Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, September 26, 2011

Al-Fatihah buat Makcik....





Gambar hanya hiasan...ehsan google...


Selang beberapa hari selepas membuat entry tentang kasih sayang ibu pada anak2...aku menerima berita sedih....

Adakah entry lepas adalah gerak hati ku...?  Ntah....

Tapi hari Jumaat lepas aku kehilangan makcik...isteri pada bapak yang telah 17 tahun hidup bersama bapak.

Dialah yang telah menjaga bapak setelah setahun arwah mak meninggalkan bapak...

Dia bagai tempat kami mencurah kasih .... tempat cucu2 yang tidak sempat berjumpa dengan nenek mereka sebenarnya menumpang sayang..

Selama 17 tahun menjadi peneman bapak... akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah 1 minggu tidak berdaya bangun dari katil...

Setelah terjatuh beberapa hari sebelum Hari Raya kelmarin....keadaannya bertambah teruk bila demam melanda...  Arwah bertahan dan terlantar di atas katil hanya seminggu ...dan  kembali kerahmatullah di sisi bapak.. pada 23hb September lepas

Mendapat berita jam 2 pagi... kami adik beradik bergegas pulang ... dan sampai di rumah bapak pagi Jumaat sebelum subuh...

Deraian airmata bapak membuat kami adik beradik begitu sebak....tak tertanggung rasanya bila melihat bapak bersedih...

Semasa jenazah dimandi dan dikafankan...aku..kak long dan Sya tidak dapat menahan airmata... terpandang2 dimata kami terkujurnya tubuh arwah mak... maklumlah jenazah arwah mak tidak dapat kami lihat disempurnakan di hadapan mata kami...

Setelah selamat dikebumikan...kami adik beradik berkumpul di rumah bapak..

Melihat wajah bapak...bagai melihat segunung kesedihan... 2 kali dia menghadapi kehilangan orang yang disayanginya...

Ketika aku tinggalkan rumah bapak semalam bersama kak Long ... Sya dan anak2 masih di sana...

Masih tertanya2 dalam hati aku... bagaimanalah nanti ketika Sya mula kembali bekerja ....

Tinggallah bapak bersendirian... untuk membawa bapak tinggal bersama kami memang amat mustahil.

Maklumlah orang tua...sukar untuk dia meninggalkan rumah...ayam dan segala yang dilakukan di rumah itu setiap hari...

Namun aku dan adik2 meninggalkan pesan pada sepupu2... dan jiran terdekat untuk menjengah bapak...selain dari adikku...  Abe yang tinggal di Melaka.

Alhamdulillah... jiran2 bapak di kampung begitu prihatin.  Ketika makcik sakit merekalah yang setiap hari bertandang bertanya kabar dan berziarah.  Begitu juga sepupu yang berdekatan rumah bapak... dialah yang akan datang menghantar semangkuk gulai untuk bapak berdua...

Dari kejauhan ini aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan bapak dan semoga bapak sentiasa berada dalam jagaanNYA...

Al-Fatihah untuk makcik Norliah... dan untuk arwah mak...semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang2 yang disayangi...Ameen...









...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

15 comments:

pB said...

salam takziah buat kak ani sekeluarga



moga Bapak akan terus kuat semangatnya

HappyIrfa said...

salam kak anie..
alfatihah..moga arwah di tptkan di kalangan org2 beriman

JIE said...

Salam takziah, k.anie & family...
semoga rohnya dlm lindungan Allah sentiasa...

sharifah rosidah said...

Anie, insyaallah bapaknya Akan tabah menghadapinya. Mak shidah dah kebumikan seorang suami Dan 4 orang anak Nya Dan dia sentiasa tabah melaluinya begitu juga dengan bapaknya hendaknya. Memang mula2 dia Akan rasa kehilangan sedikit.

Acik Erna said...

assalam anie takziah untk anie dan keluarga..alfatihah buat arwah..

Zaitun said...

Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

Ila said...

salam takziah untuk keluarga kak anie..semoga tabah hadapinya

Arena said...

Takziah

ibundo said...

takziah. Alfatihah untuk arwah.

Nieda said...

Takziah buat anda sekeluarga.

Terkejut mendengar berita ini. Selalu singgah sbgai Silent reader sahaja.

AlFAtihah.

ilahjy said...

salam kak anie..
takziah buat kak anie sekeluarga...
bertuah kak anie punyai ibu tiri/mak cik yg amat baik..
semoga rohnya dan ibu kak anie ditempatkan bersama golongan yg solehah..

aNIe said...

PB & Irfa...terima kasih...semoga bapak akan lebih tabah...

-------------------

Jie...terima kasih...begitu juga Roshidah... org perempuan kadang lebih tabah dari lelaki...mcm bapak ni... dia tinggal berdua je ngan makcik selama 17 thn.. tu yang bimbang...

aNIe said...

Kak Erna... Kak Zai...terima kasih ye...

----------------

Ila & Arena... terima kasih banyak... bimbang dgn bapak yg tinggal sorang

MOKCIK AZWA said...

Salam takziah kak anie..semoga roh mereka dicucuri rahmat hendaknya aminnn

safr said...

salam kak... my condolences to you... Al-Fatihah... semoga rohnya dirahmati Allah...

*hugs*

safr ~ a.k.a. sas

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails