Cik Abang lahir pada 1hb April...
Aktiviti hari Sabtu bersama cik abang bermula setelah tugasnya selesai di majlis sebuah sekolah berdekatan...
Kemudian dia datang mengambil aku dan si kecil untuk ke Majlis Perkahwinan di Lendu Alor Gajah...
Majlis yang bertemakan warna merah putih tu menghidangkan masakan yang sedap pada aku.
Ada acar berempah cili... ada rendang tok... ada pajeri nanas... lauknya tak banyak...tapi sedap.
Setelah selesai makan dan berehat sambil mendengar lagu2 yang dinyanyikan secara karaoke oleh sanak saudara pengantin... kami pun pulang...
Apa lagi kalau bukan ke Medan Ikan Bakar ... Parameswara... tempat kegemaran adik2 ipar ku...
Walaupun aku rasa mereka memilih tempat makan yang salah untuk meraikannya... (kerana cik abang tak makan makanan laut sangat)...tapi kami turutkan saja... lebih2 lagi ikan bakar dan makanan laut adalah feveret anak2...
Aku cuma makan sedikit sahaja... ntahlah... di usia begini aku dah mula takut untuk makan sembarangan...
Kami sekeluarga semua ada untuk meraikan cik abang kecuali Ude yang bercuti bersama kawannya...
Suasana meriah bila berkumpul membuatkan cik abang aku merasa ceria...
Buat cik abang...
...aku serta anak2 sentiasa mendoakan kesejahteraanmu... sentiasa mendoakan agar abang sentiasa sihat... dan dilindungi ALLAH.. diberkati dan dirahmati selalu...
...semoga keluarga yang kita bina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat kita...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
17 comments:
lama dah tak pekena ikan bakau ni..
belated birthday wishes untuk cikabang tu.
sonoknyerr uoollss.. ehehe
anie..semoga kehidupan anie terus bahagia disamping en.abang dan anak2
anie..tengok gambar udang tu yang tak tahan tu..
tak pernah sampai Umbai
Happy belated besday kat cik abang akak tu...alahai kak..ini kes layan selera sendiri, bukan selera orang yang raikan hari lahir tu hahahaha...
nnt balik sane nak makan ikan bakar la...mengamcam sungguh tengok ikan bakar tu...
Kak Pah...terimakasih... anie suka ikan siakap bakar... isinya lembut ...sedap
---------------
en_em... tulah...anak2 semua seronok...
Kak Erna.. udangnya kasar2... memang berasa... sikecik tu bukan main bedal lagik... terima kasih ye kak utk doa tu
----------------
PB...nanti kalau adam dah besar sikit... akak dah ada kat Melaka... boleh lah bawak PB ke sana
wah meriah...
Mokcik...tulah pasal akak cakap ngan Ude...hehehe...
Terima kasih utk ucapan itu
-----------
ainn...makan jgn tak makan...
emm bestnya ada yg buat surprise...mesti seronok kan?
bestnye akak...nak makan2 kang panggil ek..heheh
adoi tak sabar nak balik melaka..nak pekena ikan bakar alai....retoran alaaaa kasssimmmmm huhu! apa2pun hepi besday buat nadin kak ani hehhe...semoga kak ni berbahagia dgn cik Abang kak ni....aminnnn....
Medan Ikan Bakar di Umbai ni mmg sentiasa penuh kan kak.
Selamat hari ulangtahun untuk cik abang kak anie...
wahh kak anie, penuh berkolestrol 1 april kak anie..... :)
Mayana..memang best...!!
-----------
cikceria...hehehe...camaner nak panggil tepon pun takde...:P
Alina..terima kasih... Kita dpt tau awak suka pi makan Ikan Bakar kat Alai tu ...Itah yang cakap
-------------
Yus...mesti Yus selalu ke sana kan... Hehehe... Akak suka pergi ke Parameswara...
------------
Led...hahahah...betul tu... penuh dengan kolestrol...
Post a Comment