Assalmualaikum...
Salam Hari Jumaat buat semua pengunjung blog serta rakan2... semoga hari yang mulia ini kita semua akan dirahmati dan diberkati...
Di bawah ni ingin aku kongsikan sesuatu yang aku baca dari Facebook Pencinta Rasulullah s.a.w....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Sesungguhnya Allah s.w.t Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi memiliki
para Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah s.w.t.
Para Malaikat selalu mengelilingi bumi.
Para Malaikat sentiasa memerhati majlis-majlis zikir.
Apabila mereka dapati ada satu majlisyang dipenuhi dengan zikir,
mereka turut mengikuti majlis tersebut dimana mereka akan
melingkunginya dengan sayap-sayap mereka sehinggalah
memenuhi ruangan antara orang yang menghadiri majlis zikir tersebut danlangit.
Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis tersebut beredar,
para malikat naik ke langit.
Allah s.w.t bertanya para malaikat meskipun Allah mengetahui pergerakan mereka:
“Dari mana kamu datang?”
Malaikat menjawab:“Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.
Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil, bertahmid serta berdoa memohon dari-Mu.”
Allah s.w.t berfirman:“Apakah yang mereka pohonkan.?”
Para Malaikat menjawab:“Mereka memohon Syurga dari-Mu.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Syurga-Ku?”
Para Malaikat menjawab:“Belum, wahai Tuhan.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Syurga-Ku?”
Malaikat berkata lagi:“Mereka juga memohon daripada-Mu perlindungan.”
Allah berfirman:“Mereka pohon perlindungan-Ku dari apa?”
Malaikat menjawab:“Dari Neraka-Mu, wahai tuhan.”
Allah berfirman:“Apakah mereka pernah melihat Neraka-Ku?”
Malaikat menjawab:“Belum.”
Allah berfirman:
“Bagaimanakah agarnya akan terjadi seandainya mereka dapat melihat Neraka-Ku.”
Malaikat terus berkata:“Mereka juga memohon keampunan-Mu.”
Allah berfirman:
“Aku sudah mengampuni mereka. Aku telah kurniakan kepada mereka
apa yang mereka pohon dan Aku telah berikan ganjaran pahala
kepada mereka sebagaimana yang mereka pohonkan.”
Malaikat berkata lagi:
“Wahai tuhan kami, di antara mereka terdapat seorang hamba-Mu.
Dia penuh dengan dosa, sebenarnya dia tidak berniat untuk
menghadiri majlis tersebut, tetapi setelah dia melaluinya dia terasa
ingin menyertainya lalu duduk bersama-sama orang ramai yang berada di majlis itu.”
Allah berfirman:
“Aku juga telah mengampuninya. Mereka adalah kaum yang tidak
dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
10 comments:
assalam anie..terima kasih
semoga kita semua dilindungi
Salam aNIe...terima kasih kongsi info,semoga kita salah seorang yang rajin mengikuti majlis zikir dan sebagainya.
sungguh besar rahmat Allah
pada hambanya...alhamdulillah
Salam, Kak Anie... terima kasih atas perkongsian ini, rasanya pertama kali membaca tentangnya..
Terima kaseh Anie, kongsi ilmu macam ni besar pahala nya.
Salam,
Moga banyak lagi majlis2 saperti ni dapat kita hadiri
terima kasih sudi kongsi
Maka, hadirkan diri dalam sebarang majlis ilmu. Ulasan ringkas dalam FB Abang Long.
tqs ffor sharing kak anie..
Kak Erna... Kak Zaitun...Ati Masrif...Sari Yusa...Shidah .. Kak Marina... Dela... Mulan dan Abg Long... terima kasih kerana meninggalkan jejak... sibuk minggu lepas dah berhari2 tak buka blog...
Post a Comment