Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, February 20, 2009

Kenangan Silam...

Semasa menyelongkar barang2 lama di dalam almari rumah di Melaka kelmarin...aku terjumpa autograph lama aku. Masih ingat lagi...kalau masa aku bersekolah dulu...buku autograph ni bukan main famous lagik suatu ketika dulu. Buku autograf ni memang sering berada dengan aku...walau ke mana aku pergi...ianya memang tetap dlm 'sling bag' yang sering ku bawa.
Buku ni dah berusia hampir 30 tahun...terlalu banyak catatan kenangan aku bersama rakan2 dan kenalan di dalamnya...


Tengoklah kulit buku ni...habis semua aku tempekkan dengan gambar Ahmad Tarmimi Serigar dramatis kesayangan aku ketika itu....dan juga penyanyi Noor Kumalasari...
Kenangan dalam buku ini terlalu banyak...aku cuma ambil 2 mukasurat yang sentiasa buat aku tersenyum ketika menatapnya....



Pertama adalah catatan adik lelaki ku AB...aku tak ingatlah semasa dia menulis buku ni berapa usianya...tengoklah tulisan dia tu...hahahaha...sekarang dia dah pun berusia lebih 40an...kalau dia tengok apa yang dia tulis pasti dia ketawa ketika ini.


Yang ini pulak adalah catatan adik beradik yang comel2 dan cantik di kampungku. Mereka adalah anak2 yang memang baik dgn aku ketika itu...
Catatan yang popular ketika itu dikalangan anak2..:

When you are small,
toys, toys, toy,
When you are big,
boys, boys, boys....

Kini kesemua mereka sudah pun berusia hampir 40an...dan aku dah lama tak melihat mereka.
Seronok kan bila dpt mengimbau segala kenangan lama biar pun hanya dengan tulisan2 yang mengandungi kata2 lucu dan semangat...
Dan...dalam laci berkunci di dalam almari baju aku terjumpa satu sampul surat lama yang penuh berisi surat2 cintan cintun aku dengan cik abang sebelum berkahwin dulu. Maklumlah dulu takde telefon2 atau pun email...main surat2 ajelah...
Terbayang aku ketika itu...
...disebabkan rumah kami selang beberapa rumah aje...yang jadi posmen aku ialah adik AB...dan posmen dia pulak...adiknya S (suami Itah)...katanya tiap petang dia akan suruh adik S nya bermain2 berdekatan rumah aku...mana tau ada balasan surat dari ku...
Kelakarkan cinta dulu2...hehehe...
Biarpun kami dah bertunangan...bukan main susah nak keluar dating...dan kalau keluar date pun ..tak boleh keluar malam2...kena dating waktu siang dan balik sebelum maghrib. Nak dating pun kene bawak 'ubat nyamuk'...(adik-adik aku le tu...Sya & Adik An)
Semasa membuka lembaran2 surat2 cintan lama tu...dan membaca bait2 kata2 berbunga2 dalam tu membuatkan aku....eiiii...geli geleman...
hahahahha...tak sanggup nak baca dah...
Lalu aku tersenyum sendirian...
Segalanya adalah memori kenangan silam.
Yang buat aku gelak tak tahan ialah kata-kata yang amat femes masa dulu...
Kalau bagi gambar kat orang tersayang...mesti tulis kat belakang gambar tu...
'Kalau buruk jgn dihina...simpanlah gambar ini baik2...kenang daku dalam doamu..."
Hahahahaha....


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

52 comments:

sakurasa 2 said...

Bestnya masih ada simpan segala memori kenangan silam...

^ez^ said...

tergelak-gelak ez baca entry akak ni..mmg klaka igt balik.

erm..dulu2 ez penah tulis surat cinta sampai 12 muka surat! bygkanla..camne tah leh tulis byk2 camtu.tp tula..semuanya jd kenangan.. :)

Sya said...

Aku pun ada otograf.. masih simpan lagik catitan masa kat ITM dulu.. paling banyak adalah

EGG IS TELUR
WOOD IS KAYU
WHEN I TIDUR
I TERINGATKAN U

kelakau aje kan

Tirana said...

hahaha..cinta orang dulu2..best aper.. sebab ada malu2 sikit.. cinta orang sekarang ni macam tak best aje..tak ada segan silu lagi dah..

Kak Elle said...

wah masih simpan lagi ye saya punya ntah kemana ... tapi bila ingat masa dulu2 best jugak kan?

Zareda Norman said...

aduihlah kak ani.. memang bes ingat kenangan lama kan

nasib baik tak tulis 'pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas' hahahha

tapi adventurenya bercinta dulu tak de mel, sms bagi ni, sentiasa ternanti nanti kedatangan posmen. Macam bercinta dengan posmenler kekdahnya

PINATBATE said...

hehehe...
seronokkan baca autograph lama..

Intanaziela said...

hahahah kak anie, intan gelak besar baca entry kak anie..teringat zaman dulu2...cintan cintun mauuttt..kekekek

maklang said...

kalau dulu entah berapa banyak buku autograph...macam2 pesen...

sekarang nampak cam tak de jer...balik2 nampak budak2 buat biografi aje..taip2 tahun ada..

Laracroft74 said...

dasyatla kak anie nie...siap ada simpan lagi autograph yg dah berkurun tu..iyela..zaman sekolah dulu i pun ada buat macam2 autograph..kalau minat kat 'orang' mesti nak suruh dia sign autograph kita...pastu bila dah dapat autograph...angau kejap...hahaha...nasib baik kak anie simpan lagi...boleh buat kenangan..mesti rindu teringat zaman tu balikkan...

iina said...

sonok kan kak ingat kenangan lama yg tak leh sangka bila baca balik tulisan lama tuh.. camnalah kita leh jiwang karat camtu hehehehe.. rasa2 skrg nie nak tulis cam dah takde feel jek.. Patut frame tuh kak.. leh tunjuk kat cucu cicit.. nie wan punyo buku sekerap dedulu ;)

Unknown said...

Kak aNIe...
Yang toys, toys, toys, boys, boys, boys tu tak pernah lak dapat. Tapi egg is telur tu biasa. He he he... dulu, kalau ada kenduri kahwin, siap bawak buku autograf tu. Suruh pengantin sain lagi... kelakarkan?

tulipurple said...

alahai cutenyeee sis,se cute org nye...tabik spring kat org dulu2 berchenta.
sy pun tak sanggup nak baca balik surat chenta senirik..hehe malu.

sayangnye buku autogerap sy dah ilang...

aNIe said...

Sakura...sesekali tengok senyum2 malu...hehehe

---------------------------

^ez^ 12 muka surat?? wah!! boleh buat mini cerpen tu...heheheh

Masa bercinta semua boleh kan?

---------------------------

Sya...kalau baca balik gelihati kan...

Satu lagik yang femes...

Pen merah pen biru...
You marah i love u...

Hahahhaa

---------------------------

Tirana...memang pun...dulu2 malu2...nak jumpa kene bawak adik...kalau tak tak boleh pi dating...hehehe

--------------------------

Kak elle...otograf tu macam sesuatu yang mesti kalau nak kluar...memang bawak ke mana aje...

Kak elle pun mesti banyak kenangan lama...


-------------------------

Zar...masa bercinta ngan cik abang tu...tak tunggu posmen...sebab rumah selang beberapa rumah je...cuma tunggu adik dia...hehehehe

Tapi yang bf jauh2 tu memang kene tunggu posmen...sampai posmen pun dah kenal...

----------------------------

Pinatbate...tulah..ada catatan mereka2 yang diminati lagik...heheheh

---------------------------

maklang...dulu2 cantik2 buku otograf kan...macam2 pesen...budak sekarang dah tak heran dah...diorang ada My space lah...frenster lah...macam2...

--------------------------

Laracroft...memang pun...kalau pergi rombongan sekolah...memang otograf tak tinggal...berebut2 mintak orang yg kita minat menyain otograf tu...rindu zaman remaja dulu...
--------------------------

iina...memang bila baca balik surat cinta tu...eiii...naik2 bulu roma...jiwang karatz betul...heheheh....

Tulah...nanti boleh eksen ngan cucu2...

'Wan pun ada buku sekerap tau...'

Hahahhaa

---------------------------

Opahde...hahahaha....glemernya pengantin siap ada org suruh sign otograf...akak dulu bawak org kawin sebab nak orang kugiran/penyanyi tu sign...hahahaha

Tak malu betul.

-----------------------------

Tulipurple...memang malu bila baca apa yang kita tulis...ayat dah lah skema semacam...rindu2...chenta2...eiiii....geli....

Sayang otograf tu boleh ilang...kalau tak boleh buat pelepas rindu zaman silam

zino said...

autograf ni ujud zaman dolu2 je.. tak tau budak2 sekarang ni ada ke benda2 tu lagi.. zino pun masih simpan autograf zaman sekolah dulu..

bagus juga tu di pamir utk di imbau kisah silam.. terutama kawan yg dah lama tak jumpa tu hehe

alamanda said...

hihihi. kelako baca pasal surat cinta kak anie tu. seronoknye la. ummu dulu masa memuda jgn harap la dpt becinte bagai. kono pelangkong kang. hahaha.

Anonymous said...

ahahhahahahahahha

Anonymous said...

Salam Kak Lady,
Kami ada juga simpam gambar2 semasa bercinta-cintan dulu. Dan tentunya ada nota2 yang tertulis di belakang gambar yang pernah dikirimkan. Bila anak2 baca, mereka gelak sesama sendiri..

aNIe said...

Zino...tulah...sekarang dah tak nampak bebudak guna otograf lagik kan?...Zaman dah berubah...

Masih disimpan biarpun separuh dari mukasuratnya dah tercabut akibat gluenya dah tak kuat lagi.

----------------------

Ummu hanis...seb baik akak tak kene pelangkong...hehehhe

---------------------

anon...hehehe...chenta dolu-dolu...

--------------------

Salam Zas...mana lah bebudak tu tak ketawa...bahasa org2 yg berchinta dulu skema je...berbunga2...

:::jillian de jill::: said...

akak............. actually xillix nak ty umo bape nih... saya n suami pun masih simpan surat surat lama ... kelakar juge bila baca balik.... siap lukis gambar org lidi 6 org.. 2 kami lagi 4 anka anka ... gatal... hik.. saya dah buat blog khas utk itu.. saje.. tapi tak publish.. suami macam tak selesa... kelakar sgt bila baca balik...

suami saya jiwang yang amat sangat.. siap ada puisi.. pantun.. kalau hantar surat panjang berjela... boleh di katakan tiap mingu 2-3 pucuk surat smapai... belum lagi kad kad yang di reka khas... kalau gaduh.. koyak... peh tu tampal balik.. gam balik.. kelakar kan...

saya dengan suami tak duk dekat macam akak... saya di upm dia di utm... surat lah penghubung kasih sayang...

masa tu hp dah mula merebak tapi kami bukan org sennag... eh saya nak link akak nya blog ye...


saya...bukan org melaka tp duk kat melaka... sejak tahun 2005...

ibundo said...

salam. seronok terkenang kisah lama. antara kata-kata yang selalu ada dalam autograf;
i have a pen
my pen is lue
i have a friend
my friend is you.
.
.
akak juga masih simpan surat cintan. memang geli geleman nak baca wakaka..

Abang Long said...

KITA HIDUPKAN KEMBALI CARA ITU.

Memang nostalgia ! Dan pasti membuatkan seribu satu perasaan bermain didalam jiwa ini.

lady D said...

lady D pun masih menyimpan buku2 autograf & buku lirik2 lagu zaman sekolah dulu..nanti lady d pun nak paste kat blog gakla...tersenyum sorang2 bila bc autograf kwn2...

KV said...

wah, akak simpan semuanya yer. Kv punya tatau lah dekat mana dah. Hihi

Led said...

amboi kak lady,

khazanah2 ni klu anta arkib negara ni, ada ghege ni..

NeroEcha said...

Nostalgik nye kak...ni buat nak cr blk buku autograf ms form 5 ni...

yuka said...

tergelak sorang2 bila baca entry ni. rasa nak balik kampong la nak cari balik otograf lama2 tu...

Mulan said...

gelak besar saya.. bila baca balik auto2 lama, mesti syok kan, ingat kenangan lama..

en_me said...

leh wat khazanah nih.. nostalgia ghitewwww

Mamamanja said...

waaa best ler kak. ,masih simpan lagi kenangan2 lama tu. bila sesakli tengok memang akan buat tersenyum ler kan!

eh kak, naper plak geli geleman bila baca ayat jiwang cik abang??? :-p

cikceriacorner said...

wah..kak..bestnya...hehehe

Mak Su said...

dulu2 memang zaman autograf kan...pantang nak naik tingkatan jer, mesti semua keluarkan autograf, kot2 terpisah kaedahnya. tapi sayang, semua autograf saya dah ilang dah.

silversarina said...

Hahahaha..memang penuh nostalgia dan agak kelakar bila lihat autograph lama... gambar tarmimi sarigar tu memang macho dulu :)

NJ@Goboklama said...

ayat fofular masa qisst sekolah dulu, 'pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas' wakakaka...skema sungguh! :)

aNIe said...

xillix...akak ni berada dlm usia 40an...(auw....rahsia...heheheh)

Amboi2 siap lukis orang lidi lagik ye...berangan nak ada empat anak tu...(sekarang dah berapa orang anak dah?)

Psst...bab kalau gaduh koyak2 surat tu sama ler kita...gaduh aje cucuk mata kat gambar tu...bila baik betulkan balik...hahahaha

Memang dulu2 berhubung guna surat...kalau orang lain ada tepon kat umah...akak kene guna tepon publik...huhuhu

Nostalgia cinta dulu2...

--------------------------

Salam Kak Pah...bila dulu2...perkataan yang digunakan...cinta2...lepas kawin sampai sekarang...sayang2...bila dah tua...nanti orang kata...cakap 'kesian'....huhuhu...siannya...

Tu sebab sekarang bila baca surat yg ada ayat cinta...geli geleman...

Kak pah...tu memang kata2 yg pemes dulu...

---------------------------

Amboi2 Abang Long...heheheh...ayat itu begitu skema sekali...hehehe

--------------------------

Lady D...akak dulu ada jugak buku lirik...lirik lagu industan...hahahha

--------------------------

Kv...memang akak simpan...sayang sgt ngan autograf tu...byk kenangan

--------------------------

LED...hahaha...takde orang nak tengok...kalau surat cinta...Saloma P.Ramlee...ye lah ramai yang nak tgk...

--------------------------

Noro...cari jgn tak cari...hehehe

--------------------------

Yuka...memang otograf tu kesayangan akak...bawak ke mana jua...simpan yuka...nanti kalau senang2 boleh selak2 balik...

--------------------------

Mulan...kalau nak tempek semua...banyak tandatangan org2 yang akak minat...pelukis Utusan Melayu yg sedang terkenal dulu pun ada...abang2 UKM (masa buat lawatan kat sana)...Fauziah Nawi..hehehe...jadi kenangan

-------------------------

En_em..tulah pasal...nostalgia...heheheh

-------------------------

Mamanja...bukan geli baca ayat2 cinta cik abang tu...cuma geli baca apa yang akak tulis...tak sangka akak begitu jiwang satu masa dulu...hahahha

------------------------

ez...memang best...ez ada simpan surat2 cinta ez tak...kalau ada simpan tau...nanti bila dah ada anak2 yg besar macam akak...cuba baca balik...geli hati

-----------------------

Maksu...betul tu...bila nak naik tingkatan aje bagi kengkawan sain otograf...heheheh

Sayanglah maksu dah hilangkan...kalau tak boleh buat kenangan masa dulu.

------------------------

Rina...memang jatuh cinta ngan Ahmad Tarmimi dulu...masih ingat lakonan drama dia...Sayang Selasih dengan Asmahani Hussin...terkesan dihati...

------------------------

Qisst...hahahah...tu yang tak tahan tu...dah tulis siap suruh balas...mmg skema giler...

Sastri said...

keskeskes... kelakar laa... memang mengimbau kenangan lama... sas nye buku skrap dah lama takde dah... mana ntah peginyer...

umeboshi said...

ahahaha..lawak la k.anie..dok belek buku scraptbook ude tuh. kakaka..peminat shah rukh khan rerupa nye dia tu. anyway, k.anie patut tunjuk balik surat2 cintun k.anie tu kat husband. camne agak eh respon dia. ahahahah

13may said...

sentimental value tuh :D

Nong said...

Tu lah budak2 sekarang ni tak macam kita dulu. Dulu surat panjang berjela-jela.

Tunggu posmen penuh dengan debaran...

Neeza Shahril said...

ada jugak autograph dulu.. tapi entah kemana hilangnya.. sayangnya la kan...
tapi elok pun hilang..
nanti tak pasal2 jadi bahan gaduh aje hehehh...

Kiah Kardashian said...

Hahhahahha...

Buku Autograph tu mmg harus masa skolah2 dulu. Zaman saya ada lagi tapi la ni tak tau la...sebab kan dah zaman IT..dengan facebook la friendster la...mana ada lagi dah buku autograph

Ada yang mual2 tak baca surat cinta dulu2 nih?

Ajzie said...

hihihi kenangan silam mengusik jiwaaa.. hihihi

Kopi Suam said...

Betul lah kak agaknya kalau saya singkap selai2 surat cinta saya masa zaman dulu mesti geli gelaman membacanya...heheh heheh

btw saya pun masih simpan jugak khazanah cinta silam tu...tapi dah banyak yang kena makan anai2.

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh.. betul la kak.. kenangan silam klu diingatkan memang kelakar je kan

:::jillian de jill::: said...

xillix...akak ni berada dlm usia 40an...(auw....rahsia...heheheh)

Amboi2 siap lukis orang lidi lagik ye...berangan nak ada empat anak tu...(sekarang dah berapa orang anak dah?)

Psst...bab kalau gaduh koyak2 surat tu sama ler kita...gaduh aje cucuk mata kat gambar tu...bila baik betulkan balik...hahahaha

Memang dulu2 berhubung guna surat...kalau orang lain ada tepon kat umah...akak kene guna tepon publik...huhuhu

Nostalgia cinta dulu2...


akak sama lah kita.. guna public phone... duit syiling mesti kumpul... bila duit dah habis je.. tepon pun berbunyi minta isi... tetet tetet .... berdecing decing duit masuk... suami dulu duk kat UTm.. bila dia kol.. kena tgh mlm.. sbb tak ramai... itupun kena beratur... he he he...

Mama Rock said...

tulisan belakang gambar tu yang klasik, kak anie..hahahaha!

and btw, i still keep all letters from hubby dlm satu box ni. tapi bila baca balik, kelakar sungguh rasanya!

Anonymous said...

Off topic jap... saya nak tanya la kat orang melaka jati ni, mcm mna ye saya nak pergi ke Pasar Borong Batu berendam? katanya (orang la kata kan) masak asam kat situ sedap...2 minggu lagi saya nak kesana bawak anak2 makan2 kat Umbai, tapi kami suami isteri nak cari kedai makan masak asam tu. Boleh tolong?
Dulu mak ayah saya tinggal di Pengakalan Rama Pantai sehingga tahun 1959, pastu mereka berpindah ke kajang...saya tak tahu nak cari macam mana lagi.
Tolong ye....
Sungguh nostalgia la pasal autograph ni....org dulu2 aja yg appreciate autograph ni, bebudak sekarang, tak herannya dia org.....

MOKCIK AZWA said...

Bila baca entry akak nie azwa teringat zaman bercintan cintun stail berkirim2 surat macam akak dulu..hahaha

me oso still keep cik abe punya koleksi surat cinta sampai skang buat kenang2an hehehe

Abang Long said...

Sengaja hendak sambung kisah lama:

Cuba buka kembali lipatan warkah lama, dan masing - masing membaca warkah yang dikirimkan oleh diri sendiri. Dibaca dihadapan pasangan masing - masing, dan cuba lihat riak wajah pasangan anda.

Rasanya mungkin ada yang akan merah muka atau hampir nak pitam .... kah kah kah kah kah kah ...

kad0k. said...

wahh..akak ada simpan lagi buku2 camtu? hehehe..seronok dikenang kan?...:)

zue said...

bila diingatkan balik...memang gelihati.
surat2 cintan zue dgn abg dah lama zue bakar. segan..takut anak terbaca.

aNIe said...

Sas...kalau ada skrap book pun best kan...macam ude...semua bende dia simpan dlam skrap book tu...bila bosan2 bukak balik ..dan ianya mampu membuat kita senyum sendiri...sambil apa saja kenangan lalu bermain di kepala...

------------------------------

Umeboshi...hahaha...malulah nak tunjukkan balik surat2 tu...hehehhe

---------------------------

13may...betul tu...

---------------------------

Kak Nong...tulah...macam bercinta ngan posmen aje kan...hari2 tunggu posmen...hehehe

--------------------------

Neeza...memang pun kalau ada benda yang cik abang kita tak suka dlm tu boleh jadi gaduh...hehehehe

--------------------------

Zek zek...sekarang anak2 semua dah tak guna otograf lagi...semua dah ada macam2...

Kalau dah nak masuk setengah abad...memang ayat2 cintan mcm tu buat kita geli geleman...hahahah

---------------------------

Ajzie...nostalgia

--------------------------

KS...akaknya tak makan anai2...cuma kertasnya reput sikitlah...

--------------------------

cutemiut...tulah...gelak2 sendiri...

--------------------------

OOh...akak tak boleh tepon memalam...sebab tak boleh kluar malam...kalau nak tepon waktu siang..hehehe...


Seronoknya mengenang kisah cinta di kampus dulu kan xillix...? Tapi akak tak sempat pun ke kampus...hahahah...kampus dapur je...

-----------------------

mamarock...kotak tu mesti beharga...sebab penuh dgn khazanah yg penuh dgn kenangan..hehehe

Memang lah..bila baca catatan kat gambar tu gelak2 sendiri...klasik...hahahaha

------------------------

Rozi...tulah...otograf tu menyimpan 1000 kenangan...

Akak tak pernah pernah pulak makan yang kat pasar borong bat berendam tu...akak makan yang kat bekas pasar borong di Kota laksamana....

------------------------

azwa simpan tau...nanti kalau dah ada anak2 bujang macam akak...cuba baca balik...geli geleman tak...? heheheh

-------------------------

Abang LOng...takmolah bacakan depan dia...malu...lagik pun kalau bacakan depan dia nanti mana le tau ada kisah2 bergaduh masa muda2...boleh jadi gaduh balik....hahahaha

------------------------

Kadok...ada simpan lagik...ramai yang sain buku tu dulu...pelakon2 yg dah jadi veteran sekarang pun ada...sayang sgt buku tu...byk kenangan manis..

------------------------

zue...akak simpan dlm laci berkunci...ye lah kalau anak2 baca memang malu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails