Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, May 10, 2011

Lolly.. 'Anak Dara' Aku Yang Nakal...

Bulan lepas... si Lolly aku telah pun dikembirikan...

Menurut jangkaan anak2ku... bila dia telah dikembirikan dia akan menjadi kurang nakal...

Tapi setelah sebulan dia dikembirikan... dia masih tidak berubah...

Kenakalannya berlari ke sana ke mari hingga barang2 perhiasan ... frame gambar aku bergelimpangan jatuh masih seperti dulu...

Kebanyakan frame gambar yang aku letakkan di meja sudut rumahku telah pun patah riuk... pecah berderai...kalau anak2 bolehlah faham bahasa... ni si Lolly... nak buat camaner... beristighfar ajelah...

Sekarang aku dah tak dapat nak letak apa2 atas meja tu... sebab semua dah jahanam... Gambar2 di Family Tree aku jugak habis dah berterabur dibuatnya...




Dek kerana dia... pintu rumah aku sentiasa tertutup...begitu juga dengan tingkap... sebab pantang aje tingkap dan pintu terbuka... dia akan terus berlari keluar dan duduk bawah kereta2 aku.

Tu yang buat aku takut... aku takut dia jadi seperti Rona dulu...  sampai sekarang aku takut bila Lolly berlari masuk ke bawah kereta.

Tapi disebabkan sekarang ni musim panas... dan bila rumah aku ditutup semua.. dah macam ketuhar dah dlm rumah ni...

Maka... beberapa hari sudah... aku menempatkan dia di dalam 'bungalow' 3 tingkat dia yang dah lama aku letak ditepi rumah.  'Bungalow' tersebut adalah pemberian opismate Ude.  Aku memang jarang meletakkan dia di dalamnya... takut ke curi...hehehe




Tapi sekarang terpaksa... panas tak menahan kalau asyik berkurung je dlm 'ketuhar' ni...

Bila hari nak hujan... aku akan membawa dia masuk ke dalam...

Dan kalau kat dalam dia buat giler dia lagik... aku tangkap masukkan dalam rumah setinggan dia yang kecik kat dapur tu...





Bila masuk je dlm rumah setinggan yang kecik tu.. dia akan duduk diam... buat muka kesian dia...

Lolly oh Lolly... ntah bilalah kau nak jadi anak dara yang bersopan santun agaknya....





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

20 comments:

pB said...

besau nyer mata dia

rohaizahabas said...

anie

kalau bukak pintu rumah lagi lah panas..bahang kat luar tu masuk dalam...akak tutup semua pintu dan tingkap...hahaha

Ummi M.I.M.S said...

baca tajuk.. eh anak dara kak anie yang mana pulak..

biler baca betul-betul.. rupanyer si lolly yang tomellll.. hahahhaha

Kaktiny said...

wah.. dasat kucen akak.. siap ada 2 umah lagi.. umah setinggan pon ada..banglo pon ada.. hihihi..
(ada penama tak umah-umah dia tu?.. kehekhkeh)..

Zaitun said...

Banglow lolly sama macam kak Zai punya tapi penghuninya dah tak ada kak Zai bagi kat orang sebab tak larat nak membersihkan buangannya.

Panas terik sangat siram pokok kena 2 atau 3 kali kalau tak... layu.

ida napi said...

kak anie kena tukar nama dia kak..nama manis sgt tu, byk gula kan hyperactive..heheheehe

zue said...

kak anie..lolly dah dikembiri kan pun masih terkenja2...ni tandanya dia belum dtg bln lagi lah..hehehe.
masih anak dara gitu.
siap le kak anie tak lama lagi musim mengawan...memekak le si kucing pati dtg.

iina said...

Ada org bgi petua letak sebaldi air bawah kipas.. leh sejuk sikit umah tuh ;)

Cian lolly.. tak dapat berlari2 lagik ;)

Mak Su said...

uhuhu, maksu mmg takut kucen.

Kak Anie said...

PB...mata dia memang bulat...

----------------

Ezza... anie bukak pintu ni biar bahang dlm rumah keluar...pastu pasang 2-3 kipas...hahaha

Kak Anie said...

Ummi... anak dara akak sorang je...hehehe... tu anak daru bulus...hehehe

---------------

Tiny...tuan dia pun baru ade sebijik rumah...heheeh...

Penama belum buat lagik...nak ke...? Hahahah

Kak Anie said...

Kak Zai...betul tu... pokok bunga bila petang je dah layu..

Kalau kita berikan kucing kita pada orang yang boleh menyayangi dia sepenuh hati memang berbaloi...

---------------

Ida... namanya semanis orangnya...hahahaha

Kak Anie said...

Zue... bila dah kena kembiri diorang bising lagik ke?

Ingatkan dah kena kembiri dia senyap je...

-----------------

iina... ye ke... nanti nak cubalah... memang panas betul sekarang ni ye...

---------------

Maksu... boleh dok serumah dgn ipar2 akak...hehehe

edane said...

hhehe comel!!!

Anonymous said...

beli mosquito netting yg dawai, suruh org hardware shop buat siad dgn frame, pasang di frame pintu grill, dari pintu gril besar hingga ke pintu grill kecil. jika buatframe elok elok, di takkan dapat tembus, malah nyamuk pun tak masuk...
cuma pastikan kunci pintu grill bila nak dedah pintu papan atau kaca...

tak mahal..
saya buat dirumah, senang cerita, org nak jual apa pun tak boleh agak sapa ada dirumah sbb ianya mengaburi pandangan org luar..
tapi udara tetap masuk kecuali serangga..

Ati Masrif said...

kak anie ...

kahwinkan saje...
mesti jadi lebih baik dan
bertambah meriah lagi rumah kak anie


^_______~

Mulan said...

nak kena babap ni ya...

ibundo said...

comelnya...
renungan mata yang tak tahan tu.

aNIe said...

etiey... dia comel dan manja sgt...

--------------

Anon... cik abang saya tak suka guna netting tu... jadi kenalah redha je...

aNIe said...

Ati.. abang akak takut kucing... hahahah... kalau dah membiak sampai 2-3 ekor mau dia tak nak balik rumah nanti

------------------

Mulan... babap manja boleh lah...hehehe

------------------

Kak .. renungan mata menusuk jiwa...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails