Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, October 20, 2008

Penat tapi Seronok...

Setelah berada bersama kami lebih 2 bulan... Khamis lepas cik abang aku dah pun terbang semula ke Jeddah. Alhamdulillah kali ini kami dapat berpuasa bersama-sama selama sebulan. Cuma tak sempat beraya lama2 ...

Sebelum cik abang berangkat pulang terasa masa begitu suntuk untuk kami habiskan bersama. Maklumlah selepas Hari Raya kami dah mula sibuk melayan tetamu dan berkunjung ke rumah sedara di KL dan yang berdekatan kami...hujung minggu berikutnya pulak MIL dan adik ipar datang bertandang...


Maka selepas itu tinggal beberapa hari saja untuk kami berkumpul sekeluarga. Dan di saat2 akhir kami bersama cik abang sempat membawa kami makan2 di Pizza...(kegemaran anak2 ku)



Dihari2 yang lain kami makan2 di kopitiam dan hari Rabu iaitu hari terakhir bersama sebelum cik abang terbang kami ke Kenny R@gers (kegemaran cik abang...)

Puaslah hati anak2 kerana dpt bersama2 ayah mereka sebelum ditinggalkan...dan Khamis keesokannya kami ke KLIA...

...dan seperti biasa selepas cik abang terbang aku akan menghabiskan masa melengkau depan TV...rasa letih...rasa penat...rasa malas.

Tapi perasaan tu datang sekejap aje bila Jumaat malam Sya datang bersama anak2 ke rumah ku...apalagi riuh rendah rumahku. Sya datang dengan sebeban baju2 kotor untuk dicuci. Dan tentu dah ramai yang tau...Sabtu keesokan harinya aku dan Sya ke Pavillion berjumpa dengan Kak elle dari Singapore & Ummi...

Bagi kedua2nya ...ini adalah pertemua kedua kami tapi inilah kali pertama buat kami bersama Hazia...seorang blogger yang baru kami kenali. Memang 'happy' sangat dpt berjumpa Kak Elle & Ummi...& thanks Ummi for the food...(yummy)...begitu juga kak elle...terima kasih untuk kacang pool tu...(belum buat lagik...nak cari resepi...aritu masa akak cakap anie dah lupa...hehehe)

Anak2 benar2 seronok hari tu...mana taknya dpt menjamah berbagai2 jenis makanan...



...tengok tu Fareez gembira betul dengan Dinosaur Milo dia...

...anak2 bersama Aunty Elle mereka di bilik hotel....bersepah bilik kak elle dibuatnya...hehehehe

Dan aktiviti aku dan Sya berakhir pada hari Ahad di Ike@...taklah memborong apa sangat cuma Sya nak jumpa Uda untuk mengambil foto keluarganya.
Yang paling gelihati bila anak bujangku Fareez bagai tak lepas dari merenung dekat2 anak Uda...Tasneem...sampai nak menangis dibuatnya anak dara Uda tu. Walau pun ini kali kedua mereka berjumpa tapi mungkin dia lihat Tasneem dah besar....Mahapkan bujang akak tu ye Uda...hehehehe...dia cuma nak tengok kening Tasneem tu aje...terpesona gitu...
Balik dari Ikea malam tu Sya rasa tak sihat...apa taknya...kitorang minum Cappucino & kopi bergelen2...hahahahaha
Penat tapi seronok....
Nampaknya pada hujung2 minggu berikutnya aku pasti akan menghabiskan masa bersama Sya dan anak2 untuk menghilangkan rasa sunyi....
...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

27 comments:

Tirana said...

Kak Anie.. suami kak anie kerja kat jeddah ke? Selalu tak dia balik cuti..

Saya tahun lepas, setahun kena tinggal sebab hubby kena bertugas di melbourne. Balik cuma sekali dalam 2 bulan..tu pun seminggu aje dapat cuti tiap-tiap kali balik. Awal tahun ni, alhamdulillah dia balik kerja di Malaysia tapi tak duduk di KL ni jugak. Dia kena bertugas di JB..4 hari di JB, 3 hari di KL..ulang alik every week.. Weekends selalu di KL. Tapi sebab dah biasa dan selalu kena tinggal, dah tak rasa apa dah..mula-mula dulu teruk merindu tapi sekarang ni bukan tak rindu...rindu jugak tapi dah boleh tahan.. Lagi pun sibuk dengan anak-anak..kadang-kadang tak terasa sehari berlalu...betul tak kak?

CuTeMiUt78 said...

seronok tgk gelagat anak2 akak.. malum ler.. masa ni ler nak bermesra2 ngan ayah tercinta..

Kak Elle said...

anie kalai ni ke KL tak dapat makan kenny rogers lah yg kat BB tu pindah kemana ye?

mmg happy semua dapat berjumpa eh?hebat bloggers veteran ni bila berkumpul kan?

kacang ppol tu sebagai yg saya kata di lenyek kan sedikit masak ngan ketumbar/jintan yg sudah di kisar dlm 1 sudu besar untuk satu tin dan di sire 1 sudu minyak sapi cair...dan di tabur ngan bawang potong dadu dan cili hijau di hiris.

nanonano said...

salam kak anie,
*wahh suda tukar nama ka? hihi*

sy betui2 jatuh centa la dgn ank bujang akak yg sorg tu,
adeidei..tulungggg..
tulung kem salam kat fareez,
ngee :D

Neeza Shahril said...

best kan dapat beraya bersama-sama dengan hubby.. lama juga dia cuti kan.. tapi mesti agak sedih bila dia berlepas ni airport kan..

seronok tengok kak anie makan2 dengan kak sya, kak elle dan kak ummi tu.. :)

ummu_hanis said...

ummu selut kak ani la. ummu bukan kata kene tinggal berbulan bulan. hasben keje malam pun ummu dah rasa cam nak gilezzz. huhuhu.

SaDi said...

jauh dimata... dekat dihati... semoga akak sentiasa diberkati... :D

aNIe said...

Tirana...suami akak masuk ni dah 3 tahun bekerja di sana...dulu 3 bulan sekali balik...cuti 2 minggu pastu pergi balik...sekarang dgn company lain...jadi jadual kerja dan cuti pun bertukar.

Akak ni dah sering ditinggal2kan...sejak berada di Melaka lagik...dulu hubby akak kerja di KL...hujung minggu baru balik...5 tahun macam tu...

Memula memang rindu...pastu sekarang dah okay...dengan anak2 yang dah besar...banyak yang boleh dilakukan untuk membuat suasana jadi tidak sunyi...

-------------------------

Cutemiut...anak2 akak jarang bermesra ngan ayah diorang...yang terlebih mesra mak dialah...

-------------------------

Kak...kalau area BB tu anie memang fail...tak pandai...

Seronok kan bila dpt berkumpul camtu...happening...kalau duduk lagi tu memang tak abis cerita...

Lupalah masa akak bagitau resepi tu kita tgh sibuk2 kan...tak boleh ingat...nasib baik akak tuliskan kat sini...Thanks...

--------------------------

nanonano...nak panggil kak anie pun boleh...kak lady pun boleh...mana2 sukalah...

Nanonano...tak tahan tengok anak bujang yang mana...yang sulong ke yang bongsu..? heheheh...

--------------------------

Neeza...dah lama bersama terasa sedih nak lepaskan dia pergi...

Neeza...memang seronok makan2...bual2...ketawa2...macam dah kenal lama...besttt...

--------------------------

Ummu Hanis...akak ni dah biasa kene tinggal...tu yang boleh tahan tu...lagik pun anak2 dah besar2 buat pengubat rindu

--------------------------

Sadi...terima kasih...

Cat Cat said...

Kak Lady,
Seronok kan dapat berpuasa & beraya dengan darling... :)
Ooh, jalan2 & shopping dengan adinda tercinta pun best. Dah lama Cath tak bershopping with my sisters... Tak sabar nak balik next CNY...

Masy said...

nak tgk gambar tasneem tu kak ehehhe

RaFFLeSiA MeRaH said...

sedapnyer makanan tu kak lady, terkecur air liur sy tgh puasa ni, eh2...fareez tenung anak dara org dah? memang x lame lagi la tu nak dpt menantu...hihihihi....

sya said...

Minggu ni mesti datang kat rumah aku lak sebab ko lom raya rumah aku lagi pun aku perlukan orang tolong aku masak.. kalau tidak pengsan jugak sorang2. At leats kalau ada bloger dtg leh jugak kau tolong layan2

Intan Rosnitta said...

Bak kata pepatah, sayangkan isteri tinggal2kan... Kalau Kak Lady sunyi, anak2 & fmly Kak sya kan ada. Kalau sunyi jugak, buka blog. Kitaorg ada, boleh teman akak.

Hihi

:)

♥ QasiehFirdaus ♥ said...

kak anie,

ape khabar? moga sehat2 hendak nye

*mcm karangan tak rasmi je.. :)

♥ QasiehFirdaus ♥ said...

dh tertekan enter plaks..

isk, lame dh tak pegi cuci2 mate kat ikea.. ye la.. bujang.. balik2 cuci2 mate je la dulu.. hiks

Mak Su said...

sudah mula terasa rindu dah kot?

saya ada letak gambar family, n3 hari ni, gambar raya, ahaks

kadok said...

wahhh..mkn pak kenny ye..best tu...untungla kaklady..dpt puasa dgn raya dgn cik abg..lama lak tu..hehehe..kalau x asik kena tinggal aje ye..:p

nanacun said...

Wah kak Anie..lepas geram sungguh2 nampaknya.. yelah, bkn selalu dpt peluang dgn hubby mcm tu kan..

Nana doakan kebahagiaan dan keceriaan kak anie sekeluarga..

WSlm.

ILA said...

Aduiiii!!rasa bersalah le pulakkk..
time mghantar en abg ari tu,ila telah mgaco call akak.

so..how our appointment??
tunggu en abg kita gi tutorial dulu yeee..pas tu..bley ler kita berdating2..hehe

aNIe said...

Cat cat...tulah seronok dpt berpuasa bersama...jenjalan pi shopping2 dengan adinda pun seronok...heheheh

Cath nak balik ke next year...wah nanti boleh lah kita jumpa...

----------------------------

Masy...kalau nak tengok gambar tasneem memang banyak kat blog Uda tintacreative...memang cantik anak dara Uda tu...

----------------------------

RM...tu lah pasal...masa lepas tenung tu bila kita tegur dimarahnya...malulah konon...hahahah

----------------------------

Sya...aku dpt dtg pagi aje nanti...boleh jugak tolong masak...tapi kalau melayan blogger tu aku takut jadi getah cair...nanti melekat kat sofa cavenzi kau tu...hahahaha...

----------------------------

Intan...sekarang ni memang akak banyak menghabiskan masa kat blog kengkawan kalau takde kerja lain

Alhamdulillah ramai teman blogger yang dpt menghilangkan kesunyian akak...

----------------------------

Qasieh...akak sihat aje...alhamdulilah...memang pun macam buat karangan hehehe...

Cuci2 mata tak siapa yang marah pun...tak kene bayar lagik pun...lepas tu pasang angan2 nanti nak beli tu...beli ni...betul tak?

--------------------------

Maksu...belum rindu kot...cuma dah takde teman berbual dan teman mengusik...

Maksu letak gambar tapi cheating...hehehe

---------------------------

Kadok...tu lah cik abang suka makan ayam pak kenny tu...kali ni dia pergi pun 2 bulan baru balik...pastu tak tau lagik jadualnya camaner...

--------------------------

Nanacun...memang tak lepaskan peluang bila dia nak terbang tu akak ajak aje kemana nak makan dia akan ikut...maklumlah nanti nak terbang jauh meninggalkan kami...

-------------------------

Ila...alah apa nak rasa bersalah pulak...masa ila call tu cik abang dah pun masuk ke balai berlepas...dah habis lambai2 pun...

Nanti kita buat appointment tau...

Mommy Lily said...

seronok nye kak anie jumpe bloggers semuaa...wpun cik abg tkde tp kawan2 ramai temankan kak anie...

MULAN said...

kak lady/anie..!!! salam raya..!! nak raya kat bj boleh ke..?

Mama Rock said...

wah...ini cuisine marathon ni :)

HappyIrfa said...

SALAM KAK LADY..
jumpa nanti yer

KV said...

wah, aeez dah terpikat yer?

silversarina said...

Lama jugak cuti hubby akak kali ni, kira dapatlah anak2 lepaskan rindu pada ayah diaorang .....

perjumpaan bloggers tu sure happening , siap kak elle bawak balik bilik mana tak happy semua :)

aNIe said...

Mommylily...masa cik abang takde aje boleh jumpa kengkawan...kalau cik abang ade memang tak boleh...maklumlah takkan nak tinggalkan dia sensorang kat rumah...at least bila jumpa kengkawan hilang dah rasa sunyi...

------------------------

Mulan...Selamat hari raya...lamanya Mulan beraya..blog Mulan jadi sunyi...mehlah beraya kat sini...tapi takdelah kuih raya yang banyak...

-----------------------

mamarock...kalau cik abang takde mulalah ajenda makan2...hehehe

-----------------------

happyirfa...bilalah nak jumpa tu...
heheheh

-----------------------

KV...anak bujang akak dah terpikat ngan anak dara Uda... :P

-----------------------

Rina...alhamdulillah kali ini anak2 lama dpt bersama ayah mereka...

Memang happening bila jumpa bloggers...ntah bila boleh jumpa rina pulak...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails