Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, November 5, 2008

Cerita Aeez...

Aeez si bongsu aku sekarang dah besar...bila aku tengok dia lagik...memang dia nampak besar. Dia suruh aku panggil dia Aeez...sebab katanya itu nama manja dia...mengada-ngada betul...
Masa raya kelmarin Aeez kehilangan gigi depan dia...aku nampak dia comel aje masa tu jadi aku panggillah dia untuk diambil gambarnya. Berkali2 aku panggil dia takmo datang...aku kata nak ambil gambar dia takde gigi...


'Takmoooo....aeez takmo ibu amik gambau aeez...'

'Kenapa??...kenang2an tu...gigi dah ilang...'

'Ibu tu ...mesti nak masuk blog kan?'

Hahahaha...dia dah tau...

Sejak kehilangan gigi tersebut di amat berhati2 bila mengambil gambar...tengoklah gambar2 dia kat bawah ni...




Ni gambar dia dgn amirah...masa ni ade gigi lagik...tgk tu lebau senyum dia...







Ini gambar sejurus selepas gigi dia tercampak ntah ke mana semasa bergurau2 dgn Farhan...


Tengok tu...mulut baik punya tutup...









Gambar ni dia dgn Ilan...anak Ummi 365...Ilan bukan main lebau sengehnya...tapi dia masih maintain....hehehehe...



At last...masa bersama kak elle dan kengkawan tgh happy2 dia lupa nak tutup mulut dah...hehehhe....


Bila tengok dia dengan gigi yang lopong tu...aku terasa dia dah besar...tapi aku masih suka peluk2 dia...macam anak kecik...cium dia berdecup decup....dan dia pun begitu...tapi rasa cemburu dia dengan ayahnya tetap tak hilang. Kalau ayah dia ada aku memang kene layan dia macam aku layan cik abang tu.

Kalau ayah dia minum kopi...dia pun nak...siap nak alas lagik. Kalau ayah dia makan biskut...dia pun nak...kadang dia nak lebih dari ayah dia...

Ayahnya kalau dengan dia memang tak boleh nak lawan cakap...sebab apa yang dia cakap kadang ada benarnya...


Masa ayahnya ada kelmarin....di meja makan ketika aku dan cik abang sedang berbaik-baik selepas adegan rajuk merajuk ...
'Bang...nak tambah nasik lagik tak?'

Cik abang yang sedang menghirup asam pedas ku...berhenti sekejap...

'Nak...asam pedas ni sedap'

'Sedap ke?' *aku suka tanya berkali2...suka kene puji...hahahaha*

'Betul sedap...masa makan rumah Kam ari tu...asam pedas dia tak sesedap asam pedas anie...anie masak lagik sedap...' *kembang aku sekejap...*

'Elllleehhh....ayah tu...sajer le tu...cakap sedap konon...sajer nak suruh ibu sayang lebih ler tu...' si kecik menyampuk dengan intonasi mengejek...

Aku dan cik abang golek2 ketawa...*macam ikon smileys tu*...dan aku yang kembang sekejap tadi terus jadi kempis sebab dah perasan yg apa sikecik cakap tu ada betolnya...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yang ni pulak semasa aku dan cik abang dalam perjalanan balik mengambil dia dari sekolah agama...


'Eh!! ayah ...kita nak pi mana ni...' setelah perasan ayahnya mengambil jalan lain ...


'Ayah nak pi amik motor yang ayah beli...'


'Ayah beli motor ke...?'


'Ye...'


'Ayah beli motor apa...'


'Motor modenas...nanti senang ayah nak antar aeez pi sekolah agama'


'Ohhh....'


Diam sekejap...aku sambung berbual ngan cik abang...


'Ibu...ayah kalau beli motor mesti motor tu tak cantik...'


'Apsal...'


'Sebab...kalau tak cantik...mesti murah...ayah kan suka beli bende yang murah2...'


Cik abang aku terbahak2 ketawa...


'Pandai aje kau eh...'


'Hahahha....Anak pun dah tau ayah dia camaner...'


...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

39 comments:

Tirana said...

Aeez ni anak bongsu Kak Anie ke? Bijaknya dia... Kalau dia tak ada, Kak Anie tentu sunyikan? Tak dapat nak bayangkan bila semua anak-anak dah berjauhan dari kita..huhuhu.. tentu sunyi...

nanonano said...

salam kak,
oowh crita psl my bf eaa.. hihi
sy xreti la nk sebut..
aeez, [aiz cmtu ek?] huhu

xpe xpe..
senyum lebar cmtu pun ttp nmpak sweet hape..
tp time bercakap pun kene kaver la pasni ek.
:D

CuTeMiUt78 said...

oh gitu ke.. ala aeez takde gigi pun still encem..

^ez^ said...

wahhh..aeez baik punya cover mulut die.hehehehe..

sy nih pon still payah nk senyum gumbira cam dulu2. masih sakit lg.huhuhu...suka senyum tayang gigi.hehehe..kena tguu betul2 baik br leh tayang.heheh..

Irfa said...

salam kak lady..
si aina pun dah tercabut gigi susu dia.ingat hari ni nak cabut gigi susu satu lagi sbb gigi kekal dah tumbuh

Anonymous said...

nanti dah ada gigi semula baru aezz senyum lebar balik ek

Sya said...

Nanti dah ada gigi gambau dia tu kembali pd asal le

Neeza Shahril said...

hehehe.. kelakar jugak Aeez ni.. kecik2 dah baca perangai ayah dia..

tapi best kan kak bila tengok anak kita membesar cam tu.. cute sangat rasanya.. sebab anak kita kan.. hehe..

... said...

cute ahh si aeez tu x nak tunjuk kan yg dia rongak.. bebudak memang cam gitu.. dah pandai malu2.. dah tu dia tau yang mak dia nak masuk kan gambo tu kat blog.. hehehe.. hehehehe..

iina said...

Hi kak..

wah anak akak pun dah besar.. petah juga dia bercakap ekk.. telatah dia buatkan akak tersenyum je kan :)

Kak Elle said...

gelak saya membaca kerena si aeez anie...hehe kerana terhappy jumpa aunty elle dia lupa nak tutup mulut....hahaha

Anonymous said...

Salam kak lady,

Comel la Aeez, takde gigi lagi cute!

Ayu Mohamad said...

hahahaha
mmg tergelak beso saya baca kak
kekekekekekeke....

aeeez memang lawak :)

aNIe said...

Tirana...aeez tu anak bongsu akak...dah 7 tahun dah...sekarang tinggal dia aje yang menjadi kemanjaan akak...

Kalau dia ada memang tak sunyi...sayang yang besar lain...sayang buat yang kecik lain caranya...

Memang sunyi kalau dia takde...

--------------------------

nanonano...

Aha...sebutannya memang camtu cuma kat...'eez' tu panjang sket...hehehe...manjalah tu...

Masa first time pi sekolah takde gigi...akak tanya dia...ada tak kengkawan ketawakan ...dia kata tak...diorang kata comel...kengkawan pompuan...hahahah

------------------------

cutemiut...suka dia kalau dengar apa yang cutemiut cakap tu...

-------------------------

ez...hehehe...macam ez tak payah nak cover2 sebab kat belakang...cuma masih sakit lagik kan...takpelah dah baik nanti boleh tayang gigi balik...yg kat belakang orang tak nampak

-------------------------

Irfa...tulah...bila gigi susu tak tercabut & gigi kekal dah keluar...nanti gigi jadi berlapis...tak cantik

------------------------

zar...tu memang pasti...dia pasal menyengih nombor 1...

------------------------

Sya...dah lopong tu pun kalau nak mengata kau tak hengat lagik gigi lopong dia tu...besar aje suara dia...

------------------------

aNIe said...

Neeza...bebudak memang cepat membaca perangai mak ayah diorang ...tu yang kadang diorang pandai buat macam2 kerenah pasal kadang diorang tau kita lemah dgn kerenah diorang tu...

Skrg...aeez dah bertambah besar...lama2 nanti dah bakau darah orang kata...heheheh...mintak2lah dia akan seperti sekarang...

---------------------------

acik ila...dia dah takmo amik gambau yang memalukan...dia tau dah kerja mak dia...hahahah

---------------------------

iina...memang dah besar...walaupun dia yang paling kecil...tapi selalu rindukan saat2 diorang semua kecil2 dulu...petah bercakap...bila dah besar dah mula malu2...


--------------------------

Tulah kak...masa jumpa akak kat hotel tu dah tak cover2 lagi...lebih2 lagi bila akak suruh lompat dan jerit...dia pun sama...happy sangat...

--------------------------

jie...tulah...bebudak lopong camtu...cute aje...cuba bayangkan kita camtu...hahahha....

--------------------------

ayu...dia memang ...kalau cakap ayah dia straight to the point...dah tau dah trick ayah dia...hehehehe

zura aini said...

kak laday

budak2 kalau komen selamba badak betul, tak toleh kiri kanan dah. anak saya masa age 6-8 dulu, entah mana-mana belajar cakap yang kita tak ajar, buatkan kami gelak dan kadang tu terkejut.

pandai aeez ni kontrol macho. masa jumpa kat elle tu terlebih seronok sampai lupa tutup mulutlah tu.

Anonymous said...

gigi mira dah lama patah, tak tumbuh2 lagi..hihihi...dia pun dah mangli, senyum pun takde kontrol dah kalo amik gambar..

RaFFLeSiA MeRaH said...

hikssss...kelakor betul anak teruna akak tu yerrrr...apepun gelagatnya memang menghiburkan akak sekluarga kan, syukur dpt anak mcm tu...tapi kan kak, ikhlas sy ckp, bila sy tgk aezz tu memang nampak muka budak cerdik...

maklang said...

betul laa tu..ayah puji lebih ada makna...he..he..

akim = akim aje...cakap main taram aje!

umeboshi said...

kelakar la aeez...pjg akal dia ek. pandai berkata kata gitu, mengenakan ayah dia tu. ahahha..

MOKCIK AZWA said...

lucu nengok azeez maintain tutup mulut tapi akhirnya kantoi gak bila dah jumpa kak elle ek...pejam celik pejam sekejap jer anak2 membesar kan.

p/s kak lady azwa minta izin linkkan blog kak ya.

Mak Su said...

amboi, pandainyer dia mengenakan ayahnyer

aNIe said...

Salam zany...

Bebudak yang sebaya dengan fareez tu...memang cakap macam diajar...kadang2 akak takut maner le tau ade orang yang kecik ati plak nanti...

---------------------------

Hahaha...Oren..agaknya sebab dia dah biasa tu...lama dah...

--------------------------

rafflesia...terima kasih...akak harap dia akan benar2 menjadi anak yang cerdik...

Cakap2 yang keluar dari mulut dia tu memang kelakar...

--------------------------

maklang...tulah...mak dia memula perasan abis...hahahha

-------------------------

Umeboshi...tulah..terkena ayah dia...kalau yang lain takut nak kenekan ayah dia...dia tu selamba aje...

-----------------------

azwa...bila dah happy2...dia lupa dah...

Okay...no problem nak link akak...nanti akak linkkan azwa plak

----------------------

maksu...tulah paal...mau tak ketawa...

KV said...

aeez mmg bijak lah. Suka baca peel perangai dia. Ekeke

Anonymous said...

Now I understand kenapa any parent would say to the son/daughter "you will always be my little boy/little girl/baby"

Intanaziela said...

kak anie...aduh..mulutnya...boleh buat mak ayah kehilangan kata2 yek..itulah anak2 zaman sekarang...

Kopi Suam said...

haahh haahh kak lady...bijak aje mulut anak akak berceloteh...

anak saya yang kecik2 tu pun dah kenal ngan perangai addynya jugak..

budak2 memang pemerhati yang hebat

zue said...

anak zue umur 6 thn. masih penuh giginya belum ada yang patah. Klu brcakap masih ada yg pelat2. Manja klu zue baring nengok tv..dia pun turut sama baring siap peluk cium.
Klu antar sek..dia suruh cium 3 tmpt..
Tapi memang le kak anie budak2 ni mesra dgn ibunya brbanding ayahnya.

AL-BIMA SAKTI said...

salam,
jgn nakal2 ya aeez..? nanti hilang gigi lagi kang... nanti malu lak nak senyum lebau2...

Mulan said...

he he aeez takde gigi.. lagi cute gitu..!!

Kak Elle said...

anie saya ada gambar aeez buka mulut tau esok saya buat entry ok....hehehe

zino said...

kena lah candid gambar rongak tu tentu hensem hehe

zh-ena said...

bijaknyer ank akak berkata2..blh terkedu bila dgr jawapan yg di beri :D

Intan said...

Cian Aeez... kena control nak ambik gambar. Tapi kena snap gak satu gambar tau, buat kenang2an.


Buat Aeez:
Walaupun rongak, Aeez tetap maintan comel tau!

:D

sakurasa 2 said...

Ya walaupun rongak, Aeez tetap handsome boy!!!

ILA said...

nanti bila dah de gigi kekal..bley le tersengih pnjang ye Aeez:D

aNIe said...

KV..dia cepat melihat gelagat orang...kdg apa yang kita tak fikir...ada dalam kepala dia...

-------------------------

Ida...selalunya kalau kita ni macamana berusia pun jika masih ada mak ayah...akan terasa macam anak kecil...dimanjakan...diberi nasihat setiap masa...

-------------------------

intanaziela...memang ayah dia dah tak boleh nak menjawab lagik...terkedu...sebab ada kebenaran pada kata2 tu...hahahhaha

-------------------------

kopisuam...memang diorang akan mengambil kesempatan atas kelemahan ayah & ibu mereka yang diorang dah perhatikan selama ni...hehehe

------------------------

zue...betul tu...sikecik ni walau dah 7 tahun kalau dgn akak diciumnya sampai naik lemas kita dibuatnya...manjanya lebih...

Anak2 akak memang manja ngan ibu...ngan ayah kurang...sepatah ayah tanya...sepatah jugak diorang jawab...

------------------------

al-bima sakti...salam ...

Hehehe...sebab dia nakallah hari tu gigi tu ilang...meraung tak hengat masa gigi tu tercampak...nasib baik sebelum tu gigi dah goyang ...kalau tak...lagik sakit...

------------------------

Mulan...memang lagik cute...kengkawan sekolah kata...comeiii...

-----------------------

Kak elle...hahahha...dah tengok dah gambar tu...tapi dia tak tengok lagi...ni dia ada kat sebelah membaca komen...dok sengeh2 org kata dia ensem...

----------------------

zino...ada kat blog kak elle tu...candid...tapi tetap encem...

----------------------

zh-ena...mau tak terkedu...betol tau...hahahha

---------------------

Intan rosnitta...dia kat sebelah ni...dok sengeh2 intan kata dia comel...

---------------------

sakurasa...dia dah kembang mcm belon ni...hahahah

---------------------

ila...tulah...kalau dah tumbuh gigi kekal mau senyum sampai telinga...hehehe

Ummi365 said...

hello i am here.. hehehe. ummi nak komen semalam tapi tak sempat.. ummi gelak sakan baca entry ni.. memanglah si aees tu bijak.. ada de akal dia kan.

eh jangan tak tau, ilan pun dah tak ada gigi kat bawah dua batang. doktor cabut dua2 sekali gus sebab gigi kekal dah keluar.

aNIe said...

Ummi 365...

Ummi...rindunya kat Ummi...lamanya tak menziarah 'umah' akak ni...

Tulah anak2 ni...ade aje akal dia...

OOh...gigi dia dah tercabut jugak ke...mesti tambah cute...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails