Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 31, 2009

Anak Kucing Lagi...

Beberapa minggu lalu...ada seekor kucing tua...duduk mengiau ngiau dia depan pintu dapur aku...kesian aku tengok...dah lah tua...sarat mengandung pulak tu...

Membawa dirinya aku rasa dia tak larat...lebih2 lagi membawa perut dia yang dah besar tu...

Tak sampai hati aku tengok...jadi aku selalu bagi dia sedikit makanan...yelah...dia mengandung mesti dia kuat makan....

Satu hari aku cakap kat Ude...

'Ude kau nampak tak kucing tu...kesian kan...dah le tua...mengandung pulak tu...ibu tengok dia macam tak larat nak berjalan.'

'Tulah ibu...Ude pun kesian tengok dia...tapi tulah...dia yang gatal...dah tua2 mengandung...'

'Eiii...tak baik kau tau...dia bukan menggatal lah...'

'Abih...?'

'Dia kene rogollah...'

Ude ketawa berdekah2....

'Apalah ibu ni...'

'Yelah dah tua camtu...nak menggatal apa nya...tapi biasalah kucing jantan...mana tau orang tu tua ke idak...binatanglah katakan....'

'Ada2 ajelah ibu ni....'



Tadi...semasa aku mencari fail2 lama cik abang dlm stor....bila aku bukak aje pintu...

Waaahhhh!!!!...si kucing tu dah beranak...ada 4 ekor anaknya dalam stor tu.

Aku memang dah takmo pelihara anak kucing lagik...sebab yang dua ekor kat rumah ni pun tak menahan aku nak menjaganya dari mengacau cik abang aku. Asalkan diorang masuk rumah aje aku terpaksa pastikan diorang tak mengacau kaki cik abang ... jadi aku terpaksa berwaspada selalu...kerana silap2...kalau diorang kacau cik abang...aku yang kena...tak pasal2 nanti kena hantar diorang pergi jauh2...huhuhu...aku tak sanggup...aku sayang diorang...

Tentang anak2 kucing yang baru lahir ni...terpaksalah aku biarkan dulu...sebab tak sampai hati rasanya nak menghantar mereka ke tempat lain.

Buat masa ni...aku masih memberi ibunya makan...maklumlah dia masih dalam pantang...aku harap dia akan mengalihkan anak2nya tidak lama lagi...sebab kalau cik abang nampak diorang dlm stor nanti bising dia...





Tengok tu comelnya anak2nya...kalau ikutkan aku & Ude...memang kami nak pelihara...kesian kan??

Tapi...nanti cik abang aku merajuk pulak sebab dah banyak anak kucing kat rumah ni...

Aku cakap kat Ude...nanti kalau diorang dah besar...aku nak lelong diorang ...sekor 20 hengget...hahahahha



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

39 comments:

ILA said...

Amboi2 Kak Anie..
mentang2 dia buat business kat tenet.Kucing pun dia nak lelong gak ekkk..
layan le labuuuu..kehkehhh

tucen kat umah ila Si Dora,tgah tunggu hari..
memboyot sakan...
Entah bapa kembar dlm perutnya tu..

iina said...

kak kucing pun ada kes rogol ke kak.. tak penah gik dgr dlm berita gik nie.. uihh.. lelong dahsyat tuh kak kucing pun leh lelong hehehehe masuk blog ye kak kalau nk lelong boleh kitorg bid ;)

sally said...

nak lelong? hhahaha..kasi diskaun jer la kak..kalau sekor 20 ringgit, diskaun 70%! Boleh?

Kak Elle said...

Dapat cucu lagi ye?

Anonymous said...

masyaAllah cantiknya anak kucing tu..klau x hantar spca ampang

Aku, Dia & Rezeki. said...

Ada ketikanya haiwan lebih mulia dari manusia.

Insaflah said...

Terasa kasih dan kasihan melihat keletah anak kucing.

Cat Cat said...

Pandai pandai aje Kak Lady ni... Kucing pun ada kes rogol ya... Hehe... Kelakar betul..

shafarina said...

Alahai kiut miut lak anak kucing nya. Sayang pulak kan.

zareda said...

kak ani, si kitty zar tu dha pandai mengorat sekarang.. tak lama lagi bercucu kucing ler zar..

yang kelabu berjalur kat kepala tu cantik, jarang dapat kucing jalur cam tu.. macam jalur tupai

NONIE AZIZ said...

eiiii..cantikla kucing yg gambar last sekali kucing yang warna hitam tak hitam kelabu tak kelabu tu kak...tengok jelah kak nak bela ya ampun...

Ida said...

Hehehe.. cara Kak Ani sebut sarat mengandung.. kena rogol.. dalam pantang... ala ala jaga orang je..

Ye la.. kucing memang la lawa (yang betina) dan hensem (yang jantan) ... kalau la ada orang kat rumah tu siang2 lama dah saya mintak kat Kak Anie..

Mama Rock said...

kak naie, mama ni memang tak minat pets, tapi tiap2 kali kucing datang belakang rumah, kalau ada leftover ikan tu, hulur jugak ke dia :)

aNIe said...

Ila...hahahah...tulah...nanti nak buat bidding saper yang paling tinggi boleh dpt sekor...

Sian kat anak2 kucing tu nanti kalau ditinggalkan ibunya...sebab ibunya tu macam dah lemah aje...jalan pun slow motion


--------------------------

iina...hehehe...sebab banyak kucing jantan yang selalu usha2 kucing2 betina kat sini...mungkin yang muda tak ramai...terpaksalah pilih yang tua jugak...

-------------------------

Sally...kalau bagi 70% aper aje yang tinggal...hahahaha...takpelah bagi 50% aje lah


-------------------------

Kak...ni tak kira cucu ni...dia menumpang je...takmolah bercucu bebanyak...pening..

-------------------------

Anon...memang cantik...anak akak geram rasa nak pelihara aje...tapi tulah...masalah dgn cik abang yang tak suka kucing tu meleser2 kat kaki dia...

-------------------------

sedap, suci segar...betul tu...mereka itu lebih suci sebab mereka tu tak dikurniakan akal seperti manusia...dan kadang manusia yang dikurniakan akal ini pun tak dpt membezakan yg baik & yang buruk

------------------------

Insaflah...setiap kali melihat anak2 kucing bermain...rasa tersentuh dihati ini...dalam hati pernah terfikir...'mereka umpama kanank2 yang belum tau mengerti apa2 lagik...'

----------------------

Cat cat...hehehe...diorang tu tak pandai report...kalau boleh report lah mau beribu2 yang mendakwa telah dirogol...hahaha

----------------------

shafarina...akak memang sukakan anak kucing...kalau boleh nak jaga semua...comel sgt...rasa kesian pada mereka nanti

---------------------

Zar...hehehe...zar kalau bercucu tak dpt nak membela cucu lah nampaknya...kucing jantan kan?...mesti bersepah cucu zar nanti....hahahaha

Memang cecantik kucing2 tu zar...geram tengok...

-------------------------

Nonie...memang cantik2 diorang...tapi ada sekor yang nampak buruk mukanya...warna hitam celoreng...Ude kata kesian kat dia mesti orang tak suka...hehehe

-------------------------

Ida...tulah pasal...bila dia mengiau2 mintak makan tu...teringat yang dia baru lepas beranak...dan sedang menyusukan anak2nya..tu yang tak sampai hati kalau tak bagi dia makan...

Memang betul..sebabkan dia dah tua..bila perut tu dah besar...nampak macam orang yg sarat mengandung...susah sangat nampaknya dia nak bawak perut tu...

Ida pun suka kucing ke? Tapi kalau takde orang memang susah...nanti diorang merayap rumah jiran & membuatkan jiran2 marah...sebab kalau diorang tak cukup makan diorang akan mencuri

----------------------------

Mamarock...samalah dengan cik abang akak tu...dia tak suka kucing dan binatang berbulu ni...dia geli katanya...tapi si Markona tu dulu dialah yang sering bagi makan ikan2 yang lebih...tu yang Markona melekat duduk sini sampai beranak pinak...

Abang Long said...

Jadi seperti Abu Hurairah. Itulah gelaran dari Nabi untuk sahabat yang sayang kepada kucing.

MAMAMIA said...

Kami pun pernah dapat kucing beranak depan rumah. Comel2 anak2dia. Budak2 tu dah excited nak bela. Tapi the next day, mak kucing dah pindahkan semuanya... Melepas lah budak2 ni.....

Mamamanja said...

'diorang' erk kak??? hehehehe

Unknown said...

haha!!! kesian nya kucing kena rogoll...ahaha!! lawak la kak ani ni...
mmg cantek anak2 kucing tu....tapi cj pon macam hubby kak ani gak...rimas bila tgk banyak sgt kucing kat umah...

p/s: kat kg kejadian buang anak kucing mmg banyak. statistik menunjukkan peningkatan yang mendadak dari tahun 2008 ke 2009. Apa nak jadi ngan masyarakat kita..?..ahahahaks!!!!

KV said...

wahahaha...siap nak lelong tu!!!

apple said...

pstt.. kak anie, kucing buntinglaa.. bukan mengadung. hihi

kad0k. said...

ada istilah binatang kena rogol ehh? hahaha..tp anak dia yg belah kanan tu cute la kan..:)

aNIe said...

Abang Long...sejak membela anak2 Markona kelmarin...Farhan yang penakut giler dgn kucing pun dah pandai menyayangi mereka...alhamdulillah...

Suka tengok mereka...belai mereka...masa dibelai tu pandai pulak mereka bermanja...tu yang suka tu...

-----------------------

Mamamia...orang kata ibu kucing akan memindahkan anak2 mereka sebanyak 7 kali...betul ke?

-----------------------

mamamanja...hehehe...dah macam orang plak eh....

----------------------

CJ...yelah...kucing jantan ni kadang2 main sergah aje dari belakang...dia tak nampak kucing tu dah tua...hahahaha

Cik abang akak tu rimas diorang suka menangkap kaki dia...tu yang kadang dia bising bila ada yang cuba nak gigit2 dia...

Kesian tengok kucing2 yang tak terjaga tu...nak makan takde...mencuri di pukul orang...siann...

--------------------------

KV...ahahaha...nanti boleh buka kaunter lelong... :P

-------------------------

Apple...larrr...dah salah istilah lah ni...hehehe...takpelah...hentam sajalah

------------------------

kadok...ha'ah lah kadok...dia kene rogol...sebab...dia macam tak larat nak mengandung dah...tapi bila dah kena rogol tu...dia pasrah...hahahaha..

Memang comel yang tu...rasa nak amik je...

umeboshi said...

ahhahahhaa...
k.lady suka dan sayang beno dgn kucing ek?

MOKCIK AZWA said...

Kak anie,

at least kucing yang kena rogol tu pandai jugak pelihara anak dia. bukan macam setengah orang tu, rela sama rela pun sanggup buang anak dlm longkang....

comelnya kucing..tapi nak bela kucing ni kena rajin bersihkan..klu tak bersedia la dengan bau2annya hehehe..

silversarina said...

Kesian kucing tu termengandung lagi.... I takut dan geli kucing, anak kucing lagi geli.... untung kucing2 bersalin kat rumah akak, nanti pindahlah mereka tu bila anak2 dah besar sikit, kalau tak pindah ????

zue said...

tmpt saya skrg ni musim kucing mengawan le...byk bising le...kucing siapa pulak yg jadi mangsa.

Sya said...

Kak ani rupa n bulu tu betul mcm kucing siibu aku yg hilang tau.. tu pun sama asyik bunting aje. Selalu aku bebelkan dia gatal.. sampai nora ngan mak dia pun kenal si ibu.. tup2 dia cam merajuk tak nak balik rumah aku dah.. rupanya dia ke rumah kau? Jauhnya jalan..

CuTeMiUt78 said...

amboi kak.. kemain lagi nak lelong anak kucing la plak.. heh..heh..heh..

aNIe said...

Umeboshi...agaknya kucing2 ni pun tau lah akak sayang diorang...asyik dtg sini mintak makan aje...dulu si Markona tu pun mintak makan...lama2 akak pelihara dia...tapi dah tak boleh pelihara bebanyak dah...nanti abang akak pi cari rumah sewa lain sebab rumah dia dah penuh kucing...hahahha

-------------------------

Azwa...tulah..binatang tu lagi mulia dari manusia yang tak berperikemanusiaan tu...

Memang kena mandikan diorang...at least 1 minggu sekali...pastu kene jaga tempat buang air mereka...kene rajin bersihkan kandang diorang...kalau tak...memang bau...

--------------------------

Rina ni mesti sama dengan cik abang akak...dia kata bukan dia tak suka...tapi dia geli...lebih2 lagi anak kucing...tiap kali kalau akak pegang kucing dia mesti tanya...dah cuci tangan? Mestilah sudah sebab akak tau dia geli...hehehe

Orang kata kucing2 akan pindahkan anak2 mereka 7 kali...jadi buat masa ni kenelah jaga pintu rumah jgn dibiarkan terbuka...nanti dibawa masuk anak2nya kat bawah katil...tempat feveret diorang tu

-------------------------

Zue...memang kalau musim dia...bising kan?

-----------------------

Sya...hahahhaa...betul ke dia jalan jauh camtu...pelanduk eh!...kucing dua serupa kot...

Kau kalau bebelkan kucing macam bebelkan anak2...mana dia tak merajuk...hehehhe

----------------------

cutemiut...isssyykkk!! Mata duitan betul kan?

Norabella said...

amboi....ni le kucing yg Nora nampak kat rumah Sya haritu...dia kena dera kot kak anie..sebab tu jauh jalan dari salak tinggi ke shah alam...he..he..

hanny said...

tak boleh tahan dengan bau hanyir tempat kucing beranak...

Mak Su said...

dah cari orang ngurut ker? nanti takut ben-tan plaks tu kalu tak dijaga elok-elok.. payohnyer... ish ish ish.

Alina... said...

tkper belajau2 ler jaga kucing dlm pantang..
nnti uda dlm pantang kak ani dah bnyk pengalaman..hehehe..

cikceriacorner said...

ehhehe..kelako la akak n ude..ada ke ude kata kucing tu gatal..ehhehe..kucing tu subur kan kak..heheh..
akak..org ada letak pict org n ude kat blog org tarikh 12 march...pengalaman yg paling menyeronokkan..heeh..kem slam kat ude kak..

Laracroft74 said...

comelnya anak2 kucing tu..tapi kita pun baru dapat anak kucing gak...3 ekor...kalau tak mesti nak mintak kak anie... nnt tgk anak kucing kitaorg dkt i punya blog ye..

SHIMI said...

bagusnya kamu...
aku juga suka kucing...
salam

aNIe said...

Nora betul ke? Masa i cakap ngan Ude...dia gelak...dia kata...ade ke Maklang ni...takkan le kucing tu nak jalan jejauh...kalau sungai...dah lemas dah dia...ataupun dia ada bau sya kat sini kot...heheheh

-------------------------

hanny...akak rasa dia tak beranak dlm stor tu...dia beranak tempat lain lepas tu dialihkan ke stor tu...sebab jiran yang cakap ada kucing beranak belakang rumah dia...

-------------------------

Hahahaha....maksu...lupa nak cari tukang urut lah...takpelah dia dah tua...tau le dia jaga diri masa dalam pantang ni

-------------------------

Alina...tapi kucing tak berbengkung...tak bertungku...tak sama pun...hehehe

------------------------

ez...Ude tu memang masa di Markona tu mengandung dulu pun dia cakap si Markona tu kecik2 dah menggatal...hahaha

Eh!! yeke ada entry pasal dia...nanti akak tengok ye

------------------------

Wah!! Lara dah ada anak tucin ye...mesti anak2 lara suka...sebab dpt main2...masa diorang kecik ni suka tengok diorang bermain adik beradik...macam anak2 kecil je

------------------------

shimi...kami adik beradik memang suka & sayang kucing...mewarisi sifat arwah mak saya

Neeza Shahril said...

Kak Anie, kucing2 tu lepas beranak, ada tak pantang?? hehee..

aNIe said...

Neeza...hehehe...ada kot...sebab dia jalan slow aje...macam kita dlm pantang...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails