Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, September 5, 2008

GENAP SUDAH 3 TAHUN...


Hari ini...5hb September genaplah usia blog ku 3 tahun....

Mula mengenali blog pada September 2005 aku mula menghabiskan masa santaiku di hadapan komputer dan menulis apa saja yang telah menjadi asam garam kehidupanku.

Pada mulanya puas untuk aku memikirkan apakah nama yang sesuai untuk aku berikan pada diriku. Kemudian aku mengambil jalan pintas menggunakan nama 'kak lady' iaitu gelaran yang dipanggil oleh kawan2 di IRC ketika bermain kuiz. Perkataan 'lady' tu diambil dari 'nickname' aku di channel kuiz iaitu 'ladyjeanz'...maka itulah panggilan ku bagi mereka yang belum mengetahui siapa aku sebenarnya.

Dan hari ini sebagai memulakan hari baru setelah 3 tahun di alam maya bersama rakan2 blog...aku menggunakan nama panggilanku...'Anie'...rasanya ramai yang dah tau. Bagi yang biasa ber'ym', ber'email' dan berjumpa denganku dah tak menjadi rahsia lagi. Kadangkala kawan2 menjadi serbasalah ...

'Nak panggil apa ye...' tanya mereka...

'Panggil saja kak anie...'


Walaupun begitu...aku masih menggunakan 'kaklady.blogspot.com' sebab mudah untuk kawan2 nak mencari di mana 'kak lady' sekarang.

Biar bertukar nama namun aku tetap aku...ceria dan tetap bersama kawan mewarnai alam blog. Mengenali alam blogspot bagiku adalah sesuatu yang menggembirakan aku...aku dapat mengenali ramai kawan2 baru di merata pelusuk negara di dunia...syukur alhamdulillah...biarpun berada di sini...aku masih dpt menikmati gambar2 yang dikongsi bersama...(aku memang suka melihat gambar pemandangan negara orang).


Dan sejak dari itu...pantang ada masa terluang...aku pasti akan duduk berjam2 di hadapan komputer melawat kawan2 di blog masing-masing.


Bagi mereka yang pernah ku jumpa iaitu Mak Andeh, Kak Yan, P-Nut, Iraudah (Uda), PB, NBK, Audra, Zareda, *najwa, Maklang, Kak Elle, Tee, Oren, Zino, Meandbaby, Nurazzah8, Queen, Mamarock, Simah, dan yang terakhir Ummi 365...terima kasih kerana sudi berjumpa. Memang terasa bagai satu keajaiban kerana mengenali mereka di alam maya kemudian berjumpa secara nyata...kita bagaikan telah berkenal lama....


Terima kasih kawan2 semua...kerana telah mewarnai kehidupanku...semoga silaturahim yang terbina akan terus kekal....


Luv all of you.....

29 comments:

Anonymous said...

Yes yg pertama..

Selamat berpuasa
selamat ulangtahun ke 3
Semoga berbahagia selalu


az

azza_irah said...

salam kak lady..
tahniah...dah 3 tahun ya..azza baru nak blaja2..
moga akak sekeluarga dirahmati sntiasa..
salam ramadhan dr azza..

Anonymous said...

selamat ulangtahun ya kak...

Tirana said...

Happy 3rd Anniversary....keep it up!!!

Sya said...

Aku yg pernah jumpa tak masuk nama ek.. wah lawa le template baru ni kak anie.. ha ha ha.. baru pertam kali aku tulis nama ko kat blog.. kelakau le pulak

Unknown said...

selamat ulang tahun ketiga kak ladyy

slamat berpuasaa ye

Norabella said...

wah...ada pembaharuan...

Happy anniversary kak anie...byk asam garam manis pahit kita berblogging ek?

D said...

Eeee... sama birthday dengan mak mertua saya (oops, baru teringat nak telefon!).

3 tahun... semestinya semakin lama semakin ummph!!??

tahniah kak lady!

ps: sorry D dah lama tak tinggalkan jejak...

SaDi said...

Happy anniversary!!!!!!!

Neeza Shahril said...

Happy birthday untuk COretan Warna Warna Kehidupan.. patutlah masuk semalam under construction.. nak sambut birthday rupanya..

Oooo.. Kak Anie ya.. takpe, neeza panggil kak lady ye..

neeza pun teringin nak jumpa kak lady.. bila la agaknya kan..

CuTeMiUt78 said...

Slamat ulangtahun yg ke 3 akak. Wah dah 3 thn rupanya ya. Akak nanti tukar link blog kita ya. http://cute-miut78.blogspot.com

anita kema said...

kak lady,

semakin lama semakin mantap kan... :D

RAMADHAN MUBARAK!!!

p/s: tunggu saya dah balik nnt, boleh la jumpa kak lady jugak.. hehehe

YuszTieY said...

salam ramadhan...

cam tak best la plok nak panggil kak anie..kak lady rasenya lbih sesuai kot coz beza sikit dr yg lain..mukin bila dah jumpa baru sesuai panggil k.anie...entah bila la boley jumpa akak yer..

selamat ulangtahun ke 3..

silversarina said...

Ramada3 Kareem buat kak lady dan family.

Tahniah sebab dah 3 tahun berblogging.Blog yang seronok bila dapat baca dan blog ni antara blog terawal saya baca dan komen .

Ramainya jugak bloggers yang kak lady dah jumpa, bilalah dapat jumpa ye

Intan said...

Happy Anniversarry to kaklady.blogspot.com!!!

Semoga pjg umur :D

Cita2 nak jumpa akak jugak..boleh ke?

iina said...

Salam kak..

Singgah sekali lagi.. selamat ulangtahun ke 3..dan selamat berpuasa juga ye..

Teringin juga jumpa kak lady tapi apakan daya jauh ;)

13may said...

tahniah kaklady....
bukan senang nak maintain blog sampai 3 tahun nih...

btw, harap2 kaklady akan terus menulis :)

selamat berposa :)

Kak Elle said...

Harap saya terlambat nak ucapkan happy 3rd birthday pada coretan warna warna Anie...hmm..baru puas skg bolih guna Anie kalau tak kan saya yg tua panggil u kaklady....hehehe

hebat tahun baru rumah baru cantik dan bersih tapi strawberries mesti ek?

MA said...

Happy 3rd Anniversary Kak Lady Blogspot! Lama saya tak tinggal komen, tapi ada datang menjengah sekali sekala.

sarahH said...

Happy Anniversary Kaklady.blogspot!

Dan selamat berpuasa untuk kak lady sekeluarga..

sy sukaa sangat nama Kak Lady. Unik!

p/s: Kalau balik Melaka, jemput la ke rumah bujang saya ;-)

lupekanje said...

Salam pkenalan kak Anie..
selamat sambut ulgtahun blog ke3. Tak ada kenduri ke..hehe..

Anonymous said...

kak anie..takde shoutbox ke...
amik gift kat blog azza ya..

KV said...

teringin jugak nak jumpa ka anie. :)

Abahnajwa said...

Kak...


Tq kak...akak memang UNIBERSSSSSSS (pinjam tagline kak ungku noor)..Eppi besday blog akak

zino said...

tahniah sempena ulang tahun memblog..

kalau zino jumpa tetap akan panggil kaklady..kalau tukar nama lain jadi konfius hehe

ada sorang kawan siber dulu bila jumpa dia sebut nama sebenar.. pening sekejap memikir siapa lah mamat ni hehe..

^ez^ said...

salam kak lady aka kak anie. hehehe...happy besday utk blog akak. seronok berkenalan ngan akak..:) selamat berbuka!

aNIe said...

Az...terima kasih...tak terasa dah 3 tahun berlalu...banyak kenangan manis di blog world...

----------------------------

azza_irah...terima kasih azza...semoga azza pun akan terus menulis...banyak yang boleh dipelajari di alam blog ini...

---------------------------

mamaranggie & tirana.....terima kasih...

---------------------------

Sya...hahaha...kelakau kan...tapi lama2 nanti biasalah...di blog lain pun aku dah tulis nama aku...

---------------------------

Lindosh...terima kasih...& selamat berpuasa....

---------------------------

norabella...memang...banyak pengalaman hidup yang kita pelajari dari dunia blog kan nora?...

---------------------------

Terima kasih d...dah 3 tahun...terasa macam sekejap aje...

Akak kadang ada singgah ke blog d...cuma kadang tak sempat nak tinggal jejak...

---------------------------

Sadi...terima kasih...

---------------------------

Neeza...memang dah plan nak tukar template masa sambut anniversary blog..

Terima kasih...

Akak dah biasa dgn kak lady...tak kisah...neeza nak panggil apa pun...

Nanti kalau neeza balik Malaysia boleh lah email2 akak...mana tau boleh jumpa...

----------------------------

Terima kasih cutemiut88...tu akak dah masukkan cutemiut kat link akak...

----------------------------

anita kema...terima kasih...

Insyaallah...satu hari nanti kita akan berjumpa juga

----------------------------

Yusztiey...takpe...nak panggil kak lady masa kat blog pun okay...nak panggil kak anie pun okay jugak...hehehe...

Terima kasih Yus...dan salam ramadhan dari akak sekeluarga...

----------------------------

aNIe said...

Salam Ramadhan juga dari akak pun Sarina...semoga ramadhan kali ini akan membawa seribu berkat pada kita semua...

Rina...terima kasih kerana menjadi pembaca blog setia akak...

Moga satu hari nanti kita dpt bertemu...

-----------------------------

Intan rosnitta...terima kasih...kerana menjadi pembaca blog akak...

Boleh jumpa apa salahnya...jom kita janji2 dengan PB...lepas raya nanti boleh jugak... :D

-----------------------------

Salam iina...terima kasih dan selamat berpuasa dari akak buat iina...

Kalau ditakdirkan dpt berjumpa...lambat laun pun akan jumpa jugak...

-----------------------------

13May...terima kasih...dan selamat berpuasa dari akak juga...

----------------------------

Kak...dah 3 tahun dah...seronok dpt panggil nama anie ye..hehehe...

Ntah kenapa memang minat strawberry...buah tu nampak merah & cantik...

----------------------------

MA...terima kasih...akak tau MA memang kadang ada dtg menjengok...cuma tidak meninggalkan jejak...samalah dgn akak...kadang ke blog MA...tak sempat nak meninggalkan komen...

Selamat berpuasa ye...

----------------------------

sha...nama kak lady tu memang unik...sampai ade ingatkan akak ni keturunan Lady Di dari Europa...hahahah....

Terima kasih kerana membaca blog akak...

Nanti sha emaillah pada akak alamat rumah...nanti akak akan datang beraya...ye...heheheh...

---------------------------

Lupakanje....Alahai...lupalan nak buat kenduri...tapi takpekan...Salam perkenalan dari akak juga...

---------------------------

Azza...ada hadiah lagik ke...Terima kasih...

Shoutbox? nantilah akak lom siap lagi masukkan shoutbox tu...

--------------------------

KV...nanti ada rezeki kita dpt jugak berjumpa

--------------------------

Zali...thanks...

Zali pun apa kurangnnya...memang UNIBERSSS jugak...heheheh

--------------------------

zino...takpe...panggil kak lady pun besh...heheheh

Konfius kan...bila dah terbiasa dengan nama blog...pastu panggil nama betul...

--------------------------

Mawar biru...terima kasih...dan seronok dpt berkenalan dengan mawar jugak...

Selamat berpuasa....

Intanaziela said...

kak lady..lepas ni kena tukar panggil kak anie ke?

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails