Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 8, 2012

Berakhir Sudah Teater Musical Upin & Ipin...

Assalamualaikum...

Semalam berakhir sudah Teater Musical Upin & Ipin di Istana Budaya... bagi siapa yang pernah menontonnya pasti akan menjadi kenangan bagi anak2...

Malam terakhir semalam... aku ke Istana Budaya kerana membawa si kecik yang hadir untuk penampilan istimewa pelakon suara untuk rancangan animasi tersebut.

Sabtu lepas pun aku ke sana...berkampung dari tengahari sampai ke malam...

Bagi yang membawa anak2 tentu anak2 begitu suka dengan teater tersebut... kerana ianya dipenuhi dengan lagu2 yang begitu ceria...dan merdu...

Rasanya sekarang dah pun keluar soundtrack teater tersebut.  Aku memang paling ingin memilikinya... kerana lagu2 yang disusun dan  digubah oleh pengubah muzik yang tak asing lagi Datuk Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah memang sedap dari segi lirik dan lagunya.

Pada siapa2 yang terlepas untuk menonton Teater ini...rasanya ianya akan dipentaskan lagi... tapi tarikh dan masanya tidak lagi diketahui...

Jom tgk gambar2 di sekitar teater tersebut...



Sempat mengambil gambar dari sisi pentas...ketika mereka sedang berlatih untuk kemunculan pelakon suara...



Gambar ketika di atas pentas semasa pelakon suara diperkenalkan... dan gambar si kecil bersama anak2yang terlibat dlm teater tersebut...


Ini gambar si kecil bersama Johan anak yang membawakan watak Ehsan dlm teater...


Ini pula bersama Farah Nadia sebagai Puteri Cinonet yang betul2 cinonet...hehehe


Setelah selesai segalanya ..ketika mengambil cenderahati dari Datin Paduka Siti Sa'diah
Pengarah Urusan KPJ Healthcare yang merupakan penaja utama Teater tersebut...

Si kecil amat gembira bila berada bersama2 pelakon2 comel teater tersebut...anak2 yang begitu berbakat telah berjaya menghidupkan teater tersebut...

Paling aku kagumi ialah props dan kostum mereka...watak Mentadak Mentadu... Sang Labah2 begitu memikat hati...

Andainya teater ini dipentaskan semula... aku masih ingin menontonnya... kerana memang tak jemu melihat lakonan mereka dan juga lagu2 dibawakan....

Tahniah buat semua yang telah menjayakan teater ini....




...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

3 comments:

Irfa said...

wah
akak dah jd mak artis...hehe

makchaq said...

Tengok teater memang mengasyikkan terutamanya tengok props dan kostum.
Tapi makchaq jarang berpeluang....

aNIe said...

Irfa... heheh... terpaksa dah...

-----------

Makchaq...akak baru berpeluang 2 kali je tgk teater

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails