Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 15, 2008

Minggu lepas...

Minggu lepas...aku dan anak2 pi tengok movie. Sejak dari menonton Quantum of Solace dulu aku dan Ude dah nampak poster filem ni....




Wah!! Best Ude....citer Afdlin dah nak kluar...


Aku memang peminat filem2 afdlin...suka pada lawak2nya yang bersahaja. Semua filem afdlin aku tonton kecuali Sumolah...tak tau kenapa aku tak tengok citer tu...maybe sebab tak berkesempatan.
Masa Ude ajak tengok movie tu...dia cadangkan pada aku Twilight, Madagascar atau Los dan Faun...aku cakap...


'Alah...kita tgk Los dan Faun le...'


Anak2 kecil ni nak tengok Madagascar...tapi nanti dululah.


Kami ke Cineleisure...setelah Ude booking tiket online. Selepas solat...kelam kabut bersiap takut terlewat untuk mengambil tiket.


Masuk aje kat Cineleisure...anak2 nampak motor untuk Filem Cicakman 2...sempat bergambar lagik sikecik ni..




Citer Los dan Faun...memang best giler...dari sejak masuk panggung aku dan anak2 tak berhenti ketawa. Kelakar mereka bukan kelakar dibuat2. Watak utamanya Has Isaac & Adlin Aman Ramli memang best...ditambah dengan kekuatan lakonan Khir Rahman dan Ida Nerina membuatkan kami tak kering gusi. Adlin memang berjaya membawa watak Mohd Faun bin Dollah...mimik muka dia...buat kami ketawa...macam tak percaya bahawa itu Adlin. Dan Khir Rahman serta Ida Nerina memang 'besttt'.


Ada juga babak yang kalau takde pun tak mencacatkan filem itu...iaitu bab bapa Faun mengajak isterinya menonton video Brokeback Mountain...kemudian maknya menjawab...


'Sekejap...saya tengah mandi hadas besar...' Heheheh...rasanya kalau takde dialong tu pun tak mencacatkan filem itu...


Jadi pada siapa yang nak merehatkan minda...dan menonton filem komedi yang sinikal maka pergilah menonton filem ni....Besssstttt!!!!


Hujung minggu? Hmmm...hujung minggu pulak ada tetamu yang istimewa dari Singapore...


Pada mulanya ingatkan mereka akan sampai tengahari...jadi aku pagi2 dah membeli barangan yang hendak di masak...
Aku masak...


...Udang Masam manis....dan

...asam pedas daging....
...ikan cencaru goreng dan lain2 hidangan sampingan....
Norabella dan temannya sampai jam 4 petang bersama Sya...aku yang sedang berbaring menanti mereka bingkas bangun menyambut tetamu dari jauh. Nora dah 2 kali datang ke rumahku...kali ini dia datang bersama teman sekerjanya...
Selepas menjamu selera...kami berlima termasuk si kecik ke Plaza Alam Sentral...habis membeli belah di Plaza Alam kami berjalan kaki ke SACC...singgah sekejap di Kopitiam...pepena teh tarik, nescafe, roti bakar dan roti canai. Anak kecil ku aje yang makan Chicken Wings sebab kami semua masih terasa kenyang.
Aku tak dapat ambil gambar mereka semasa di sana sebab handphone aku tertinggal...kamera pulak tak boleh digunakan. Habis aje makan Sya suruh aku call Ude untuk mengambil aku seperti yang dijanjikan. Ketika tu Ude kat Tesco bersama Farhan.
Semasa menanti Ude...Sya ke tandas sebentar...kemudian aku dan sikecik...bila Sya keluar...dia tak nampak aku...terus dia call...
'..Ello....kau kat mana?'
'..Owang kat Tesco...'
'..Hah! Bila pulak kau sampai Tesco...'
'...Hahahah...Maklang ni Udelah...'
'Larrr...handphone ibu kau kat kau ke...'
'Aha...ibu lupa bawak...'
'Patutlah...heran jugak aku...baru kejap aku masuk toilet tetiba ibu kau dah sampai Tesco...'
Hahahaha....apalah Sya ni...takkan le aku nak pi Tesco jalan kaki kot...
Pertemuan kami berakhir di sana...setelah bersalam dan berpelukan dengan Nora dan Alijah...Sya terus meninggalkan aku dan Fareez menanti Ude di sana.
Sampai sahaja di rumah...aku dah keletihan...selepas menunaikan kewajipan...aku dan baring dan tertidur....
p/s : Terima kasih banyak pada Nora dan Alijah untuk cenderahati yang diberi...harap2 kita akan bertemu semula di lain ketika...Insyaallah...

...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

35 comments:

idahani said...

wo..dah lama ar x tgk wayang..rasa dah bertahun2 dah..sejak mula kahwin..nampak gaya kena tunggu kuar tv ler gayanya..

cikMilah said...

lapar la nengok asam pedas daging tu KakAnie...nak sikit...

Dulu cikMlah suka cerita seram. Tapi sejak melalui sendiri saat di singgah benda tu; dan puas berubat..tak nak lagi dah...
bukan takut...ntah tak tau minat dah hilang...

nuraarin-life said...

Nak tengok laun & faun!!.. tak sabar nak g wayang nie, harap2 panggung kat sini sempat tunggu saya lah, kalau tidak kena p ipoh lah nampaknya..

Masakan kak anie begitu mengiurkan...lama betul tak makan udang masam manis ni

Mak Su said...

iya ker? siap cakap, saya nak mandi hadas besar? giler dahsat dialognyer :)

ahaks

iina said...

kak anie..

wah best ada rakan-rakan datang.. dan yang best menu yang akak masak tu heheheh.. sok leh ler singgah umah akak.. kat shah alam ke?? saya selalu lepak shah alam kwn baik saya duk seksyen7 ngajar di uitm shah alam..

aNIe said...

Idahani...nanti tak lama lagik tentu vcd dia kluar...boleh lah beli.

Memang kalau ada anak2...susah nak pi tgk wayang...

---------------------------

Cik Milah...orang Melaka biasalah kan...ayam..daging...ikan semua nak masak asam pedas...

Cik Milah...meh ler citer...apa yang buat cik Milah tak minat tengok citer hantu tu?

--------------------------

Nuraain...akak suka kalau udang dibuat sambal...tapi disebabkan dah ada asam pedas daging kene lah buat yang tak pedas sikit..

Hehehe...meh tengok Los dan Faun...akak suka citer tu sebab akak suka lawak afdlin shauki...

-------------------------

Maksu...hahaha...memang dahsyat...tapi kalau takde dialog tu pun citer tu dah cukup kelakar...

-----------------------

iina...bila nak balik Malaysia?...nanti kalau dah ada sini meh le war2kan kat akak boleh kita janji2 untuk jumpa

Kak Elle said...

Bila agak nya saya bolih mersai masakan anie ye?

wah nora berjalan jauh ye anie

Zareda Norman said...

kak ani

wahh review filem los n faun buat saya teruja nak pi tengok.. hehehhehe

SaDi said...

nanti nak bawak anak sadi gi tengok wayang laaa... rasa mcm best jeee bawak anak2 gi sama... :)

^ez^ said...

aduss..terluir ar tgk masakan akak tuh.sure masyukkk..

klaka la dialog yg kak sya tpon tetiba akak ade kt tesco tu.hehe..rupanya ude.hehee.. :D

Neeza Shahril said...

macam menarik aje cara Kak Anie tulis pasal cerita tu.. ni yang rasa nak tengok ni..
tapi, manalah ada wayang kat sini kan.. melayu pulak tu..
tunggu ajelah balik nanti.. tengok vcd! hehee..

sedapnya asam pedas daging.. camana yek cara masak dia kak Anie?

Abahnajwa said...

Kak Anie,

Tah bila saya nak rasa masakan Kak Anie tah..

Tah bila nak gi tengok wayang kat Malaysia nuu..

Takpalahhh...lum ada rezeki lagi...

faridmw said...

salam kak anie..

bestnya dapat layan cita bersama keluarga hehehe...
semoga gembira selalu...

zino said...

bila lah nak tengok wayang ni agaknya.. esok kot... esok cuti hehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

waaa...berwayang sakan kak lady anak beranak yerrr....muehehehe, sy bayangkan kak lady mcm superwomen pulak, jap ader kat sini, jap ader kat situ...huhuhu...

Intan Rosnitta said...

Salam Kak Anie,

Kalau akak nak tahu, intan ni x pernah rasa daging masak asam pedas ni... kena pulak masakan org Melaka, mesti sedap!

Kesian intan ni...jakun sungguh!

:D

Cat Cat said...

Kak Lady,
Meleleh air liur Cath tengok gambar Udang masak masam manis tu.... Sedapnya.... Bila lah dapat rasa air tangan Kak Lady eh..??

nanonano said...

gempak ar akak tgk wayang ngn ank2,
sy nk tgk wayang nk bwk ank2 buah pun payah akak ipar xkasik..
ishk..

sya said...

Aku dok kempen pasal Los Faun kat anak2 aku.. tapi sume buat cam selamba aje.. hampeh

aNIe said...

Kak...tulah...akak kalau dtg sini pun selalu dtg dgn adik2...jadi susah nak berjalan ke mari...kan? Takpelah...lain kali ada masa dan ketika dapatlah merasanya...hehehe

--------------------------

Zar...kalau zar suka lawak afdlin memang filem los and faun tu best...macam kata orang ...filem tu tak buat lawak2 yang buat kita terpaksa untuk ketawa...

--------------------------

Sadi...akak cuti ni tak kemana untuk bawa anak2...jadi pegilah tengok movie aje...untuk membuat diorang happy di musim cuti ni...

------------------------

Ez...asam pedas daging tu feveret abang akak...memang dia suka sgt...tapi jarang masak dah ...maklumlah bila usia meningkat semua tu kene kurangkan...

Akak masa dengar kak sya cerita dia heran camaner akak sampai tesco pun akak gelak...ye lah...Tesco tu jauh dari SACC

-------------------------

Neeza...asam pedas daging tu cara masak dia macam kita masa asam pedas biasa cuma masukkan lengkuas...dan sedikit kerisik...sebelum di angkat...potongkan bawang besar & tomato untuk memekatkan kuah...

-------------------------

Salam abah...lama tak dengar khabar...sibuk ke?

Takpelah abah...dah abis belajar nanti boleh lah balik malaysia dan lakukan apa saja yang dirindui...

------------------------

faridmw...apa pun yang kita lakukan bersama famili memang sesuatu yang menyeronokkan...

------------------------

zino...heheheh...jom lah pi tengok untuk merehatkan minda tu sesekali...

------------------------

rafflesia...akak ni kalau le jadi superwoman...akak dah sampai Jeddah dah...heheheh

------------------------

Intan...kalau ke Melaka...mintak aje asam pedas tetel...memang terangkat...sedap...anak akak si Farhan boleh pekena 2 pinggan...heheheh

-------------------------

Cath...udang tu feveret si kecik...dia boleh makan nasi dengan udang goreng aje...

Bila cath balik sini nanti boleh lepaskan kerinduan pada masakan2 malaysia...

-------------------------

nanonano...ehehehe...anak2 ni kalau ajak beronggeng...cepat aje siapnya...

Alahai siannya nak bawak anak sedara tak dpat...meh bawak akak gerenti boleh...hehehe

-------------------------

Sya...anak2 kau tu lain2 citerasa mereka...kalau amiza tu diajak tgk cerita korean...meloncat le dia...

Norabella said...

Kak Anie, Nora & Alijah nak mengucapkan terima kasih atas kesudian Kak Anie bertemu kami.Masih terasa enaknya asam pedas daging yang power...udang masam manis - semanis yang memasaknya dan sayur yg amatlah crunchy -masakan Ude tu. Alijah amat terhibur dgn gelagat dua beradik ni, terutama Fareez yang agak serupa anak bongsu nya itu - terubat rindu di hatinya itu. Terima kasih juga pada Kak Anie, Sya & Ude atas kiriman barangan Upin & Ipin yang menjadi kegemaran nya sekarang ini. Tersenyum lebar dia kak Anie..dan pada Sya yang jika dia tiada tempahan di kawasan Shah Alam tu..tak sampai agaknya kita...

Terima kasih banyak-banyak.

Masy said...

bile pulak kite nk jmpe eh kak eheheheh

KAKTINY said...

ada tetamu yer kak.. bestkan tetamu dtg berkunjung.. bila akak nak berkunjung ke teratak hamba di Alam Damai tuh?.. hihihi

Abang Long said...

'Sekejap...saya tengah mandi hadas besar...' tidak perlu adegan panas sebenarnya. Dengan dialog itu sudah cukup membawa fikiran manusia 'menjelajah'. Hehehehe

simah said...

wah..jumpa member blog yea akak... :0) ...cool!

memang ceria betul aktiviti akak... tapi bab tido tak boleh lepas jugak yek akak? hehehe abis la tembam nanti! hahaha

semua lauk yg akak masak tu semua kesukaan saya (saya tak tau masak..cuma tau makan jer heheh)...akak pos sat pi turki heheehe

maaf lama tak ke sini.. rasanya memang dah terlewat tapi.. salam aidiladha yea akak?

simah said...

wah..jumpa member blog yea akak... :0) ...cool!

memang ceria betul aktiviti akak... tapi bab tido tak boleh lepas jugak yek akak? hehehe abis la tembam nanti! hahaha

semua lauk yg akak masak tu semua kesukaan saya (saya tak tau masak..cuma tau makan jer heheh)...akak pos sat pi turki heheehe

maaf lama tak ke sini.. rasanya memang dah terlewat tapi.. salam aidiladha yea akak?

Ms Minnie said...

Salam kak errr... dah lama tak masuk blog akak... akak dah letak nama kak anie... sebab dulu saya panggil akak kak lady... hehehhe... rasa cam lain je nak panggil akak... jgn marah yea kak....

sakurasa 2 said...

Cam bestnya filem los n faun

KV said...

ha ha.. magik ye kak, tetiba dah sampai ke tesco!

Mummy Rizq said...

ermmm.. nak tgk jugak lah citer tu.. mesti best!

Sastri said...

kak... saya dah tengok citer tu minggu lepas... memang kelakar dan seronok... keskeskes...

asam pedas daging? nakkkkkkkkkkkk... meleleh air liur nengok gambar tu kak... huhuhu...

HappyIrfa said...

promo citer tu mcm best.nak tgk gaklah

ina said...

salam kak anie....

kecurnya tgk sweet sour prawn akak and the asam pedas too....hehehe

daku terus terbayang seafood yg ada kat serkam tu...emmmm bila la nak sampai lagi ni.....

Anonymous said...

kak ani nak makan. semua lauk tu eemmmm asam pedas daging dgn udng sweet sour . ikan masin take de ke? heheh bulat badan camni

aNIe said...

Nora...akak lagi berbesar hati sebab nora sudi ke teratak akak yang comei ni...heheheh...

Takde apa yang dpt akak berikan buat Nora...terima kasih sgt pada nora pada buahtangan yang diberikan...love them so much...

Pada alijah...thanks for the cloth she bought for me...mcm sama aje citarasa dengan dia...

Memang Nora dan Alijah begitu menyenangkan...kalau lah sya takde tempahan di Shah alam...akak yang akan ke sana tau...memang nak jumpa nora...

-------------------------

Masy...rasanya kita mesti ada berselisih jalan kalau kat shah alam tu...tapi tak perasan.hehehehe

------------------------

Tiny tinggal di Alam Damai ke...eh!! Kat mana tu eh...heheheh...akak ni kalau pi ronda2 kat bandar tu okay le...tpi kalau nak pi jenjalan tempat lain tak pandai lah...tapi insyaallah ...satu hari nanti kita akan berjumpa

------------------------

Abg Long....hahahaha...yelah tu...fikiran akak kot yang menjelajah jauh...*maluuuuu*

------------------------

Simah...akak pun rindu pada simah tau...lama tak ke blog simah...hingga terlewat nak mengucapkan Salam aidil Adha buat simah...

Tapi kelmarin dah ke blog simah...alamak...happening betul raya adidil adha bersama keluarga zaim tu...

Tulah...masa simah datang Malaysia ...akak tak tau aper yg simah suka makan...kalau tak boleh masakkan asam daging tu...hehehe

-------------------------

Minnie...nak panggil aper pun akak tak kisah...akak cuba masuk blog minnie dulu...dah tak leh masuk...kena invite lah pulak...heheheh

Panggil aper aje akak tak kesah...

-------------------------

Sakurasa...bagi akak best...sebab akak minat pelakon2nnya...

------------------------

KV...kak sya ingat akak ni 'david copperfield'

-----------------------

Mummy rizq...memang best... :P

----------------------

Sas...best kat...akak suka si adlin tu...kelakar...tak sangka dlm serius2 dia tu pun lawak jugak...hahahaha

Memang sedap masak asam daging tu....dulu akak selalu masak...tapi sekarang dah kurang...nak mengamalkan pemakanan sihat dah... :P

----------------------------

Irfa...heheheh...baik punya promo tu...tapi memang best citer tu tau

----------------------------

Ina...seafood kat serkam ke...kat Umbai ke...memang menggamit selera tau...heheheh...sedap hingga menjilat jari kan?

-------------------------

Anon...kalau ada ikan asin memang sedap...tapi menambahkan kenaikan darah tinggi...hahahah

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails