Petang kelmarin...
'Bang...jadi ke ari ni...?'
'Hmmm...tak tau lagik...nanti abang confirmkan...'
Selang beberapa minit selepas membuat panggilan telefon...
'Ntahlah...abang call diorang tak angkat...'
'Ni dah jam 3...kalau tak jadi anie nak masak'
'Kalau tak jadi takpelah...anie tak yah masak...kita pi buka kat Mon***** nak?'
'Berapa sorang tu...mahal kot..'
'Ntah...kejap abang call...'
Beberapa minit kemudian...
'RM45 sorang...'
'Huh!!...kita 5 orang...kalau RM45..dah nak RM2oo...tak payah lah bang...masak lagi baik...jimat'
'Hmmm...kalau tak pun kita pergilah tempat lain...'
'Aha...kita pi kat restoran baru tu...order makan macam2 pun rasanya tak sampai RM100..'
'Betul tu...'
So aku ngan cik abang tu golek2 semula...cik abang kata tak yah masak...so aku releks je...
Tetiba handphone cik abang berbunyi....
'Okay...jumpa di sana'
'Ni...okay confirm...pukul 6 kita jalan dari sini...tapi anie tau ke jalan...'
'Alah...kita entam ajelah...tak pun kita telefon Sya...dia kan teror bab jalan2 ni...hehehe'
Jadi...jam 6 kami semua bersiap...hari dah mula mendong...alamak nak ujan lah pulak...aku bila hujan ni aku kurang yakin untuk pergi jalan mana2...tak nampak signboard...
Kemudian...
'Kak anie...kau dah sampai ke?'
'Belum...baru keluar rumah?'
'Hah!!! Baru keluar rumah...larrr...ni memang kau tak sempat ni...kat Sri Petaling tu memang jem giler...bla...bla...bla...'
'Ye ke...? Alah lambat sikit takpelah...'
Aku dan hubby pun jalan ikut suka2 aku aje bagi arahan...ntah ye ntah tidak...main hentam aje. Tapi nasib baik Sya ada untuk aku jadikan panduan...
10 minit sebelum berbuka kami pun sampai...dari jauh...aku nampak Ummu Turki bersama anaknya Salleh...
Lama tak bertemu dengannya kami berpelukan...dia begitu mesra sekali...dan kami berpegangan tangan masuk ke Restoran yang telah ditempah.
Nasib baik orang belanja...kalau tak memang aku pun takkan masuk ke situ...mahal...tak berbaloi rasanya...maklumlah bila berbuka, perut dah kenyang air...makanan lain dah tak boleh masuk.
Fareez & Maria...bukan main lagik melepas rindu...hehehe
Ude & Farhan pun ikut...
Ummu Turki sedang membahagikan sesuatu pada anak2...
Anak2 riang yang dah kenyang...
Hampir jam 11 malam baru kami bertolak balik. Terima kasih pada Ummu Turki yang telah menjemput kami berbuka di Palace of The Golden Horses...memang beraneka makanan yang disediakan tapi aku tak boleh nak makan sangat...kenyang air aje.
Sesekali berbuka kat luar okaylah kan?
Semua coretan adalah hakmilik Kak Lady dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
32 comments:
Wahhhh..saya suka gi Monterez tuu..nyaman jer...buka kat palace lagi sedap..perghhhhh
Kak Lady..sesekali buka puasa kat tempat macam tu..okay la tapi kalau hari-hari mau bankrup..hehehe
kak lady..faez dah bujangkan..semakin handsome dia...hehehe
berbuka kat luar memang best kalau kat tempat2 yang best la, tapi harganya pulak sekarang ni melampau2...
waaahhh.... semuanya senyum sampai ke pipi.... seronoknyeeee....
rezeki bulan ramadhan kan Anie? mmg betul kalau nak berbuka tempat macam ni mmg membazir sebab kita tak leh makan byk sangat....lawa pasangan Aeez tu ye...hehe
semakin hensem si anak bujang akak tuh hehehehe
bestnyaaaaa kak mkn kat situ. saya pon pernah berbuka kat situ.. mmm yummmyyyyyyyyyyyyyyyy
Wahhh..Bernasib baik kena belanja.
Saya tengah arrange utk company berbuka posa di luar.Sbagai credit control,perlu sediakan budget.Ingat nak ambik Bagan seafood, mkanannya ok,hg sederhana & nmpak pemandangan laut(bley nmpak bot berlabuh gitu).BIla dah nak buat booking..tiba2 bos nak pilih hotel .Ya tuhan....terover budget lah pulak..
so nak pilih mana satu??
ikut ckap bos @ nak pertahankan keadaan kewangan company?? nanti closing a/c saya juga yg di persalahkan cos tak reti nak control expenses..huhukkk...
dlm di lema...:(
Yeah..sekali sekala buka kat luar, takper..Tak daya kalau hari hari, koyak rabak poket...KLM plak, payah nak bukak kat luar sebab tak terjaga 3D tuh...:D
dua2 pon x penah pegi.. Ummu Turki tu mmg org turki ke kak?
Abahnajwa...tahun lepas akak ada berbuka kat sana...masa tu guna keahlian kawan cik abang...baru RM35 aje...makanan boleh tahan...okaylah...
Kawasan tu masih lagi banyak pokok2 tu yang nyaman aje rasanya...
-------------------------------
Tirana...betul tu...selalu mau kempis poket menjelang raya...hehehe
------------------------------
Intanaziela...dah berusia 7 tahun sekarang...sejak bercerita pasal dia diblog dia dah nampak besar...dulu baru 4 tahun...
Walaupun dia nampak besar sebenarnya masih lagik kecil kalau dibandingkan dengan kawan sekolah dia...
--------------------------
Sadi...mau bebudak tu tak senyum sampai telinga...makan eskrim bergelas2...berkon2...balik umah si Fareez terbatuk2...nasib baik tak sempot.
--------------------------
Kak...rasanya 2 tahun lepas masa anie berbuka kat Bluewave...memang boleh makan banyak...sampai anak2 pun heran...mana pergi makanan yang anie makan...tapi tahun ni macam tak lalu sgt makan...dah jemu kot.
Pasangan tu memang lawa...'minah arab'...hahahaha...tapi lebih besar dari dia...
-----------------------------
ayu...kalau boleh makan memang seronok kat sana...macam2 juadah tak terkata...beranika jenis....kan?
----------------------------
Ila...sekarang ni kalau nak makan kat hotel memang semua lebih dari RM50...kalau nak save budget...makan kat luar lagi sedap...tapi kalau kat hotel...boleh duduk2 lama2...& ulang2 makan...tapi memang mahal...
Kenalah ila buat survey kat mana yang sederhana harganya...
Fenin kan?
------------------------------
KLM...masa anak akak kecik2 dulu pun memang tak merasalah berbuka kat luar...penat menjaga diorang je...
------------------------------
Masy...Ummu Turki tu orang Arab...dari Jeddah...ibu pada kawan suami akak. Kita panggil dia Ummu Turki sebab anak sulong dia nama Turki...
Ummu Turki ni asalnya dari Turki ke?
wah..kemain lagi akak erk.. bestnya berbuka di palace golden horses.. meriah gitu..
kalau makan kat situ orang belanja okaylah..
kalau pergi sendiri... huhuuuu... rasa sayangnya lah duiiittt.. hehee..
bulan puasa ni kalau berbuka kat luar rasa rugi sebab perut tak boleh nak isi penuh.. makan sikit dah kenyang kan..
Salam....
Apa khabar, sihat ke?
Sesekali buka kat luar mmg seronok tapi sebenarnya lebih selesa berbuka dirumah...
Hensemnya Fareez tu...
sonoknyer akak satu family dpt berbuka dkt POGH, tempat pun cantikkkkk.....yg penting akak slmt dari nak memasak...sesekali takper, sy pun plan nak berbuka dkt luar jugak sekali ni nanti, x tau la bila nyerrr....
ala nak berbuka kat luar gak aar...boleh cuti memasakkan kak kan...
haihhhh...la ni x berpeluang nak buka luar...dulu rajin la...tapi sesekali x apa la kan kaklady...:)
Salam Kak Lady,
Amboi... senyum lebar si fareez posing sebelah awek. Hihi.
Seronok kalau org belanja kan Kak Lady, tapi intan ni x leh buka kat luar...tank jenis kecik, tak berbaloi.
hahaha :P
amboi berbuka di istana kuda emas.. memang mahal tu.. ok ke makanan dia? tapi kalau free memang sedap la kan hehe
Wah Kak Lady,
Rezeki tu berbuka kat Hotel 5 bintang... :)
salam..seronok jgk blh berbuka kt luar..
tp paling best berbuka kt rumah je...dgn family, depan tv..hihii
slmt berbuka hari nie
ooo..ummu turkitu menetap kat malaysia ka akak? saya ingat dia datang ari tu utk melancong ajer...
wah.. happy aja budak budak tu... si budak bujang akak mesti seronok yek dikelilingin dgn gadis comel tu hehehe
memang makan kt luar kalau ramai mahal.. kekadang tu memang tak berbaloi..bila mai bab malas tu.. mcm saya nasib baik halil ta kisah kalau berbuka makan elaborated breakfast... hehehe
makan luaar memang best kan...tapiiiii rabak poket yg tak tahan tu...
mimpi minah arab la aez mlm tu yer kak anie...hehehee
mahal orang belanja tak pe kak Lady..hehehe.
sesekali berbuka kat luar pun tak pe nak plak anak2 dah besar... senang skitkan.
comel si maria tu.. bapaer umur dia kak?
Aku memang tahun ni tak ke hotel le.. rasa tak berbaloi sungguh
Nbb...Umm Turki tu duduk di Jeddah...anak sulong nama Turki so dia suruh kita panggil dia Ummu Turki...
-----------------------------
Cutemiut..orang nak belanja...rezeki jangan ditolak...so pegi ajelah..hehehe
Memang best...cuma takleh makan banyak
-----------------------------
neeza...tu lah...kalau nak kene duit sendiri akak pun takmo ...yelah rasa tak berbaloi...sayang duit tu...boleh digunakan untuk yang lain...betul tak?
-----------------------------
Akak...berbuka kat luar sesekali okaylah kan...bertukar selera...kalau selalu mau bankrup...hahahaha
Ensem ke? Kalau lah dia membaca ni...senyum lebar dia...
----------------------------
Rafflesia ...sesekali seronok...kalau selalu muka cik abang nanti jadi kelat...heheheh
Pergilah berbuka kat luar sekali boleh ponteng masak.... :P
----------------------------
puteri 1...betul tu...hehehe
---------------------------
Best nyer ada orang banjer...
Kadok...mungkin si kekasih kadok tu pandai memasak...tu sebab mesti makan kat rumah kan?
-----------------------------
Intan...kalau tank kecik memang tak berbaloi...lebih baik makan kat rumah...hehehe
Fareez tu tersenyum sebab dah kenyang...dpt makan eskrim berkon-kon...
-----------------------------
Zino...kalau free memang berganda sedapnya...
-----------------------------
Cath memang rezeki di bulan Ramadan tu...heheh
----------------------------
mommy lily...berbuka dengan family meriah dia lain macam kan...depan Tv...tak terasa 2 pinggan nasi ditambah...heheheh
----------------------------
Simah...Ummu Turki tu duduk di Jeddah...dia selalu dtg ke Malaysia bila sekolah cuti sebab anak lelaki dia ada belajar di sini...
Masa kami berbuka sama tu dia dah 2 minggu di sini...sekarang dah pun bertolak balik ke Jeddah...
Maria tu memang suka berkawan dengan Fareez...seronok dia dpt berjumpa Fareez lagik...
Akak kalau malas masak yang simple aje...dan alhamdulillah cik abang akak pun jenis tak kesah...asalkan ada apa yang boleh dimakan dia okay aje...
-----------------------------
Yusztiey...memang rabak...kalau kat kedai biasa pun boleh rabak inikan pulak kat hotel...
Minah arab tu lebih besar dari dia...sebab dia kecik aje...maria tu tinggi ...hehehe
----------------------------
Ayu...bila anak2 dah besar...senang sikit kalau nak pi makan diluar...kalau masih kecik cik abang akak pun malas nak bawak...leceh...
Maria tu dah 9 tahun kot...
-----------------------------
Sya...kalau bawak kau memang tak berbaloi...lepas makan semua kluar balik kalau kenyang...hampeh...
fuyooooo.... kat situ kalau dpt berkali berkala pun best sajork rasanya, syahdu
fuiyo... palace of golden horses tu...!! saya orang kebanyakan ni xde la mampu nak gi situ... silap haribulan, cukup belanja dapo sebulan... huhu~~!! kalo le ada orang nak belanja... beshh~~!!
-babyfacekiller-
aduih..mahal nya..tp kalo mampu,apa salahnya kan kak..
best nya akak...ramai kawan,murah rezeki
Maksu...orang belanja ...boleh le...kalau nak pegi sendiri...lain kali lah...*ntah bila pun tak tau*
-------------------------------
Baby cayang...lama tak dengar berita...apa khabar...moga baby sihat...sejak berdua ni sunyi sepi dari akak...
Baby...kalau sekali sekala nak menjami selera apa salahnya sementara masih berdua ni...hehehe
-----------------------------
Luna...masa berbuka kat sana tu...Ummu Turki yang belanja..kalau akak yang kene bayar...memang tak kesampaian...
Post a Comment