu tak sayang...tapi kenapa Aeez nak tidur dgn ibu?'

'Ye ler...Aeez nak peluk2 ibu...dah lama Aeez tak peluk ibu tau'


Hmmmm....Rasanya baru 2-3 hari je dia tidur atas katil tu...bila pulak lamanya.

Jadi buat masa ni dah beberapa malam Aeez tidur dengan aku & ayahnya luar di ruang tamu....

Bila ditanya bila dia nak mula tidur atas katil dia tu ...dia akan jawab...

'Hmmm....sampai bulan Mac kot...'

Dah masuk bulan Mac...

'Sampai ujung bulan Mac nanti Aeez tidur kat katil Aeez...'

'Larrr...dah sampai ujung bulan pulak...?'

'Eh!! Sampai 11 haribulan April...lepas ari jadi Aeez...kan Aeez dan besar nanti...'

'Hmmm....ye lah tu...'


Bila dia tidur dengan aku dan ayahnya...maka puaslah ayahnya dpt mencium pipinya. Bukan senang ayahnya nak mencium dia ...sebab dia tak benarkan...cuma aku aje yang dibenarkan mencium dia pada bila2 masa dan tak kira dlm apa jua keadaan.

'Aeez tak sayang ayah ke...?'

'Sayang...'

'Abih...kenapa ayah nak cium tak boleh?'

'Aeez tak suka lah...'

'Tapi ibu boleh pulak...memang Aeez tak sayang ayah..'

'Siapa kata Aeez tak sayang. Aeez sayang ayah tapi....Aeez sayang ibu lebih...'

'Ohhh...kau sayang ibu lebih eh...'

'Ye....Aeez sayang ayah macam ni....' sambil mendepakan tangannya menunjukkan banyak mana sayang dia pada ayahnya....ayahnya cuma tersenyum...

'Tapi...Aeez sayang ibu macam ni...' mendepakan tangannya lebih dari tadi...

Ayah dia terkekek kekek ketawa....

'Tak pelah...nanti ayah kawin lain...dapat anak nanti tentu dia sayang ayah lebih...'

'Kawin le...ayah ingat ayah muda...uban dah le banyak...'

'Takpe...nanti ayah nak tackle Ustazah Hidayah Aeez tu...' (masih ingat tak Ustazah Hidayah yang menjadi kesayangan Aeez yg pernah aku ceritakan dulu....)

'Ustazah Hidayah dah kawin lah...dia dah ada 2 cincin satu cincin tunang...satu cincin kawin...'

'Eh!! Cincin tu dulu ayah le yang bagi...'

'Mana ada...? Ayah gatal eh?'

Aku yang mendengar dari tadi...terus menyampuk...

'Aeez kata nak ayah belikan laptop...kalau Aeez tak sayang ayah nanti ayah kawin dengan Ustazah tu...ayah belikan dia laptop...'

'Eleh....kalau ayah belikan dia laptop...Aeez pegi rumah dia...Aeez pecahkan laptop tu...'

'Eh Aeez!! Ustazah tu tinggal kat mana?'

'Dia tinggal kat seksyen 6...'

'Ohh...nanti ayah nak ajak dia pergi dating lah.'

Fareez terus mendekati aku sambil berbisik...

'Aeez tipukan ayah...Ustazah bukan tinggal kat Seksyen 6...tapi kat Jalan 6...hehehhe' tersengeh2 dia memikirkan helah dia dengan memberikan alamat yang salah.


Semasa ayahnya menghantar dia ke Pusat Tusyen...ayahnya terpandang guru tusyen dia yang masih muda...

'Aeez...siapa tu...?'

'Teacher Aeez....Ms Ho...'

'Wah!! cantik dia lah...nanti ayah nak tackle dia...' cik abang ni tak habis2 nak menyakat dia lagi...

'Eleh...dia muda...ayah dah tua...' dengan nada mengejek...

'Siapa kata ayah tua...?'

'Ye...uban pun dah banyak....cikgu tu cantik...ayah dah le tak hensem'

'Siapa kata ayah tak hensem?'

'Aeez le...'

'Cuba tanya ibu....ayah hensem ke tak?'

'Kalau tanya ibu mesti ler ibu kata ayah hensem...'

'Apsal pulak ?'

'Sebab ayah kan suami ibu...mestilah ibu kata hensem...'



Hehehe...Logik jugak apa yang dia cakap kan?..suami kita mestilah kita kata hensem...kalau tak takkan le kita kawin dengan dia...

Aeez...aeez...ada aje celotehnya yang membuatkan aku dan cik abang terhibur...






...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

41 comments:

Memey Anuar said...

sedap betul berlawan ckp dgn aeez ni hehe

kering idea dibuatnya kan :)

ibu, ayah hensem x? hehehe
mesti la hensem, kan?:D

AZWA said...

petah betul aeez nie bercakap ek...pandai plak jeles kat ayah dia tu..hehehe

kesian kat cik abang kena tido ruang tamu pulak huhuhuhu

CJ-alhafiz said...

hmm...such a cute boy..dak fareez tu
cj doakan family kak anie gembira n happy selalu...
fareez membesar dalam environment yg bagus..
insyaAllah jadi anak yg bijak n berbakti kat Kak Anie and suami. InsyaAllah...

ez said...

hehehe..akak..bijaknya aeez ni..kelako la kak..mesti rumah akak meriah dengar celoteh aeez..hehheh

Mak Su said...

sian kat aeez, ayahnya kuat menyakat ek. tapi sekarang ler time nak menyakat anak, nanti bila anak dah besar, dah jauh, kita sakat sesama kita ler ek. eh,.. ai ngan kak anie sakat-menyakat. oops!

^ez^ said...

hehehe...comel la aeez ni. seronok layan keletah dia..ez yg membaca pun cam terhibur sama.. (^o^)

zino said...

si hazwan tu pun dah puas pujuk suruh tidur di bilik alang.. tak mau dia hehe..

MULAN said...

anak2 saya tido dlm bilik depa, tapi standard tengah malam lompat ke bilik kami. nak halau kesian lak sbb kecik lagi..

Kak Elle said...

Anie dgn Aeez ni susah nak kalah kan ada aje jawapan dia....hehe

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. ada2 je tau aeez ni.. celoteh anak2 tu kan penghibur kak

Neeza Shahril said...

hehehe.. lawak betul Aeez ni..
budak-budak ni kan kak.. dia ingat kalau dia buat helah tu mesti jadi punyalah.. hehehe..

kakpah said...

keletah si kecil. Konon ayah yang nak menyakat. Nampak gaya anak yang menyakat ayah...

iina said...

lagak dia wah bukan main kan kak.. buat penyejuk hati dan bekal utk menyakat

ILA said...

Dialog yg menarik kak...Walau nanti Aeez dah remaja sekalipun..& still jadi anak bongsu..dia kena hadapi juga dakapan dari ibu bapa mereka.
entah mgapa..secara peribadi..bau anak bongsu ni mcm bau baby lagi..tuii takk??

pssstt..saya dah melihat wajah akak yg sebenarnya..itu pun terinsiden..hehehekk

lalalalalalalala:P

Ummi365 said...

kak anie, aeeez kan baby lagi. sama je dgn ilan. sekarang dia cucu bongsu, atuk ngan nenek suka gomol dia. dahlah sekarang hari2 duduk rumah atok kan. ermmm spoilt habis..

Ida said...

Selalunya si ibu yang amat payah nak "melepaskan" anak tido sendirian.. selalunya si anak yang tak sabar2 nak lepas dari kekangan "ketiak" mak..

Macam my daughter, now dia dah tidur balik kat katil dia sendiri.. I miss kissing her in the middle of the night bila dia "berkungfu" hogging the bed..

sya said...

Nanti aku nak tanya dia hensem ke ayah dia tu.. he he he mesti dia kata tak hensem

Zareda Norman said...

kak ani

gitulah anak anak ni, makin dia sekolah dan ramai kawan, macam macam dia belajar.. heheh

cik hubby pun selalu nyakat Ika 'babah ada awek lain' Ika punya jeling, macam nak telan abah dia tu.. ehheh

HappyIrfa said...

adui..jeles betul aaez ngan ayah dia yer..

Alina... said...

EEEiiii kak ani...keletah betul si fareez ni...

ada jer jawapan dia... hehehehe...

NONIE AZIZ said...

dah terbayang cute dia kak...

aNIe said...

Memey...kalau le kita kata cik abang kita tu tak ensem...mau perang dunia nanti...hahaha...merajuk cik abang tu...

--------------------------

Azwa...masa belum beli katil bertingkat tu...akak dan anak2 memang suka tidur depan TV di ruang tamu...syok...luas...hehehe

---------------------------

Salam CJ-alhafiz...

Terima kasih...semoga apa yang didoakan untuk akak & famili akan terkabul...

--------------------------

ez...memang meriah...bila akak bersama dia atau pun dia ngan ayahnya memang meriah...cuba lah sakat dia dah tentu apa2 aje yang keluar dari mulut dia...

-----------------------

Maksu...tengah macam tu memang sedap menyakat...sebab apa yang keluar dari mulut dia tu kadang tak kita jangkakan...

Tu..ayah dia asyik menyakat...silap2 gatal yg kena...hehehe

----------------------------

^ez^...bila menyakat dia tu siap ajelah aper yang akan keluar dari mulut dia tu...

----------------------------

zino agaknya memang anak bongsu macam tu lah...

---------------------------

Mulan...hehehe....mungkin sebab diorang tu kecik lagik kan? Tapi kita pun seronok kalau diorang tidor ngan kita...dpt peluk2...cium2...

---------------------------

aNIe said...

Kak...memang susah nak kalahkan cakap dia tu...bagi dia ...apa yang dia cakap tu betul...tapi memang betul jugak kan?

-------------------------

Cutemiut...tu lah...dah dia aje yang kecik kat rumah tu...yang lain dah besar nak sakat pun tak syok...hehehe

-----------------------

Neeza...tu lah...pandai pulak dia kenakan ayah dia tu...panjang pulak akalnya...

-----------------------

Kak pah tulah...balik2 ayah dia yang kena...hahahah

----------------------

iina...bila dgn dia...melayan dia bercakap memang sejuk hati...sebab boleh gelak golek2 lagik

----------------------

ila...tulah...masih sedap menggomol dan mencium2 pipi dia...betul tu ...macam baby aje...

Psst!! tengok kat maner?...hehehhe

-----------------------

Wah!! Ummi syok le dia dimanjakan atuk & nenek dia...cucu bongsu ...pengubat hati yang sepi tau...

Heheheh...beruntung Ilan...akak pun tengok pipi dia tu geram tau...

---------------------

Ida...bila anak2 dah boleh tidur sendiri...memang rindu nak memeluk dan mencium dia.

Rasa tak puas2 cium diorang tu...

---------------------

Sya...hahaha...kau dah tau jawapan dia tu

---------------------

Zar...cik abang cik abang kita tu nanti dgn anak2 diorang tak boleh nak cakap aper dah....tulah...jelingan anak dah tak tahan...tu belum jelingan mak dia lagik...hehehee

------------------------

Irfa...sekarang ni anak2 yang lebih jelesnya...

---------------------

Alina...hahahah...kau macam tak tau si Fareez tu...pandai bercakap macam abang dia Farhan masa kecik kan?

-------------------------

Nonie...hehehe...dgn cermin mata tu dia dah macam datok2...

----------------------

maklang said...

cam baca cerita sendiri aje kak...hakim baru semalam cakap...I love you buat not your suami.. ( tak dpt dia cari word suami in english tu apa...)..sebab kena sakat dengan abah dialah tu..he..he..

Intanaziela said...

hahahhaha gelak intan baca entry kak anie...cam gitu la budak2 sekarang..cerdiknya lain macam... :P

MAMAMIA said...

Manjanya si Aeez ni...

Ayahnya pun suka menyakat.

en_me said...

aeez nak adek lagikk tewwww.. ehehe, larikkks

Masy said...

heheheh manja ni.. :)

Diyanazman said...

hehehhee! geli hati saya baca entry ni! sweet sangat si Aeez tu!!

siap tipu alamat lagi hehehhee!!! jgn Aeez nak ngorat Teacher pulak nanti! hehe

Little Angel said...

salam..
jom singgah ke online shop kami:
http://cute-littleangels.blogspot.com
banyak pilihan baju baby n kanak2..branded..berkualiti..harga pun ok..pelanggan terawal akan mendapat diskaun istimewa!!

Ayah said...

si kenit ni boleh jadi loyar la.. boleh lawan Karpal Singh

zue said...

sama je dgn anak zue...nak menyelit kat kita.
suruh tido dgn kakak dia x mahu...tido bilik sendiri takut pulak tu.

knape aik anak2 tak nak cium dgn ayah.

p/s: cik abg selalu kata sempitlah...padahal ada maksud.

Zek Zek said...

Hahahha...macam macam telatah si Aezz ni. Cheeky betul!...

Mummy Rizq said...

aeez tu sama cam rizq.. kalau saya nak cium & peluk anytime bleh.. kalau daddy dia... punya lah susah nak kiss2 & hug2 dia.. abis ditolak tolaknya daddy dia tu!

Mamamanja said...

keluarga yang ceria...

sama la perangai aeez ngan qina. jenuh pujuk tido kat bilik sendiri xmaunya huhuhu

sally said...

hasben sendiri mestila ensem kan kak aNie,

Biasa la yg bungsu memang terlebih manja dan mengada-ngada nya..hehehe

aNIe said...

Maklang..hahahah...anak2 kita yang bongsu tu sama aje...manja dengan mak diorang berlebih2an...sampai kadang merajuk jadinya cik abang tu

--------------------------

Intan...cara2 dia bercakap macam orang2 tua....

--------------------------

mamamia...tulah...disebabkan suka menyakat dia macam2 dicakapnya ayahnya tu...

-------------------------

en_em...heheheh....dah terlambat....takmo dah...!!!

-------------------------

Masy...dia memang mengada-ngada...kalau nak tido dia peluk kita macamlah tak berjumpa berhari...hehehe

---------------------------

Diyana...

Memang dia sayang sgt kat Ustazah dia tu...kalau ustazah dia cakap dia comel...amboi...berhari2 dia menyebutnya...tak tido malam dibuatnya...

-----------------------------

Little angel...terima kasih...

----------------------------

Ayah...Hahahah...tulah...boleh kalah kalau lawan bercakap dengannya...macam loyar buruk...

---------------------------

Zue...anak akak kata...dia geli misai ayah dia...tu sebab dia takmo ayah dia cium dia...

Hahahah....cik abang kita memang selalu ada maksud lain tau...

--------------------------

Zek zek...tulah...ada aje telatah dia yg mencuit hati...

-------------------------

Mummy rizq...hahaha...dapat akak bayangkan bila dia menolak ayah dia...kalau nak paksa dia cium ...mesti ada upah...

-----------------------

Mamamanja...tulah...kalau dibiarkan sampai bila pun nak tidor berpeluk dengan ibunya

----------------------

Sally...kalau le kita cakap dia tak ensem....perang dunia nanti...hahahhaha

shafarina said...

hihihi

kelakarlah anak anak ni.. keletah sungguh

© Opah De said...

Kak... suka masa dia tipu ayah dia tu... ha ha ha... sabar aje aku. Agaknya, selama ni dia rasa ayah dia tu rival dia ek?

aNIe said...

Shafarina ...tulah...gelihati dibuatnya

---------------------

OD...memang pun dia rasa ayah dia tu rival...sama2 nak rebut ibu dia heheheh....

shyra@lambang kekuatanku.... said...

hye..salam perkenalan.....http://suhaira87.blogspot.com

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails