Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, January 15, 2009

Semoga Dimakbulkan Doa Kita...



Sejak bumi Palestine dihujani bedilan2 dari puak zionis LAKNATULLAH itu...aku jarang melihat berita...aku lebih suka mendengar sahaja...aku jadi sedih...sedih kerana kita tidak mampu untuk melakukan apa-apa selain dari berdoa saban hari tanpa mengira masa...sedangkan saudara2 seIslam kita sedang di bunuh dengan kejam.

Sasaran mereka bukan hanya pada pihak tentera tapi kepada orang awam yang kebanyakannya ialah anak2 kecil yang baru mengenal hidup...sedih melihat anak2 kecil meraung menangis menahan kesakitan akibat perbuatan Yahudi yang tidak berperikemanusiaan itu. Dan tak kurang yang meninggal akibat kecederaan teruk adalah wanita dan anak2 kecil. Apa dosa mereka hingga terpaksa melalui segala kekjaman itu...




Apa yang membuatkan kita kesal ialah...negara2 Islam yang berjiran tidak bersatu hati untuk membantu. Mengharapkan PBB...aku jadi hairan...kenapa isu ini begitu lambat mereka tangani...jelas badan dunia itu sedang bermain sandiwara...




Sebagai umat Islam...apakah yang telah kita lakukan untuk membantu? Mungkin seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak...memboikot jenama barangan yang memberikan sokongan kewangan pada pihak zionis hanya akan memberi impak yang sedikit pada mereka. Mungkin sehari kita memboikot tak nampak kesannya...tapi teruskanlah usaha kita...kerana hanya itu yang mampu kita lakukan...selain dari berdoa dan memberikan sumbangan kewangan pada mereka yang dizalimi...



Malam ini...malam Jumaat ...maka sama-samalah kita memperbanyakkan doa dan bersujud serta memohon penuh keikhlasan, dengan keyakinan pada kebesaran ALLAH, rasa rendah diri pada NYA agar diturunkan bala bencana yang memusnahkan Yahudi LAKNATULLAH itu...


'Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami mohon kepada Mu Ya Allah, turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang islam di Palestine, hancurkanlah rejim zionis '

..kata kata ini aku ambil dari blog Tirana yang banyak menulis tentang kekejaman yg berlaku di Palestine...

ALLAHU AKHBAR...!!!




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

^ez^ said...

hmm..sedihkan akak..

teruskanlah usaha kita memboikot kalau itu yg boleh dilakukan..sama-samalah kita berdoa utk saudara seIslam kita di Palestin..

zareda said...

doakan kesejahteraan mereka. Doa itu senjata org mukmin..

Tirana said...

Do'a setiap ketika...lepas solat wajib..lepas solat sunat..sambil2 bawak kereta hantar anak sekolah..sambil2 memasak di dapur...pendek kata do'a setiap waktu bila kita teringat tentang isu ini..InsyaAllah Allah Maha Mendengar..Mudah-mudahan dia akan memakbulkan do'a2 kita...

ez said...

kak..memang sedih dan sayu di hati melihat penderitaan mereka..kita yg berada di bumi bertuah ini..hendaklah berdoa n trus berdoa utk kesejahteraan mereka..moga Allah melindungi rakyat palestin..

maklang said...

InsyaAllah...doa setiap masa ..moga2 dikabulkan doa kita..Amin...

iina said...

Memang kejam perbuatan mereka semua tu.. zalim kerana menjadikan orang2 yang lemah sebagai mangsa.. Insyallah kak.. saya percaya keadilan Allah.. sampai masa mereka pasti kalah juga ;)

zino said...

semuga doa kita dimakbolkan dan orang pelastin terbela..

yani_worldpeace said...

boikot...boikot...boikot, tu yang mampu kita lakukan selain berdoa dan menghulur sumbangan kewangan kepada mereka...

Shumierain said...

Salam,

ISRAEL..NAZI ZAMAN MODEN..TP MEREKA LG TERUK DARI NAZI..ZIONIS ADALAH BINATANG YG PAKAI TOPENG MANUSIA..

BOIKOT ADALAH ANTARA SALAH SATU JIHAD KITA...

TERUSKAN BERJIHAD...

Kak Elle said...

amin...semoga doa dr kami di sini di kabulkan olih Nya.

MULAN said...

moga umat Islam di Palestin tabah & sabar dgn ujian Allah ini. moga mereka beroleh kejayaan & kedamaian kelak..

HappyIrfa said...

salam hari jumaat kak anie..
sama2lah kita berdoa.kalau nak boikot barangan tu jgn sekadar hangat2 tahi ayam shj.teruskan smpi bila2

aNIe said...

ez...memang sedih dan pilu bila melihat mangsa adalah anak2 kecil...

Boikotlah apa saja yang kita termampu...

-----------------------

Zar...moga doa kita dimakbulkan...Insyaallah

----------------------

Tirana...Semoga doa kita dimakbulkan...andainya masih juga tiada perubahan....DIA lebih mengetahui apa yang telah direncanakan...

-----------------------

Ez semoga ALLAH akan mengabulkan doa kita...dah tak sanggup rasanya melihat kematian yang menyedihkan itu

----------------------

Maklang...Amiiin...sama2lah kita terus berdoa

----------------------

iina...Keadilan dan balasan ALLAH tetap akan sampai cuma kita tak tau bila...dan kita sebagai umat Islam wajiblah sentiasa mendoakan mereka saudara ISLAM kita

----------------------

Ameen...semoga diperkenankan untuk semua yang kita doakan ye Zino

---------------------

Yani...kita teruskan boikot produk mereka...kita buatlah mana yang termampu

--------------------

shumierain...kita boikot mana yang termampu...semoga umat islam akan terus bersatu...

-------------------

Kak...Insyaallah ...ALLAH akan terus mendengar...

------------------

Mulan...satu hari nanti...pasti mereka akan mengecap kebahgiaan an kedamaian

----------------

Irfa...salam Jumaat...jgan pernah kita henti berdoa...dan boikot tu biarlah terus2an...mana yang termampu

pB said...

Negara ISLAM kena bersatu hati
untuk menjatuhkan musuh musuh ISLAM ini ...

Kalau tidak bersatu , sampai bila bila masalah ini tak akan selesai

silversarina said...

Negara arab tak banyak membantu, memasing sangat selfish dan tamak dengan kekayaan dunia.

Marilah kita semua bersatu hati berdoa agar israel dihancurkan.Amin.

tulipurple said...

moga segalanya akan berakhir dgn segera....sy juga mcm sis,tak sanggup nak melihat...sekadar mendgr utk update..dan sy juga pelik dan MARAH pd negara arab yg taknak bersatu dan membantu sepenuhnya.

CuTeMiUt78 said...

ya kak.. mari la sama2 kita berdoa utk mereka...

Mak Su said...

insyallah

ina said...

salam kak anie...
memang sedih tak terkira kisah penderitaan rakyat palestine ni kak..

Mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan dan doa kita..Amiin..

ILA said...

Sangat sukar pabila 'EMPUNYA KUASA VETO' punya mata yg BUTA & Tinga yg PEKAK!!!

ILA said...

tentu akak dah trima forward email brang2 yg berkaitan dgn amerika & yg invest kat israel kann??
So apa lagiiii!!!!
sila haramkan dari membelinya.Walau sgat sukar kerana brang2 tersebut dah mjadi kebiasaan keperluan kita sharian.

Zek Zek said...

keji betul...sepatutnya lah..mmg tak perlu berlaku macam ni sebab negara Islam kaya raya tapi hampeh...tak leh harap...

oleh itu saya dah mmg takkan gi starbucks buat selama lamanya...hheheheh

KV said...

malas nak tgk berita pasal palestin. Bukan tak prihatin. Tp sedih dan tak sanggup melihat.
Moga Allah makbulkan doa kita. Umat Islam.

small gun said...

Nk boikot tu x salah kak.. tapi pasti kan budak2 kita x affected. Cth nya kalau boikot KFC, budak2 tu nk kerja apa? kita bulih kasi kerja kat dia org ke?

Kenapa kita je susah hati sgt pasal palestin? sedang kan sama bangsa dia org pun buat x tau je? Bangsa arab mmg mcm tu kak.. tamak, penting diri sendiri, angkuh & sebagai nya. Pengalaman bertahun disana buat saya lebih syg bangsa sendiri. Ramai anak bangsa kita kat sini yg perlu dibantu.

Jgn amik hati ye.. just my 2 cents opinion. Cheers!!! btw.. saya link blog akak ni dgn saya punya

aNIe said...

Pb...betul tu...heran jugak kitakan...kenapalah diorang tak bersatu hati

-------------------------

Rina...tulah....itulah masalah besarnya...

Semoga doa kita dimakbulkan.

-----------------------

Tulip...memang rasa marah pada bangsa arab yang seagama...kalaulah diorang sama2 berpakat...pasti seteru Islam akan lemah

-----------------------

Cutemiut...maksu...ina...Insyallah, satu hari nanti doa kita pasti termakbul

-----------------------

Ila...zek zek & KV...teruskanlah doa kita agar segalanya akan selesai...

----------------------

Small gun...Insyaallah rezeki ada dimana2...mungkin dengan langkah memboikot itu akan ada anak tempatan yang akan mengusahakan makanan segera yang sama kualiti dengan makanan segera kegemaran anak2 zaman ini...mana kita tau kan...ada hikmah disebalik tindakan tersebut. Dengan ini kita akan dpt membantu anak2 bangsa kita sendiri.

Rasanya banyak barangan alternatif yang boleh digunakan selain dari barangan trsebut...tapi...seperti yang akak katakan....kita boikot mana yang termampu...

Terima kasih kerana linkkan akak...nanti akak linkkan small gun ye...

Abang Long said...

Teruskan berdoa. Teruskan membaca surah Ababil.


Teruskan memboikot produk Israel LAKNATULLAH.

Masy said...

doa ini juga dilafazkan lps rancangan ape eh ari jumaat lps kat tv3 tu. nk sebut Halaqah pulak. huhuuh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails