Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Thursday, September 22, 2011

Sesuatu Untuk DiKongsi... Buat Anak-anak Yang Dikasihi...

Mungkin ramai dah baca kisah ni...

Tapi aku masih mau mengabadikannya di blog ku ini... agar bila satu hari nanti...jika aku sudah tiada... anak2 akan membacanya... dan tau betapa kasih dan sayangnya aku pada mereka...

Sebesar kasih ibu yang diceritakan ini... kerana bagi aku...seorang ibu itu sanggup menggadaikan nyawanya demi  anak2 tersayang... biar pun anak itu baik atau sebaliknya... kasih sayang ibu tak pernah berubah... andai diberi segunung intan... anak adalah pilihan mereka....

Kerana bagi ku...anak2 aku dan keluargaku  adalah kekuatan ku...

Dan...anak2 perlu tau... biar bagaimana pun kesilapan yang mereka lakukan... ibu2 tetap akan dapat menerima mereka... akan tetap memaafkan mereka.  Biar hati mereka terguris...mereka masih tetap menelan airmata...agar anak itu tidak berdosa...

Tapi...bila hati seorang ibu disakiti...dilukai berkali2 hingga tiada lagi airmata untuk ditangisi...dan bila hati  ibu telah tertutup untuk anaknya  itu

Maka...jadilah anak itu anak derhaka dan... tertutuplah pintu syurga untuk anak itu....

Nauzubillah hi minzalik... semoga dijauhkan anak2 kita dari menjadi sedemikian...




Pengorbanan Seorang Ibu

---------------------------



Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.

Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. 

"Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bila menyentuh tentang kasih sayang ibu dan anak....airmata ini pasti akan tumpah...kerana...aku merindui arwah mak... tak sempat lagi aku berbakti padanya... belum puas lagi merasa kasih sayangnya  dia telah pergi meninggalkan kami

Al-Fatihah buat arwah mak... semoga rohnya dicucuri rahmat ....dan ditempatkan bersama orang2 yang disayangiNYA....


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

sekadar satu coretan said...

sedihnye kak anie...tibe2 teringat kat mak saye...dah uzur sekarang ni...mase dia sihat ade jer benda yg dia nak buat untuk anak2nye...

Mak Su said...

moga anak2 tak menunggu ibu mereka mati untuk menyedari jasa ibu....

Ati Masrif said...

sungguh menyayat hati kisah ni

Unknown said...

sedihnya..

Acik Erna said...

anie..haiwan pun sayangkan anaknya..apa lagi kita manusia kan..
alfatihah buat ibu2 kita yang telah pergi..

~ez~ said...

akak....saya nangis baca citer nih. dah jadi ibu ni baru paham mcmana perasaan mak saya. huhuhu..sedih sedih.. mmg seorang ibu sanggup berkorban apa saja tuk anaknya..huhu

Unknown said...

kak anie...

sedihnya...

tanpa sedar mengalir air mata yus...

sungguh besar pengorbanan seorang ibu...

aNIe said...

ainnoraini...sebak bila membacanya...

----------------

Maksu...semoga anak2 kita tau menghargai segala kasih sayang yg telah kita berikan...

aNIe said...

Ati... bergenang airmata akak bila membaca kesah ni

---------

diana... begitu besar kasih sayang ibu...

aNIe said...

Kak Erna... tulah... binatang pun sayangkan anak...inikan pulak kita yg telah mengandungkan mereka 9 bulan...dan bukan senang nak melahirkan mereka...macam2 dugaan yang kita tanggung...

Al-Fatihah buat ibu2 yg telah pergi meninggalkan kita

-------------------

Ez...betul... akak ingat lagik dulu pi langkawi...beli macam2 barang... tetiba enjin bot mati tengah jalan...dlm kepala akak takde lain yg akak ingat...biarlah semua pinggan mangkok yg dibeli..akak panggil anak2 akak duduk dkt2 dgn akak...apa2 jadi biar akak dgn mereka...

aNIe said...

Yus...tulah...dulu2 kita ni degil...susah nak dengar cakap mak kan? Bila dah jadi mak baru kita paham perasaan mereka...camaner sayangnya mereka pada kita dulu...

ibundo said...

kasih sayang ibu kepada anak tidak ada tolok bandingnya. Alfatihah buat ibu-ibu kita yang telah pergi meninggalkan kita.

MOKCIK AZWA said...

tetiba terasa sangat sayu seusai membaca kisah ini...itulah pengorbanan seorang ibu kan kak..

Zaitun said...

Sedih sangat....

Al-Fatihah buat yang telah pergi....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

dah pernah tengok gambar ni tapi bila baca coretan kak ANie, terus menangis..

aNIe said...

Betul kata kak pah tu...kasih sayang itu kasih sejati yg ikhlas dari hati...tak boleh dijual beli

-------------------


Mokcik...bila dah jadi ibu...baru kita sedar betapa ibu kita menyayangi kita dahulu...

aNIe said...

Kak zai... Al-Fatihah...

--------------


Sari Yusa...memang sedih...akak menangis bila membacanya..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails