Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, November 11, 2008

Yeaayy!!! Cuti Lagi....

Yeayyy!!!...Cuti lagik....itulah jeritan anak2 yang akan bercuti lama di hujung tahun. Apa tak sukanya ...hampir 2 bulan boleh berdendang sayang kat rumah...

Alahaiiii!!! Dah nak cuti...???..itu keluhan mak ayah yang ada anak2 bersekolah.

Memang seronok kalau anak2 bercuti...boleh ajak diorang jenjalan...makan angin...dapat menghabiskan masa sekeluarga.

Tapi aku kalau cuti sekolah...tekak ni macam nak tercabut. Biarpun hanya ada 2 orang anak lelaki yang bersekolah ragam mereka di waktu cuti tak menahan. Sorang dbesar dah pun masuk 15 tahun...kadang kadang berperangai macam budak2...yang si kecik pulak baru 7 tahun memanglah kerenah macam budak kecik...asal kene usik aje...

'Ibuuuuu...!!!!!'

Asal tak dapat barang yang dia nak aje...

'Ibuuuuu...!!!!'

Tak dapat tengok siaran TV kartun kegemarannya...

'Ibuuuuu....!!!'

Mau tak pening kepala aku...kalau aku geram dan mula mencapai rotan yang tergantung...keduanya akan berlari masuk ke dalam bilik dan menguncinya dari dalam. Kalau kat luar tadi bercekau ...tapi masa dikejar berlari ke bilik...elok pulak terkekek-kekek di dalam tu....

Aku baru ada 2 orang...tak tau lah camaner yang ada ramai kat rumah bila cuti sekolah.

Memikirkan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk cuti...'trailer' Tom & Jerry aku dah mula bermain dalam kepala....

Arrrrrgghhhh...!!!!!!!




Ooppps....!!!

Baru aku teringat...cuti sekolah kali ni cik abang dah balik....

Yabedabeduuuuu !!!.....kurang sikit siksa aku kat rumah...sebab kalau cik abang ada...'Tom & Jerry' aku jadi baik...

Alhamdulillah...




p/s : Buat anak2 yang sedang menghadapi peperiksaan SPM hari ni...semoga berjaya dan diberikan ALLAH ketenangan ketika menjawab kertas-kertas peperiksaan tersebut. Khas buat Anis...anak Sya...Ucap selamat dari Mak Ngah...semoga berjaya dan segala yang dipelajari sepanjang tahun ini akan dpt membantu Anis di dewan peperiksaan nanti...Good Luck...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

34 comments:

pB said...

sib baik abah nyer dah nak balik


lega lar sikit .


at least mlm tak lar riuh sgt

sya said...

Aku faham2 .. aku dok seharian aje dah puas dengar ibu ibu ibu.. tu termasuk lagik Arif yg melayan... ibu ibu tu kerap lagik...

Queen Of The House said...

Hahaha ada cik abang nanti senanglah sikit Kak Anie.

Aeez belum nak berkhatan ke cuti ni? My youngest tu dah bersiap-sedia, hehehe ....

Kak Elle said...

Anie lesen dah nak expire nampak nya bab cik abnag dah nak balik...hehe

goboklama said...

Arif saya pun gitu gak, Mama tu Mama ni, kekadang pening gak bila dh kerap sangat. Aikk,baru sorang je tu,heheh... Ini pun dh start memonteng sbb dia kata tk belajar kat sekolah lepas abih pekse,heh.. :p

AZWA said...

kaklady,

dah nak cuti sekolah dah ek...hah...dapat ku bayangkan camno meriah la kat umah bila anak2 ku yang 6 orang ittew berkumpul dan berebut channel tv...tapi takper sbb cik abe pun cuti skola gak, biar dia yg layan dorang hehehehe

Ayu said...

kekeke leh terbayang2 le tom n jerry akak tuh hehehe

Ajzie said...

dah nak cuti sekolah eik.... kena plan byk pekara nih.....

Good luck utk anak kak sya..

~ yus ~ said...

turut merasakannya...bukan waktu cuti sekolah pun sama jer, al-maklum, anak sulung baru nak masuk darjah 1. Pening kan kak, bila mereka ni kejap2 jerit Ibu!!!!, bila dah kerap sangat, lemas di buatnya...huhu.

Intan Rosnitta said...

Kat rumah intan ni masa bukan cuti sekolah pun memanjang ibu...ibu...

Adoilah...

:D

Mama Rock said...

ka anie, cuti ni boleh lah mama bangun lambat sikit...tu aje yang bestnya!

Zareda Norman said...

zar plak lega kalau cuti sekolah.. yerlah sorang aje.. sebab tak perlu terkejar kejar gosok baju sekolah, pepagi prepare bekal dan breakfast anak..

so kalau cuti, pepagi zar campak jer kat rumah kak long so dia setelkan ler anak zar. ehhehehhe

tapi cuti sekolah ni kami banyak program hampir setiap wiken dah fully booked.. ohhh letihnya..

tulipurple said...

ihiks'..anak2 sy yg tak sekolah lg ni laks sy dok pk..cepat ler gi sekolah..leh ler aman sat bergaduh kat umah.
ihiks'...kire che abg tu jd cekgu besau ler pd tom&jerry sis tu..huhu

MAMAMIA said...

Alahai, saya ada 4 org nak kena handle, dari yg nak masuk Tadika, sek rendah & 1 sek menengah. Tu tak masuk bapak budak lagi tu... Tengah prepare mentally.

Hubby Kak Anie ada sini, ada chancelah cuti2 Malaysia kan?

aNIe said...

PB...rasanya kalau ayah diorang balik...bukan lega sikit...legaaaaa banyakkkk...

hehehe...

---------------------------

Sya...tulah pasal...naik pekak telinga aku...

---------------------------

Queen...ayah diorang ada...senang banyak...sebab tak payah kita nak terpekik terlolong...dgr suara ayah je semua dah macam tikus...

Berkhatan...? Lom lagik kot...mungkin tahun depan


--------------------------

Hahaha...kak elle...tu lah pasal...seb baik kita sempat jugak berjumpa ari tu

--------------------------

Goboklama...tak larat kan? Mama...mama...ibu...ibu...adoiyai...

Ni pun semalam tak sekolah...akak tak tahan dah suruh sikecik sekolah ari ni...

-------------------------

Azwa...bab berebut channel yang tak tahan tu...akak 2 orang boleh le buat gilirian...sorang main PS...sorang main komputer atau 1 jam tgk channel katun...1 jam tgk pilihan yang sorang lagik...

Kalau 6...payah sikit tu...hehehe

---------------------------

Ayu...hahahah...berkejaran dlm rumah...masuk bilik keluar bilik...huhuhu

--------------------------

Ajzie...akak bercadang nak antar Farhan pi perkhemahan...biar dia dapat manafaatnya

--------------------------

Yus...tulah...akak selalu bising...main main aje lah...jgn jerit2 panggil ibu...rimas...

--------------------------

intan rosnitta...bila diorang takde pulak..terasa sunyinya...

--------------------------

mamarock...tu ajelah kan...syok dpt tido...lebih2 lagi kalau cuti solat...best tarik selimut...

-------------------------

Zar...hahahah...tu sudah bagus...syok camtu...dptlah melayan mimpi lebih sikit...

------------------------

Tulipurple...heheheh...cikgu besau yang garang...kalau tom tu...terus tukar jadi jerry yang baik...

-----------------------

Mamamia...memang kene prepare betul2 tu....kadang2 bapak budak yang tak tahan tu...hahahah

CuTeMiUt78 said...

uish... sib baik ayah dia balik.. klu tak jadi ler trailer tom & jerry akak tu kan..tapi meriah kan klu budak2 tu ada kat rumah

^ez^ said...

hehehe..tom & jerry ek akak.hehe..meriah ms mcm nih la. bila da besar sunyi je rasa.huhuu..

Ummi365 said...

kak anie, tu belum dia speaking london lagikan.. masa tu Mummy! Mummy!.. same jelah aeez ngan ilan tu.

kak anie, kat rumah ni ada 4 tu hah.. dah sekolah menengah pun macam budak sekolah rendah. kalau ummi tak ada bibiklah.. kejap2 bibik.. bibik. .bibik.. nasib baik bibik tu ok.. di buatnya bibik garang macam ummi.. hehehe baru depa tau..

Tirana said...

Kak Anie, saya ni ada 4 orang dalam rumah ni plus bapak budak jadi 5..hehehe.. Setiap cuti sekolah bukak gelanggang silat dengan diorang...

NONIE AZIZ said...

hehehe...saya tak payah tunggu cuti sekolah kak tiap2 tom&jerry kat rumah saya ni ada jer...

KV said...

bagi kv yg bekerja ni, hari cuti kdg2 membuatkan kv tension. Walopun kecik, danish dan dina asyik bergaduh je tau. Sabar je lah! Hehe

worldpeace said...

anak lelaki ya? tu baru dua, kalau lebih lagi cemana?huhu...

Cat Cat said...

Kak Lady,
Cuti sekolah = melancung/jalan2 makan angin/shopping. Best tu!!! Hehe.

hanimndroid said...

ahahha, mcm tu ek rase jadik emak kat rumah bila anak2 cuti... hehee, sian mak sy ms time kami dulu2... mcm ni rupanya..

KLMari said...

Kehkeehhk....betul tu kak...Even weekend pun rasa nak terbalik rumah dikerjakan 3D tuh...Makcik KLM yang jaga 3D pun ckp, kalau cuti sekolah or if Dania ada kat rumah, bingit sebab dia asyik ngacau adik adik, sampai menangis meraung dibuatnya....

Neeza Shahril said...

sama la kita, kak Anie..
kalau cuti sekolah, kepala neeza pening...
sorang melalak, sorang menjerit.. sorang nak itu sorang nak ini..
letih nak tunggu sampai malam tu..

Mak Su said...

cik abang nak balik dah? yeeaaaaa untuk kak lady!! :)

saya kat umah pun fenin, asik mak mak mak

MULAN said...

cuti ni saya yang akan gaduh dengan zharif. berebut tv la. marsha tak cuti. tak tau la camna..

ADIEJIN said...

kalau cik abang balik nanti ada main webcam2 lagi tak ? Cik abang kat lam bilik , awak kat dapur..

PINATBATE said...

Yang tak larat bebudak ni kalau cuti sekolah asyik nak makan jer kerjanya... memasak jer lah maknya ni...pagi petang siang malam..

kak anie nak hantar Farhan perkhemahan kat mana? kalau sesuai rasa nak join jugak..

zino said...

bukan anak je yg gumbira cuti rupanya ibu dia pun suka sebab cik abang pun balik cuti hehe

fizah pun dah tanya cuti ni tak kemana mana ke? tetiba rasa fenin hehe

nurazzah8 said...

kak lady,
apa khabar?
lama tak jenguk sini...

saya lagilah kak...7 orang ada kat rumah tuh....campur bapaknya 8 orang !!!

hehehe...dah biasa...tak cuti sekolah pun selalu dengar ...ummiiiiiiii ........... ummiiiiiiiiiiii.....
abang yg besor2 rajin menyakat adik yang kecik... apataknya terjerit-jerit lah

aNIe said...

Cutemiut...tulah...seb baik ayah diorang ade...kalau tak...pening kepala akak...

------------------------------

ez...kalau dah besar nanti...mesti terasa sunyi...rindukan jerit pekik tu...

------------------------------

Ummi365...ilan & fareez sebaya kan? Menjerit2 tu yang akak tak tahan...rumah ni pulak kecik...kalau dia menjerit kat ruang tamu akak kat dapur ni macam nak tercabut telinga ni...

Yang besar suka menyakat kan? Akak ni yang kuat menyakat Farhan & Huda...

----------------------------

Tirana...hahaha...dah jadi gelanggang silat eh...adoiiii....

---------------------------

Nonie...yelah...nonie ada dua yang kecik2...sentiasa ada kat rumah aje tu...syasya tu suka mengusik ke?

---------------------------

KV...sama dengan Munir & Ude dulu le...Ude tu tak padan perempuan...kalau masa kecik bergaduh ngan abang macam jantan...

---------------------------

worldpeace...seb baik sorang laki tu dah besar...dah kerja tak dok ngan akak...kalau yang 5 orang laki tu...tak dpt nak dibayangkan.

------------------------

cath...cik abang tu kadang tak sempat nak plan untuk melancong...rasanya kali ni dia balik 1 bulan...1 minggu dia berehat...hari2 lain dia kene pi pejabat kot...

------------------------

hanimndroid...tulah...tapi rasanya semua mak akan rindu suasana anak2 ketika masih kecil...

------------------------

KLM...bab menangis meraung tu akak tak tahan...bingit dibuatnya

------------------------

Neeza...kalau diorang dah tidur..terasa kesunyiannya...

-----------------------

maksu...tu lah...semua nak mak...kadang dah pandai buat sendiri pun nak mak jugak...

---------------------

Mulan...akak selalunya bab TV ni kene bergilir...petang aje...giliran akak nak tengok drama...malam kalau ayah ade giliran ayah pulak...hehehe..

Pagi2 yang diorang berebut...

-----------------------

adiejin...hahahah...kalau dia ada kat umah...takde maknanya nak berwebcam...baik tgk real...boleh usik2 lagik... :P

----------------------

pinatbate...kalau anak2 semua ada rumah...memasak kene lebih...sebab diorang kalau takde kerja lain...asyik2 bukak fridge...bukak periuk...

Perkhemahan tu tak tau lagik...apa2 pun kene bincang ngan cik abang dulu

-----------------------------

zino...hahaha...fenin sebab aper tu zino...fenin kene pikir destinasi ke...fenin sebab kene kluar pitih...

----------------------------

Salam Nurazzah...akak sihat...harap azzah pun begitu.

Akak selalu cakap kat Sya...

Kita ni...4 aje...kalau azzah tu 7...kalau kita tak tahan...agaknya azzah pun dah lali dah...

Tapi akak memang salute kat azzahlah...ada kerjaya...boleh lagi mengasuh anak2 yang 7 orang tu sehingga berjaya...

Azzah...bab diorang panggil Ummiiiii....terjerit2 tu yang tak tahan betul...

mummysya said...

nasib baik cik abang nak balik...boleh lah besuka ria kan....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails