Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, February 21, 2012

Cerita Ketika Sedang Facial...



Minggu lepas... aku singgah di Giant...

Sebenarnya masa tu pergi menghantar si kecik untuk rekod suara... jadi sementara menanti dia habis rekod... aku pun ke Giant.

Bukan nak beli barang pun...cuma rasanya sel kulit mati kat muka ni dah menebal...jadi aku nak pergi menyental kulit muka...

Sampai saja kat kedai tu...Alhamdulillah... Elly...budak yang selalu buat facial aku ada kat kedai...

Seperti biasa... kalau buat facial memang dia akan berbual dgn aku... sebenarnya masa sampai tadi dia tak berapa nak kenal aku... maklumlah customer dia ramai... tapi aku ingat kat dia...

Sambil melakukan kerjanya... rancak mulut berbual...

Tapi kali ini bualnya bukan bual2 biasa....

Berasal dari Indonesia... dan telah menetap di sini selama hampir 20 tahun... jadi gaya percakapannya telah banyak berubah... dah macam orang Malaysia.

Ketika tangannya sibuk menjalankan tugas.. dia mula membuka cerita pengalamannya...tentang dia dan kehidupan... tentang pertemuan dia dgn seseorang yang banyak mengubah cara hidup dia... orang yang banyak memberi dia nasihat dan membuka hatinya untuk redha akan apa jua yang berlaku dalam hidup.

Dia mula berserah pada Allah tentang untung nasibnya setelah berusaha... semata2 kerana dia percaya... apa jua yang terjadi telah tertulis sejak azali.  Dan itulah Takdirnya yang telah ditetapkan oleh ALLAH....

Katanya... orang yg ditemukan itu telah membuka hatinya untuk terus menjadikan Al-Quran sebagai bahan bacaannya setiap hari.  Bukan sahaja membaca isi Al-Quran itu...tetapi bacalah terjemahannya... kerana membaca tanpa mengetahui isinya tiada akan membawa makna.

Setelah dia membaca terjemahannya... baharulah dia tau...segala apa tentang hidup ini ada tercatit di dalam Al-Quran itu. Apa sahaja yang kita perlukan dalam hidup ini telah pun termaktub di dalamnya.

Sebelum dia menyiapkan kerjanya... dia beritau aku...

'Sekarang kak... walau sesibuk mana pun... saya pasti akan membuka Al-Quran... biarpun dpt membaca sepotong ayat bersama terjemahannya cukup membuat hati saya tenang... dan saya tak berhenti membaca... habis 30 juzuk...saya ulang membacanya lagi... kerana Allah telah berfirman... 'Jangan kau putuskan ayat-ayatku...dan bacalah Al-Quran itu dengan tertib dan tartilnya...'

Dalam perjalanan pulang... aku amat bersyukur ditemukan dengan gadis itu.

Kadang2 kita tak perlu melihat siapa yang berkata-kata... tapi kita fikir dan renungkan apa yang keluar dari mulutnya.

Kerana petunjuk dariNYA datang dari berbagai bentuk...


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

siti sara said...

Assalamualaikum kak.Terima kasih mengingatkan, kadang-kadang semut pun boleh jadi penunjuk jalan cuma samaada kita sedar atau tidak jer. Allah maha agung kak. Teringin nak singgah 22 mac nanti tapi abang keberatan sebab takut sesat. maklumlah kita ni jarang berjalan ke SA.

Acik Erna said...

assalam anie..terima kasih jugak pada anie yang berkongsikan apa yang anie dapat dari dia disini.

sharifah rosidah said...

Terima kaseh Anie, memang betul kata2 dari gadis Indonesia tu membaca Al-Quran membuatkan hati kita tenang selalu.

Kaktiny said...

Betul kak.. taufik itu datangnya dari Allah dan hidayah itu Allah munculkan d pelbagai sudut.. waima dari seekor cacing yg tak punya sebarang anggota kecuali badan shj!..

..dan hidayah itu selain dari diberi, kita perlu juga mencarinya..

... terima kasih atas perkongsian ini kak.. ada pengajaran yg sgt bermakna di sini.. InsyaAllah.. akan belajar mempraktikkannya.. ameen.

Unknown said...

Terima kasih juga pada kak anie berkongsi cerita ini. Dalam masa yang sama mengingatkan kami semua juga..

kak, pasti muka segar lepas facial, dan hati pula tenang dapat dengar cerita gadis itu kan...Beruntung akak hari itu..:)

MOKCIK AZWA said...

Bagus jugak sementara berfacial bercerita sedemikian kan Kak..biasanya bila berfacial, ceritanya tentang produk2 kecantikan yang ada..:)

aNIe said...

Siti Sara... sama2...kita manusia sering terlupa... maka wajiblah kita ingat mengingatkan antara satu sama lain...

Nanti kalau jadi ke Ikea...beritaulah akak ye...

---------------

Kak... memang pun anie bersyukur sgt dpt berjumpa dgn budak tu hari tu... sebab dulu masa facial lain cara perbualannya...

aNIe said...

Shidah...sekarang ni kalau hati gundah gulana...terus ambil wuduk.. dan Al-Quranlah tempat untuk menenangkan jiwa...

Alhamdulillah...

--------------

Tiny...semoga apa yang sering kita tulis di sini dpt dimanafaatkan.. kerana banyak perkara yang dpt kita kongsikan bersama untuk direnung dan diamalkan...

Terima kasih Tiny...

aNIe said...

Yus... masa tu akak pun tak menyangka gadis tu pandai berbicara ttg kehidupan ini...lebih2 lagi dia masih belum lagi mencecah 40 thn...

Tu yang akak kata... petunjuk dari ALLAH dtg dlm berbagai bentuk...

Bersyukur sgt...

---------------------

Mokcik...sebelum ni memang kami bercerita ttg produk kecantikan... tu yang akak kata... kali ni bualnya bukan bual2 biasa...

dalila said...

terima kasih berkongsi cerita ini...kdg2 terfikir jgak kealpaan diri sendiri.... :(

Mulan said...

ingatan pada diri saya jgk.. tqs for the story kak anie..

aNIe said...

Dela... sama2...kita manusia memang selalu lalai...

-------------

Mulan... akak berterima kasih sgt pada gadis tu... kerana membuka hati ini... kadang2 kita banyak terleka dgn nikmat dunia...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails