Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, January 28, 2009

Thumbs up...

Ke mana cuti kelmarin...??

Sebelum cuti...aku tak bercadang ke mana2. Hanya nak balik Melaka bersama cik abang...

Bila cik abang tak dpt balik...aku telefon dan beritau dia aku akan balik ke Melaka bersama anak2 dulu...

Ahad...

Ude pulak ada perkelahan dengan staff Les Copaque di Tanjung Malim. Pagi2 dia dah bangun buat nasi goreng special. Malam baru pulang besama ikan2 tangkapan kawan pejabatnya...

Isnin...

Kejutkan anak2...Bangun...Bangun!!...Balik Melaka...ayah kata kalau nak balik ...balik le dulu...

Aku bersama anak2 pun bertolak pagi Isnin dan sampai ke Melaka tengaharinya...


Selasa...

Bangun...Bangun!! Nak balik Shah Alam...lambat2 nanti traffic jem....

Walaupun kami bangun awal pagi...lepas sarapan...berkemas dan menguruskan segala hal yang sepatutnya...kami bertolak dari rumah mertua jam 10 lebih...sempat jugak singgah rumah bapak untuk menjengok bapak.

Dalam perjalanan....kenderaan dah mula berduyun2 walaupun waktu baru menunjukkan jam 11 pagi. Di lebuhraya jangan cerita lagiklah.

Aku mengenakan cermin mata hitam ku...dan terus melelapkan mata sedangkan Ude memandu kereta sambil membebel sebab aku tidur...

Ye le...kau bukak lagu2 yang ibu tak suka...nak nyanyi pun tak tau lirik....

Sampai di Seremban...kenderaan dah merangkak.

Banyak kenderaan yang nak cepat menggunakan laluan kecemasan...aku memang geram tgk orang2 yang menggunakan laluan tersebut...apa taknya...kita pun sama nak cepat...diorang lalu kat laluan tu...bila nampak polis...semua mula nak main masuk aje ke laluan sebelah kanan...tanpa menghiraukan orang yang beratur panjang ni.

Melalui jalan tersebut dan melihat kereta2 yang ditahan polis...aku dengan selamba menunjukkan simbol 'thumbs up' pada mereka...padan muka diorang...lain kali buat lagi...boleh bayar saman selalu...

Jahat aku eh...!!


...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

33 comments:

iina said...

Kak betul tu jgnkan akak.. saya pun geram tgk diorg yang suka potong queue nie.. orang lain pun nak cepat jugakan ikutlah peraturan jln raya.. siap leh buat simbol jari tu uihh kak respek ler hehehehe ;)

anggerik merah said...

Kak Anie,

Saya pun dah lama tak menjengah disini. Seronok baca cerita2 yang banyak saya miss.

Wah dah besar anak2 kak Anie. Dah jadi driver.. Senang lah nak jalan2 bila ramai driver.

Neeza Shahril said...

heheee... berani betul kak Anie ya.. tapi neeza suka. memang sesuai sangat buat gitu. Biar diorang tahu sikit..
orang lain beriya-iya beratur panjang.. diaorang sedap2 cari jalan pintas.. pas tu membahayakan orang lain pulak tu..
biar kena saman banyak sikit hehe..

Tirana said...

Kak Anie..

Suami saya kalau orang yang ikut lorong kecemasan tu nak mencelah masuk..siap dia hon panjang2..hehehe..lepas tu dia tak kan kasi laluan punya..biar padan kena saman dek polis.

Kak Elle said...

eh jahat nya anie 'thumbs up' lagik...padan muka dia orang kan?hehehe

cik abang lom confirm balik lagi apa hal ngan visa dia?

Minister Of Mind said...

aku konpius...
sape orang melaka nie..
abe ke...atau empunya blog nie..

sakurasa 2 said...

kak anie sakura suka buat 'thumbs up' bila polis traffic berilaluan time jem gler he he he

ez said...

kak anie melaka kat mana?kita pon org melaka gak..hehhe..pg2 selasa aritu pkul 9 kita da kuar umah nak blik kl..kenderaan memang merangkak time pkul 11 tu..

kita suka la akak wat thumbs up kat diaorg tu..heheh..bgus..bgus kak,akak wat mcm tu..padan muka diaorg..heheheh

ayumkay said...

salam kak anie :)

bangun! bangun! hari dah siang hehehe.

jahat kak anie buat camtu tapi padan muka diorang kak... haaa buat lagi camtu. sib baik takde yg kena kejar sbb padankan orang :P

kak, alhamdulillah saya baik2 saja.

anita kema said...

kak,
orang msia mmg terer tahap gaban cilok mencilok nih. Kat sini kebanyakan org lebih bersopan santun di jalan raya. Kalu depa ni bwk keta kat KL ka, haruslah kena hon takde hengat. hehehehe....

aNIe said...

iina...masa buat thumbs up tu...Ude sambil ketawa cakap...'hehehe...jahat ibu eh'

Memang biarlah padan diorang kene saman...sebab geram betul...kalau tau nak cepat...sebelum subuh bangun le...

---------------------------

Salam Anggerik ...memang lama anggerik tak kemari ...terasa rindu nak baca kisah AM...kadang memang teringat nak menjengah tapi masa kadang tak mengizinkan...

Anak2 dah bekerja...yang sulong & no. 2...alhamdulillah dah boleh menyandar kat sebelah kalau dia memandu

-------------------------

Neeza...adik ipar akak polis trafik...dia kata kalau kene saman kat laluan kecemasan tu...memang RM300 tak boleh kurang...agaknya diorang tu banyak duit kot

-------------------------

Tirana...tu pesyen anak akak Ude le tu...dia memang geram orang yang memotong que...kalau akak memandu...dia yang akan tekankan hon...

-----------------------

Kak elle...hehehe...tu le pasal...Ude pun gelak2...

Visa cik abang kene extend...tak tau lagi bila baliknya.

----------------------

Minister of Mind...

Tuanpunya blog & abe dua2 orang Melaka...hehehe

----------------------

Sakurasa...akak pun kadang siap bagi senyuman pada pak polisi tu...hehehehe

---------------------

Ez...akak orang Melaka...cik abang pun orang Melaka...

Ez Melaka kat maner ye? Nasib baik kluar awal sikit...tak lah jam giler kat sana

---------------------

ayu_mkay...heheheh....dah bangun ni...

Tau2lah kalau mengejutkan anak2...selagi tak dihogah badan diorang takkan bangun punya...

Diorang sdg menjawab soalan bapak trafik...tak boleh nak kejar...hahahhaa

-------------------------

Anita Kema...kalau yang bersopan santun kat umah akak ni...Ude...dia memang kalau bawak kereta cermat...mak dia pun kadang laju tak tentu pasal...& selalu kene bising ngan dia...

KV said...

ahahah..best ah kak anie.
KV mmg sakit sakit dan selalu sumpah seranah sorang diri ngan org yg suka potong Q sesuka hati. Macam la dia sorang jer nak cepat.

Sastri said...

memang patut pun kak... padan muka dorang... :D

Diyanazman said...

tak jahat.. naughty jer! ehehehheeh

HappyIrfa said...

mmg geram org buat camtu.tp sy penah buat gak,sib baik x kena saman..berani akak yer bg thumb up.tak takut kena kejar ker?

^ez^ said...

woww...nice! len kali siap jelir lidah lagi kak.baru padan muka.hahha..sape suh potong Q.memang makan sumpah org jelah.

sya said...

Kalau aku dah kuar dah kepala jerit kat polis tu... SAMAN ... SAMAN.. JANGAN TAK SAMAN

Mamamanja said...

memang geram bila org potong Q
padan muka org tu kena saman hehehhe

Zek Zek said...

Ler...saya mmg hari selasa tu dah sampaiu rumah. Hari senin balik dari cuti cuti msia. Tau hari selasa tu tak sanggup nak redah traffic

Mak Su said...

hahahaha, meh maksu buat peace peace

Abang Long said...

Memang betul, ada laporan dari pensyarah menyatakan bahawa pemandu di Malaysia memang tidak berhemah. Kalau saya selain dari 'thumb up' saya siap honkan sekali !

aNIe said...

KV...tulah yang buat akak geram..semua pun nak cepat kan...kalau takmo jam...sebelum subuh jalan le balik ...heheheh

--------------------------

Sas...geram tau...suka2 aje diorang speeding pastu...nampak polis...main masuk je...

--------------------------

Diyana...heheheh...notty eh..? I like that...

--------------------------

Irfa...dia takleh kejar...sebab tgh kene tahan ngan polis...hehehe

-------------------------

Kalau akak jelir lidah...nanti diorang ingat makcik maner le buang tebiat tu...hahahaha

------------------------

Sya...hahahha...tu lagi tak bleh tahan

------------------------

Mamamanja...agaknya diorang tu banyak duit lah...nak sedekah sikit

-----------------------

Zek Zek...tulah...lagi senang & aman balik awal...dpt releks2 lagi ari selasa tu

-----------------------

Maksu to you too...hehehe

AZWA said...

adoiii nak tergelak bila terbayangkan kak anie thumbs up tu...wow seronok la anak dah bleh jadik driver...azwa kena tunggu a few years lagik la baru anak bleh jadik driver huhuhu

en_me said...

ammvoiii, jahatnyerrr akak lady tewww.. ehehe

luna said...

masa pjalanan balik dr kampung aritu pun ktorg mengalami bnda yg sama.

ada longkang pecah di depan, air membuak2 turun dr bukit sampai jd banjir(br lps ujan) jd smua org pun slow dr arah kita dan arah dpn. skali ada pulak 2,3 kete blkg kami nk memotong.

bistu, camne kete dr arah depan nk melepasi kawasan air tu sbb kete dr arah kami ni masuk jalan mereka.

last2 2-2 arah stuck kat situ. sampai lah polis dtg baru terhegeh2 dorang cari jalan nk keluar dr lorong kanan samada terkial2 nk masuk lorong kiri semula ataupun parking kan saja di tepi jalan.


jgn harap la kami yg mmg ikut lorong betul ni nk bg dorang masuk balik.

sapa suruh x sabar. mcm dia sorang je nak lalu jalan tu.kami bkn takat thumbs up tapi membebel2 biar pemandu tu dgr.Am marah sungguh sampai cakap kat pemandu tu'hah tu la BoD*h!penting diri sendiri!'

umeboshi said...

ahaha...thumbs up tuh!! bagus nye k.anie. ume setuju :)

zue said...

brovo..kak anie. Lain kali buat lagi ya..

MULAN said...

tp masa kami dari kl pi taiping, traffic jam teruk yg amat. mula2 tu saya sumpah seranah jugak depa yg lalu kat situ. terkejut pulak polis hon2 kat kami ingat nak saman, rupanya suruh cepat masuk emergency lane..

ez said...

akak..org melaka kat paya dalam,kat ngan ayer molek or umbai..ehehe...heheheh..kita sama2 melaka

kadok said...

padan muka ehhh...cuti panjang x kemana pon..haihhh

aNIe said...

Azwa...bila anak2 dah boleh drive akak boleh lah menyandar kat belakang...boleh relaks...tapi bukan selalu dpt suruh dia drive pun...hehehe

-----------------------

en_em ...heheheh...diorang kata notty...bukan jahat.. :P

------------------------

Luna...hahahah...tulah padan muka diorang...kalau akak jadi luna pun akak tak bagi diorang masuk lane semula biar diorang tunggu kat situ...

----------------------

Umeboshi...tulah...kita semua pun nak cepat kan?

---------------------

Zue...kalau diorang tak kene tahan...tak berani nak buat...nanti diorang kejar...mampuih...hehehe

-------------------

Mulan...tu dah betullah kene masuk emergency lane...hehehe...tapi memang kalau nampak orang masuk emergency lane untuk cepat...sakit hati...memang dah mula cakap macam2...

--------------------

ez...oh....kat paya dalam...akak orang area alor gajah dah...cik abang kawasan Tengkera...

--------------------

Kadok pun tak kemana ke?...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

hehe...bagus..bagus biar padan muke dia...

saya tak penah curi barisan gitu..tak adil dan bahaya dan tak nak kene saman...

lagipun nyusahkan org..

CuTeMiUt78 said...

wah bagus2 la kak.. respek kat akak.. siap blh buat camtu lagi.. tu la kan pemandu2 kat m'sia ni tak sabar2 bila memandu tu.. ikut suka dia je.. hah bila dah kena thn baru ler menggelabah tak tentu pasal

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails