Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, November 4, 2008

Balik Kampung...

Minggu lepas...adik ipar telefon yang dia akan ke mari bersama MIL.

Hari Rabu...aku terima panggilan dari adik iparku...katanya dia terpaksa membatalkan pemergian ke seminar yang sepatutnya dia hadiri kerana anak kecilnya...Amirah...diserang sakit mulut. Bila mendengar saja dia kene sakit mulut aku segera menasihatkan J untuk membawanya ke hospital...bahaya...sebab amirah dah tak boleh makan...mulutnya penuh dengan ulser...


Apabila mendapat berita tersebut...aku dan Ude berbincang untuk pulang menziarah si comel tu. Pada mulanya Ude terfikir...


'Tapi ibu...minggu depan Fareez kan periksa...sakit mulut ni berjangkit kan?'


'Hmmm....tulah...tapi takpelah...penyakit semua datang dari Allah...kita tawakkal aje...Insyaallah...kalau ALLAH...tak dtgkan penyakit tu pada kita...takdelah kene...'


Memang aku selalu cakap begitu...bahawa segala penyakit datang dari ALLAH...kalau DIA mengkehendaki kita sakit...maka sakitlah kita...aku masih ingat pada hadis ini...


"Tidak ada penyakit berjangkit, tidak ada buruknya burung berterbangan, tidak ada sial pada burung hantu dan tidak ada musibah dalam bulan Safar. Hendaklah setiap daripada kamu melarikan diri daripada pesakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri daripada singa yang bengis."


....aku masih ingat hadis ini kerana hadis inilah yang aku hafal ketika aku bersekolah dan memasuki pertandingan tafsir Al-Quran...

Maka kami pun bersiap untuk pulang ke Melaka pada Jumaat malam setelah Ude pulang dari kerja. Sampai saje di Melaka kami terus ke Hospital. Masuk saja ke wad tersebut...Amirah dah senyum2 melihat Fareez...sambil memanggil '...Aeez...Aeez' ...Kata ibunya alhamdulillah dia dah nampak sihat...tapi kakak & abangnya berjangkit sikit kat tangan mereka...merah2 seperti kene demam campak.


Malam sabtu aku bermalam di rumah mertua. Kesian pulak pada MIL sebab takde siapa di rumah kecuali dia...pembantu rumah dan anak2 adik iparku 2 orang. Sabtu pagi aku bangun awal menyediakan sarapan dan terus masak untuk makan tengahari. Jam 2 aku meminta izin dari MIL untuk pulang ke rumah bapak di kampung.


Sebelum bertolak ke rumah bapak...aku singgah di hospital sekali lagi...aku lihat Amirah dan anak sedara yang menjaganya sedang tidur...terus aku cium Amirah dah perlahan2 keluar dari wad tersebut.



Semasa sampai di rumah bapak...sya dan anak2 sudah ada...dia bermalam di rumah bapak. Terasa letih benar sebab malam semalam aku tidur lewat lalu terus melelapkan mata di ruang tamu bersama anak2 sya ....



Lewat petang aku terkejut dan mencari bapak...rupa2nya bapak dan sya dah turun ke bawah memetik buah betik di rumah jiran...aku terus menuju ke sana dan melihat bapak sedang menebang pokok betik kerana pokok tu dah tak elok...apalagi...aku pun bukan main suka dpt ambil pucuk betik yang memang menjadi kegemaran aku...


Jiran bapak tu memang baik dengan keluarga kami...segala macam pokok ada di sekeliling rumahnya. Selesai mengambil betik aku dan sya memetik terung pipit pulak...sambil memetik aku & sya berbual...


'Sya...terung pipit ni tak banyak lah...takpelah...tak payah bagi aku...kau amik le...'



'Eh! takpe...kau amik le sikit...aku takmo banyak...yang makan nanti aku je...'


'Ohhh!!...aku & Ude suka ni...'


'Tulah pasal...anak2 aku tak suka makanan kampung..'


'Aku pulak kalau pasal masakan ni kampung memang ade geng makan sama... '

'Anak akak tu pandai makan lauk kampung ke?' ...tanya Zai...jiran bapak tu...


'Ehhh....pandai...kalau kat shah alam tu...dia rajin ke pasar kalau nak makan rebung dengan perut....ni esok nak pi pasar Alor Gajah nak cari rebung...sedap masak lemak cili padi...'

'Anak2 kak Sya tu Zai...kalau akak buat ayam golek...spagetti...mini pizza memang habis semua diorang makan...'


'Yang tu sama dengan selera Farhan...' aku menyampuk...

'Ohhh...'


Habis urusan petik memetik tu...hari pun hampir maghrib...aku pun dah selesai memungut sedikit pucuk daun kari bapak untuk dibuat ulam...


Malamnya...aku Sya dan anak2 keluar...pekena Yong Tau Fu di Pantai Kundur. Di sana kami bertemu dengan seorang blogger Sha...yang baru kami kenal...dalam pada berbual tak perasan makanan dah habis...gambar pun tak ambil...lupa...


Kami pulang ke Shah Alam semalam setelah puas membeli belah di pasar Alor Gajah. Aku beli rebung...daging salai...cili padi...rempah acar (dah lama carik ni) dan macam2 lagik...




Ini peket rempah acar yang dibeli....



Gambar acar cili yang aku masak dulu...sedap ni...





Gambar cili padi pemberian bapak...susah nak dapat cili padi kampung yang kecik2 ni...sedap menyengat...aku suka buat ulam...lepas tu...telinga 'panas berapi'





...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

43 comments:

Queen Of The House said...

Jeruk limau tu ... adoi kecur air liur bila tengok! Agaknya kalau buat acar buah memang sedap tu, Kak Anie ....

Good luck to your kids yang exam minggu ni. Anak2 teruna I pun sama lah ... tapi dok relax memanjang dua beradik tu :O

zino said...

hazwan tu pun exam tu .. rajin sesangat hehe..

sandwich tu aduhh... memeleh air liur hehe

MasNurin said...

Huhuhu sedapnya terung pipit uat sambal tumis. Acar darat tu pun nampak mengancam. Mak, teringinnya nak makan masakan mak.Alahai...

zareda said...

bapak kak ani macam abah zar. suka tanam sayur mayur bela ayam itik buat telur asin, buat jeruk limau, ikan pekasam..
setiap kali kami balik kg, macam macam sayur mayur dan makanan kg dia bekalkan.. zar memang suka lauk kg..

mana resepi ikan pari kering tu.. hihihiih?

KV said...

nampak mcm sedap jer jeruk limau tu. Eh, kak!Tak sakit perut ke wat ulam ngan cili padi tu? Terbakar beb! Hehe

sha said...

kak anie,

seronok jumpa akak n kak sya tempoh hari! terima kasih belanja minum :-)lain kali nak makan apa2 yg best kt melaka tu ingat-ingatlah kat saya!

p/s: good luck utk exam aeez! mlm tu dia kata exam dia senang je..hehehe

nanonano said...

uitss..
xpernah pun jumpe limau jeruk..
cmne ek?
mkn ngn kulit ke kak??
ke cmne?
xpahit kulit tuh?
err..

sya said...

Jeruk limau yg aku buat ngan bapak awal tahun aritu masih ada 2 bijik lagi.. aku nak baut lagik.. nak jual tak tau sapa yg kenan

Kak Elle said...

anie bolih makan share saya dgn acar cili tu saya tak minat acar..semua acar saya tak makan.

Good luck aeez and farhan dgn peperiksaan.

wah anie berani u dekat ngan budak2 yg sakit HFMD tu ye .. berjangkit tau...

cikMilah said...

Salam, aduh hai KakAnie..laparnya saya masuk blog ni. Tks bagi idea masak lemak rebung dengan perut. Dah seminggu benda2 tu terkejung dalam peti sejuk.

Sya, jual dengan I jeruk you!!!!

CuTeMiUt78 said...

oh..oh.. sedapnya jeruk limau tu kak.. kita pun selera kg.. dah duk kat kg.. so makanan pun byk makanan kg..

aNIe said...

Queen...anak2 akak tu memang pun relax je...mak dia yang panik...maklumlah dah honeymoon berbulan2...tak hingat nak belajar...bila exam baru le kelam kabut...

Jeruk tu memang sedap...

----------------------------

zino...sandwich kampung tu...mana nak dapat...hahahah...tak jual kat kedai tu...

Bebudak yang exam ibu bapa yang tak senang duduk...kan?

Semoga berjaya buat Hazwan

--------------------------

wah!! Masnurin...pandai makan sambal terung pipit & acar darat tu ye...eiiii...best kalau dpt jumpa...mesti sibuk bercakap pasal makan...hahahah

--------------------------

Zar...alamak...resepi ikan pari tu lupa dah...hahahaha...sorry...nanti akak email...hehehe

Bapak zar pun pandai buat ikan pekasam ke? Org2 tu ni ada aje aktiviti diorang kan? Yang tukang habiskan anak2 diorang...heheheh...

------------------------

KV...jeruk limau tu bukan nampak sedap je...memang sedap tau...

Buat masa sekarang lom rasa sakit perut lagik...kalau sakit pun takpe...syok makan...hehehe

------------------------

sha...best dpt jumpa sha...tak sangka ye kita dpt jumpa kat Melaka...nantilah kalau akak balik melaka dengan anak2...kita calling2 ye...pi makan tempat sedap2...ataupun akak bungkuskan nasi lemak penjara tu...hehehe

Fareez tu kalau buat exam semua senang katanya...result lom tau lagik tu...

-----------------------------

Nano2...nak jumpa limau jeruk meh datang umah akak...Bapak akak buat langsung tak pahit...masam2 sedap. Masa makan tu...potongkan bawang besar...cili...hmmmmm...besst...

----------------------------

zue said...

apa le kak anie..buat org kecur nengok jeruk limau..bak sebiji..

silversarina said...

sedapnya nampak jeruk limau ..memang tengah telan air liur ni :)

selamat exam buat anak-anak kita semua, tak lama dah nak cuti sekolah pulak .

Neeza Shahril said...

boleh geng la dengan kak anie.. neeza suka lauk lauk kampung cam pucuk betik, rebung dan segala2nya tu la.. cumaaaa... neeza tak makan ikan sungai.. bukan berlagak.. tapi memang tak boleh telan.. kecik2 dulu makan rasanya.. sebab orang tua suap aje kan.. dah besar ni.. sejak pandai beli lauk sendiri kot.. memang tak makan..

tapi, kalau bagi neeza apa saja jenis ulam.. memang tak tolak.. hehee..

kadok said...

jeruk tu mcm my MIL buatla...serupa..hehehe

Tirana said...

Kak Anie..terliur tengok jeruk2 tu...

aNIe said...

Sya...tak buat lagik ke?...kene buat promosi untuk jeruk limau kau tu...

----------------------

Thanks kak elle...bebudak ni tgh sibuk mengulangkaji...

Kak masa pergi tengok dia tu..tawakkal aje...sebab masa tu pun penyakitnya dah kurang...

-----------------------

cikmilah...akak ngan Ude boleh abiskan setengah periuk rebung tu berdua aje...hahahah...

-----------------------

cutemiut...kita ni suka makan segala jenis makanan kampung...tapi bila dah berusia mcm ni banyak makanan yang berangin kene elakkan...

-----------------------

zue...memang sedap tau...slurrrppp...

-----------------------

Silversarina...bapak kalau buat jeruk limau tu memang sedap...seimbang rasanya...

Cuti sekolah nanti merupakan bermulanya senario 'tom & jerry' kat rumah ni...

-----------------------

Neeza...kita seropa...alamak best ni...kalau duduk semeja memang berselera kita berdua...cuma akak ni kalau ikan sungai pun akak makan...semua makan lah...heheheh...

-----------------------

Kadok...sekali makan hiris sebiji...dengan bawang & cili memang sedap...hehehe


------------------------

tirana...memang sedap...

MULAN said...

alamak!!! jeruk limau nipis tu, dah bertahun tak rasa.. nak meleleh air liur ni..

ummu_hanis said...

jeruk limau!!! best nye kak ami. nenek sedara ummu pandai buat. lom sempat mintak tunjuk ajar la. nanti la tunggu cuti skola. masa ummu kawin dulu tu la salah sau lauknye. huhuhu. besssssttttt.

YuszTieY said...

pertama kali dgr daun kari wak ulam....best ke kak...memang tabik la kat akak kalu bab mkan ulam2 ni....

nurazzah8 said...

kak Anieeeeeeeeeee.....................
saya nak jeruk limau tu sikit!!!!! nak juga...nak datang rumah kak Anie skrang juga............. hehehe....

p/s: kalau Sya buat lagi, suruh dia buat bebanyak...pastu jual kat saya ya...calling calling lah....

Cat Cat said...

Kak Lady,
Kalau mak Cath nampak cili padi (cili api - cakap orang Perak), sure habis punya... Mak Cath suka makan cili padi mentah... dengan maggi... Hehe.

aNIe said...

Mulan...nanti akak suruh kak sya buat...pastu buat packing cecantik boleh pos ke Mulan..hehehe

---------------------------

Ummu hanis...masa akak duduk tengkera kecik2 dulu...ada sorang nenek tu buat jual...dan memang kitorang selalu beli...sekarang dah mahal...sebiji dah jadi lebih RM1 sebab limau nipis pun dah naik harga...

-------------------------

Yustiey...pucuk kari tu memang sedap...tu yang laju aje makan...hahahah...

-------------------------

Nurazzah...meh le kalau nak kita date...dah lama tak jumpa azzah...masih sibuk lagik ke?

Nantilah...akak amik order untuk jeruk limau...hahahah...suruh sya buat...


-------------------------

Cath...alamak...cili padi makan ngan maggi...aduuiiiii...sedapnya...

Pandai mak cath makan cili padi ye...

HappyIrfa said...

salam kak lady..
acar cili macam best.bila saya buleh try ni?saya suka sgt mende2 pedas camni

~mardihah~ said...

salam,

sekadar mencoretkan apa sahaja.........semoga bahagia dan senyum selalu...

sakurasa 2 said...

Good luck to your kids kak lady

Intan Rosnitta said...

Salam Kak Lady,

Intan x pernah makan jeruk limau nipis ni. Tapi bila tgk pic tu nmpk best je. Tambahan lagi buatan bapak Kak Lady... pastinya sedap!

Cili api tu pun intan selalu buat ulam makan dgn kicap/budu esp bila x ada lauk berkuah.

:)

AZWA said...

Jeruk limau...alahai...nengok gambor jer pun air liur dah kecur dah nie...pertama kali tengok rempah untuk acar. hah bulan depan nak ke melaka nie bleh la carik rempah nie kut.

^ez^ said...

wahhh..akak ngn kak sya nih kalo bab2 makan mmg happening.hehehe..

err..tp sy tak pandai makan suma2 tuh.heheheheee..

blackpurple @ jowopinter said...

Susah nak cari terung pipit sekarang kan...?

Lauk kampung memang best!

ILA said...

Salam..
sebelah umah ila dulunya ada pokok2 getah.Skrang dah kena tebang tapi jadi semak samun pula dek kerna enpunya tanah dah cancelkan projek.
entah mcm mana..mcm2 yg tumbuh kat situ..termasuk terung pipit.err...BP!!kalau nak T.P..meh ler ke Banting.byak kat sini..hihikk:P

err..kak!!jeruk limau nipis bila dah siap..masakan apa yg sesuai dgnnya.sbagai javanesss people tak reti ila nak mkn bnda mcm tu.
MIL orang banjar..teringat lagi time dia kenakan ila suruh mkn kulit cempedak di buat pekasam...
wahhhh!!!rasanya jika di beri pilihan, time tu juga ila sanggup masuk dlm parit drpd mkn bnda tu.
uiii..

RaFFLeSiA MeRaH said...

acar yg akak buat tu memang same jer rupa yg mak sy buat, tapi pertama kali sy tgk org buat mkn dgn roti...hehehehe...jeruk limau nipis tu nak mkn camane kak? nak buat sambal ke atau nak buat camane yer?

aNIe said...

Irfa...acar cili tu tak pedas...tapi masam campur dengan rasa rempah...orang kalau tak suka makan masam mungkin tak pandai makan...pastu dia dimasak menggunakan cuka...kalau pakai asam tak menjadi

-----------------------

mardihah...salam kenal...terima kasih..

-----------------------

Terima kasih sakurasa...

-----------------------

Intan...cili padi tu akak buat ulam...makan dengan nasi...tak kiralah sambal ke...asam pedas ke...mesti nak buat ulam...

Jeruk limau tu masam...tapi masa makan hiriskan bawang besar...cili hijau...sedap...

--------------------------

azwa...rempah tu dah siap...senang sikit...cuma masukkan sedikit bahan2 penumis je...memang sedap...

Jeruk tu masam2 sedap...

-------------------------

ez...kak sya tu dengan akak ni memang suka makan2...tambah dengan Ude...memang ngam...

Rugi tau tak makan bende2 tu...sedaaaappp....

-------------------------

BP kat sini kalau nak cari terung pipit kene pergi pasar...pokoknya takde...ari tu akak tanam...dah ditebas dek pemotong rumput...2 kali ditebasnya...dah merajuk dah pokok tu...

aNIe said...

Ila...meh jumpa akak...bawak pokok terung tu...akak nak tanam...

Kulit cempedak pekasam akak tak pernah makan...limau tu rasa dan baunya sedap...bila bau aje dah kecur air liur tau...

--------------------------

Rafflesia...sedap makan ngan roti...jadi sandwich tradisional...heheheh...lagik pun cili tu bukan pedas sangat pun

Jeruk limau tu masa nak makan...hiris nipis2...campur dgn bawang besar yang dihiris...& cili hijau atau cili padi...

NONIE AZIZ said...

perghhh sedap tu kak acar dia..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

sedapnye..

acik ila said...

a'aah ila.. kat sini pun MIL buat gak perkasan tapi bukan kulit cempedak.. empulur nangka.. alamakkk air.. tekak nie x leh nak terima lah pulakkk.. err tuan umah sorry ekk.. lari topik lah pulak.. hehehe.. hehehehe.

kak anie nyer acar cili tu nampak menarik.. x pernah lak makan jeruk limau.. sodap ekk.. dah seriau dah teringat kat perkasam empulur nangka tu.. huhuhu

worldpeace said...

mak aiii...tak pedas ke masukkan lada besar ke dalam roti tu....fuhhh

hanimndroid said...

mak sy pgl, cili mcm tu cili akar, memang menyengat, tgk la dia kembung2 gerutu tu punya la padat biji cili tu...

1st time tgk jeruk limau nipis...tp cmner nt nak mkn ye?

saye shikeen said...

tumpang lalu ye...kebetulan plak mase saye blog-hopping,terjumpe blog akak ni..terperanjat plak nmpk ade acar cap ibu..time kasih2 byk2 la ye kak anie sbb pakai acar cap ibu..fyi,cap ibu owned by my father n mother in law..kalau kak anie interested nak consumed acar cap ibu,kami boleh poskan ke s.alam so xyah la tunggu akak blk melaka baru boleh beli rempah acar..sedap x acar cap ibu?

aNIe said...

Salam shikeen...

Ye ke rempah acar tu owned by your father & mother...alhamdulillah sebab rasanya rempah tu dah terkenal seluruh melaka...akak beli kat alor gajah...

Memang sedap...nanti bagi le akak email...boleh le kita berhubung...

saye shikeen said...

:) glad to hear dat akak suke acar cap ibu..if anything,akak bole emel saye noramoslim@gmail.com

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails