Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, November 11, 2011

Renungan Jumaat...

Salam Jumaat... oleh kerana kesibukan dari pagi... hanya dipetang hari yang mulia ini saja dapat aku kongsikan email yang aku dapat untuk sama2 kita renungkan ...





Asal-usul api di dunia ini..


Gambar hanya hiasan ehsan Google Image...

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.  

Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?  

Jibril : Sebesar kurma...  
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya

Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...  

Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turunwalaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..  

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintah kan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. 
Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 

Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini, spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 
 
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. 
SEBESAR ZARAH SAHAJA.!! MOGA ada manafaat dari riwayat ini. 
Nauzubillah....semoga dijauhkan kita dari menjadi bahan bakar api neraka...

Buat ingatan diriku dan saudara2 ku...
Wassalam. 

 




...



Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

4 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

Nauzubillah, terima kasih kak anie krn berkongsi ilmu yg bermanafaat

Zaitun said...

Terima kasih atas ingatan.

Acik Erna said...

anie.terima kasih..kalau la semua dari kita ni takutkan api neaka..tak de orang buat salah kan anie..

sharifah rosidah said...

Terima kaseh kongsi2 ilmu pada hari jumaat dapatmjuga menambah pengetahuan.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails