Sudah 7 hari kita berpuasa. Tahun ini anak kecil ku Fareez berpuasa tanpa banyak kerenah.
Cuma hari pertama puasa kelmarin aje dia buat hal...sakit perutlah...lapar...letih...menangis2 menanti berbuka. Disebabkan waktu yang tinggal cuma 1-2 jam aku & cik abang serta MIL yang datang berpuasa di rumah kami memujuk dia. Akhirnya genap jugak sehari dia berpuasa.
Kesian tengokkan dia...menogok air bergelas2...dan macam2 yang nak dimakannya...hingga akhir sekali semua keluar semula. Terlebih minum airlah tu. Keesokan harinya pun mcm tu jugak...terlebih minum air akhirnya muntah. Masuk hari ketiga dia dah tau silap dia. Dia minum air ala kadar aje. Tapi Alhamdulillah...sehingga ke hari ini dah genap 9 hari dia berpuasa...tanpa sebarang masaalah lagi.
Masih ingat lagi tak ...setahun lepas...Sastri memperkenalkan Upin & Ipin di blognya. Sampai sekarang anakku si Fareez ingat pada nama & blog Sastri dengan Upin & Ipinnya....
Tahun ini 'Deman Upin Ipin' melanda semula...lebih2 lagi si Fareez. Tak cukup di TV...kejap2 dia buka You Tube untuk menonton Upin Ipin. Bukan Fareez aje...Ude, & Farhan pun sama...berkali2 mengajak aku pergi cari CDnya.
Blog Ude pun dah berhias dengan gambar Upin & Ipin...seperti kata Sas...anak2 tu memang comeeelllll sangaatttt....dan watak mereka begitu menghiburkan. Masa 5 minit tayangannya membuatkan kita rasa tak puas menonton gelagat mereka.
Ini adalah episod pertama Upin Ipin setelah setahun kemudian diorang dah tadika. Masuk hari ni dah 3 episod mereka.
Nampaknya sepanjang minggu ni si Fareez akan melekat depan komputer ni melayani si Upin & Ipin....
Jom layannnn.....
Semua coretan adalah hakmilik Kak Lady dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
37 comments:
Salam kaklady..
wah..bulan puasa rumah pun cat baru yer...warna putih nampak bersih dan terang...
Anak-anak saya pun peminat Upin dan Ipin..dua tiga hari ni style mereka cakap pun dah macam upin dan Ipin...
alhamdullilah.. dia dah pandai puasa!!!!!
Anak-anak kena dilatih berpuasa dari kecil.. Kalau dah besar baru nak suruh puasa..hmmm.. memang payah la nampaknya. Actually apa2 pun kena latih dari kecil kan kak lady? Seperti kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.. Tahniah untuk Farezz.. Raya tahun ni mesti mama bagi banyak duit raya..hehehe
Wahhh..Tahniah Aiez...cayalahhh...9 hari dah ya kak puasa kita..Ehh..kenapa saya kira cam baru tujuh hari yek?
Ker mateatik saya yang silap..blurrrrr
kak lady.. saya minat betul cite upin ipin nie.. dah ada episod baru ekk kena tengok nie.. lucu je tengok gelagat diorg nie kan
macam mana anie puasa 9 hari yg saya tau baru 7 hari....hehehe
syabas aeez dapat berpuasa mmg betul tu kalau terbanyak makan masa buka perut kita jadi senak sebab tu muntah...
kak lady,
saya pon rasanya arini baru 8 ari posa kot kak hehehehehehe
comel kan karektor Upin dan Ipin tu :)
salam kak Anie
cantik layout baru nie...
tahniah sebab dah tiga tahun kak anie berblog .....
tahniah buat Aez sebab berpuasa penuh ...
ada upah ker?
Salam Kak Anie... (mcm pelik je, selalu panggil Kak Lady..hihi)
Betul...betul.. Budak berdua kat rumah ni pun tgh gila tgk upin & ipin. Comel je. Ibu dia pun minat gak...
Tahniah Fareez. Nanti mintak duit raya lebih dgn ibu tau!
:D
eh, nak kena tgk jgk ni!
Aku memang tak sempat nak layan TV. nanti aah ada masa tenguk gak nanti
Nantikan Siri Adiejin dan Upin pada hari raya tahun hadapan..Pasti hebat dan hangat..
keh keh keh
Pinatbate...tu lah...anak2 akak semua dah kene demam Upin Ipin...asyik tgk gelagat diorang kat U tube...bukan diorang je akak pun suka...
---------------------------
Sadi...kalau diikutkan hati memang kesian tengok dia menangis kelaparan...tapi alhamdulillah...sekarang dah okay
-----------------------------
Salam tirana...betul tu tirana...kene ajar dari kecik...tahun lepas dia tak dpt berpuasa sehari...dpt separuh hari aje...tapi tahun ni...dia bangga dpt berpuasa....
Bila dia kata dia lapar...akak cakap berpuasa tentu lah lapar...sebab tu Allah suruh berpuasa supaya kita tahu macamaner org2 susah lebih lapar...barulah dia tau
----------------------------
abah....hahahahah....matematik akak yang silap...
Dah betulkan dah...maklumlah bulan2 puasa ni...hehehe
-----------------------------
iina...dah 3 episod semuanya...terima kasih pada mereka yang upload kat U tube...kalau tak memang tak dpt nak tengok...maklumlah jam 7 kita tengah sibuk kat dapur.
----------------------------
Kak...anie silap kita lah...nak raya cepat tu...hahahaha...memang baru 7 hari termasuk semalam.
Kali ni berpuasa dia tak banyak kerenah...syukur alhamdulillah...harap2 dptlah sebulan
---------------------------
ayu...tulah pasal...nak raya cepat tu...heheheh...
Memang upin ipin tu comel sesangat...suka dengar suara dia comel giler...
------------------------------
Salam PB...
Tak terasa dah 3 tahun memblog...dan paling best dpt jumpa kawan2 blogger macam PB...bila agaknya akak nak belanja PB pulak ye...? Nanti lepas raya eh...
Fareez berpuasa ni tak janjikan upah apa2...lagik pun dia tak pandai mintak upah lagik...biarkan dulu...tapi Insyaallah kalau genap sebulan nanti adalah hadiah dia...
--------------------------
Salam Intan rosnitta...
Heheheh...duit raya lebih tu ibu dia tak janji...sebab dia pun tak mintak...hahaha...kalau dia baca komen ni ...mesti dia mintak...
Takpe Intan...nak panggil kak anie pun boleh...kak lady pun boleh...sbb orangnya tetap sama
--------------------------
KV...tengok jgn tak tengok...memang menghiburkan...
-------------------------
Sya...yelah...kau tu penat...lepas berbuka aje kadang dah kepenatan...macam aku lain...suri rumah sepenuh masa...tgk TV memang dlm agenda...hehehe
------------------------
Adiejin...amboooooiiiii...lamanya akak tak dgr kabar berita....senyap sunyi...sibuk ke?
Sibuk dengan Siri adiejin & Upin ye?...memang padan le tu...dua2 nakal...heheheh...
Selamat Berpuasa ....
--------------------------------
Stress sungguh bila ada tempat2 yg dah pasang lagu raya awal2 begini.. POTONG STIMMM sungguh!
baguslah aeez dah puasa penuh. jgn ada yg nyanyi puasa yang yok dah lah kan?
tak pernah tengok lagi ipin & upin nie.. nanti nak cuba tengok la coz ramai yg kata seronok menonton...
wah...bgs la anak akak.hehe..sian dia muntah2..
comel upin ipin nih.tuh yg bdk2 suma suka.hehehe..
alhamdulilah, bagus kan dia nak pose. Kesian dia, smpi termuntah2.
upin & ipin memang cute kan anak rina pun suka tgk kak..
go fareez..!! be strong..
happy 3rd anniversary..
bukan fareez je kak lady, anak mama si Nadia yang dah form 1 ni pun dok ngadap tv layan upin & ipin
ARI NI SEHARIAN ANAK2 SAYA DOK NGADAP BLOG KAK LADY DOK TGK UPIN IPN..HUHUUUU..TAK ADER LA UMMI ANK LOMPAT BLOG ARI NI...
sampai tmuntah2 ye hehehe.
apepun nk wish epy 3rd anniversary utk blog akak :)
Upin Ipin ni wujud bulan puasa aje ke kat tv?
Lama tak dapat jengah rumah Kak Lady, rupanya dah tukar rupa yerrr...Cantik !!! Suka gambar strawberi tu...Bagusnya Fareez masih belum tinggal pose lagi yer..KLM still in the process ajar Dania pose...so far baru dapat setengah hari ajer..
uiksss terkejut... cantiknya selepas diunderconstruction..
strawberry cekelet satu!!! Delivery lepas berbuka puasa ek..hehehhe
sama dengan anak dara zar.. banyak minum air sampai sakit perut
lame betul sy x masuk blog akak, dah bertukar rupa blog cik kak ni, dipenuhi dgn stoberi...huhuhu, kesian fareez, lame2 nanti ok la tu, apepun slmt berpuasa utk akak sekeluarga...
wahhhh!!ada upin & ipin kat siniii..
dari mana akak dowload video klip ni ekk??
Crita tahun lepas punya siap ila masukan dlm hp.Tu pun anak saudara yg buat cos errrr...ila buta teknologi sikitt..hihikkk
errrr..kak!!!ohhhh..Kakkkk...
errrrrrr...bener2 ada 'kesebersalahan' le pulak pd dirimuuu..
shingga skrang..ku tak jejak ke bank lagiii..sepertimana di janji..
errr..nunggu yeakkkk:(
sakura pun tak ketinggal menonton Upin & Ipin comel n manja sangat...
ada tak fareez buat mcm iklan mc'd kat tv tu...
xkesempatan lsg nk kat tv,
sbb die buat time kol 7,
org tgh sebuk2 kat dapur,
seb bek ade u tube,
tp carik2 xjumpe..
seb bek la akak tlg upload sni,
ley tgk gak..
huhuhu..
tenxs kak lady,
slamat berbuke
rajin btoi budak2 ni ngadap upin dan ipin.anak teman dok syiok tgk ultraman memanjang...
salam kaklady! slamat berpuasa!
tahniah sbb blog dah masuk tahun ke 3... nway, senang2 jenguk blog org ye, ada tag 'iloveurblog' utk akak... tq!
Comel kan Upin dengan Ipin tu. Cerita dia pun makin lawak dan makin best daripada yang first.
Sukalah cat raya 'rumah' ni. Berseri² macam tuan punya juga!
Stroberi tak tinggal tu :)
anak2 saya pun suka tgk upin dan ipin
KAK LADY,
kami pun suka upin ipin ni, suaranya sooo cute, anak saya beria2 nak nonton cite ni
NBK...Lagu Raya...alamak...org masih puasa...langsir pun tak jahit lagik diorang dah nak raya tau...memang potong stimmm...
--------------------------
dlt...alhamdulillah...hari pertama jenuh betul nak memujuk dia...sib baik hari2 selepas tu dia dah okay...
Puasa yang yok?...akak dedulu pun ada jugak puasa yang yok...hahahah
--------------------------
mummy rizq...tengok aje kat U tube...kalau nak tgk kat tv memang tak dpt...maklumlah kita tengah sibuk di dapur...
--------------------------
mawar biru...dia minum lebih air...tu yang semua keluar balik...maklumlah kita yang dewasa ni pun kadang2 tgk macam2 nak makan kan? Tapi nasib baik sekarang dia dah pandai kawal diri...
---------------------------
cutemiut...memang anak2 suka sgt tgk upin ipin tu...suara dan watak dia comel...
--------------------------
Mulan...alhamdulillah...dah strong sekarang...
--------------------------
mamarock...anak akak Ude tu pun sama...dah 23 tahun pun tak puas2 tgk si upin ipin tu...
Ni background komputer ni pun si Fareez dah buat background si upin ipin...hehehe
--------------------------
Yusztiey...heheheh...sian dia ...komputer dah kene hijack... :)
--------------------------
Masy...terima kasih...
Sian dia kan?
--------------------------
Nbb...nampaknya buat masa ni cuma masa bulan pose je...
--------------------------
KLM...alhamdulillah dah 11 hari dia dpt berpuasa...takpe lah separuh hari pun dpt juga dia berpuasa...
--------------------------
zareda...dah hampir 3 tahun guna stoberi lama tu...dah nak tukar pulak gambar stoberi semangkok...hehheeh
Kita pun kadang sampai senak perut minum air kan? Inikan pulak bebudak tu...
--------------------------
Rafflesia...akak tukar blog sempena 3 tahun anniversary...hehehe...
Fareez dah okay dah...alhamdulillah
----------------------------
Ila...clip upin ipin tu cari kat U tube...memang ada...banyak...hehehhe
Pasal yg tu...kalau nak pakai raya baik cepat...nanti tak sempat pos nanti... :P
----------------------------
Sakura...upin ipin tu bukan bebudak je suka...kakak budak...mak budak pun suka kan?
Hehehe
----------------------------
cik dinz...takde lagi...tapi hari pertama tu berguguranlah air mata dia menangis...
---------------------------
nanonano...memang akak upload kat sini biar senang si Fareez nak tengok...comel kan?
Selamat berbuka juga buat nanonano...
---------------------------
idzaris...masa time tayangan kat Tv tu diorang boleh lah mengadapya...tapi masa tu kita tgh sibuk kat dapur...
---------------------------
Salam mamajajie...selamat berpuasa...
Ada tag ye...insyaallah..akak akan dtg ke blog mamajajie..sebab akak ni dpt masuk sekejap2 je...Thanks...
----------------------------
Shafarina...heheheh...terima kasih le puji2 akak...stroberi memang tak tinggal...suka sgt...merah...mengiurkan... :P
Komputer background akak pun dah bertukar wajah dah...gambar upin ipin dah...sabau ajelah...
---------------------------
maksu..memang pun...kegemaran anak2 kan?
---------------------------
zany...memang cute...intonasi suara dia yang buat kita tetrtarik...bessst...
Post a Comment