Sampai di Melaka hampir waktu berbuka dan kami terus ke rumah SIL untuk berbuka di sana. Semasa di rumah SIL...langsung tak dpt ambil gambar...maklumlah semua dah mula menjamu selera. Ada mee kari, dan beraneka jenis kuih.
Keesokan harinya aku dan cik abang pergi ke pasar besar Melaka untuk mencari apa yang sukar kami dapati di sini.
Tercapai jugak idaman kami nak beli ikan pari asin. Selalunya kat sini ade ikan pari asin yang lain jenis...di Melaka kami jumpa yang kami cari...
*Dah pun buat masak asam pedas ikan pari asin dengan bendi tadi....sedapppp*
Dapat beli sebungkus buah keluak yang kami tak jumpa kat sini...buah ni sedap di masak asam pedas bersama ikan terubuk. Kegemaran cik abang & Ude...
Ini pulak sayur beremi...aku tak tau lah kat tempat lain apa panggilannya....
Kerabu beremi yang dibuat semasa berbuka di rumah MIL...memang enak...dah lama tak makan. Masih ada lagi disimpan untuk aku masak asam rebus dengan lada hitam...
Petangnya kami semu berbuka di rumah mertua...ketiga menantu MIL ada...aku, zilah, itah dan Roy datang untuk masak bersama...
Yang sempat aku ambil gambarnya ialah...Ikan siakap sweet sour yang dimasak oleh Roy...
Zilah dengan ayam masak lemak cili padinya. Juadah berbuka pada hari tu termasuk masak kicap ayam, tempe goreng jintan manis...sambal ikan parang...rojak Singapore yang dibeli...mee goreng...sekuali besar...hehehe...sebab ramai.Beraneka jenis air...ada air oren...air kelapa...air bandung...
Sebahagian dari cucu-cucu mertua yang menanti waktu berbuka sambil menonton Upin & Ipin...
Ini cuma sebahagian aje...hampir 25 orang semuanya...memang meriah.
Yang sedihnya...tahun ni aku tak dapat berbuka puasa di kampung bersama bapak...tapi takpelah...lain tahun mungkin kami berkesempatan untuk bersama...Insyaallah....
Hari ni dah pun 15 hari kita berpuasa...lagu2 raya dah mula berkumandang...bagi mereka yang jauh di perantauan...lagu dendangan P.Ramlee 'Dendang Perantau' pasti akan mengundang rasa sayu...teringatkan kampung halaman...kerana Hari Raya sudah semakin hampir...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Lady dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
32 comments:
kan ke best bila akak update blog akak pasal makan.. sedap daun tu sedapppp..beremi namanya.. tak tau lak tapi suma nampak sedap je....simpan sikit ye
*
saya dah lama tak balik rumah PIL... ni nak pujuk hubby balik next week... cian org tua kat kampung... bualn posa ni kena laa balik jugak...
rindunya nk berkumpul ramai2 dgn MIL dan ipar duai bila tengok kemeriahan kt sini
makanan semua best2 tu
Amboiiii..Jelesssnyaaaaaaaaaaaa...Saja jer Kak Anie ni tau...hehehehehe...
sayur beremi tu rasanya neeza pernah nampak kat sini. Banyak dijual. Tapi neeza tak tahu cara makannya sebab memang tak pernah makan. Murah2 aje rasanya kat sini kak Anie.. :)
bestnya berkumpul ramai2 sekali sekala gitu kan..
Bestnya berbuka puasa ramai-ramai macam ni..Terkenang masa kecik-kecik..time berbuka la yang paling meriah sekali..
fuyooo...punya ler ramai budak kecik..uishh..
Kak Lady,
Kerabu tu nampak sedap aje... Oooh, first time Cath dengar ikan pari asin... Kat US, susah sikit nak cari ikan asin... Kena ke Oriental store baru ada...
salam kak anie :D
daun beremi tu cam pokok duit2 lah kak. cumanya pokok duit2 tu tak bleh makan. sesekali dapat makan makanan yg jarang jumpa memang ummppphh. ikan pari asin tu klu buat sambal tumis pun sodap kak.
kalau berkumpul ramai2 memang best. makan sahur pun laju jeeerr klu dah ramai2 camtukan.
pisstt.. thn ni raya mana kak? emmm award & gift tu jgn lupa tempek tau kak anie.
Pagi-pagi dah tengok gambar makanan. Kejam betul. Hehehe!
Ikan pari asin. Pergh! Sedap tu. Lama sunggguh tak rasa.
tak pernah tgk pun buah kluar dan sayur tu. Ikan pari kering tu k pun suka.;)
Kak Lady,
Tengokkan gambar pun terasa kemeriahannya. Sure kecoh dgn budak2 main, bapak2 budak & mak2 budak bersembang & bergossip.
Best!!!
wah dah lama aku tak menyentuh daun beremi tu, dulu kat rumah Nyah ada banyak tumbuh tapi kat sini tak jumpa pulak. Kalau aku buat kat rumah nanti aku sorang jelah yg makan.
Buah keluak tu ... masak asam pedas letak lada hitam sikit pastu makan nasi panas2.. meleleh air lior aku..
He he he berbuka puasa dgn ipar kroni nampak.. ha ha ha .. apasal si itah tu muka nampak susah hati.. dia kalau kat situ mesti muka tension aje.
anon...sesekali boleh le tempek gambar makanan...tu pun dpt sikit je...ada masanya dah abis makan baru teringat nak ambil gambar...
Aha...beremi kan namanya...sedap...pahit2 sikit...pembuka selera tu
---------------------------
sadi...bila puasa ni kena balik sebab orang tua seronok kalau anak2 balik berbuka beramai2...
---------------------------
mommy lily...kalau rindu...jom balik kampung minggu ni...tentu seronok...berselera berbuka beramai2...
---------------------------
abah...memang nak bagi abah jeles tau...nasib baik tak tempek lauk ayam cili padi...nanti nak masukkan lagu Dendang Perantau plak kat sini...abah jgn sedih2 tau...heheheh
----------------------------
Neeza...selalunya orang buat kerabu...dicelur dulu...atau pun buat masak asam rebut...memang ummmphh!!..
Meriah dek anak2 yang ramai ...
---------------------------
tirana...masa kecik2 dulu...10 minit sebelum buka dah mengadap juadah...sabar aje menanti azan...seronok kan? Pastu solat terawih beramai2...memang nostalgia...
---------------------------
adiejin...budak kecik yang paling kecil ialah 2 tahun...memang ramai...riuh dibuatnya...tapi kalau lama2 dok umah mertua...fenin kepala nenek tu...hehehe
--------------------------
Cat cat...ye ke? Kalau ikan pari ni...di goreng sekejap...lepas tu buat sambal tumis...memang sedap
-------------------------
ayu...memang macam pokok duit2 kan...tapi pokok duit2 tu besar sikit...
Ikan pari tu buat sambal tumis memang sedap...lepaskan sedikit ikan bilis buat perasa...amboi...berpeluh2 makan bersama nasi panas2...
Award tu memang kene tempek kat blog cuma masa belum mengizinkan...
----------------------------
BP..hehehe...sedapkan ikan pari tu...kalau di Johor diorang masak macamaner eh? Org Melaka biasalah...sambal tumis...atau masak asam pedas...
-----------------------------
KV...yang paling susah jumpa...buah keluak tu...ramai orang tak kenal lagik...
-----------------------------
Intan...memang kecoh dgn anak2...bapak2 budak kecoh bersembang...tapi mak2 budak tak sempat bergossip...banyak kerja...hehehe
----------------------------
Sya...hahahah...kau ni ade2 aje lah...kesian si Itah...kene duduk dpn TV sebab dipaksa oleh anak dia...muka selebet aje...hahahha
Ingat tak? Masa arwah mak ada...memang kita selalu makan beremi tu...kau ada kawasan kat umah tu...tanam le...nanti aku dtg petik...hehehhe
Waduh !!! Meriahnya orang dan meriahnya makanan....Seronok berkumpul buka puasa ramai ramai nih kan...Kruk krak kruk krak dah perut saya tengok entry Kak Anie nih...:D
seronok nya berbuka beramai2 kan anie?
oh gitu rupa nya ikan pari asin ye saya tak pernah nampak selalu makan yg fresh aje.
kesian bapak apasal anie selalu tak tengok dia bila2 ke melaka...bapak hanya satu aje Anie rajin2 lah jenguk dia ye walaupun tak dapat makan bersama at least tunjuk muka.
giler punya ramai bebudak...FUYOOOO !!!
selamat berbuka kak.. best ye dapat makan dengan keluarga ramai-ramai.. teringat mak kat kg ;)
wah..meriah nya makanan.. seronok kan kak berbuka ramai2 ni..
wahhh...sonoknye akak buka ramai2.
sy buka plg ramai pon 4org je kt uma nih.lum blk uma nenek lg.hehehe...
sume nmpk sedap nyam2
kak lady
seronoknya berbuka ramai ramai kan.. setakat ni zar belumlah lagi berkumpul adik beradik untuk berbuka.. sedih juga, bila semakin berumur, memasing bawa hal sendiri
rindunya bila tgk kanak2 berkumpul bila mak ayah diorg balik kumpul umah atok....terinagt anak buah kita la plok sebijik camtu la kita dulu2 coz jadi maksu asal awal pose dok menuggu la ketibaan abg2 n kakak2 juga anak buah...huwaaaaaaaaaaa
sayur beremi ker nama benda alah tu...rase cam pernah tgk jer mak kita masak tapi tak tau nama aper...
buah keluak??? tatau...hehhe hehe
memang seronok berbuka beramai-ramai ni...terbukak je selera kan?
Wahh.. meriahnya makan beramai2..
X tahan bila tgk mee goreng tu..
hmmm.. sodap.. sabar je la.hehe
meriahnyala berbuka ramai2...kitorang kak..paling ramai pun berbuka takat saya suami isteri...mak...akak saya suami isteri..pehtu si kenit saya..tuh je...
sayur beremi tak pernah dengar aar kak...sedap ke....
pergh...tak kesian menu nya.
meriah...
Ikan pari masin, buah keluak, sayur beremi .... memang semua tak pernah jumpa lah Kak Anie! Buah tu rasa macamana?
kak lady sayur berami tu sakura xpernah makan lagi, tumis ajer leh tak?
Bestnya ikan masin tu kak.....
KLM...bila ramai yang dtg berbuka besama pasti banyak juadahnya...maklumlah...masih2 dengan menu mereka...
------------------------------
Kak elle pari asin tu buat sambal tumis memang sedap...
Kak...Insyaallah Sabtu ni dpt berjumpa bapak kat rumah Sya...happynya..
-----------------------------
adie...bukan main besar FUYOOOO tu...
-----------------------------
iina..jom balik kampung...
----------------------------
cutemiut...seronok ada...nak tercekik pun ade...
----------------------------
Mawar biru...kalau balik umah nenek yang dekat2 dgn rumah mak sedara lagik best...
---------------------------
masy...kalau ramai2...yang tak sedap pun jadi sedap tau...
---------------------------
zar...bila masing2 dah ada rumah sendiri...semua ada urusan sendiri kan?
---------------------------
Yustiey...kalau jadi maksu begitulah kan...duduk rumah mak menanti kakak & abang bawak anak2 mereka dtg berbuka beramai2...
OOh...makan ada eh...tapi tak kenal nama...
--------------------------
13may...ketawa semacam je tu...hehehe...??
--------------------------
mamarock...berbuka beramai2 yang tak sedap jadi sedap tau...
-------------------------
Nana...mee goreng kegemaran akak jugak...
------------------------
Puteri 1...MIL akak ada 6 orang anak...cucu aje dah 30 lebih...jadi bila semua berkumpul memang ramai...
Sayur beremi tu rasa macam pahit2 sikit...
------------------------
cik dinz...memang tak kesian...
-----------------------
Queen...buah tu...kalau nak masak...kene berus kulitnya bersih sebab diselaputi tanah...rendam...kemudian ketuk...pecahkan sikit kulitnya yang keras...
Bila dah masak...kuah yang masuk dlm buah tu jadi hitam...macam kicap...tai lemak & sedap...
---------------------------
sakurasa...akak tak pernah tumis pulak...selalunya buat kerabu atau dibuat asam rebus...
---------------------------
Mummysya...memang best...
Post a Comment