Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, October 8, 2008

Raya Kali ini...

Dah seminggu Hari Raya berlalu...semua dah kembali seperti biasa. Yang bekerja dah mula bekerja...yang bersekolah dah sibuk ke sekolah semula dan yang akan mengambil peperiksaan dan mula bertungkus lumus membuat persiapan terakhir.


Apa cerita raya kali ini? Tak ada apa apa cerita yang menarik. Kemeriahan raya semakin pudar setiap tahun berlalu. Yang masih meriah menanti raya tahun depan ialah anak2 kecil yang begitu seronok menjelang raya kerana dapat berbaju baru dan mengumpul duit raya.


Kenapa rasa tak meriah? Mungkin kerana usia makin meningkat dan tiap2 tahun rutin hari raya sama sahaja. Cuma yang buat aku rasa gembira ialah bila dapat berkumpul beramai2 bersama sanak saudara...yang lain2...biasa aje bagiku.


Petang raya...seperti tahun2 lalu...aku di rumah MIL...bersama ipar duai memasak juadah untuk Hari Raya...ketupat, segala jenis rendang...itik...daging...kerang...sambal udang...sambal kacang dan macam2 lagi. Petang raya semua berbuka di rumah MIL.


Pagi raya pertama...bangun seawal 5 pagi. Berebut2 untuk mandi sunat hari raya. Dengan 1 bilik air di rumah MIL...membuatkan semua berebut untuk mandi dahulu. Selesai solat subuh...bersalam2an bersama keluarga...dan terus ke pusara.


Jam 8.00 semua ahli keluarga lelaki bersiap2 untuk solat sunat Aidil Fitri. Ntah kenapa sejak dulu lagi orang perempuan dalam keluarga kami tak pernah ke masjid untuk bersembahyang raya kerana sementara yang lelaki di masjid kami yang perempuan menyiapkan juadah untuk santapan pagi.


Bila yang lelaki pulang...doa dibaca dan kami menjamu selera dengan ketupat rendang yang telah dimasak dan dipanaskan malam tadi. Selesai makan...kami berkemas sambil sibuk melayani tetamu yang datang. Bila tengahari menjelma...semua dah kepenatan dan pengsan di bilik masing2...nasib siapa yang tak tidurlah terpaksa melayan tetamu...hehehe...


Aku seperti biasa...akan pulang ke kampung bertemu bapak setelah mendapat 'green lite' dari suami...selalunya jam 2-3 petang. Bersiap hampir jam 4 baru sampai di rumah bapak. Bagi aku saat ni lah paling seronok...sebab dpt menjamu selera masakan di rumah bapak. Teringat masa arwah mak ada...itulah juga juadahnya. Dan yang tak ketinggalan menjadi bekalan kami ialah acar cili buatan sya...*ini memang masakan yg tak pernah tinggal...teringat masakan mak*


Balik dari rumah bapak...hampir jam 7 malam...dalam perjalanan singgah di dua buah rumah mak sedara suami...kemudian terus balik rumah MIL....


Itulah jadual perjalanan raya pertama aku...sejak bertahun2 dahulu...jemu tak?


Raya kedua...selalunya kami tak kemana2...duduk di rumah melayan tetamu yang tak putus2 datang dari pagi hingga ke malam...kaki pun macam nak patah berulang alik. Tahun ni kami masak nasi minyak...dalca...ayam masak merah untuk juadah tetamu. Memang penat.


Raya ketiga...hari ini merupakan hari untuk kami keluar berjalan2...memang kami tak masak hari tu. Dari tengahari keluar hingga malam baru balik. Bukan ke mana pun...cuma ke rumah adik2 cik abang...


Raya keempat...seperti biasa aku dan famili dah bersiap2 untuk bertolak pulang ke Shah Alam...



Bila sampai di Shah Alam...hari yang dilalui dah seperti hari2 biasa...cuma bila ada kawan2 cik abang berjanji untuk berziarah...maka aku akan sibuk memasak...


Boring kan? Tahun2 sama aje jadualnya...hmmm...dan tahun depan raya tetap datang lagik...


Yang paling tak best...Birthday aku (2hb) dan Birthday Farhan (6hb) jatuh pada minggu raya...dan kami masih kat Melaka...tak dapat celebrate pi makan2...tak dapat kek...Huaaaa!!!!




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Pada kengkawan....

iina, Kak Elle , Ayu, Masy, KLMari, Mama Rock, sakurasa 2 umie@kakyong, Ummi365, MULAN , Neeza Shahril , sya cikdinz, CuTeMiUt78, Intanaziela Mamamanja, shafarina , Intan Rosnitta , NBB , Queen Of The House, zino, sha, NORABELLA , SaDi , kawaii_desu , Zareda Norman, taugeh20, Ajzie , Azhan, Mommy Lily, Akak, kad0k., faridmw, 13may , Ayah , KV, Ibnurashidi , NeroEcha MA & Brood, alaf21fc, Mak Su, Cat Cat , hanny, ayu,_mkay, Rozi (terima kasih kerana membaca blog akak)...


...yang mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat aku dan keluarga...terima kasih banyak2...aku tak dapat nak jawab satu persatu....


begitu juga pada yang masuk kat shoutbox aku...


...azza, nana, min, Jay (pengunjung tetap shoutboxku), ezad, Yustiey, Dihah, & Silversarina...


...terima kasih banyak2...


dan tak lupa juga yang menghantar sms pada ku di hari raya...


Opah De, Ainn, Umie 365 , Sastri, Ilah, Mamarisyia, Abg Ngah, Siti 70, Nora, Simah, Audra, Mamarock, Nurul....


terima kasih atas ingatan kalian...



dan akhir sekali...ekad dari kengkawan...





...dari Azza...






...dari cutemiut...





...dari Tirana...



...dari Sakurasa...

dan...

...Lady d....

(sorry akak tertinggal...jgn majuk ye)..


Ada jugak yang mengucapkan melalui email...terima kasih banyak2....



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

40 comments:

Irfa said...

salam kak lady..
sempat lg beli kek..he he

Tirana said...

Yang seronok raya ialah anak-anak kita. Kita kecik-kecik dulu pun seronok juga cuma bila dah dewasa dan berkeluarga..keseronokannya tak setara mana..penat adalah..hehehe..jenuh shopping..jenuh buat kuih..jenuh memasak juadah pagi raya..jenuh mengemas rumah..semua itu sebenarnya meletihkan tapi orang kata..raya aidil fitri setahun sekali..yang bestnya bila jumpa adik beradik sebab bila dah berkeluarga dan tinggal jauh2 macam ni..time raya aje la nak jumpa semua..

nanonano said...

hepi belated kak,
buat open house skali ngn besdey party la nanti ek kak,
:)

Anonymous said...

salam KL,

qas setuju sgt2.. pasal raye dh tak best tu.. qas pun feel the same way too.. bangun pagi raya. rasa mcm bangun pagi di hari2 biasa.

tahun ni tahun pertama tak dpt duit raye.. isk.. tak sukeee.. :) pastu.. smua duk tanye duit raya kat qas.. aiseh.. mane la nak ku cari utk dihulurkan.. heehe

Anonymous said...

mcm tu lah kak bilo rayo..dah tua2 ni mcm x meriah aje kan...

sarahH said...

kak anie, happy belated besday!!!!

yup, sy setuju dgn nanonano!

open house + besday party ye kak??

semoga Allah panjang kan umur, murahkan rezeki, kurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dunia akhirat buat akak.

tak lupa jugak pada farhan, hepi besday!! semoga menjadi anak yang baik!

Madam Shah said...

Hye kak anie, selamat hari raya.. boring yer..kalau boring jemputla dtg umah nana mkn kueh raya..hehehe..

Lupa nak ucap happy belated birthday to you, semoga pjg umur n happy selalu ;)

CuTeMiUt78 said...

slamat hari raya kak.. memang kan semakin meningkat usia, semakin pudar rasanya kemeriahan raya.. anak2 yg bertambah seronok bila hari raya. Pe pun raya tetap raya kan kak.

^ez^ said...

Salam kak anie,
boring ye raya. heheh..biasala.org dewasa mmg tak seronok da raya.huhuuu..kena buat mcm2 keje.lg2 org pompuan kan..agaknya kalau akak da ada menantu cucu berubah la suasananya.. :p

happy belated besday utk akak n farhan.Semoga sihat sentiasa dan dlm keberkatan Ilahi.

Nih da dpt mkn kek lum?? :)

Kak Elle said...

Anie happy belated birthday ye sorry terlambat tapi asal present tu dah dpt kira ok kan...haha

yelah apa nak buat setahun sekali kita terpaksa lah menyambut sywal yg di tunggukan tu.

Abahnajwa said...

Salam lebaran ya Kak..MEriah jugak bila baca blog kak sya..tapi kenapa cam blues jer suasana kat blog akak ni? ada terkecil hati kat mana2 kot..

Meh datang Liverpool..saya bawak jenjalan nak?

Sya said...

Aku rasa raya tahun ni sederhana aje.. nasib baik aku ni tinggal sorang jadi seronok ngan bapak bayangkan kalau aku masih kat AG??? mau mati kutu aku ni

Queen Of The House said...

Routine raya memang tak boleh nak diubah, rasanya. I pun setiap tahun, macam tuuuuuu aje.

Acar Cili ni macamana rupanya, Kak Anie? Ada gambar tak?

lady D said...

hukhukhuk....kak lady tertinggal nama lady D....ni nak majuk...hukhukhuk...

Zareda Norman said...

salam kak lady

yerlah kak raya ni meriah untuk anak anak jer.. anak kecik lagi kita pun eksited sama nak raya tapi kalau anak dah besar remaja, agaknya kita pun dah mula slow nak beraya..

Akak said...

Salam Kak Lady...

Tahun nie beraya dlm suasana yg sederhana jerrr...

Ummi365 said...

kak lady.. kalau ummilah memerap je kat rumah MIL, mau muncung mak/abah kat rumah.. alhamdulillah bapak kak ani understandingkan.

memang bila dah tua mua ni.. raya tu macam dah tak ada apakan.. rasa sama je.. pejam mata boleh lalui semua tu, dah tau dah lepas ni kemana lepas tu buat apa..cuma budak2 lah happy sebab dapat duit..

kitalah poket kosong sebab bagi duit..hehehe..

kad0k. said...

happy belated birthday kaklady...semoga semuanya selamat.amin

aNIe said...

Irfa...tak sempat nak kluar beli kek lagik...Farhan dah majuk dah...sebab tak celebrate birthday dia

----------------------------

Tirana ...betul tu...seronoknya raya bila dpt berkumpul dengan adik beradik...meriah betul

----------------------------

nanonano...terima kasih...

Akak tak buat open house ye...sebab house akak selalu ter'open'

Hehehhe...

----------------------------

qasieh...macam umur qasieh tu akak rasa masih ada lagi sisa-sisa kemeriahan...cuma raya sekarang tak macam raya dulu...dulu punya lah best...

----------------------------

mamaranggie...mungkin bila kita dah bercucu nanti kemeriahan tu dtg semula...maklumlah tengok anak2 cucu berkumpul...mak ayah memang gembira

----------------------------

sha...heheheh...

Terima kasih kerana ucap selamat tu...nak buat parti ke? Hehehe...tak pernah sekali pun akak ni buat parti besday...nanti kalau buat orang kata akak dah buang tebiat plak...hahahhaha

----------------------------

nanacun...terima kasih kerana ucapan tu...

Kuih raya? Hmmm...kuih apa yang ada tu...kalau ada popia mini akak datang...sebab raya tahun ni akak order kuih tu tak dapat...geram betul

----------------------------

cutemiut...raya tiap tahun pasti menjelma...biar pun tak meriah tapi raya tetap raya...anak2 gembira sakan...

----------------------------

Mawarbiru...terima kasih kerana ucap selamat untuk akak...kek? Lom dpt makan lagik...

Mungkin tak seronok sebab badan terasa penat betul dihari raya...kaki ni macam nak tercabut dah...hehehe

-----------------------------

aNIe said...

Kak...terima kasih...lambat pun takpe...sebab hadiah dah dapat...heheheh

Raya dtg setahun sekali...nak taknak...beraya lah jugak...

-----------------------------

abahnajwa...memang sya meriah beraya ngan bapak...akak macam biasa aje...sebab dah tiap2 tahun sama aje...rasa macam boring plak...

Takde apa yang rajuknya...cuma merajuk pasal gambar famili kot...hahahha...tapi ade jugak lucunya...nantilah boleh cerita...

Kalau betul2 lah cik abang akak ajak jenjalan pi Liverpool selepas raya pertama tu...memanglah raya tu raya paling best...hahahhaha

--------------------------

sya...hahahah...kat AG mati kutu eh?

--------------------------

Queen...tulah pasal...rutin tak berubah kan? Dah dpt agak dah apa nak buat raya pertama, kedua & ketiga...sama aje...

Acar cili tu ada akak amik gambarnya...nanti akak buat entry...

-----------------------------

Alamak Lady d...jgn majuk ler...akak tertinggal kad tu kat dlm 'my documents'...hehehe...tu dah letak tu...

Jgn majuk tau...nanti akak belanja...

----------------------------

zareda...memang bila anak2 kecik2...raya terasa meriah sebab anak2 excited nak pakai baju baru...anak akak dah besar2...keriangan diorang dah berkurang dah...jadi ibunya pun lagik lah kurang...

----------------------------

akak...rasanya besederhana dalam segala hal adalah yang paling baik...betul tak?

-----------------------------

Ummi...bapak akak tu dah bertahun2 menanti akak petang baru sampai...dah sampai pun duduk dlm 1-2 jam aje...dia dah masak dah...memang tak boleh nak ambil hati...yang penting dia nampak muka akak anak berana di Hari Raya...

Dulu raya...anak2 meriah bermain bunga api sambil kita memerhatikan diorang...semalaman diorang tak tidur...tapi sekarang dah takde apa dah...awal2 dah tidor...tgk TV tak abis2...

Bukan bebudak aje yang suka dpt duit...kita kalau diberi duit pun seronok kan...hehehhe...tapi dah tua...orang takmo bagi duit dah...tunggu anak2 kerja nanti baru boleh dpt duit raya...hahahha

---------------------------

Kadok...terima kasih kerna ucapan tersebut...

zino said...

selamat hari raya anie..

macam mana nak best cik abang dia tak ada.. kena pulak birthday masa raya.. hehe..

oops happy belated birthday..

YuszTieY said...

kitorg kat sini lagu syahdu kak...raya ke 7 baru dapet kuar jalan raya...kes demam pagi raya puyer pasal...huhuhuuu

hepy besday kak anie..moga murah rezki n panjang umur

Cat Cat said...

Kak Lady,
Apa pulak bosan beraya?? Cath rindu sangat nak balik kampung.. gi open house, makan ketupat & rendang... Adui, rindu-nya... Huuuaaa.

nasazfrog... said...

kak lady... gambar suasana dihari raya tak der ker kak... amacam seronok tak... :)

Intan said...

Rindu nak baca catatan Kak Lady...

Happy Belated birthday buat Kak Lady & Farhan. Birthday intan selepas 20 hari birthday akak.. hahaha sibuk gak nak bgtahu :P

Salam Lebaran buat K.Lady & fmly. Moga gembira & ceria selalu.

:)

aNIe said...

Salam zino...cik abang anie ade sini...tu sebab beraya rumah MIL...kalau dia takde boleh join kemeriahan raya bersama sya di kampung...heheheh

Thanks for the wishes...


-------------------------

Alahai yus...sedihnya beraya dlm keadaan demam...lagik tak best tu...

Terima kasih kerana ucapan birthday untuk akak...

-------------------------

Cat cat...mungkin sebab cath berada jauh diperantauan...dan ketupat & rendang tu susah nak dapat...

Dan mungkin sebab akak kat sini selalu buat ketupat & rendang biarpun bukan raya...maka raya dah jadi macam biasa...

----------------------------

Nasaz...gambar suasana raya takde kat sini..kalau ada pun akak tampal kat multiply je...hehehe...

Macamaner dengan raya nasaz...meriah tak?

---------------------------

Intan...wah!! tak lama lagi birthday Intan plak ye...

Terima kasih kerana ucap selamat buat akak & Farhan...

---------------------------

Anonymous said...

Kak lady
nampak mcm rutin saja kan raya tapi yg indah bila dapat berkumpul dan beraya bersama org yg kita sayang dan tak jumpa dah lama
itu yg buat mcm hati dan perasaan ni mcm tak sabar je nak raya

iv

ILA said...

Cop2!!!!
nama saya tak derrrrr..punnnnn!!!
bukan ke siap antor sms & email kat akak..huh.nak mrajuk lahhh...

lantassss nak malarikan diri dari K.Lady..
huhukkkk~~~

wait..where is my hena..whuaaaaaaaa!!!!

Mama Rock said...

ka lady...nak ucap selamat raya lagi, dah basi lak rasanya...now kena ucapkan happy belated birthday untuk kak lady dan farhan...semoga dimurahkan rezeki dah diberkati selalu...dan errr, semoga awet muda selalu....amin - kita ni birthday sama bulan, mama punya tambah 0 je kat belakang date kak lady :)

Anonymous said...

Happy belated birthday dan selamat hari raya ke 10...

alahai kak anie nampak kureng semangat jer raya thaun ni... tapi cm rasa kak anie mesti masih tersenyum manis lagi kan itulah kelebihan akak.

cm tahun ni paling seronok dpt raya dgn mak... sejak 11 tahun kahwin ini kali ke-2 dapat raya pertama dgn mak dan adik-beradik...kalau tidak raya ke-4 baru dapat cium tangan mak..adik-beradik pun dah berangkat pulang ke KL..syukur Alhamdulillah.

tapi cm syukur jugak sebab mak cm selalu ingatkan cm jgn 'gaduh' bab balik kampung mana utk raya... mak kata jgn jadi budak kecik balik kampung pun nak gaduh...itu yg cm mmg ikut ajer perancangan hubby mana nak balik utk raya... sib baik cm ni kat mana pun boleh enjoy raya..

sorry terpanjang pulak...

cm

AuntyN said...

Selamat Hari Raya Lady & Family. MAcam biasalah kan kita yang lama ni, budak2 seronok dapat duit raya, kita dapat penant memanjang. Tak pe lah nanti tak lama lagi kita pulak dapat duit raya dari anak-anak kan.

Lama sungguh Kak N tak jenguk sini.

Makin lawa blog Lady ni.

Intanaziela said...

salam..

selamat hari raya kak anie...ni nak jemput datang ke rumah kalau free sabtu 11/10/2008..address intan dah email pada kak sya..nanti datang la yek..boleh kita kenal2...

blackpurple @ jowopinter said...

Sempat lagi nak ucap Selamat Hari Raya buat akak sekeluarga. Maaf zahir dan batin. [Raya kan sebulan :)]

Betullah. Saya juga. Macam tak bernafsu dah nak beraya. Cuma seronok sebab dapat balik kampung jumpa keluarga dan saudara-mara sajalah. :)

Mak Su said...

tak boring kot, sebab cuma setahun, sekali saja kan... layanzz

shafarina said...

Salam Raya Kak Anie.

Meriahnya raya bila sedara mara berkumpul kan. Bukan selalu jumpa.

Unknown said...

Ka aNIe cayang...
Alahaiii... kira meriah la jugak tu. Meh sini kalau nak tengok betapa Mariah Careynya raya kat sini... hikhikhik. Anyway, happy belated birthday. Kita celebrate nanti ek. Mwah.

faridmw said...

salam kak anie... meriahnya raya thn ni... semoga kak ani senyum selalu....

Masy said...

nape tak celebrate kat melaka je kak? boleh ganti kek dgn ikan bakar umbai ehhehe

KLMari said...

Happy belated birthay to Kak Lady and Farhan !!! Raya pun sebulan..so ada lagi berbelas hari lagi ni boleh celebrate birthday campur sambut raya...:)

aNIe said...

IV..memang pun bila raya yang buat kita gembira ialah bila dpt berjumpa dgn org2 tersayang yang lama tak jumpa...

----------------------------

Ilah...hehehe...siannya adik akak ni...akak ni dah pelupa dah...tu akak dah masukkan nama ilah...mana boleh tak ingat adik akak yang tak dpt henna dia lagik ni...hehehhe

---------------------------

Mama...terima kasih kerana ucap selamat tu...Amiin untuk semua doa yang diberi...

Wah! tak lama lagik birthday mama eh?

---------------------------

Cm...terima kasih kerana ucapan itu...

Arwah mak akak dulu pun tak pernah merungut biar pun akak dtg ke rumah lewat dan pulang cepat. Akak tau...kadang dia sedih...tapi akak dah ada suami...nak buat camaner kan?

---------------------------

Salam Akak...memang lama akak tak masuk sini...rindu tau...


Terima kasih kak...

---------------------------

Intan...SELAMAT HARI RAYA...maaf 11 hb tu MIL akak datang bertandang dengan ipar2 yang lain...

Takpelah insyaallah...satu hari nanti kita dapat berjumpa...

---------------------------

BP...betul tu..raya sebulan...dan di hari raya yang mulia tu lah kita dpt bertemu mereka yang jarang dpt bersama kita...

---------------------------

maksu...akak rasa boring... dah 20 tahun agenda sama aje...

---------------------------

shafarina...akak selalu jumpa..asal balik kampung aje ...mesti jumpa...heheheh...kecuali adik beradik akak

----------------------------

OD cayang...terima kasih...

Bila boleh celebrate eh? :P

----------------------------

faridmw...memang selalu tersenyum ni

----------------------------

Masy...alahai...tak sempat nak celebrate pun...

----------------------------

KLmari...terima kasih...okaylah...nanti akak sambut raya sama ngan besday sekali

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails