Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, March 27, 2012

Makan2 Lagi....

Minggu lepas... balik Melaka lagi...

Sebab... cik abang sibuk dan kami ada temujanji dengan seorang pengamal perubatan Cina yang menggunakan kaedah akupuntur...

Ttg temujanji tu nanti boleh update lah ye...

Ni ... nak cerita dulu pasal cerita minggu lepas...

Keputusan SPM sibujang aku dah pun keluar...

Hari utk mengambil keputusan tu cik abang ambil cuti... sengaja nak berehat kat rumah di samping bersama2 utk bersama anaknya.

Selepas sahaja dia mendapat keputusannya... terus dia menelefon kami yang sedang bersarapan...

Alhamdulillah... dia lulus... tapi cuma mendapat 4A sahaja... namun begitu aku bersyukur kerana kalau melihat cara dia belajar aku begitu cuak dengan apa yang akan keluar nanti.

Mungkin mengikut perangai aku yang suka belajar pada saat2 akhir...itu adalah keputusan yang aku rasa terbaik untuknya...

Setelah berusaha (di saat akhir...heheheh) aku bersyukur kerana dia berjaya juga...

Bagi aku...apa yang keluar...itulah takdirnya ...dan kini dia sudah pun membuat permohonan untuk ke Pusat Pengajian Tinggi...sebagai ibu aku sentiasa berdoa semoga apa yang dicitakan tercapai.

Petangnya... aku dan anak2 ke Bukit Raja bersama cik abang membawa anak2 menonton.

Walaupun Farhan tak nak ikut...namun kena paksa dengan ayahnya...

Dia tak berminat nak pergi sebab kami mengikut selera si kecik yang nak menonton cerita kartun... The Lorax.  Aku dan cik abang mengikut je... walaupun ceritanya kira macam 'ok' je... tapi taklah sampai tak menarik ...cuma sedikit membosankan buat Farhan sehingga dia terlelap dlm panggung.

Ayahnya kemudian membawa kami makan2... kalau kat Bukit Raja tu selalunya McD atau KFC menjadi pilihan.  Tapi kali ni... aku ajak cik abang ke Restoran Ayam Panggang Pak Kenny.  Lama sungguh tak pekena ayam panggang kegemaran cik abang tu...

Tapi kali ini ada menu baru... kambing panggang !

Anak2 apa lagi...semua tukar menu... nak makan kambing panggang... begitu juga aku...


Inilah pilihan kami semua....!! Kerana kami sekeluarga adalah peminat kambing...

Sedap... dan puashati ..!!


Si kecik yang dah kebosanan menanti...sbb sos yg dimintanya ialah 
sos lain dari yang kami punya...nak dekat 20 minit menanti...tapi dptlah 
chicken sop percuma sementara menanti hidangannya sampai...




Farhan dengan rambut terbarunya setelah rasanya 4 bulan tak bergunting....macam Hafiz AF katanya...

Bahana makan kambing dan daging berturut2... semasa ke pakar perubatan akupuntur Sabtu lalu ... tekanan darah aku melambung... 155/95... tak pernah dalam sejarah tekanan darah aku naik sampai camtu... ataupun mungkin masa tu aku takut tengok tabib tu mencucuk2 tangan dan kaki cik abang aku... (boleh jadi jugak kan?)



...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

8 comments:

MOKCIK AZWA said...

Wah dah ada kambing pulak kat restoran Pak Kenny tu ya kak? menunjukkan mokcik pun dah lama tak ke sana hahaha..

Tahniah Farhan..keputusan SPM bukan penentu kejayaan masa hadapan yeahhh...boleh berusaha lebih dan lebih lagi..

Rambut ala Hafiz tu comel jugak hehehe..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Bukan senang juga nak dapatkan 4A tu, Kak Anie.. tinggi tu, jaga kesihatan okes..

sharifah rosidah said...

Berseronok dengan cik abang ya maklumlah cik abang awak tu busy sentiasa.

Tahniah untuk Farhan ya, si Afiq tu cuma 3A je.

aNIe said...

Mokcik Azwa... mungkin apa yang dia perolehi semasa SPM tu adalah yng terbaik untuk dia... sebab dari situlah dia dpt memilih bidang mana yang sesuai untuknya masa kat U nanti...

Sedap azwa kambing tu...hehehe

-----------

Sari... akak dpt tau anak Sari dpt banyak A... tahniah ye...

Tulah nak kena jaga makan lepas ni...

aNIe said...

Alhamdulillah dapat jugak dia 3A ye Shidah... redha aje apa yang diorang dapat... sebab semua tu on paper je... semoga lepas ni mereka lebih berjaya ...ameen

Zaitun said...

Tahniah buat Farhan.

Kak Zai suka makan daging kambing tapi ada b/p.Kalau reading macam itu biasa,kadang2 sampai 180 pun pernah...hehehe...

Acik Erna said...

assalam anie..tahniah buat farhan dan ibuayahnya..
kalau kambing memang tak dapat le akak makan anie..he he

aNIe said...

Kak Zai.. tulah pasal...seronok sgt makan daging & kambing... tu yg melambung BP tu...

------------

Kak... anie ni jenis degil...lagi tak boleh makan... tapi nak makan jugak sebab sedap....

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails