Malam tadi aku dah anak2 keluar ronda2 Shah Alam..
Lepas saja solat maghrib kami dah bersiap2. Kemana tujuannya? Ke Nagoy@ Textiles...orang pergi Nagoy@ sebelum raya tapi aku pergi lepas raya.
Dulu masa raya aku dah beli langsir kat sini...aku beli langsir color merah hati...bercorak daun bewarna emas....memang cantik...(cantiklah dimataku...kalau tak takkan aku beli). Semasa membeli aku dan cik abang semua dalam keadaan nak cepat...sebab kami masa tu nak pegi beli kasut aku lagik.
Bila langsir dah siap...cik abang kata nak cat rumah. Memang bukan rumah kami...tapi kalau duduk rumah sewa pun tapi tak serupa rumah pun tak syok kan? So cik abang suruh aku pilih warna dari chart warna tu...aku pilih warna 'very light pink'....bila sampai kedai warna yang aku pilih takde so cik abang pilih sendiri warna yang seakan2 warna pilihan ku.
Wah!!! Punya le berkobar nak raya...maka mengecatlah kami. Cik abang yang mengecat bahagian ruang tamu. Tak lama lepas tu...seminggu sebelum raya Ude pulak kata nak cat bilik dia...memang dah lama dia plan nak cat. Jadi dia pergi kedai dengan aku...dan tanpa berfikir panjang kami beli cat warna purple...or more to dark pink. Memang cantik....aku suka warna tu.
Bila Ude dah siap mengecat aku tengok ade lebih cat dlm tin...jadi aku cat pulak bahagian bawah dinding bilik aku...lepas sahur aje aku buat kerja sensorang...alih katil...alih almari...semua buat sendiri....bila cik abang bangun...tadaaaaa.....bilik dah cantik.
Ni warna dinding bilik Ude...
Sehari sebelum balik ke Melaka...aku gantung langsir....habis menggantung....hmmmmm.....aku termenung...langsir dah cantik...dinding dah cantik...tapi rumah aku dah macam waktu malam. Kalau diruang tamu gelap...bilik Ude lagik gelap. Terpaksa dia memasang lampu bila berada dalam bilik....Hehehehe...geli pulak hati aku...tulah...beli langsir...beli cat main suka2 beli aje...tak pikir lagik.
Ni dia...langsir 'cantik' aku...contrast betul dengan dinding...
Untuk mengurangkan ruang yang gelap...aku terpaksa menyelak langsir dan mengepit dengan penyepit baju bila waktu siang. Cuba le bayangkan...hari raya langsir guna penyepit baju...adoiiiii.....
Jadi baru tadi...dah habis raya aku dpt ke Nagoy@ untuk beli penyepit langsir yang cantik. Hmmm...takpelah kan...raya dah nak abis...sorang pun tetamu tak perasan penyepit baju aku...
Hehehe...cantikkan?..Unik...
Balik dari membeli penyepit tu...aku dan anak2 ke SACC....Ude nak belanja makan kat N@chos dah cakap berkali2 nak belanja aku makan bulan ni selepas dia dapat gaji.
Ini untuk Aeez...
Yg ni untuk Ude & Farhan...
Ini untuk aku...
Minggu ni merupakan minggu terakhir dia bekerja membuat 'data entry' di pejabat MAS Terminal 3...kerana mulai bulan depan dia mula bekerja di pejabat Les' Copaque. Manglah dia peminat tegar 'Upin Ipin' ...dapat pulak kerja kat sana...tak dpt nak bayangkan betapa gembiranya dia bila pihak pengurusan syarikat itu memanggil dia menyatakan dia ditawarkan untuk bekerja jawatan yang dipohon...Bagai pucuk dicita...ulam mendatang...
Alhamdulillah..aku dan ayah dia mengucapkan syukur kerana dia berjaya mendapatkan pekerjaan itu...kerana ini merupakan tapak untuk dia mula melangkah ke dunia pekerjaan dan menimba seberapa banyak pengalaman di bidang yang berkaitan.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
38 comments:
selamat bekerja utk huda semuga dia berjaya.. nanti bila dah gaji boleh belanja mama dan adik2 dia hehe
Hehehe, macam duduk dalam gua ye, Kak Anie?
Tahniah buat Ude yang dapat kerja baru ... bunyi macam menarik aje :D
Cantik curtain kak Anie tu.. Cat dinding pun cantik tapi sayang pulak ye..tak match pulak warnanya ye.. Ala tak pe kak Anie..kita yang duduk dalam rumah tu..bukan orang lain..asal sedap mata kita memandang, ok la kan..
p/s Tahniah untuk ude yang dah dapat kerja idaman.
kak, kot orang perasan, tapi malu nak tegur..ha..ha...
tapi entah satu hari nanti jadi bahan ikutan..kalah Eric Leong...mana ada dia idea camni!
tahniah lah uda...makan ulam tu banyak2 ye...muga berjaya dalam bidang yang diminati tu...
Anie masa arwah bapak ada dia pun guna sepit baju untuk menyelak day curtain padahal saya ada curtain clip...
Tahniah Ude semoga berjaya dgn the new job 'tekun berkerja ye supaya cepat naik pangkat'...
Anie habis ke Aeez makan sepinggan tu?nampak macam banyak kan?
carik langsir mmg besh pegi nagoya tu. banyak pilihan. banyak murah
Zino...terima kasih...
Disebabkan dia suka makan2...maka tiap kali gaji kami pun kenyanglah..heheheh
----------------------------
Queen...tulah...mcm dlm gua...masuk rumah aje mesti on lampu...bersuluh biarpun waktu siang...
Terima kasih queen ...Ude rasa seronok...sebab dia memang suka sangat dgn company tu dan selalu membaca ttgnya kat website...
-----------------------------
Tirana...tulah...abih bila dah tak matching takkan lah nak beli langsir lain kan?...nak tak nak guna jugak ler...
Terima kasih tirana...
----------------------------
Maklang...heheheh...nak gelak akak baca komen maklang tau...ye tak ye jugakkan...ada org perasan tapi malu nak tegor...
Eric leong pun tergamam tgk sepit tu tau...sebab dia pun takde idea mcm tu...
Terima kasih kerana ucapan buat Ude...
------------------------
Kak...biasalah kan kak orang tua jadi rimas bila rasa tertutup aje dlm rumah...
Terima kasih keran ucapan buat Ude...
Fareez makan 2 ketul aje...yang lain kakak & abang dia amik...hehehe
----------------------------
Lindosh...semalam akak pergi...Nagoy@ dah lengang...takde orang...tinggal jurujual diorang je...tapi kalau nak raya sesak kat dalam tu...maklumlah...murah
Wah..cantik per kaler tu. Suka pink eh? Hehehe sama lah kita.
Uwaaa....nak pi nacshos...dok Perlis, banyak yang kena sacrifice. Kat sini McD pun takder, cuma ader KFC jer. Kalu teringin kena pergi Alor Setar. Boleh lah jaga kesihatan sebab jarang-jarang makan makanan segera.
alahai...tak nampak lak gambar penyepit baru tu. Gambar tak kluar. Nanti nak kena tgk semula.
hihihi..
mmg kretip la akak..
cube taruk skuntum bunge2 halus kat penyepit tu,
kasik real sket penyepit langsir,
hihihi :p
oowhh tahniah utk ude,
dpt kerja bru,
tp nmpak cam ibu die yg ecited kan?
maybe xsabar nk merase ank blanje dgn gaji baru tu kot,
ngeee.. jgn maree :p
heh..heh..heh.. klu akak tak cite pasal penyepit baju tu.. memang org takkan perasan pun.. nice color kak.. tahniah ler pada ude.. dapat jawatan yg dipohon tu..alhamdulilah
Wahhh..Tahniah Utk Uda!!!
Lepas ni dpt jumpa upin & ipin lah ekkk;)
ehemmm..kak!! sepatutnya akak pilih pink cair sikit.either langsir @ dinding.
mcm umah ila:D
pakai peyepit baju??
mcm penyepit yg kat sidaian luar kerrr??
eheeee!!!kita suka kaler pink lahhh..sama gitu;)
give me 5!!!!
errr..bila kita nak berdating ni??
Salam ziarah Kak Lady. Comel per kaler pinky pinkish tu hehehe...cumanya mungkin kombinasi kaler menyebabkan ruang nampak gelap sket kut.
tahniah kat uda sebab dapat kerja baru...semoga maju jaya selalu.
Kak Lady,
Intan suka color dinding tu... Pengepit kain tu cun sgt sampai semua org pun x perasan..hihi
Tahniah utk Ude jugak! All the best.
:)
cantik la color dinding bilik uda tuh...sedap je mata melihat...tahniah utk Uda
Besnyer tukau langsir.. zar ni nak meroyan dah nak tukar langsir tapi memandangkan next projek kat rumah tu bakal dijalankan awal tahun depan so sabau jer le.... lepas siap projek baru nak tukar langsir..
Tapi shocking pink tu emmang cantik buat kat featured wall
Tahniah buat ude..selalu le dpt jumpa upin dan ipin.
Warna bilik dah cantik...walaupun gelap..curtainnya klu boleh biar pebanyak kala putih atau warna cerah. (mcm sibotak brjanggut..)
Bulan depan Ude kata nak belanja aku lak.. gaji pertama kat Upin Ipin.. nyum nyum nyum
salam..kak anie..salam perkenalan..cantik langsir n color dinding tu..sy suka..sy pon suke bli langsir n bju kat nagoya..
tahniah utk ude..sy pun suke animasi upin n ipin..menghiburkan..
Bertuah badan Ude....kebetulan plak mmg dia minat Upin dan Ipin ek....Moga dia akan terus sukses ....:)
kak anie, boleh outsource cat mengacat pada kak anie ni tahun depan :)
congrats tu ude...mesti fun kerja nanti nih!
I suka colour bilik Ude tu ... ada purple tu yang suka tu :)
Tanniah buat Ude , dah boleh senyum sebab dapat kerja yang diminati .
cat, cantik gaks kaler baru tu
wife sy pun nak cat kaler mcm tu kat bilik guest...tp sy cadang warna merah hati/merah merun..hehehe
dah buat lempeng kelapa ke kaklady?...:p
akak cantiknya
cat jenis apa tu kak??
lawa kaler dia
the food looks really tasty huhu
Wah, Kak Lady. Menjadi habis
masuk casa impian ler kak
sedapnye makan. nak sikit.
saya suke la kaler bilik Ude... sangat feminin... :D
tahniah kerana dapat pekerjaan yang diidamkan... seronoknyerr... tumpang seronok sama... :D
salam... mmg lawa umah kak... hehehe pink lagi... hehehe.. tentu seronok bila beraya umah nampak baru... sedapnya ayam tu... ni yang bt rasa nak makan ni...
sib baik eric tan casa impian tak serbu umah kak lady.klu tak, abis la perabot sumer kena rekon....
good luck untuk huda :)
tahniah utk ude
nanti boleh buat cerita upin dan ipin tu pjg2 sket..:)
Masnurin...elok jugak kalau takde tempat makanan segera yang banyak kat sana...kalau ade bebudak ni asyik nak ke sana aje...bukannya elok tok kesihatan kan?
Akak pun suka pink...!!
----------------------------
KV...hehehe...cantik tau penyepit tu...
----------------------------
Nano2...kepit langsir tu terlebih kreatip.. :P
Memang tak sabar dia nak kerja kat sana...hehehe.
Walaupun gaji taklah banyak...tapi pengalaman tu perlu...lagikpun dekat shah alam aje...
Terima kasih kerana ucapan tahniah tu
-------------------------
Cutemiut...mungkin ada yg perasan kot...tapi malu nak tanya...macam kata maklang...
Thanks cutemiut...
-------------------------
Ila...meh...give me 5!!!...
Memang pun penyepit baju kat penyidai...hahahaha....
Thanks Ila...utk ucapan tu...
-------------------------
Salam azwa...terima kasih kerana ziarah blog akak...memang pun kaler dia yang buat ruang nampak sempit...silap lah...
dan terima kasih untuk ucapan tersebut...
------------------------
Intan rosnitta...color dinding tu memang cantik...sama dengan penyepit dia...hahahah...
Terima kasih
------------------------
worldpeace...terima kasih kerana ucapan buat uda...color tu memang cantik...cuma kombinasi tak kene...
------------------------
Zar...tu lah...dah silap lah..cik abang akak dah malas nak pikir pasal featured wall...semua dia bantai color sama...
------------------------
Zue....terima kasih...
Sepatutnya akak pilih warna putih disulami bunga pink...tapi tu lah...dah beli langsir dulu barulah cat rumah
------------------------
Sya...hehehe...jom
------------------------
ez...terima kasih...dan salam kenal dari akak...
Nagoy@ murah...langsir pun cantik...kan?
------------------------
KLmari...dia memang minat animasi...tapi tulah...masuk salah bidang kot...hehehe
Thanks for the wishes
---------------------
Mamarock...
Hahahah...tapi kalau tak kemas jgn komplen tau...
Terima kasih mamarock...
---------------------
Rina...senyum2 jugak...takut tu tetap ade...kecut hatinya kata dia
--------------------
Mak su...cantik memang cantik cumo golap yo..
---------------------
Kadok...dah balik kampung plak...lempeng pun ntah kemana...hahahah
Merah hati tu cantik buat featured wall...
---------------------
Kawaii_desu...
Larrr...Ntah le cat jenis apa...lupa dah...
Makanan tu sedap...kalau yang suka westernlah...atau mexican
----------------------
A Mother...heheheh...menjadi ke? Macam tak kene je...
----------------------
Mamamanja...kalau masuk le...si eric leong golek2 ketawakan akak...
---------------------
Ummu_hanis...meh datang sini
---------------------
Sas...terima kasih kerana ucap tahniah tu..memang dia seronok giler...
Adik dia Farhan ketawakan sebab tak sangka kakak dia pilih warna tu...sebab Ude tu brutal sket...
--------------------
Salam faridmw...ayam tu memang sedap...jom le pi makan...hehehe
Rumah tu biasa je...asalkan boleh berteduh okaylah...tgk kawasan rumah sekeliling akak...lagik lawa2
--------------------------
Led...heheheh...kalau dia serbu dpt perabot baru syiok lah jugak...hehehe
-------------------------
13may...thanks...
-------------------------
Ezad...tulah pasal...pendek sangat kan?
Kak Anie, Nora pun sering juga pakai penyepit baju buat selak langsir. Yang besar sekali...okay le...janji tak rimas..ha..ha..
cantek kaler bilik ude.. wish uda the best..
bestnya nampak makanan yg ude belanje.. nyum.. nyum.. nyum.. chicken wings itu sungguh menyelerakna..
sedapnyee huhuh
Nora...tu lah...nasib baik ada penyepit besau...kalau tak rimas...
----------------------
acik ila...memang sedap ayam tu...besttt...
----------------------
masy...yummy...
Post a Comment