Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, February 3, 2012

Hidup Ini... Renungkanlah...

Assalamualaikum...salam pagi Jumaat yang mulia...
Sesuatu untuk dikongsi bersama... tak ingat samada dah post entry ni atau tidak...tapi aku amat tertarik dengan isinya...

Semoga dengann membaca..memahaminya akan menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertaqwa....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Danmereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surattanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana suratitu akan sampai
pada penerimanya .. lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

5 comments:

Mulan said...

moga kita sentiasa dirahmati Allah..

aNIe said...

Mulan.. dan sentiasa dilindungi dari melakukan kemungkaran...

Mak Su said...

sy selalu fikir ttg hidup.. tu ler salah satu sbb saya menceburi bidang penulisan. supaya saya leh tinggalkan sesuatu utk masyarakat. tak banyak, sikit pun ok ler :)

kak anie, terima kasih atas minat akak, nanti kita sambung diskas di emel ek tentang pengeposan dan sebagainya, ceritakosong@gmail.com

:)

aNIe said...

Okay maksu...nanti akak email maksu ye...

sharifah rosidah said...

Wah hebat kata katanya.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails