Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 17, 2012

Hari Terakhir di Medan...

Akhirnya sampai sudah hari Ahad...

Hari jalan2... beli belah di kota Medan...

Nama je beli belah... tapi aku tak membeli pun... yang membeli cik abang aku... membeli t-shirt2 untuk cenderahati orang di Melaka dan juga juga anak2....

Selesai bersarapan... kami dibawa oleh pemandu pelancong ke sebuah tempat membeli belah seperti Factory Outlet...

Baju2 memang murah... kalau kat sini jenama Zara berharga lebih RM100 tapi kat sana lebih kurang RM60 ... cik abang memborong jeans Burberry... Ude & Munir mencari juga tapi tak dpt yang bersesuaian...

Yang beruntung si kecik... dpt t-shirt karakter kartun berhelai-helai.

Tapi aku...cuma mencari untuk anak2...

Selesai di sana... kami dibawa kesebuah tempat dikenali sebagai Pasar Ikan lama... di sanalah cik abang aku membeli baju linen untuk dirinya dan telekong, kain batik, kain pelekat untuk dijadikan cenderahati...


Masa ni aku dah duduk kat kerusi yang disediakan...main tunjuk2 je...dah keletihan berdiri...



Aku...cuma memilih sehelai telekong untuk diriku sendiri...

Pasar Ikan lama ni adalah kawasan yang terdapat banyak kedai2 yang menjual bermacam2 jenis barangan yang murah2... Di sini harga yang ditawarkan adalah murah dan berpatutan....

Ahli rombongan yang lain mengambil masa mereka untuk singgah dari sebuah kedai ke sebuah kedai... tapi aku dan cik abang.. singgah di sebuah kedai sahaja...dan di situlah cik abang tawar menawar dan membeli semua yang diperlukan di situ.

Semasa berada di kedai tersebut... tuanpunya kedai berebut nak bergambar dengan si kecil bila di beritau yang si kecil adalah pelakon suara Ehsan... bukan main seronok lagi mereka bila si kecik membuat suara Ehsan dan begitu juga dengan Ude... (cikgu Jasmin)



Semasa keluar dari kedai tersebut cuaca panas mula menyengat... aku dan anak2... terus menuju ke bas dan menanti beberapa lagi ahli rombongan yang masih lagi belum bersedia untuk meninggalakan tempat tersebut...

Untuk makan tengahari kali ini kami di bawa ke sebuah kedai ikan bakar.  Restoran ini menyediakan tempat makan seperti di leseran... Ikan dan ayam bakarnya memang sedap... cuma apa yang tak berapa nak best ialah air jus yang kami order lambat sampai..air kosong yg disediakan juga tak sejuk... Cuaca yang panas membuatkan kami tak puas dengan air yg disediakan...



Dari restoran tersebut... kami dibawa ke Medan Mall... waktu kami datang... memang sedang sale kat sana...

Cik abang membeli sepatu kulit & sandal... anak2 masih memborong t-shirt2 berkarakter kartun...Patrick... Sesame Street...Simpsons dan banyak lagik...


Aku cuma meminta cik abang sepasang sandal untuk dipakai hari-hari..

Apabila jam menunjukkan sudah pukul 4.30 ptg... aku dan anak2 serta cik abang dah berada di dalam bas... kaki aku dah keletihan berjalan...


Bila ditanya nak ke mana lagi... kami semua meminta agar dihantar pulang ke Hotel... badan dah tak tahan... asyik berjalan je 2-3 hari... aku nak berehat...penat dah..

Tapi bila sampai di hotel... Munir & Ude mengajak aku dan adik2nya keluar berjalan2 di kawasan berdekatan.  Cik abang menolak...sebab dah penat... lagipun katanya...

'Anie nak pergi dgn anak2 pergilah.. abang selalu ke mari...'




(gambar2ni dari google image)




Jam 7 petang anak2 dah bersiap... kami pun menyeberang jalanraya di depan hotel untuk ke Masjid Raya Al-Mashun...

Dari sana kami melintasi jejantas untuk ke pasaraya yang berdekatan ... iaitu Yuki Simpang Raya...

Baju.. blaus... handbag... kasut dan macam-macam lagi murah2 dijual di sana...lebih2 lagi ketika itu mereka sedang mengadakan sales sehingga 50-70%..

Tapi aku tak beli apa2 pun...sebab aku tak bawak duit...hehehe... jadi tengok ajelah...




Dari sana...kami bergegas balik ke Hotel...sebab dah dijanjikan untuk makan malam di sebuah kelab golf...


Di lobby Hotel Madani..Medan

Maka tamatlah malam terakhir kami di Medan... balik dari makan... aku mula berkemas semua barang2 kerana kami akan bertolak ke Lapangan Terbang esok seawal 9 pagi...

Pagi Isnin... selepas bersarapan... kami membawa segala luggage kami turun untuk dikumpulkan dan kami semua berlepas ke Lapangan Terbang....



Semasa kami melalui kaunter imigresen Indonesia... kad imigresen si kecik diberitau tidak ada dlm passportnya...sedangkan sebelum diserahkan padanya segalanya telah disemak untuk memastikan semua dokumen yang diperlukan telah tersedia ada bersama passport.

Untuk tidak menyulitkan kedua2 belah pihak walaupun dah berkali2 cik abang memberitau bahawa dokumen itu memang ada... cik abang pun membayar 100,000 rupiah pada pegawai imigresen tersebut...

Si kecik yang dari tadi muka pucat semacam dah ceria semula ... maklumlah dia melihat aku sudah menanti dia  untuk ke ruang berlepas... aku tak senang duduk dibuatnya masa tu...

Dari Medan kami terus berlepas pulang ke Melaka....

Kenangan indah percutian bersama keluarga masih tersemat di hati...

Masih teringat segala cerita2  dan celoteh Pak Herman sepanjang perjalanan... kisah kaum Melayu Deli di Medan... Batak Toba di Parapat... kisah Batak Karo yg di Brastagi... kisah raja Batak... Sidaburta yang gagah perkasa bersama kekasih kesayangannya si Anting Malela.

Tak lupa juga kisah  asal usul Tasik Toba... yang benar dan yang dogengnya... dan segala kepercayaan kaum Batak di sana....

Anak2 tak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan Pak Herman sebelum pulang....



.
Bagi mereka2 yang tinggal di Melaka... dan sekitar negeri Melaka ... kalau ingin melancong ke Medan cuba klik di sini... Melaka Air... kerana Firefly kini menawarkan perjalanan ke Medan dari Subang... Melaka... Medan...


Lupa nak beritau yang setiap kali kami singgah makan... restoran tersebut menyediakan toilet dan surau untuk solat... yang aku suka ialah toilet mereka bersih...berbanding toilet kedai2 kat Malaysia ni... kalau aku ke kedai makan di sini... aku selalu takkan masuk sebelum makan...sebab takut tak lalu makan...tapi kat sana...toilet yg kami singgah...semua bersih... tak meloyakan tekak pun...



Memang seronok...!!




...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

12 comments:

Nieda said...

Wah teruja pula baca percutian kak Anie ke Medan.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seronok baca cerita Kak Anie.. tapi bagi nasib sy kurang baik dpt supir yg bongok... adeiiiiiii... tak habis cerita lagi di Alam Sari, hehe..

sekadar satu coretan said...

best semuanya best perjalanan kakanie kesana yee...

tak ada ke kain borong telekung, kalau ada lebih kakanie boleh ler jual kat saya selai...cantik laa..

aNIe said...

Nieda.. memang ramai yang pergi mengikut promosi Melaka Air ni... puashati dengan pengurusan tour mereka... byk kenangan yg disimpan...

---------------------

Sari...akak baru baca kat blog Yusa psl perjalanan di Medan... akak sebenarnya ambil promosi Melaka Air... hanya RM900 seorang termasuk hotel... makan... bas dan tour guide... kecuali airport tax je yang kita bayar...

aNIe said...

Ain... memang best.. seronok sebab tour guide diorang memang entertaining... jadi tak ngantuk...tak bosan...

Telekong adalah balance 3 helai.. ada akak masukkan kat blog bisnes akak...

aniesbizz.blogspot.com...

cikceriacorner said...

salam akak..

wow bestnye g bercuti...

brg2 kat sana murahkan..

akak tulah..sy ada nmpak fareez kat tv..jadi ehsan..rupe2nye ude pon sama ye..hehe

aNIe said...

Cikceria.. aha...Ude guna suara untuk cikgu Jasmin... dia kerja kat sana...

Barang2 memang murah...t-shirt anak2 dlm rm20+ kain baik... Jeans burberry pun tak sampai RM100...

Zaitun said...

Kak Zai dah pernah pergi Medan tapi dah agak lama.Memang seronok melawat lake toba dan bandar sekitarnya.

Toilet kat Bandung juga bersih tak macam negara kita yang kononnya lebih maju dan moden.....

secangkir madu merah said...

yg paling seronok bab shopping dan makan hahahahaha... apa2 pun mmg enjoy ya kak anie trip ke Medan tu...

sharifah rosidah said...

Kenapa tak shopping banyak2? Kalau shidah mesti nak shopping baru rasa puas.

aNIe said...

SMM... memang seronok sbb akak pergi dengan keluarga...tu yg bertambah seronok tu...makan2 memang best... mcm2 lauk padang yang kita rasa...

--------------

shidah...heheheh... abih dah yang jadi jutawan tu cik abang kita...bukan kita...hahahah

TIARA TOURS said...

HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.

PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

ITINERAY :

DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.





SERVICES TERMASUK :
1. TRANSPORT
2. PEMANDU PELANCONGAN
3. HOTEL 3 BINTANG
4. BREAKFAST 3X
5. MAKAN TENGAH HARI 3X
6. DINNER 3X
7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
9. MINERAL WATER

BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails