Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, April 6, 2011

Pementasan LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal...



Entry kali ni sepatutnya aku buat semalam... tapi aku siiiibuukkkk...tak dapat nak buat entry dan pagi tadi pun aku langsung tak dpt on laptop...

Isnin kelmarin... 4hb April 2011 mencatat sejarah  tersendiri dalam hidup aku...

Kerana.. diwaktu usia begini... barulah aku berpeluang untuk menonton theatre...

Beruntung anak2 sekarang.... diusia yang masih muda mereka telah berpeluang menonton berbagai pementasan theatre yang hebat2... seperti CUCI The Musical... P.Ramlee The Musical... Puteri Gunung Ledang dan banyak lagi.

Minggu lepas aku begitu teruja sebaik sahaja mendapat panggilan telefon dari adik ku Sya.

'Kak anie... nanti kau cakap kat laki kau... aku nak ajak kau pergi tengok theatre Lat Kampung Boy...'

'Ohhh...  ye ke... alamak!! Bestnya...okay nanti aku cakap dia.  Eh!! Mana kau dapat tiket...'

'Hehehe... aku dapat tiket free Celcom bagi...'

'Weiii!  Apsal kau boleh dapat... aku yang jadi pelanggan Celcom tak dapat pun...'

Sebaik mendapat green lite dari cik abang... hari Isnin begitu dinanti2kan...

Seronok sungguh... sejak lama dulu ada jugak plan nak pergi tengok pementasan CUCI The Musical tapi tak dapat.




LAT... sebuah nama besar negara... dia adalah ikon negara... siapa yang tak kenal LAT ... ?

Aku membesar dengan kartun2 lukisannya... Keluarga si Mamat memang tak perlu diperkenalkan lagi...

Bila muncul saja buku2 kartunnya... aku pasti membeli...sebab aku minat pada lakaran dan ideanya yang banyak menggambarkan kisah2 hidup kita... dan segala yang dihasilkan adalah menggambarkan kehidupan kita seharian.

Sentuhan Hans Isaac dan Harith Iskander sebagai pengarah dan penulis skrip memang menakjubkan...

Watak utama yang dibawakan oleh Awie & Atilia sebagai Datin Faezah begitu menonjol.  Suara nyanyian mereka memang kelaaassss...!!


Mereka begitu berbakat... dan yang paling aku suka ialah adik Daniel yang membawakan watak Lat semasa kecil.



Daniel begitu berbakat... kagum dengan dia kerana boleh menyanyi... menari... dan membawakan watak itu dengan begitu baik sekali...

Tak kalah juga watak bapa Lat yang dibawakan oleh Jalil Hamid dan guru kelas bahasa Inggeris Mrs Hew yang dibawakan oleh Sandra Sodhy amat menggeletek hati.  Begitu juga dengan Douglas Lim yang melakonkan watak Frankie Vee membuatkan dewan gamat dengan gelak ketawa.








 Babak2 dalam LKBSM ( gambar2 dari FB LKBSM)

Syabas pada semua mereka yang menjayakan LAT Kampung Boy sebuah Muzikal.

Dan '2 thumbs up' untuk pengarah dan penulis skripnya.





Tapi... yang buat aku terkilan sebab tak dapat membawa hero kecik aku...

Bila pulang ke rumah ... dia dah tidur... kesian pulak...

Jadi keesokan harinya aku cakap kat dia...

'Aeez... len kali kalau diorang ade buat ulangan pementasan LAT tu... ibu bawak Aeez eh..'

Aku ingin dia melihat bagaimana anak2 kecil yang terlibat dalam pementasan itu begitu berbakat dan berani bila berada di atas pentas.

Bukan senang untuk anak2 sebesar itu untuk terlibat secara langsung dengan sebuah pementasan kecuali mereka yang benar2 berbakat... dan yang penting punya keyakinan diri...

Syabas sekali lagi.

Aku dapat tau... tiket2 habis dijual... dan ramai yang terkilan kerana tidak berpeluang menonton pementasan hebat itu...

Harap2 ianya akan dipentaskan semula...aku benar2 berharap...


* Gambar2 yang dipaparkan kebanyakannya di ambil dari FB ... LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal


...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

17 comments:

secangkir madu merah said...

bestnya dapat gi tengok theatre...saya mmg lama dah teringin nak tengok. Kalau dgn Mr Hubby saya memang takde chan lah kot, adik yg rajin berjalan mengajak saya sudah pun berpindah ke kuching sarawak. Nampak gayanya, saya terpaksa 'teringin' sajalah sampai satu hari saya berpeluang utk tengok... Mr Hubby ku tidak sporting utk mengizinkan aku pergi tengok theatre huhuhu....

VimmiYasmin said...

KakAnie

saya mmg minat teater dari muda sampai skrg. Plg best dulu Gelanggang Tok Wali . Norish Karman kat Matic. Sampai 3 kali g tenguk. SKrg lagi la best ada IB. Tempat lepak saya seisi keluarga tiap minggu.

Unknown said...

bestnyer..ila nak tgk tapi tak tahu nak letak faiz kat mana ...hehehe....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

seronoklah Kak Anie, dpt tengok.. kita kalu kat KL mmg kirim salamlah nak pergi tengok... huhuhu

aNIe said...

SMM...alahai ... kita ni macam sama aje... akak pun selalu kalau nak pergi2 tempat2 camtu kena tunggu adik tu... dia memang rajin pi jenjalan makan2 tempat2 yang best...

----------------

Vimmi...bestnya dok dekat2 area situ... akak ni nak bergerak dari sini pun hampir 1 jam nak sampai kalau waktu petang2 orang balik kerja... maklumlah jem...

aNIe said...

Ila... bila ada anak2 kecil memang susah sikit... lainlah kalau ada mak ada famili yang bersedia untuk menjaga mereka...

------------

Sari... satu hari nanti cubalah pergi tengok... memang berbaloi... seronok

Anonymous said...

bestkan kak... saya mulanya hantar dulu anak2 dan anak sedara ke Matinee petang Sabtu...seronok dengar anak punya review...so kami berdua pergi pulak Rabu malam...sbb maid masih takde kenalah kakak2 tolong tengok2kan muhammad...haippp mak & ayah muhammad ni sanggup tinggalkan muhammad sbb nak tengok LAT he he...dah le habis pun hampir midnite...but memang ketawa la teater LAT...suka sangat dgn Pak Samad.."malaunnnnnnn...."

hubby saya being typical malay man tak suka teater cuma dia sanggup melayan isterinya yg kononnya minat teater so far semua teater kami tengok...pastu tahan telinga je le dlm keter bila hubby bagi remarks.."apa la duk nyanyi sana sini..bla bla..buang masa bla..blaa" tapi kalau ajak tak pernah menolak..ha ha

kalau ada CUCI lagi nnt kak Anie pegi la best sangatttt

cm

Kak Anie said...

CM...hahaha... takpelah cm... janji dia teman pi tengok teater tu... dia bebel pun sekejap je...hahaha

Memang gelak dengan Pak Samad...especially bila dia kata...

'Tu... yang cantik tu aku buat 5 minit je' Hahahha...macam nak pecah perut... gelak aje sepanjang masa...but then...ada juga babak yang menyentuh hati kan?

Akak dengan Ude memang nak tunggu CUCI... seronok sgt...

Acik Erna said...

anie..teruja pulak akak..rasa teringin nak tengok..akak pun tak pernah pi tengok theatre

MOKCIK AZWA said...

Bestnya kak dpt peluang menonton teater nie..kelakar tengok Awie dgn rambutnya itu hehehe

Kak Anie said...

Kak...len kali kalau ade tayangan cubalah tgk kak...memang best...

------------

Mokcik... memang kelakar...skrip dia pun kelakar...taulah kan awie tu kalau berlakon komedi pasti menarik

iina said...

wah kak cam best ye ;)

Unknown said...

Wah! bestnya akak dapat tengok teater lat kampung boy ni. Saya tak pernah berpeluang menonton teater lagi. Tapi saya pernah terlibat dalam pementasan teater sekolah masa form 4 dulu. Memang best kenangan itu...:)

Kak Anie said...

iina...bukan cam best lagik...mmg best...

-------------

Yus...satu hari nanti kalau anak2 dah besar boleh lah sesekali tgk teater dgn cik abang tu

The Immigrant Mom said...

Ish! Jeles... jeles >(

Mulan said...

kami ingat lama lagi.. so tangguh utk weekend ni.. ropanya dah abis.. huwaaaa sedih.. tak sempat tengok..

Kak Anie said...

Ailin...akak baru first time tengok teater... seronok sgt...

Mulan... dah 3 minggu kot... akak harap akan dipentaskan semula... nak bawak si kecik tu...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails