Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, May 17, 2013

Sembang Hari Jumaat...




Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum...

Salam pagi Jumaat buat semua sahabat2 tersayang...

 Balik dari menghantar anak sekolah terus buka TV9... Dah terlepas Tanyalah Ustaz... tapi Nasi Lemak Kopi O sedang ke udara... masa tu slot bersama Prof Dr Mohd Nor Mamat ... aku memang suka slot ni... beliau membicarakan ttg kehidupan berumahtangga ... cara bagaimana nak tackle hati suami... dan bagaimana pula nak tackle hati isteri...cara beliau membicarakan tajuk ni memang selamba siap gelak2 lagi... tapi itulah hakikatnya kehidupan bersuami isteri..

Aku nak gelak bila dia kata... untuk mengambil hati pasangan kadang2 menipu itu dibenarkan.. Misalnya sang isteri akan bertanya pada suami soalan cepumas..

Isteri  :  Bang... abang rasa saya ni lawa tak.. (soalan cepumas ni)

Maka suami kenalah beri jawapan yang cemerlang...

Suami  :  Dalam dunia ni abang rasa ayang sorang je yang lawa...

Isteri pasti merasa lega sangat... sedangkan dia tau jawapan itu bohong sangat...

Ada tak sesiapa kita pernah bertanyakan suami kita soalan yang sama...?  Aku memang selalu bertanya pada suami soalan ni dulu... maklumlah masa tu dulu rasa cemburu adalah pada tahap lebih tinggi dari sekarang...hehehe

Dan kata ustaz jgn asyik memuji orang lain lawa di hadapannya... walaupun sedang menonton TV... artis ni lawa... artis tu lawa... boleh jadi muncung seharian nanti...(tak pun nanti asyik kena sindir je bukan ada berminggu... kadang2 berbulan pun masih kena lagi)

Orang perempuan nak tackle suami kena ikut logik akal.. org laki lebih faham... sbb kalau merajuk2 ni orang laki sukar faham...

Suami kalau bercakap dengan isteri ... cakap ke hati... kenalah memahami dengan hati.. dan bila isteri bercakap maka suami sedaya upaya hendaklah memahaminya dengan hati...

Isteri kalau bercakap dengan suami cakap kepada akal - dan bila suami bercakap... isteri hendaklah sedaya upaya memahaminya  dgn akal..

Kerana lelaki dan perempuan ini cara pemikiran dan pemahaman mereka adalah berlainan...

Prof. Dr. Mohd Nor Mamat memang banyak memberi tips2 yang berguna... nanti kalau aku dpt dengar lagi slotnya minggu depan aku update lagik ye...

Cukup untuk hari ini sahabat2 ku... Jumpa dilain ketika bila aku ada kesempatan untuk bersua di dunia blog...

Selamat berhujung minggu....








 ...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

9 comments:

Mulan said...

ha ahh.. tadi pon tengok prof ni.. seronok tazkirah dia...

salam jumaat penuh berkat kak anie.. lama tak jumpa kan..

aNIe said...

Salam Jumaat Mulan.. tulah lama tak jumpa ...rindulah...

pB said...

akak...

bila nak datang Puchong ?

sal said...

tk sempat nak tengok...saya hanya tengok rancangan 'kalau dah jodoh' di astro oasis pd wktu petng..gelak2 dibuatnya ..bnyk juga pengajaran disampaikn

ih said...

Hi Kak Lady,

Alhamdulillah sihat berblogging lagi madam kita ni :) Akan ku bohong kaw2 isteriku... Acah aje tu...

Khairani Bahaudin said...

Salam perkenalan.. Nice sharing kak Anie.. akan pahatkan dlm minda buat pedoman saya.

ih said...

Eh kak lady, puan fara tak pernah tanya dia cun ke tak... tak sempat dia nak tanya saya dah bagi tau dia cun melecun ;)

aNIe said...

Buat semua sahabat yang meninggalkan komen di ruang entry kali ini akak mohon maaf sebab tak sempat balas... terima kasih pada Khairani Bahaudin... Ih... Sal dan PB

Irfa said...

muda2 dulu sy penah sentap dgn suami bila dia komen dlm satu telenovela sepanyol.antara pompuan jahat dan heroin dlm citer tu, dia kata pompuan tu lg jahat.sy geram sbb pompuan jahat tu mmg la cantik dan seksi.so bila dia puji yg tu cantik sy jad geram.moncong ssemalaman.hehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails