Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, September 21, 2011

Filem AlHijab - Pierre Andre...

Semasa kami membawa anak2 menonton filem Smurs dahulu... aku terlihat trailer filem Al-Hijab...arahan pengarah yang aku minat... Pierre Andre.

Sejak menonton filem seram arahannya dulu...'Jangan Pandang Belakang' ...aku begitu yakin dengan kebolehan dia mengarahkan filem2 seram...

Aku memang menantikan tayangannya pada 6 Oktober 2011 akan datang.

Tapi... aku bernasib baik kerana berkesempatan menonton preview filem tersebut ketika ditayangkan untuk sidang media semalam...

Seronok bukan kepalang bila Ude bertanya samada aku ingin menemankan dia ke Cineleisure untuk menonton preview filem itu.

Seperti yang aku jangka...memang filem ini mampu memuaskan hati mereka yang meminati filem seram.

Sepanjang filem ini...aku meletakkan jari di telinga... untuk mengurangkan rasa terperanjat oleh sound system yang mengejutkan...

Syabas pada Pierre Andre sebagai Pengarah... Penulis Skrip dan Pelakon utama filem ini.

Biarpun ramai pelakon pembantu... tapi mereka muncul pada scene scene yang pendek... dan hampir separuh filem ini dihidupkan oleh watak Pierre Andre sebagai Rafael.

Bagi mereka yang meminati Nor Abaniah... ingin dimaklumkan bahawa Nor Albaniah membawa watak sebagai mama pada Qiss yang dibawa oleh Nur Fatiah....





Sebelum tayangan bermula... Pierre Andre memberikan sepatah dua kata...








 Gambar2 adalah dari Facebook Al-Hijab

Filem ini memang menyeramkan... jadi bagi mereka yang berhati kecil dan tinggal bersendirian... Awas...!!!.. Jika hijab anda dibuka....

Sinopsis...:

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?




Jadi... pada mereka yang meminati filem2 arahan Pierre Andre... jangan lupa ke Pawagam berdekatan mulai 6hb Oktober ini untuk menyaksikan filem ini...

Tahniah pada Empat Semudra yang menerbitkan filem tersebut... (lama sungguh aku tak tengok filem seram di pawagam)



...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

4 comments:

Acik Erna said...

anie..akak tak mau tengok kalau filem seram..nanti tak boleh lelap kan mata..asek terbayang je..

shafarina said...

Alahai.. cerita2 Pierre Andre ni mmg saya minat. Seru pun best jugak. Tak sabar nak tengok laaa....

aNIe said...

Kak...dah sah kalau akak tengok filem ni akak tak boleh tidor malam...hehehe

-------------

Shafarina... akak dah banyak kali nak beli cd Seru... Ude tak bagi...dia takut...hahaha

ida napi said...

Kak Anie,

amboii..bukan men lagi excited dpt tgk citer seram eh..tu sbb selalu ngigau..heheheeh

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails