Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, October 28, 2008

Update...

Seminggu aku tak update blog...sibuk dihujung minggu ke rumah Sya dan melayan Roy yang datang ke rumah ku minggu lepas.

Bila anak2 sedara datang ke rumah...aku jarang dapat gunakan komputer ni. Rumah dah macam kat cc...setiap komputer di rumah digunakan sepenuhnya. Bila dah ramai kat dalam rumah...aku langsung tak boleh nak menulis...apa yang nak ditulis ntah ke mana melayang...kalau aku tulis jugak...pasti penulisan itu tak tau mana hujung pangkalnya.

Malam Ahad Roy dan anak2 bertolak pulang ke Melaka setelah puas meronda di Ike@ bersamaku. Ike@ memang tempat 'mesti' bagi Roy kalau datang ke mari...kadang2 bukan hanya membeli keperluan dia tapi membeli barang2 yang dipesan kengkawan.

Semalam semasa aku nak gunakan komputer...aku buka folder 'computer' aku...Wahhh!!! aku lihat hardisk Data (C) aku dah bagi warning..warna merah menandakan ianya hampir penuh...tinggal 3G aje free space. Bila aku lihat dlm folder tersebut banyak movie2 dan lagu2 yang diupload oleh anak2 & disimpan dalam folder tu. Bukan movie anak2 aje...movie aku pun banyak...sampai 13G!! Sebenarnya aku upload semua episod2 Desper@te Housewives & Ugly Betty. Niat dihati memula nak beli external hardrive dan simpan semua movie kegemaran aku dalam tu...tapi sampai sekarang tak berbeli lagi...asalkan nak beli aje...Ude mesti kata...

'Ibu nak buat aper beli external hardrive tu...ibu ni macam orang bekerja lah...'

'Ibu nak simpan movie2 ibu le...'

Geram aku dibuatnya...last2 sampai sekarang tak beli langsung.

Untuk mengurangkan isi folder tersebut...maka semalam aku mula duduk depan komputer ni menonton cerita2 yang aku simpan...dan delete satu persatu. Memula hati rasa sayang...tapi nak buat camaner...dah terpaksa...kalau tak nanti hardisk akan penuh dengan bende2 yang tak perlu.

Jadi rasanya dalam minggu ni aku banyak menghabiskan masa menonton cerita Desper@te Housewives aku...dan entry ni adalah sekadar aku meng'update' blog aku yang dah mula terbiar...hehehhe



...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

29 comments:

Kak Elle said...

Anie yg menonton pun nama nya desperate housewife kan kan kan? almaklum saya tak pernan tengok prog ni lansung...

Tirana said...

Kak Anie..

Anak-anak saya pun suka upload series tapi lepas diorang upload, diorang "burn" masuk dalam CD. lepas tu yang dalam hardrive tu, diorang delete. So CD tu diorang buat collection, bila2 ada masa, saya pun tumpang tengok sekali..

silversarina said...

Selamat menonton ....lama jugak nak habiskan semua cerita tu :)

Irfa said...

salam kak ani..
kalah org bekerja yer..slmt menonton

Masy said...

nape akak x burn dlm CD ke DVD ke.. syg je buang.. huhuhuh

^ez^ said...

kak anie..
desperate housewives mmg peveret saya!! hehehe..suma season sy donload.nk burn tak berli2 lag burnernyer.huhuhuu..

season 5 akak da donload?da tgk?hehehe...besh2 kan.hehe

KLMari said...

Haah kak...burn ke CD jer...Sayang tuh kalau didelete....Penat jadik Co-Host dan Co-Chef kat open house Kak Sya yerr..:)

CuTeMiUt78 said...

yelah kak.. napa tak burnkan kat cd je.. sayang ler

Mak Su said...

wow! rajinnya! simpan kat komputer...., selamat menonton!

Sya said...

Aku pun banyak simpan movie masa tengah giler donload guna ares tu.. tapi la ni ares aku dah block dah so ngan aku aku sekali tak leh nak donload movie.. tapi aku simpan movie aku senyaop2 slm server hidden lagik.. sorang pun taktau... except aku aje.. ha haha penyalah gunaan kuasa sungguh.. tak delah mentara kosong dah penuh nanti aku delete le utk kegunaan opis.

pssst.. aku dah bajet external hardrive utk sume exec n manager maknanya aku dpt gak nanti.. ha ha ha

Anonymous said...

salam K.ANIE. *dulu KL. :D

ckp la kat ude.. "zaman dah berubah. dunia dh maju" klu tak silap gitu kot bunyi iklan tu..

shafarina said...

Burnlah dalam CD kak anie. Sayang donlod lama2 pas tu delete jek. Esok2 leh ulang tengok. :)

aNIe said...

Kak elle...nak tergelak bila akak kata anie desperate housewife...dah veteran dah ni tak desperate lagik...hahahah

---------------------------

Tirana ...tu lah masalahnya ...nak masuk cd memang banyak nak kene guna...sebab satu CD kadang boleh muat 2 episod je...

--------------------------

silversarina...memang lama nak abiskan...sebab kita bukan ada masa nak duduk dpn komputer ni 24 jam kan?

--------------------------

irfa...tu yang Ude cakap...dia jeles tu...hehehe

--------------------------

Masy...alamak ni yang buat akak sayang nak buang ni...kene pikir balik ni...

-------------------------

ez...akak sekarang dah banyak tertinggal siri tu...maklumlah masa cik abang ada akak tak dpt buka cerita2 camtu...dia tak minat...kalau dpt pun selalu tertinggal episode2nya...tu yang akak donlod tu...

Baru tengok season 3...heheheh

-----------------------------

KLmari...akak ni ada masalah sakit kaki..tu yang terasa penat...

-----------------------------

cutemiut...ramai yang kata sayang...huhuhu...ni yang bertambah sayang ni...

Huaaarrrgghhh!!! Ude...Bila nak pi beli portable hardrive ni....

---------------------------

maksu...akak minat cerita tu...tu yang jadi rajin

---------------------------

Sya...hahahah...notty...notty tu...kau mesti banyak simpa siri Harry Potter...heheheh

Nanti dah ada external hardrive tu best lah kan...

-----------------------------

Qasieh...tu lah pasal...bebudak ni tak sportinglah...

-----------------------------

Shafarina...okaylah...minggu depan akak pi beli external hardrive tu...memang sayang...heheheh

MAMAMIA said...

Kak Anie,

Desperate Hsewife yg kat TV tu pun saya tak tertengok... Lagipun agak kurang minat dgn cerita bersiri macam ni, sebab lambat sgt nak habis.... Kalau movie or sitcom terlayan lah jugak...

Norabella said...

Kak Anie, Nora cuba tengok cerita Desperate Housewives ni tapi tak boleh ngam...ntah kenapa tak tau. Sama juga macam siri Friends dulu. Lagipun mungkin Nora lebih suka membaca dari tgk tv...tapi korean dramas....anytime...sampai subuh pun masih larat...he..he..

alamanda said...

hehehe. ummu tak tau la. kalau ummu baca jek entry kak ani ummu mesti ketawa. walaupun ade yg kak ani tulis tu bukan niat buat lawak kot. tapi ayat ayat kak ani tu mmg kiut. huhuhu. jadik peminat bleh?

... said...

rajin nyer kak anie d/load semua tu.. saya pun nak buat koleksi gak lah.. saya pun peminat desprate housewife gak nie.. heheheh.. hehehehe

Anonymous said...

Alahai kak anie.. ruginyaaa.. apsal tak burn ke CD ke DVD ke.. kalau takde, meh sini semua file2 tu.. saya burnkan.. ;)

KV said...

rajin sungguh akak donlod muvi. Kv takde masa nak tgk sbb sibuk ngan benda lain. Tp teringin nak beli external. Nk simpan gegambar.

Intan said...

Sapa kata org x kerja x leh ada external hardrive? K.Lady mmg hebat! Intan pun kalah...

:)

cikdinz said...

sayang nya. dah penat-penat download, nak kena delete plak...

Anonymous said...

beli ext harddisk yg beso terus kak..yg 240gig x silap..bole simpan berjuta2 lemon pelem dlm tu...:p

NURAZZAH8 said...

Salam, bila lah saya ada masa nak nonton itu semua????

Wish I can just sit down and watch all those movies...

Teringin nak jalan raya rumah akak tapi asyik tak sempat aje...

sampai dah habis Syawal.

blackpurple @ jowopinter said...

Saya pun suka tengok siri DH tu. Terutama watak Eva Longoria. He he he!

pB said...

kalau tau akak nak delete, pB bagi hard disk pB ....


boleh gak share dengan pB ...


pB nak download tak pandai


ajor lar akak

buat satu entry , buleh tak??

aNIe said...

Mamamia...akak jatuh hati dengan DH tu dari siri pertama lagik...tapi disebabkan kadang sibuk & langsung tak dpt tgk siri berikutnya yang buatkan akak download untuk menonton bila ada masa...

-------------------------

Nora...akak tau kenapa nora tak minat DH tu sebab nora minat love story...& cerita korea tu plak hero ensem2... :P

-------------------------

ummu hanis...kalau jumpa akak lagi best kot...hehehe...akak minggu ni nak balik Melaka...tapi kejap aje...meh belanja akak makan mee sup Tengkera... :P

-------------------------

acik ila...akak sekarang dah tak jadi nak delete yang lain2 tu...nak cari option lain untuk membebaskan hardrive tu...Jom kita buat koleksi...

----------------------------

Ida...tulah ...sayang dah akak nak delete yang lain...nak carilah external hd tu...

----------------------------

KV...gegambar akak simpan kat thumbdrive...ex tu nak beli yang besar sikit lah...

----------------------------

Tulah intan...tak baik diorang kan...mentang2 le akak tak keje...diorang kata tak boleh plak...huhuhu

--------------------------

cikdinz...dah kensel dah niat nak delete tu...nak cari option lain

--------------------------

Kadok...wah...teruja akak nak pi cari external yang besar camtu...berkobar2 ni...tq...tq...

--------------------------

Azzah...tu lah...'rumah' akak yang kat internet ni pun azzah tak sempat nak ziarah...ni kan pulak rumah akak...maklumlah kerja bertimbun...macam akak lain...kerja kat umah je...heheheh

Takpelah...insyaallah tahun depan boleh datang ...akak pun mana tau boleh sampai ke rumah azzah nanti...


-------------------------

BP akak memang minat kat si Eva tu...comel & notty sgt...hahahaha

-------------------------

PB....tak jadi dah akak nak delete...ada duit nanti nak beli ex. hardrive tu...nanti boleh lah kita kongsi2 tgk filem ye...

Anonymous said...

salam akak...

blogger dah tak kena ban kat turkey!! yippie!!

ramai orang kat sini kutuk kot the move...sebab tu la...

selamat menonton desperate housewives akak :0)


simah

Zareda Norman said...

Zar plak sibuk download The Nanny..

Sayangnya kak ani.. bukan senang download semua tu.. external hardisk pun murah jer sekarang..

aNIe said...

salam simah....

Yeeeehaaaa....simah dah boleh masuk blog...

Happy akak dengar...kalau tak...tak taulah kat mana nak dengar celoteh simah...

Ntah apa2 lah diorang tu kan...tu pun nak ban...

----------------------------

Zar...akak dah tak jadi delete...nak pegi cari External HD nanti bila ada kelapangan...memang sayang kan?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails