Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 17, 2012

November Dalam Kenangan 2...

 Bismillahirohmanirohim...

Assalamualaikum buat semua sahabat...

 Awal November... aku seperti biasa menemankan si kecil ke Karnival di Taman Tasik Ttitwangsa....

3 hari berkampung di sana...

Lama sungguh tak ke sana banyak perubahan yang kulihat.. yang paling best... sepanjang 3 pagi di sana aku lihat ramai orang berduyun2 joggin dan beriadah ...

Seronok bila tengok orang ramai membawa keluarga... berjogging... berjalan kaki... berbasikal.. dan terdapat juga banyak acara yang diadakan di sana... memang meriah





 

Minggu berikutnya aku dan si kecikdan anak dara ku mengikut cik abang ke Batam...

Perjalanan bermula selepas Maghrib dari pejabat cik abang... kali ini ibu mertua ku ikut sekali ...

Destinasi pertama ialah bermalam di Rumah Citra Pontian..

Pada waktu malam tidak kelihatan keindahan rumah ini... tapi bila pagi menjelang...terasa suasana kampungnya...

Kicauan burung yang bising diwaktu pagi menyapa telinga... mengimbau kenangan semasa kecil...

Dari jauh kedengaran bunyi itik angsa... memang tersangatlah best....bagi mereka yang suka akan suasana damai di perkampungan melayu...

Semasa sampai saja malam tu... kami dijamu dengan soto ayam oleh tuan punya homestay... dan juga durian fresh dari ladang...

Jom layan gambar...


 Bilik double yang besar.... siap almari kayu dan semuanya diperbuat dari kayu... tapi berhawa dingin...

  

Pemandangan di hadapan rumah



Bahagian dalam rumah yang ada balai untuk berkumpul dan bersembang...









Pagi yang indah...kami dijamu dengan nasi lemak yang sedap...


Selesai bersarapan dan bergambar... perjalanan diteruskan ke Jetty Stulang Laut di Johor Bahru



2 jam perjalanan maka kami pun selamat sampai ke Jetty di Batam...dari sana kami terus dibawa ke restoran Minang untuk makan tengahari...seperti biasa... kalau ke Restoran Minang memang kita akan dihidang dengan pelbagai masakan minang beraneka jenis....


..kemudian terus check in ke hotel...
Goodway Hotel Batam





Bilik yang amat selesa untuk aku bertiga dengan si kecik...

Anak dara ku sebilik dgn mertua...

Selepas check in... kami berehat sebentar dan kemudian dibawa ke tempat membeli belah...

Bersambung.... 





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

4 comments:

sal said...

wah, seronoknya dah sampai pontian.bila blik ke kampung akak akan lalu dekat pontian...anie org johor kee..

aNIe said...

Salam Sal...anie orang Melaka... ni singgah Pontian sebab dlm perjalanan ke Batam

Zaitun said...

Kak Zai pernah bercadang nak ke Batam tapi cancel last minute.

Mulan said...

nak sgt pi batam tp tak sampai2 lagi..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails