Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, November 10, 2008

Anak Emak...

Pernah dengar tak...orang selalu cakap...'memang susah kawin dengan anak emak...'

Suami aku...anak lelaki sulong selalu dikategorikan oleh adik beradiknya sebagai 'anak emak'. Memang cik abang aku anak kesayangan emaknya.

Kalau nak ditanya...'senang ke kawin dengan anak emak...?'

Aku akan jawab balik...'bukan senang kawin dengan anak emak...'

Semasa aku mula2 kawin dengan cik abang dulu...MIL aku sudah kehilangan suaminya...3 bulan sebelum perkahwinan berlangsung. Jadi pada anak sulongnyalah, iaitu suami aku, tempat dia mengadu...tempat segala permasalahan dan tugas2 seorang ayah diserahkan.

Ketika kami kawin...kami sama-sama muda...aku baru 21 dan suami 23. Kalau anak2 sekarang usia 21 dan 23 tu aku rasa terlalu muda untuk hidup berumahtangga...dengan beban tanggungjawab sebagai bapa kepada 5 orang adik-adiknya yang lain. Segala liku kehidupan begitu mencabar buat kami.

Menyesuaikan diri dengan mertua adalah satu cabaran. Apatah lagi...segala layanan yang aku berikan pada suami mestilah sempurna di mata mertua. Segala gerak geri...percakapan...cara aku melayan...menyediakan makanan menjadi perhatian mertua. Pakaian suami mestilah sempurna. Pantang silap sikit pasti aku terima akibatnya...maklumlah...dia anak emak.

Semasa mula2 berkahwin aku masih bekerja. Jadi bila balik mertua dah siap memasak...selesai memasak selalunya mertua akan mengepikan dahulu apa yang dimasak untuk cik abang aku. Tak siapa dibenarkan mengusik makanan tersebut. Begitulah aku dididik...yang apa saja yang dimasak... untuk suami hendaklah didahulukan. Sorang pun tak boleh kacau...sehingga sekarang...biar pun anak2.

Disebabkan cik abang merupakan anak kesayangan emak...maka perhatian yang sewajarnya juga terpaksa diberikan pada emaknya. Mertua aku akan cepat berasa hati andainya cik abang menunjukkan sikap sayang lebih pada aku. Perhatian yang lebih pada aku akan cepat membuat mertua merajuk...maka aku terpaksa bekorban. Demi menjaga hati mertua aku redha suami memberikan perhatian lebih pada mertua. Dan sebagai anak & suami cik abang aku terpaksa mencari jalan tengah untuk mengambil hati aku dan mertua. Tapi dalam apa jua perkara emaknyalah yang akan didahulukan.

20 tahun duduk dengan MIL..terlalu banyak cabaran yang terpaksa aku lalui...tapi alhamdulillah kami dapat bertahan dengan apa jua yang melanda. Berkat kesabaran aku...kini apa saja yang aku lakukan untuk suami...layanan yang aku berikan sentiasa menjadi sebutan mertua. Dia kini yakin anak kesayangannya akan mendapat layanan yang istimewa dari aku. Dia dah berpuas hati dengan apa yang telah 'diajarkan' pada aku.

Tapi...emak tetap emak...dan anak tetap anak. Bila sesekali balik ke kampung...biar pun cik abang dah berusia hampir 50 tahun...apa yang tak kene dimatanya tetap menjadi leteran..apa yang tak berkenan dimata pasti akan menjadi teguran.

Orang juga selalu kata...selagi emak kita masih ada...biar berapa pun usia kita...kita tetap akan merasa seperti anak kecil...apa yang kita buat tetap akan menjadi perhatian mak kita...dan maklah orang yang paling risau kalau kita sakit...ditimpa musibah dan sebagainya...lebih2 lagi kalau kita anak emak...




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

38 comments:

umeboshi said...

k.anie,
kiter suka entry kali ni. 20 thn dok dgn MIL...mmg betul2 uji kesabaran, ek. anyway, alhamdulillah k.anie jadi menantu yg MIL ingat dan sayang. moga k.anie sekeluarga berbahagia selalu.

sya said...

Kak Anie, aku rasa kita dua orang ni termasuk kak long semuanya kawin anak emak. Kau kawin anak sulong aku lak anak tunggal dan memang MIl yg mendidik kita cara menjaga anak dia bak kata arwah MIL aku dulu .. biar kita susah .. biar kita penat asalkan suami kita rehat.. nasib baik aku tak yah deal ngan ipau2 at least ngan MIL aje

Tirana said...

Saya pun kawin dengan anak emak. Adussss..macam-macam rasa walaupun hanya sempat lebihkurang 4 tahun tinggal bersama keluarga mertua. Macam kak Anie jugak...terpaksa berkorban dengan kehendak MIL. Sikap sabar akhirnya mendapat pujian dari MIL..Bila saya keluar dari rumah dia pun, dia asyik teringat menantu dia yang kononnya sangat baik..hehehe.. Sekarang ni dia dah tiada...Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

nanonano said...

20thn kak??
perghh cayalahh..
mesti kamcing giler ngn MIL kan?
hihi kene menuntut ngn akak ni
:D

PuteriSatu said...

mak aih kak...20thun tuh...akak ni memang penyabar kot kan kak...lama tuh kan...? saya ni dok 2 hari je kat umah MIL dah macam 2 tahun..camner tuh..? hiks....

KV said...

kak anie,
kv ni berkahwin dgn anak tunggal merangkap cucu tunggal. Mmg best sbb takyah bersusah dgn ipar duai. Tp faham2 lah bila 'terpaksa' tinggal bersama ngn mertua (tambah2 lg mertua lelaki meninggal masa hubby kecik) dan jugak atuk nenek. Betul2 menguji kesabaran. Namun, ada byk baik dr buruk nya. Cuma kami msg2 menjaga tingkah laku agar 'terasa hati' antara satu sama lain tdk ketara sgt. Kv cuba terima 'takdir' ini secara positif. ;)

Kak Elle said...

betul tu anie kawin ngan anak emak ni banyak cabaran nya kan?
nasib baik anie penyabar orang nya kalau saya agak cam mana ek...ku tinggalkan aje ... hahaha

tapi saya rasa emak tu patut kena lah fikir anak kesayang dah milik orang ia itu istri dan anak2 dan pada masa ni mesti lah kongsi kebahagian family si anak...kalau ikutkan perasaan saya lah 'emak tu very selfish nak hak dia aje sendiri'.. ni pendapat saya lah ... maklum lah saya belum pernah ada mak mertua:)

ILA said...

UIIIITTT!!!
kalau saya...tak mungkin setabah akak:)

SaDi said...

kalau saya... saya laa anak emak... pening hubby saya.... huahuahuahua :D

Intan Rosnitta said...

Layan MIL ibarat melayan ibu sendiri kan Kak Lady??? Bertuah MIL & cik abang Kak Lady.

Intan boleh rasakan Kak Lady ni mmg penyabar orangnya... Patutlah cik abg sayang bangat dgn akak..

:D

UncleJ said...

kalau 20 thn duk dgn MIL mesti kak ani ni org yg paling sabar..lama tu..mesti dah dpt cop SIRIM besar dr MIL utk jaga anak dia tu..ada org dok 2 hari pun tak tahan hehehe..

anak lelaki kalau dah kawen pun, mak tetap no 1 ..betul kan?

Intanaziela said...

kak anie..terharu baca entry ni...alangkah bestnya kalau intan pun sesabar akak...

zareda said...

kak anie

tabahler kak ani dok ngan MIL selama 20 tahun..:)

Hubby zar pun anak mak, maklumlah anak sulung lelaki, apa apa sikit MIL mesti nak dengan cik hubby. zar dengan MIL ok cuma dengan ipar pompuan jer.. alahai lemah tenaga batin zar dibuatnya dengan adik hubby tu..

Mamamanja said...

skang mesti akak jadik menantu kesayangan mak kan? hehehe

RaFFLeSiA MeRaH said...

alamak....lame nyer kak...sy ni name jer duk ngan mertua tapi mertua dah takder...sempat ngan mertua pun sekejap jerrr, tu pun dia dah x boleh berjalan....kuar masuk spital jerrr sy sempat dgn dia....tapi sy byk bergaul dgn ipar ipar sy...kdg2 susah jugak nak menyesuaikan diri dgn mereka....maklumlah, sy x biasa dgn keluarga besar camtu....so, dah setahun kawin pun sesekali berkumpul tu, masih terasa segannya dgn mereka....

cikdinz said...

saya pon anak sulung. mcm anak emak gak...hehehe...
perhatian lebih wooo...

Mak Su said...

anie, all the best to you, your husband (anak emak), your emak and your emak (MIL) :)

CuTeMiUt78 said...

wah..kak... akak memang seorang yg tabah dan penyabar. 20thn akak duk ngan mertua.. memang byk dugaan kan kak.. tapi tu ler ada baik dan buruknya duk bersama mertua yg perlu kita pelajari

idahani said...

20thn..satu tempoh yang amaaat lama bagi saya kak..

saya dok dengan mertua lebih 4thn pun dah rasa panas b****t

AZWA said...

wah ramai gak yg kawin ngan anak emak kat sini ek...azwa pun kira kawin ngan anak emak la juga...sebagai anak sulung dan satu2 yang ada kerja tetap sedikit masa dulu, memang segala urusan adik beradik asben yang kena tanggung. But i must say i am lucky becoz cik abe, mil, fil, adik2 ipar semuanya ok ok belaka...yg penting saling fahami memahami, saling menerima kelebihan dan kekurangan memasing dan paling utama jangan pernah mengungkit pengorbanan2 yang telah kita lakukan, insyaAllah.

MAMAMIA said...

Tak da pengalaman macam ni.

Tapi dah namanya kahwin, memang kena banyak bersabar. Tak kira lah suami kita tu 'anak emak' atau 'anak pada seorang emak'. Betul tak Kak Anie???

aNIe said...

Umeboshi...20 tahun memang satu tempoh yang amat lama...banyak yang dapat akak pelajari...dan banyak dugaan yang perlu dilalui

------------------------

Sya...heheheh...ye le sebab kau anak tunggal...

------------------------

Tirana...salah satu dari sebab kita kene berkorban kerana takut suami jadi anak derhaka...itu yang paling akak takut...takut ibunya menangis kerana sikap dia...

Sekarang ni MIL memang suka datang berkunjung ke rumah akak...kerana dia senang bersama kami...

---------------------------

nanonano...nak kamceng sangat tu takdelah...rasa syukur saja sebab mertua sudah boleh menerima akak dengan baik...

----------------------------

puteri 1...memang ramai yang cakap camtu...duduk di rumah MIL dan menjaganya serta adik2 ipar bukan satu kerja yang mudah...

----------------------------

KV...seb baik anak tunggal...tapi orang kata banyak baik dari buruknya...

20 tahun duduk dengan mertua...bermakna akak ngan hubby jrg dpt privacy...jadi bila dah berdua ni...kadang terasa baru dpt hidup bersama...

-------------------------

Kak elle...

Betul tu...masa MIL bersikap begitu...dalam kepala selalu terfikir...dia macam selfish...tapi anie buang semua fikiran tu jauh2...dan berfikiran lebih positif...dan berkata pada diri...yang MIL takut kehilangan anak kesayangannya kerana dia dah takde lagi tempat menumpang kasih

----------------------------

ila...untuk keluarga...kene sabarkan jugak...maklumlah...dah sayang...ikutkan jugak ler...hheh

---------------------------

sadi...orang pompuan kalau anak mak taklah teruk sangat akak rasa kan...

--------------------------

Intan Rosnitta...MIL pun macam mak kita jugakkan...cuma biasalah...disebabkan dia mertua maka kalau dia terlebih cakap kita terasa hati...

Tapi sekarang dah okay dah...yg penting dia tau segala ajaran dan tunjuk ajarnya itu dihargai...

----------------------------

Abang Long said...

Saya anak lelaki sulong. Isteri saya anak perempuan sulong.

aNIe said...

Uncle J...hahaha...gelak kak anie bila Uncle J cakap dpt cop SIRIM...hehehe...ade ade aje...

Anak lelaki kalau dah kawin...emak tetap kene no. 1...

---------------------------

intanaziela...berkat kesabaran...segalanya dapat kita rasai bila dah lama hidup dengannya...

---------------------------

Psst!! Zar...macam sama aje...

---------------------------

mamamanja...taklah jadi paling disayang...cuma dia boleh duduk dengan akak dan kami boleh berbual sama...takdelah dia nak muncung aje dan mencari kesilapan je...

--------------------------

rafflesia...memang bila keluarga suami ramai...kita kene pandai menyesuaikan diri...sebab bila dah berkumpul ramai2...takut ada kata2 atau tingkah laku kita yang mengecilkan hati yang lain...

--------------------------

cikdinz...biasalah tu...mengada aje...heheheh...:P

---------------------------

maksu..thanks...cuma akak dah takde mak...cuma tinggal MIL je...

---------------------------

cutemiut...bila duduk ngan mertua ni...kenelah lebih peka...apa yang dia suka...apa yang dia tak suka...beri dia lebih perhatian...pastu kalau dia berleter...masuk telinga kiri keluar telinga kanan...ambil segala pengajaran yang diberi...jgn cepat ambil hati...& banyak lagik...heheheh

-------------------------

idahani...memang pun...masa memula akak kawin dulu...selalu aje berendam air mata...tapi disebabkan suami banyak beri sokongan...akak jadi kuat...

-------------------------

Azwa...tulah...ramai jugak yang kawin ngan anak mak...

Beruntung azwa punya mereka yang begitu memahami...alhamdulillah...tapi akak takde FIL...jadi MIL banyak mengharapkan cik abang akak tu...semuanya...kasih sayang terutamanya...dia takut diketepikan...

Tulah...jgn sesekali mengungkit pengorbanan kita...kerana kalau kita ungkit...dah jadi tak ikhlas...

-----------------------------

Mamamia...kadang kala orang dapat MIL baik...suami pulak buat hal...ada dpt suami baik MIL pulak yang tak serasi...

Memang dlm hidup berumahtangga ...tahap kesabaran kita kenelah tinggi...

ayumkay said...

salam kak anie :)

apa kabar? harap akak & anak sihat belaka. ske n3 ni.

dikalangan adik beradik sendiri pun ada yang terlebih jadi anak emak. lagilah payahkan. walau kadang kala mak menafikan tapi kita boleh nilai perbezaannya.

takut kehilangan mak..huhuhuh.

faridmw said...

salam kak..
bg farid umur 21 tu dah leh kawin kerana baik kawin awal supaya dapat meniti hari2 yang mendatang dgn penuh dugaan dan cabaran..
klu kawin ngan anak mak ni kena banyak bersabar.. barulah hubungan berkekelan..

Kak Elle said...

anie lupa nak tulis tadi perkahwinan ni macam package kan nak anak kena amek emak sekali...hehehe

kad0k. said...

sebab tu beruntungla sape yg ada mak..:)

zino said...

zino penah kata.. kalau mak kata A mem kata B zino akan ikut cakap mak.. hehe

kira anak mak ke tu hehe

acik ila said...

saya pun skang nie tinggal ngan MIL.. mmg duduk serumah dengan MIL memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.. sbb dia mesti nak kita jaga anak dia sebaik mungkin.. tapi apakan daya.. aku ada lah akusss.. hehehe.. hehehe.. tapi Alhamdullilah, setakat nie saya x pernah bertengkar dengan dia.. walau pun kita berlainan cara sama sekali.. :D.. pelik kan.. haaa nie la dia, pelik tapi benar.. layannn hahaha.. hahaha

pB said...

suka dengan n3 nie


tahniah sebab berjaya mengharungi semua cabaran dan halangan .....





wa caya lu lahhhh
(hi hi ..brutal nyer)


akak bila nak date ????

mummysya said...

salam

Alamak, saya kahwin dgn anak mak.... Agak susah lah... Susah nengok lelaki kalo manja dgn mak...errrr!!!

nanacun said...

Lama yer akk dpt brtahan dok ngan MIL.. nana tak leh mcm tu, akan ada beribu alasan utk kuar dr kepompong kuarga. Btw, my hubby also anak omak..hehehe

dilaOHdila said...

salam kak
Moga ianya menjadi panduan utk kami lalui nanti.
Salam perkenalan

aNIe said...

Abang Long..wah!! dua2 anak sulong...dua2 anak mak tak?

----------------------------

ayumkay...memang kadang emak tak cakap...tapi anak2 dpt melihat perbezaan yang diperlihatkan...

----------------------------

faridmw...memang kalau berkawin dalam usia muda mcm2 dugaan yang perlu dihadapi...dan kedua2nya mesilah matang dlm membuat keputusan..

Anak mak ni memang susah...kadang suami tak berapa sgt kesah...tapi ibuya yang tak boleh tengok kekurangan layanan yang diberikan pada anaknya...

---------------------------

Hahahaha...yelah kak elle...lupa...selalunya kalau kita kawin dengan anak lelaki orang...kita dpt package...hehehe

--------------------------

kadok...memang pun...sentiasa mendapat perhatian...hehehe

--------------------------

Zino...tu bukan anak omak...tu memang kene ikut...hhehehe

--------------------------

acik ila...akak takleh camtu...MIL mungkin baik dengan akak...kadang dia menegur kerana nak mengajar...yang tak tahan memanda menteri dan datuk2 bendaharanya tu...hahahha

-------------------------

PB...alahai...lesen besau akak nak expire dah...minggu ni last...takpe...kita tunggu di lain masa ye...


-------------------------

mummysya...betul tu...tapi cik abang akak dah kurang manja dengan mak...tapi mak dia memanjakan dia lebih...susah betul...hehehe

-------------------------

nanacun...akak ni...mengikut aje cakap cik abang...bila dia kata duduk rumah dgn MIL...jaga MIL...akak jagalah...

--------------------------

Salam kenal buat dilaohdila...

Kalau perkahwinan yang baru berusia 1-5 tahun...memang banyak yang perlu dipelajari lagi...terlalu jauh perjalanan kita untuk mengecap erti kebahgiaan sebenar...

zany said...

beruntung kalau masih ada mak dan dalam masa yang sama MIL yang baik lagi bertolak ansur. Rezeki tu.

Sabar je lah kak, 20 tahun, lama tu, tabikkkkkkkk

hanimndroid said...

that is so true,"selagi ada emak..."

PINATBATE said...

Salam kak anie..
saya pun kawin dengan anak emak..anak bungsu yang kematian ayah masa berumur 5 tahun...percaya tak..dah umur 40 tahun pun bila sesekali balik kampung MIL tepuk bantal suruh tidur sebelah dia...rindu katanya...

mula-mula dulu kecik hati gak..tapi bila dah anak ramai ni saya bentang toto suruh anak-anak saya tidur sekali keliling MIL..hahaha..baru puashati!

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails