Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, January 30, 2009

Dah Quit..??

Semalam tengahari....

Sebaik balik dari sekolah agama...aku Aeez & Farhan makan nasi bersama...

Sedang aku mencuci pinggan di sinki terdengar si kecik merungut...

'Alah....apasal semua air tak sejuk ni...'

'Air tu baru tadi pagi ibu masukkan...'

'Larr....'

'Korang ler...malam tadi minum tak masukkan air semula...'

'Farhan ibu...dia yang makan malam tadi...' menyalahkan Farhan...

'Eh!! Kau yang patut tukang isi air dlm peti sejuk kan?' Farhan menyangkal...dan mengingatkan tugas Fareez..

'Ye lah aeez...kan tugas Farhan tiarap pinggan mangkuk...dengan ambil tilam keluar tiap malam...tugas aeez isi air dalam fridge....'

'Eh...takde...takde ...aeez dah quit...'

'Huh?? Dah quit...? Mana boleh quit....?' aku dah nak ketawa dah masa ni...

'Ye ler..ari tu kak Ude marah aeez tak isi air...dia kata aeez pemalas...lepas tu aeez quit ler...'

'Hahahaha...mana boleh quit...ini tugas seumur hidup...' balas Farhan sambil gelak2....

'Yer lah...'

Hahahaha...macam2 aje si kecik ni...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

fuh dasyat arr hehehe...

dah quit tu..gantilah tugas lain utk dia..susah sgt nak ingat tugas tu kot hehehe...

^ez^ said...

hehehe...nakal tul.bg task lain kt dia..hehee

tp kat umah ni memang memasing mls nk isi blk air.minum je pandai..

Sastri said...

keskeskes... pandai dia... quit sebab kena marah dengan kakak ek...

sya said...

Kat rumah aku tu memang tak de letak air sejuk dlm fridge. Tapi kalau bab isi ais tu memang keja aku sampai aku mati kot. Kalau aku leterkan Anis... 2-3 ari ok le pastu balik asal

Abang Long said...

Satu hari anak - anak berbalah, siapa yang harus melakukan kerja rumah. Akhirnya Abang long memberikan arahan. Anak pertama kena memasak. Si anak menjawab tak tahu memasak. Lalu Abang long kata, hari - hari ibu memasak, dia tak pernah komplen pun !

Lalu semua anak terdiam.

Kak Elle said...

ait kena yg paling senang pun bolih quit!!!

cuma anie jgn masak satu hari dan kata kat aeez ibu pun dah quit dr memasak....hahaha

HappyIrfa said...

baguslah semua ada tugas masing2

silversarina said...

Pandai ye dah quit , macam tu senang cerita , nak minum isi sendiri sebab dah tak de 'pekerja'..hehehe.

Intan Rosnitta said...

Pandai betul Aeez ni. Pas ni kalau ibu kata nak quit masak, camana ek? Hehehe...

Kat rumah ni mmg intan x letak air dlm fridge. Jaga kesihatan kononnya. Ahaks.

:D

~ yus ~ said...

Bijak! bijak! Aeez ni ada-ada jer yer kak..

Mya said...

perbualan adik beradik. so sweet.. :)

Ummi365 said...

aeez, kalau aeez quit boleh tak aunty pun quit sama? aunty pun tak laratlah nak buat keje kat office and rumah ni hehehe

ez said...

hehhehe..kelako la kak..mesti happening umah akak..bestnye...

Neeza Shahril said...

hehehe.. senang aje kan.. pandai pulak aeez tu.. dah quit..
kalau dah quit, kena quit jugak lah minum air sejuk hehehe..

aNIe said...

nrina...yang paling dahsyat tu...dia quit 24jam...hahaha

------------------------

^ez^ ..betul tu bab isi air memang semua malas...tapi minum tak malas pulak kan?

------------------------

Sas ...tulah...banyak cantik muka dia...kene marah je nak quit...ni mesti kes malas...hahahha

------------------------

Sya...samalah dengan aku kat umah ni...kalau bebel...diorang dah mula buat keja memasing...lepas tu balik asal...geram betul

------------------------

Abang Long...kalau mak malas masak...alamatnya...kaya le orang kedai kat depan rumah ni...hehehe

-----------------------

Kak...tulah BF akak tu...kerja senang pun tak boleh buat geram...heheheh..dia ingat dia boleh quit...mana boleh...kerja tetap kerja...

------------------------

irfa...kalau tak bagi2 kan tugas...lepas makan semua tinggal...nanti ibu je kene buat semua

------------------------

silversarina...hahahah...tu pekerja tak bergaji...makan tanggung

------------------------

Mak Su said...

pandainyer dia nak ngelak, siap, 'dah quit', ahaks

aNIe said...

Intan...mak kalau quit memasak...alamat diorang asyik makan telur goreng je...hahaha

Kat umah ni abang akak memang suka minum air sejuk...

-------------------------

Yus...tulah...nak quit konon...mana boleh kan?

-------------------------

Mya...hehehe...masing2 malas nak cover kerja yang lain..

------------------------

Ummi...kalau ummi quit nanti tak dpt duit tau...aeez kerja tanpa gaji...bila2 boleh quit...bila2 boleh report kerja balik...hehehe

-----------------------

ez...memang happening...tak caya tanya jiran akak...kalau ada tetamu lagi happening giler...hehehe

-----------------------

Neeza...tulah pasal...abih ada hati nak komplen pulak...

Zek Zek said...

amboi...dah tambah vocab si Aeez nih. Suka ati ajer yer nak quit..hahahha. Tugas seumur hidup...ala kesiannyer. Nanti Aeez kawen pun kena isi air lagi ker

Masy said...

cube akak pulak quit memasak, mau laa terguling2 budak3 tu hahahaha

CuTeMiUt78 said...

heh..heh..heh... ingat kat apa yg dah quit.. rupanya tugas isi air ya

Anonymous said...

org sompot dan bengik tak leh minum air sejuk.....

maklang said...

musim2 orang nak simpan kerja sebab ekonomi meleset ni...aeez nak quit pulak...

tergelak baca..ada2 aje ..he..he..

SaDi said...

sadi kat rumah... selalu jugak sadi membebel sadi ni jadi bibik kat rumah... semua kerja nak kena buat... pastu baru laa anak sadi dan hubby tolong buat kerja rumah... nanti nak try guna perkataan quit pulak... ibu quit dari kemas bilik anak-anak... huahuahauhauhua :p

iina said...

Nasib quit kak bukan exit heheheh idak lagik haru ;)

ILA said...

Salam Kak...
"adehhh..Aeez, tak bley le mcm tu..
Ibu dah tugas memasak..bertolak ansur lah sikit...bukannya susah tugas isi air tu.pls wish 'sorry' kat ibu"

heheh..tu dialog kalau Aeez kat depan ila;)

zino said...

macam wakil rakyat pulak boleh letak jawatan.. bila tugas tak selesai hehe

simah said...

comel betul budak ni!!

*hugs*
rindu la!! akak apa khabar??

AZWA said...

Anak2 azwa pun selalu gak minum air dlm fridge tapi tak pandai isi semula...pehtu mula2 la bertuduh2an...huhuhu

kelakar la aeez...bleh plak nak quit ek.. hahaha

amiza_yul said...

aeez quit kat umah mak ngah je.nt sy panggil dia keje umah sy lak.haha~ *blog aeez mmg klaka! hahaha~! =D

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails