Sepatutnya cik abang dah pun dlm penerbangan balik...tapi malam tadi dpt sms...ada masalah teknikal...bila ditanya kenacap cik abang kata akan diberitau kelak sebab dia pun tak pasti. Maka kepulangan cik abg di tunda mungkin pada hari Khamis..semoga segalanya okay...
Buat kawan2 blogger yang mengenali rakan blogger kita Ajzie...marilah kita semua mendoakan agar anaknya Ammar segera sembuh...dpt berita yang anak Ajzie dimasukkan ke ICU BP dari blog Yus....
Sama-samalah kita berdoa....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Untuk pengetahuan kengkawan...'cucu-cucu' comel aku dah pun besar. Kalau wanmommy terhibur dengan kehadiran Umair...aku juga begitu terhibur melihat gelagat mereka. Bermain2 sambil bergurau bersama2...
Memperkenalkan ....
Roni... si jantan yang periang & nakal...
Rena...sikecil yang jadi kesayangan Fareez...
Sebenarnya mereka 4 beradik...aku beri nama...Rona...Roni...Mica...Rena...
Sayangnnya umur Mica tak panjang. Dia telah dijumpai oleh kucing jantan dan dibawa lari dari stor tempat aku menyembunyikan mereka. Jiran aku kak Kiah terjerit2 memanggil aku ketika melihat kucing jantan tersebut melarikan si Mica. Bila aku sampai Mica aku lihat Mica seperti dah patah tengkuknya...lalu aku angkat dengan penuh kasih sayang. Aku jadi sedih sangat melihat keadaan Mica. Aku jadi geram dan marah2 pada Markona yang tak menjaga anaknya itu betul2.
Bila Ude balik...aku terus memberitau Ude...lalu Ude cuba merawat dia...membersihkan dia...memberi dia susu dengan menggunakan 'syringe'...tapi Mica pergi juga meninggalkan kami 2 hari kemudian. Aku reda kerana kesian melihat dia menanggung kesakitan yang aku tidak dpt membantu untuk menolongnya.
...Mica yang telah 'pergi' dan aku tanamkan dia di bawah pokok mangga
di belakang rumahku.
Kini mereka semua dah besar...manja...dan sering bermain2-main di dalam rumah. Mereka begitu manja dengan aku...bila aku duduk di hadapan laptop aje...diorang akan duduk diatas pangkuanku hingga tertidur.
...tengoklah si Roni ni...sempat tidur berbantalkan charger laptop aku...
Untuk memudahkan mereka membuang air...aku kemudian pegi membeli 'litter tray' dan 'litter sand'. Mula2 melihat tray ni...mereka semua berkerumun...dan mencium2 pasir yang di dalam bekas tersebut. Yang mula2 menggunakannya ialah si Roni...cerdik betul dia...kemudian diikuti oleh si Rena...sedangkan si Rona masih tidak pandai lagi. Rona anak manja yang tembam kerana asyik menyusu dengan ibunya...
...lihat betapa besarnya badan Rona berbanding Roni & Rena....
Bila mereka dah pandai menggunakan tray tu aku dah rasa senang ati...taklah mereka membuang merata2 lagik...tapi setelah aku terlelap tengahari tu...aku lihat 'tray' tersebut telah disalahgunakan....tengoklah ni...
...Si Markona buat tray tu tempat dia melepak dengan anak2nya...geram betul aku...
Hari ini Ude dah belikan Markona dan anak2nya sangkar...aku dah letakkan sangkar tu di luar rumah agar mereka belajar untuk hidup sendiri. Makan dan minum masih aku dan Ude sediakan ....
...sebab...esok cik abang aku akan pulang...jadi aku terpaksa menguruskan mereka agar tidak berada di dalam rumah lagi .... cik abang aku geli pada anak2 kucing...hehehehe...
41 comments:
gelihati tgk Roni tidur kat charger laptop tuh..agaknya nak dapatkan kehangatannya...kat charger tu panas-panas gitu...mesti dia rasa mcm hangat badan si Markona!
hehehe..........
che abg dah nak pulang ker???
lepas ni , payah ler nak baca update kak anie
alalalla comelnya
si kitty kucing zar dah pandai melawa.. cari boyfriend.. nnati ler.. tak lama lagi bercucu jugak zar..
heh..heh..heh.. ingatkan cucu betul tadi kak.. comel2nya.. secomel nama mereka
amboi, comey nya cucu-cucu kak aNie.
dah besau semuanya..
Cuba geletek-geletek perut dia..mesti nanti diorang gigit-gigit manja gitu..hehehehe.
Nama Mica patut dinamakan Rica ...
si Roni suka tempat panas bab tu tido atas charger..
oh kena pindah rumah banglow kat luar skg ye bab boss dah nak balik.
kak Anie
Teringat kucing kat kg.. saya mmg suka kucing.. sama ler kita cik abg say pun tak gemar sgt kucing sebab tu tak penah bela pun kat umah.. kiut miut semua ye ;)
Kat rumah tak boleh bela kucing, nanti akan dikerjakan oleh anak - anak, kesian ...
hehehe name mcm cite kat tv aje. :D tiut2 semuanye eks.
qas punye babies ade dua je. chleo mati. tinggal gojes dgn junior.
KL, mmg dorang suke guling2 dlm pasir tuh. haha. :D dia ingt tu tempat tido agak nye. tp kan, qas rase, tak cukup beso la bekas tuh. kalau dia kais2, mmg abis bersepah2 la pasir tuh. qas penat menyapu. tak larat, last2 beli bekas beso and tinggi siket. hehehehe. :D
Azzah...memang comel sgt masa tu...geram rasa nak picit2kan aje dia...diorang tu macam baby jugakkan...bila tidor nampak innocent...dan suka bermain2 aje...
-------------------------
Pb...tulah...bila cik abang balik...akak dah mula sibuk melayan dia...dan jarang dpt mengadap laptop...hehehe...
Mesti rindu kat kengkawan...tapi sesekali akak takkan lepaskan peluang menjenguk kengkawan kalau berkesempatan
-----------------------
Zar...kita ni jauhlah...kalau zar dah ade cucu boleh lah kita berbesan...hehehehe
Si roni tu ensem tau...
-----------------------
Cutemiut...hehehe...cucu berbulu... :P
----------------------
Sally...bila dia duduk kat pangku akak memang suka geletek2 dia...dan dia akan gigit2 tangan kita tu...
----------------------
Kak...nama2 diorang tu sebenarnya...Rona..roni..maca..rena...tapi disebabkan tak sedap panggil maca aje...tukarlah Mica...
Heheheh...cadangan nama tu macam yang queen cadangkan...
Tulah big boss nak balik kene carikan 'bungalow' untuk diorang..heheheh
------------------------
iina...selalunya mcm tulah...isteri suka kucing...suami tak berapa suka...dan sebaliknya...
-----------------------
Abang Long...anak kecil memang suka kucing...nanti ditarik2nya anak kucing tu...dilambung2...heheheh...sian...berak cair anak2 kucing tu.
----------------------
Qasieh...tulah pasal...akak ingat pandailah dia mengorek pasir tu dengan sopannya rupanya idak...bersepah2 pasir tu diorang buat...
Rasanya akak pun kene belikan yang besar pulaklah...
Nama anak2 kucing tu sedap2 pulak...dinamakan sempena apa tu?
-------------------
----------------------
-------------------------
hmmm lama laaa baru leh baca akak nya update heheheh cik abg nak balik dah :)
aiikkkk, cepatnya cucu2 akak membesar, cucu saya baru keluar, 3 ekor, geli geleman saya tengok.
ha, ha...rona roni makaroni ke kak?
comelnye!!! ez geram la tgk kucing2 ni akak.hehehe..tgk keletah diorang ni mmg menghiburkan.kwn gaduh kwn berckp.hehe..ada yg manja sgt tu siap tido ngn ez lagi.tp sekali dua je.tak leh selalu.hehehe..comel tgk 'cucu2' akak tu.hehehe..
fizah pun sebut nak bela kucing balik.. dolu2 dia memang ada bela tapi kucing tu bila dah besar keluar merantau tak balik2.. hehe
ya ampun.. nama semua glamer2
sy tak berani bela, fobia. fobia bila kucing sy mati.
klu sebut psl kucing ni...sy teringat dgn adik bungsu sy....
dia tersgt la suka kucing,,,,
tidur pun dgn kucing....
cium2 kucing...
bawa kucing berckp...
cam kawan dia la.....
tapi, seronok jg kan anie...klu ada kucing ni...huhu
Pandai betul Roni cari tempat nak tido hehehe...tempat yg hangat2 skett..
kesian mica kan...
cik abe kak anie nak balik hmnn...jarang la dapat update tu kan kan kan hehehehe...
comelnye...kucing2 akak...
salam kak anie :)
alalalaaa comelnya 'cucu2' kak anie ni. tak sangka lak akak anie dah ada 'cucu' :D.
tapi saya suka tengok jer.
takat bagi makan kat luar tu boleh lagi tapi kalau nak bela dlm rumah.. minta maap hehehehe.
Ayu...kalau cik abang dah balik mmg akak tak dpt nak update selalu...kalau dpt seminggu sekali pun dah alhamdulillah...
--------------------------
zany akak kalau dpt yang baru lahir tu lagik akak suka...akak suka gomol2 dia...comel
---------------------------
^ez^...kalau tengok keleteh mereka memang terhibur...serupa macam anak2 kecil yang sedang nakal...bermain aje kerja mereka
--------------------------
Zino...tulah yang buat saya bimbang...takut kehilangan diorang bila dah besar...
--------------------------
shafarina...samalah dengan biras akak...pernah pelihara kucing...tpi bila kucing dia mati dlm kemalangan terus takmau lagi pelihara kucing...katanya seminggu dia bersedih kerana kehilangan...
-------------------------
Misya...rasanya sebab dia yang bongsu...takde adik nak berbual dia berbuallah dengan kucing je...hehehe...samalah mcm akak sekarang...suka bercakap dengan diorang...
-------------------------
Azwa...bila cik abang balik akak jrg dpt update...nak kene layan cik abang tu....
Nama glamer tu...ala2 rona roni makaconi...hahahaha
------------------------
ez...paling comel si Rona..bulat betul dia...geram
------------------------
Salam ayu_mkay...hehehehe...ayu takut kucing ke?
eeeee... sangat comeelllll... sangattt sukeee... tapi takleh nak bela laa... huhuhu...
akakakakk comelnya alahaiiiiii sweetttt
ngih ngih ngih..tergelak aku bila baca nama yg pertama..Rona hehehe..pastuh lagi teruk terbahak baca nama mak dia Markona kahkahkah...
Eh carger laptop tu tak panas ke?
Mmg leka tengok gelagat anak kucing ni..tp utk aku meminati kucing seperti dulu...TIDAK!!
Cukup sudah di waktu dulu...skrg benci kucing...BENCI..
eh apsal nak meluahkan perasaan plak kat sini hehehehe...
Bukan ape..agaknye skrg ni musim kucing mengawan tau..ade ke patut rumah aku di jadikan markas tempat dia buat maksiat...pastuh memekak jer..kot iye pun nak berpantun mantun..g ler bawah longkang ker..kat taman mainan ker..ni tak...kat keta..celah rumah...hishhh...menci tau...pastuh tinggalkan seketul dan berketul2 kat depan rumah...bau jgn cakaplah...
kucing sy dgn anak2 dia seme nak bg org..anak2 dia dah ada tuan baru...tinggal mak dia je maybe this coming mac..haihhhh
Alahai comel2 nya... Nama pun comel gak.
Moga2 pjg umur & tak berpeleseran ke luar. Ahaks.
:D
Aku dah tak larat dah ngan anak kucing.. ni si Kutam bunting lagik.. pastu tak tau jaga anak mcm dulu tu.
Ala comelnya Roni tido pakai bantal charger!!
Kalau saya dapat 3 3 ekor ni.. abis saya cium2 peluk2 ni.. geramnya!!!
rena adalah favourite saya!!! :) sayangnya Mica tu tak panjang umur ye.. huhu sedih la walaupun kucing...
semoga anak Ajzie sihat kembali...anak kucin? saya suka tgk...tapi nak pegang..ampun...geli...
SIAN AKAK.TAK LAMA LAGI BERPISAH NGAN 'CUCU'HEHE
...Rona Roni Mica Rena...
hampir2
drama Rona Roni Makaroni he he he
sib baik salah sorg tu akak x bagi name makaroni cam drama rona roni makaroni kat astro tu yer kak...hehehehe....kalau boleh akak jgnlah buah cucu2 akak tu yer, harap2 diorg membesar atas jagaan akak lepas ni, ingat dulu rasanya ader entry akak yg lame, akak pi antar sekor kucing tu kat pasar pastu kena langgar kan?? x silap sy laa...kalau boleh, kali ni x der la adegan drama cam dulu tu yer kak...sian kat diorg....dah la comel....
Memang comel sungguh cucu-cucu Kak Anie ni :D
Alahai kesian kena tinggal dalam sangkar pulak .....
chomeyyyynyerr..
comelnyeee.... sadi pun suka kucing tau... :)
comelnya 3R tu... nama Mica tu lain sikit dari yang 3. Agaknya memang dah ditakdirkan umur nya tak panjang kan kak..
kelakar pulak tengok Markona tu tray untuk lepak hehehe..
hahha nama sungguh comel....jangan cucu ni dibawa balik ke JEddah pulak karang. Hehehhe...
Anie tq n sila la copy.
Sas memang comel sgt...kenapa takleh nak bela? Allergic ke?
------------------------
Pnut...bab uduk dlm kain tu memang sweet sgt...
-----------------------
nrina...nama2 tu hasil dari cadangan kengkawan blog...hehehe...
Nama si markonah tu memang akak yg bagi...
Kenapa benci pada kucing...mesti ada sesuatu yang buat nrina tak suka...
Mesti kucing tu kencing/berak merata-rata...
--------------------------
kadok...syian diorang...kenapa diberi orang?
-------------------------
Intan...semoga umur diorang panjang...ameen...
------------------------
Sya...si markonah ni pun macam bunting lagiklah...
------------------------
Diyana...memang Rona tu cantik gebu...
Memang sedih bila mica mati...rasa nak nangis sebab tak dpt nak selamatkan dia
-----------------------
nonie...semoga ammar akan segera sembuh...
Heheh...geli kucing eh?
----------------------
Irfa...tulah...dah tak boleh nak usap2...atau main2 dgn diorang lagi
----------------------
Sakurasa...memang ikut nama rona roni tu jugak...hehehe
---------------------
Rafflesia...insyaallah...akak akan jaga anak2 markonah...sayang sgt dgn diorang...tak mau rasanya pristiwa berulang kembali
---------------------
Queen...tak boleh nak biarkan diorang berkeliaran...nanti cik abang tak suka...disuruhnya hantar ke tempat lain
---------------------
En_em & sadi...memang comey cucu2 akak tu
---------------------
Neeza...nama2 diorang tu memula diletakkan...rona...roni...maca...rena...tapi tak sedap pulak maca tu...jadi kitorang tukar...mica...
Tulah pasal satu tray penuh badan dia...geram akak
---------------------------
ZekZek...cik abang tu tak minat kucing...heheheh
---------------------------
Sakurasa...akak dah copy...thanks...
Saya pun geli kucing , nak-nak anak kucing memang geli sangat walaupun nampak anak-anak kucing akak comel-comel ..wah, busy lah nanti cik abang dah nak tiba...cik abang saya next week balik :)
Rina...akak suka tau...sampai boleh cium2 lagik...heheheh
Post a Comment