Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Buat Skuad Harimau Muda 2011...!!!



Hari hampir semua orang bercerita pasal bola semalam...

Aku memang tak berapa nak minat bola... awal2 aku dah cakap kat Farhan... kau pi tengok ngan kengkawan kau...ibu nak tengok drama...

Tapi masa jam 8 lebih cik abang call...

'Anie... abang dari Putrajaya ni... on the way balik... bola dah start tak?'

'Belom.. Abang nak tengok bola ke?'

'Aha... '

Hmmm... aku pun dengan berat hari menukar channel...

Bola baru start masa tu...

Tapi baru je minit ke 6... Indonesia dah menjaringkan 1 gol...

Aku terus  call cik abang...

'Bang...hahahha...dah gol... '

'Saper? Malaysia...'

'Tak..!  Indonesia ...baru minit ke 6 dah kena 1...'

Jahat aku kan... ketawakan cik abang ...

Sambil menonton channel bola...aku kejap2 tukar channel...tengok Masterchef... sebab malam ni Ary Malik bersaing dengan Chef Selibriti...



Aku memang peminat Ary Malik... sejak dia berlakon drama dulu...  suka tgk dia... comel ...

Aku tengok Masterchef sampai habis... baru cik abang sampai...

Masa tu dah tak boleh tukar channel...tengok je lah bola tu...

Tapi bila Malaysia dah mula gol...aku pulak yang naik syok... beriya-iya menjerit gembira bila Malaysia berjaya menyumbatkan gol pertamanya...

Dan... akhir sekali...





Tahniah buat semua pemain skuad Harimau Muda kerana telah berjaya menumpaskan skuad Garuda... dan mereka menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia...

Dan pada Khairul Fahmi... tahniah kerana telah berjaya menyelamatkan tendangan penalti yang membawa pasukan kita ke puncak jaya...



Kita sebagai rakyat Malaysia patut berbangga...biarpun kita menang hanya dengan tendangan penalti tapi pasukan kita tidak ada pemain import... yang mana berlainan dengan pasukan Indonesia yang mempunyai beberapa orang pemain yang diimport.

Walaupun banyak gosip2 yang kurang elok tentang Khariul Fahmi...namun anda tetap berhak menerima pujian serta menjadi kebanggaan rakyat Malaysia....

Tahniah sekali lagi buat Harimau Muda... dan juga kepada jurulatihnya Ong Kim Swee....


p/s... gambar2 ehsan google image...





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

6 comments:

nurazzah8 said...

kak Anie,
tumpang berbangga.... masih tersenyummmmm ;-)

Mulan said...

masih berbunga2 happy sbb menang.. seronok sangat..

aNIe said...

Azzah...memang seronok kan... agaknya camtulah perasaan peminat2 bolasepak bila pasukan mereka menang...

-------------

Mulan.. senyum meleret setiap kali tgk kegembiraan pasukan kita...

Acik Erna said...

anie..tak de sape yang kacau akak tengok tv..masing2 tengok kat kat dapur..akak layan tv satu lagi..he he

secangkir madu merah said...

tahniah pasukan harimau muda.. saya selalu terpaksa menonton perlawanan bola di rumah kalau mereka2 menontongnya di rumah kalau tidak saya lebih senang menonton cerita lain hehehehehe...

aNIe said...

Kak erna...seronoknya takde yg mengganggu...hahaha...

-----------

Smm..akak semalam terpaksa ikut cik abang... kalau tak tak dpt tgk TV...sbb TV ada satu je..yang satu kat belakang tak leh guna...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails