Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, May 20, 2011

'Match Maker'...

Hari ni Jumaat... selalunya aku buat entry untuk dikongsi bersama...

Tapi dah petanglah pulak... jadi... kita citer kesah lain pulak ye...

Dulu aku pernah ceritakan tentang seorang teman lama aku yang sedang dalam proses perceraian dengan suaminya yang tak bertanggungjawab.

Ingat tak...? Entry yang ini ...

Beberapa hari yang lalu... dia menghantar sms pada aku....

Katanya dia ada berita gembira... suaminya bersetuju untuk melepaskannya secara baik tanpa membawa kes tersebut ke mahkamah.

Ini adalah kerana dia berjaya mendapatkan report yang suaminya pernah ditahan kerana mencuri di sebuah pasaraya... dan dia dapat membuktikan segala sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab.

Alhamdulillah... semoga selepas ini dia akan dapat menjalani hidup dengan aman bersama anak2 dan ibunya.

Sebelum mengakhiri perbualan melalui sms kami... dia sempat bergurau...

'Kak anie... lepas ni Ina (bukan nama sebenar) dah single... kalau ada kawan2 akak yang baik2...yang single jugak ... bolehlah kenalkan kat Ina...'

Aku sempat tersenyum sambil membalas smsnya...

'Semoga nanti ina berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dan bertanggungjawab...wassalam'

Hmmmm..... bab mencarikan pasangan untuk kawan2... aku takut.

Aku tak berani nak pandai2 menjadi 'match-maker'

Maklumlah... kita mengenali orang dari luaran aje... apa yang ada di dalam... hati mereka.. sikap mereka sebenar kita tak nampak...

Aku punya seorang kawan yang suka memasangkan kawan2nya....

Dan 2 dari pasangan yang dikenalkan berakhir dengan perceraian kerana tiada keserasian...

Akhirnya dia dipersalahkan....

Aku tidak mau dipersalahkan dalam hal2 yang melibatkan hidup orang lain.

Bagi aku... hidup berumahtangga memerlukan keserasian dalam banyak hal... dan hanya orang yang terlibat sahaja yang dapat memilih apa yang terbaik untuk mereka.  Andainya berlaku kesilapan memilih... mereka tidak boleh menyalahkan orang lain.. kerana itu pilihan mereka.







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Acik Erna said...

assalam anie.memang bukan senang kerja ni kan..

iina said...

saya pun tak suka match maker nie.. saya pun ada ramai kwn2 yg single pernah tanya soalan yang sama nie.. tapi biasanya saya tolak baik2 walaupun saya mmg kenal beberapa kwn lain yang juga single..

Biarlah diorg cari sendiri.. lainlah kalau kebetulan kita lepak sama2.. atau terjumpa ke.. dan dia berkenan.. yang itu saya boleh tolong pas no tepon.. tapi kalau namanya nak pasang2kan.. no way..

ibundo said...

haah lah anie. biarlah dia cari sendiri. susah nak matchmake kan orang ni.

Ati Masrif said...

betui tu kak
dulu ada mak angkat ati yg kenenkan
org utk anak buahnya sekali lepas
syiok bertahun kahwin sampai dpt anak
lepas bercerai ttp dia kena dipersalahkan ...haruuu!

Anie said...

Kak... sukar... sebab dia melibatkan banyak pihak

------------

iina... bahaya.. memang sukar kalau kita terlibat dalam hidup orang lain... bak kata iina... kalau secara kebetulan kita melepak sama... dan mereka berkenan itu dah lain cerita...

sekadar satu coretan said...

saye mmg elakkan benda2 mcm ni..takut kalau tak menepati citarasa masing2kan ...nnt dipersalahkan kite pulak...

Kak Anie said...

Kak Pah...susah satu hal...takut tak serasi...kita yang kena jugak

------------------

ati...betul tu...kawan akak yang jadi matchmaker tu sampai sekarang tak abis2 dipersalahkan

Kak Anie said...

ainnoraini...betul tu... ini hal mendirikan rumahtangga kan..? Melibatkan hidup seseorang

izawani said...

Boleh kak... just cakap, saya kenalkan jer... tapi yang seterusnya terpulang... masing masing dah tua bangka... pandai fikir... keputusan sendiri.

Baguskan kalau dapat membantu orang lain bahagia ?

Tapi kalau kita kenal dah orang tu memang teruk... usah la kita nak kenal kenalkan...

Pendapat saya la...

sharifah rosidah said...

betul cakap anie jadi match maker ni kalau apa apa yang terjadi dlm perkahwinan tu nanti kita yang dipersalahkan macam mak shidah di menjodohkan kedua anak sepupu nya dengan salah seorang anak sepupunya jugatapi masalahnya ialah kedua dua sepupunya tak beritahu tentang keburukan anak masing masing bila bergaduh dan bercerai berai mak juga dipersalahkan, sampai sekarang mak serik.

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails