Ini cerita Sabtu lepas masa kami jumpa Kak Elle...
Semasa kami semua balik dari Hotel tempat kak Elle menginap...tetiba aku perasan aku tertinggal beg oren yang aku beli dari Ummi 365...
Sampai saja kat tepi jalan Ummi dah melintas jalan dulu...tinggallah aku dengan Sya dan anak2 di seberang jalan. Kami berpatah balik dan menanti kak Elle membawa turun beg itu.
Setelah mendapat beg tersebut...kami pun berdiri di tepi jalan bersama anak2 seramai 5 orang untuk melintas. Disebabkan kereta banyak lalu lalang...maka kami berdiri di tempat lintasan pejalan kaki (zebra crossing)...
Yang menghairankan kami ialah kereta2 yang lalu lalang langsung tak mengendahkan kami yang dah pun berdiri di 'zebra crossing' tu. Dengan membawa kanak2 yang begitu ramai aku dan Sya memang tak boleh nak terus menyeberang...bahaya...kereta2 yang mendatang langsung tak memperlahankan kenderaan. Disebabkan lama berdiri...aku dan Sya melangkah beberapa tapak ke hadapan...dengan harapan ada yang berhenti atau memberi laluan pada kami...
Tapi...dari jauh aku lihat sebuah bas datang menuju ke arah kami dengan laju...aku dan Sya berundur semula....
'Isshhh...teruknya diorang ni...kita dah berdiri kat sini pun sorang takmo berhenti...abih buat aper le diorang buat zebra crossing ni...?'
'Zebra crossing ni untuk zebra je kot...kita ni manusia...'
Aku dan Sya terkekek-kekek...
Bila kenderaan mula reda aku dan Sya dengan pantas menyuruh anak2 melintas...sampai saja di seberang Ummi dah menanti...
'Teruk betul diorang tu Ummi...langsung tak de yang nak berhenti...'
'Tu lah tadi Ummi dengar mat salleh tu merungut..."why didn't they stop...they should stop..bla..bla..bla... Hmmm....Malaysi@ns..."
'Ye ke?'
'Nama aje amik undang2 sebelum lulus memandu...tapi undang2 letak kat bon***...' rungut aku sendirian...
Memang sakit hati melihatkan gelagat pemandu yang langsung tak tau undang2 tadi...tapi lagi sakit hati bila di tempelak begitu oleh orang luar...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
39 comments:
orang malaysia memang macam tu, ada member saya, dia kata ada zebra crossing betul2 kat depan sekolah, tapi bila budak2 or parents nak melintas, ada kereta2 ni, lagi pecut laju-laju.... ada penyakit skizofrenia kot dorang ni?
yelah, malaysians memang benak bab kasi laluan ni. :( menyedihkan. kalau kat sini, memang kena saman la...
Anie tu yang saya pelik sekali masa saya nak jumpa u all kat seberang tu saya mcm biasa lah guna zebra crossing .. ait mereka tak berhenti pun tapi saya nekat terus je melintas..kalau di singapore perjalan kaki di beri laluan menyeberang bila2 kita berdiri di zebra crossing...
kalau zebra crossing untuk zebra tak kan saya macam gajah mereka tak nampak????....hehe
kak ani
tu ler penyakit org Malaysia. But i'm proud to be Malaysian.
Kita ni masyakarakt yang berbudi bahasa tapi belum cukup beradab
Ramai yg tak hormat undang2 jalanraya ni. Kalau give way utk org melintas pun, bukan lama sangat kan...
Maksu...hehehe...kalau ade pemandu skizofrenia...akak nak berdiri tepi jalan pun tak berani...mana le tau...dengan kereta2 dia ternaik kat kakilima tu...hahahah
----------------------------
d...kalau kene saman dan2 tu jugak...rasanya ramai yang berhenti kot...
----------------------------
Kak elle ni buat anie ketawa tang ayat terakhir tu...mana ada macam gajah...kalau macam gajah pun gajah vogue tau...
---------------------------
Zar...betul tu...apa pun kita kene berbangga jadi rakyat Malaysia...sebab mungkin tentang lalulintas aje diorang tu camtu kot...tapi masih banyak lagi nilai2 murni yang menjadi amalan...
----------------------------
mamamia...akak kalau org dah berhenti tu...rasa nak lari aje cepat2...takut nanti kene tunggu berjam2 lagi...heheheh
Biasa la tu org msia, kl suruh beratur nak potong Q & Traffic light kuning lagi pecut. Org msia kl drive kete dia panas barang sikit kot.
pihak berkuasa melalak bagitau berhenti ketika lampu merah pun tak diendah, inikan pulak berhenti di zibra crossing. rakyat malaysia tak tau peraturan tu pun.
harap kereta je besar, minyak murah, tapi otak kicik
hihihi. nak mengaku ni. ade satu hari ummu hampir menjadi pemandu tak berotak itu. huhuhu. tapi nasib baik sempat imegensi brek. huhuhu.
malu22222 nya bila ader org luar cakap camtu...
yg camni la kena krusus betul2 baru dapat lesen...
sejak kes saya terlanggar kucen last week, saya telah berubah menjadi manusia yg berhemah..tak berani bwk laju2 dah..
Kak Anie..pemandu2 di Malaysia ni tak faham, zebra crossing tu untuk apa...hehehe..Dah tu selalu tak hormat pejalan kaki.. Kita ni dengan bawak anak-anak..diorang mana nak peduli..janji diorang cepat sampai..entah apa yang dikejar pun tak tahu..
salam kak lady..
bukan nak kutuk bangsa atau rakyat sendiri tp itulah kenyataan.kat oversea,mrk hormat/bg laluan pd pejalan kaki..
orang malaysia ni ikut undang2 bila ada polis je.. itu pun kadang2 di redah jugak.. nak buek cam mano bukan salah ibu mengandung..
Kak Lady,
Kalau kat sini, dah lama dah dia orang stop... The driver here pay extra attention to orang yang berjalan kaki... :)
hihihi,
awat sy xpernah tgk zebra melintas pun kak??
konpius ni..
walhal mende tu tuk zebra kan??
kak sya la ckpppp...
:p
dorang nk kene ade lampu merah baru nk berenti.. itu pon klu nak berentilah. hurmm...
takpelah. sy sbg pemandu ni pon kene ubah diri sndiri (klu sy ade wat camtu laa so far sy ok je nk berenti bg laluan kat dorang heheh)
Memang betul pe utk zebra.. patutnya diubah menjadi "human crossing". minah jepun yg dulu komplen kat aku pun aku cakap
"they will only stop if the zebra cross the road"
minah jepun blur tu leh tanya
"ooo there are zebra's here in KL that cross the road?"
nasib baik aku tak tersedak masa dia cakap tu.
Masalahnya ngan driver Malaysia ni.. kalau org berhenti baru dia berhenti kena sebiji keta mulakan dulu. Aku penah beberapa kali kena hon ngan mamat atau minah pemandu bodoh kalau time kita berhenti bg org melintas.
Tapi ada gak minah/mamat esp bangla n indon yg tak faham bahasa suka melintas kat hiway cam semalam ada tiga orang melintas kat hiway dekat tol sg besi.. senja.. dlm hujan time keta laju.. gila sungguh, tu menempah maut je tu
Ohhhh..malunyaaaaa...bila 'visitors' dah mula merungut sikap pemandu dan sistem lalulintas kat mesia ni...
:(
cantik beg tu kak..
di buat sndiri oleh puan empunya beg tu ke??
camtu lah kak lady orang2 kita ni kat mana2 pun sama..tak prihatin langsung...
salam... kadang mnusia i rasa nak cepat ja tanpa ikut peraturan... ikutla peraturan jalan raya.. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..
tumpang lalu ye anie...
zino masa saya menyeberang keta ronda polis pun sama juga tak nak berhenti sahja je saya pandang kat mereka.....
kena ada orang bawa bendera warna merah atau kuning tanda nak menyeberang jalan tuh kot...
biasale lepas raya, kerja menimbun...pressure meningkat... tapi itu semua I buat tak pot je, heheh...
Slamat hari Raya n Maaf Zahir Batin to Mak Lang
Kak Ani,
Rasanya kat driving school dorang tak ajar Zebra crossing tu untuk apa.
Otherwise, takkan ler ada zebra crossing, pas tu kena plak letak traffic light. Itupun ramai gak buat tak pedulik, langgar aje la lampu merah tu.
P/S: Beg tu lawalah!
ha'ah memang betul ler kak.. agaknya zebra crossing tu utk zebra je kot.. tu yg ada zebra crossing.. kat tempat rina siap ada traffic light lagi utk budak2 sekolah melintas.. lampu merah pun diaorang langgar je.. sib baik takde budak yg melintas... klu tak.. haru
Shafa...tu lah...macam2 perangai driver kat Malaysia ni kan? Tapi akak pun sama...bila pegang stereng aje...mood baran jadi lain macam...lebih2 lagi bila org drive keta ikut suka2 aje...
--------------------------
Ezad...betul jugak kan...kadang lampu merah pun diorang langgar...sedangkan lampu tu...dari jauh dah nampak...
--------------------------
Ummuhanis...akak memang takut nak laju kat tempat zebra crossing...maklumlah kadang2 ada aje orang melintas secara tiba2...bahaya...akak paling berhati2 di kawasan sekolah...
-------------------------
Yustiey...kalau kursus berbulan2 pun tapi diri sendiri tak nak berubah pun tak guna jugak...yg penting kesedaran pada diri
------------------------
Oren ...akak pun pernah langgar anak kucing...tapi anak kucing tu yang salah...duduk bawah tayar...tapi masih teringat2 sampai sekarang...phobia...
-------------------------
Tirana...kalau nak cepat pun biarlah tak membahayakan orang ramai...ni yang jadi mangsa org lain...diorang tu tak rasa bersalah ke?
------------------------
Irfa...betul tu...kita ni bercakap supaya bangsa kita sedar sendiri...bukannya nak ngutuk kan?
-------------------------
Zino...aha...bab ni memang tak boleh menyalahkan ibu mengandung...heheh
-------------------------
Cath...lebih2 lagi kalau kanak2...kan?
-------------------------
nanonano...tulah pasal...kat Malaysia takde zebra...len kali kita kene pakai costume zebra untuk menggunakan zebra crossing...barulah ramai yang berhenti sebab keheranan...hahahah
-------------------------
Masy...betullah...ari tu akak tengok...yang ada lampu merah diorang berhenti...isssyykk!!
------------------------
Sya...bab kene hon kalau kita berhenti tu memang sakit hati kan...mau kene bodoh jugak masa tu...
------------------------
Ila...beg cantik oren tu dibuat oleh Ummi 365...kat blog sewing dia ada beg2 yang dipamerkan...memang cantik dan halus buatannya...
-------------------------
kopisuam...tulah...patut mereka beri lebih attention pada anak2 ketika dijalanraya...
-------------------------
Faridmw...memang hanya kita aje mampu mengubah diri kita dan seterusnya masyarakat kita
------------------------
pemandu mlaysia kan terkenal dengan sikap biadap nya...
memang tu lah perangai malaysians yang neeza tak suka.. sebab tu ramai pejalan kaki kena langgar..
kat US, kalau dia nampak kita berhenti kat tepi jalan je, diorang berhenti.. padahal kita berhenti mungkin sebab nak borak aje ke.. kalau kat sini, kita tunggu lah 1/2 jam nak melintas, takde sape yang kisah.. sedihnya laaa...
mmg sakit hati kan akak kan ngan org2 camtuh.. selalu kena gak.. lagik kita tahan tangan nak melintas.. lagi dia nak pecut.. camler 3 minit tu akan lewatkan dia 3 jam.. benci tul..
Diorang kat Malaysia memang biol yek kak anie? Kat UK ni memang dari jauh dah berhenti untuk bagi pejalan kaki jalan..takda zebra crossingpun diaorang berhenti...
Lama tak hantar khabar dengan akak yek? sibuk sikit kak...
stuju sangt2..pemandu msia sudah hilang nilai pertimbangan. sya pn slalu menghadapi keadaan bgni.. Geram rasanya.
akak...lamanya tak jenguk.huhuh..sory yer.maway bz cket.
urm..camtu la org msia akak.dimana budi bahasa yg diomong2kan itu sy pun tak tahu..
Salam KakLadyAnie...
dah kama ikuti tapi first time bagi komen...he he he ...jahatkan I, intip umah orang diam-diam:)
Zebra crossing ni tak boleh apply kat M'sia ni...kena letak traffic light jer utk melintas...
tak semua pemandu malaysia mcm tu. saya mmg nak stop kat zebra crossing, tp masalahnya kete belakang takkan expect saya nak berenti. kang saya brek dia tak perasan, kasi sondol kete plak hehe. tu yg terpaksa jalan je, walaupun dlm ati rasa tak best la jgk. so skang ni ikut keadaan la, kalau masa tu kete tak byk & laju saya berenti. kalau tak, jalan la jgk..
ni kat bukit bintang ye kak, saya yang bawa kereta ni pun naik takut kak, kita bagi signal, pun tak diberi laluan, menderum je mereka, masing2 nak kejar apa ntah, hinggakan ada satu mat saleh ni naik motor besar, dia nak ke kanan, pun tak boleh, kereta sebelah nak terus juga, dua tiga kali dia ramp (betul ke word ni), memekak tanda marah kot, pastu geleng kepala dia. Buat malu je orang bawa kereta tu.
Orang malaysia ni tak nak mengalah tak tentu pasal. Kalau kat negara depa ni, nampak kita nak lintas je, siap behenti bagi laluan.
hehe kak lady.. saya kalo lalu kat situ.. saya buat catwalk je. jln slow2.. mmg buat tatau ngan kete2 tu. kalau langgar saya dorang salahhhhhhhh
kurang hasam kan pemandu yg x bertimbang rasa nie.. kengkadang buat kita sakit hati aje.. tapi nak wat camana.. ramai lah pemandu yang bersikap cam gini.. x dapek den nak nolong..
cik dinz...harap2 kita tak menjadi salah sorang dari mereka
--------------------------
Neeza...tu lah...dah tu kita yang nak melintas ni bawak bebudak pulak tu...diorang tak prihatin betul
--------------------------
kaktiny...diorang tu kadang tak sedar...diorang boleh membahayakan nyawa mereka yang tak bersalah..susah nak ajar orang yang dah pandai bebenor ni
-------------------------
abahnajwa...ramai yang berkata begitu...mmg sepatutnya pejalan kaki diutamakan...lebih2 lagi kalau mereka tu kanak2...
-------------------------
shah...geram kan...harap2 kita tak melakukan kesalahan yang sama...
------------------------
mawar...diorang ni bila pegang steering aje ...perasaan dah jadi lain...
----------------------
Salam kenal cik Milah...
Akak tengok bila zebra crossing ada traffic light baru diorang berhenti...
-----------------------
stfu...akak rasakan...bila ada zebra crossing mesti letak bumper kat situ...sebab bila ada bumper orang slow sikit...pastu letak sighboard ada zebra crossing...mungkin diorang lebih aware...
------------------------
zany...ahah...kat bukit bintang tu...kenderaan dah lah sibuk...bertali arus plak tu...susah kalau takde yang beri laluan...
------------------------
lindosh...hahahahah...nak buat catwalk...nanti jadi catrun...
------------------------
acik ilan...memang tak dapek lah nak nolongnya...
Post a Comment