Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, May 9, 2011

SELAMAT HARI IBU...




Aku ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI IBU buat semua ibu2 diluar sana...

Ibu yang telah banyak bekorban untuk kita.

Kalau sanggup dikorbankan nyawanya pun dia sanggup lakukan.  Biar bagaimana nakal atau jahat seseorang anak itu... biar bagaimana sikapnya pada ibu namun di dalam hati ibu..dia tidak pernah mengkenal erti benci..pada anak2nya...

Itulah kasih sayang seorang ibu..sayangnya menggunung... kasihnya melaut... tak terhitung...

Aku sudah tidak punya ibu... kerana ibu kesayangan ku itu telahpun kembali ke rahmatullah 18 tahun yang lalu... di dalam suatu kemalangan jalanraya di Kelantan... 1993..

Al-Fatihah buat bondaku tersayang... semoga rohnya dicucuri rahmat...

Biarpun telah hampir 20 tahun pemergian ibu... namun tak pernah pun sehari aku melupakannya... kenangan bersama arwah... kerinduan kepadanya tetap bersarang dihati.  Biarpun ketika itu aku sudah berumahtangga... namun aku masih belum puas menikmati kasih sayang darinya...

Pada mereka yang masih mempunyai ibu...

'Sayangilah mereka sementara mereka masih ada...'...

'Berbaktilah pada mereka...dan hiburkan hati serta buatlah mereka bahagia....'

Sesungguhnya kebahgiaan seorang ibu ialah bila melihat kebahgiaan anak2 dan juga anak2 itu menjadi anak2 yang berguna dan bertanggungjawab...serta bila mereka mendapat kasih sayang yang melimpah ruah dari anak2 mereka....

Masih teringat kata2 seorang guru kaunselor dalam dalam drama Juvana TV3....

Ketika seorang murid perempuan ingin membunuh diri kerana dirinya mengandung... dan dia telah dibuang oleh ibu bapanya kerana kesilapannya...

Kata guru itu...

'...kalau sekarang kamu rasa kamu tidak disayangi oleh sesiapa... tunggulah sehingga anak kamu lahir... nanti kamu akan terasa diri kamu disayangi oleh anak kamu...'

Memang kasih sayang anak2 adalah hadiah paling berharga dalam hidup seorang ibu....







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

sekadar satu coretan said...

selamat hari ibu buat kak anie dan semua ibu2 dan bakal ibu...

alfatiah untuk aruah ibu kak anie..semoga aman berada disana...

bile dah jadi ibu ni baru tau ape perasaan ibu sebenarnya...

Zaitun said...

Al-Fatihah buat ibu tercinta.

Kasih ibu membawa kesyurga.Selamat hari ibu buat anie.

ibundo said...

kasih sayang ibu berkekalan.
selamat hari ibu pada anie...

MOKCIK AZWA said...

Selamat Hari Ibu kak Anie...

pB said...

Selamat Hari Ibu



kasih ibu hingga ke syurga

Kaktiny said...

Al-Fatihah utk arwah Ibu kak Anie..

Selamat hari Ibu utk kak anie..

Kak Anie said...

ain...masih teringat ketika akak melahirkan anak sulong dulu... seorang misi veteran tu siap beri ceramah kat akak... 'Ni anak sulong kan... tau dah camaner sakit melahirkan anak... baru tau kan...camaner susahnya ibu melahirkan kita... bila dah besar melawan cakap ibu...'

Kata-kata itu masih akak ingati sampai sekarang...

-------------------

Kak Zai...terima kasih... dan selamat hari ibu juga buat akak

aNIe said...

Selamat Hari Ibu juga buat Kak Pah... menjadi seorang ibu itu adalah sesuatu yang terindah

-------------

Selamat Hari Ibu buat mokcik juga

aNIe said...

PB... terima kasih... syurga itu dibawah telapak kaki ibu...

--------------

Tiny...terima kasih dan selamat Hari Ibu buat Tiny juga...

Azzah8 said...

Salam Kak Anie... SELAMAT HARI IBU....

MAAF LAMBAT..SIBUK SANGAT WEEKEND LEPAS NI...

AZZAH8

Ummi M.I.M.S said...

selamat hari ibu, kak Anie..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Al-Fatihah utk arwah bondamu.. semoga Kak Anie tabah menjalankan tnggungjwb sbgi seorg ibu..

secangkir madu merah said...

semoga hari ibu diraikan setiap hari...hargailah ibu sementara ada didepan mata...benar kak, kebahagiaan ibu apabila melihat anak2 bahagia...


.

Ati Masrif said...

selamat hari ibu kak anie,

ati pun terus simpan dlm kotak ingatan
bila dengar kata2 guru tu dlm cite juvana...samalah kita :)

al-fatihah buat arwah mak kak anie

Unknown said...

selamat hari ibu buat kak anie juga...

yus pun suka tengok Juvana tu kak...

inahamdan said...

selamat hari ibu buat kak anie...<3

Kak Anie said...

Azzah akak pun sibuk akhir2 ni... berulang alik balik ke Melaka...SELAMAT HARI IBU buat azzah juga

-------------

Ummi ...sama juga buat Ummi

Kak Anie said...

Sari.. Terima kasih... Semoga kita sama2 berjaya menjadi ibu yang bertanggungjawab

--------------

SMM... semoga hari ibu itu kita raikan setiap hari...

Kak Anie said...

SELAMAT HARI IBU ati...terima kasih... semoga roh arwah mak akak sentiasa dicucuti rahmat...

---------------

Yus...SELAMAT HARI IBU buat Yus juga... bestkan tgk Juvana tu...watak jahat nampak betul2 jahat...

-------------

Ina... SELAMAT HARI IBU juga buat ina..

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails