Malam nanti pasti peminat2 drama Trilogi Cinta akan melekat depan TV..
Rasanya hari ni barulah aku dpt tgk Drama ini pada hari Ahad...
Selalunya aku dalam perjalanan pulang dari Melaka.
Jadi... malam ni kena awal2 tunggu TV1 untuk Trilogi Cinta.
Aku jatuh cinta dengan drama ini kerana pelakon2nya yang berjaya membawa watak2 mereka dengan baik.
Rosyam Nor memang tak perlu lagi kita pertikaikan lakonannya... lakonannya memang best.. mantap...sampai ramai yang terigau-igau bermimpikan En. Razif dalam drama ini
Begitu juga Amyza Adnan... aku memang minat kat pelakon wanita ini... sejak dari dulu... kalau berlakon komedi... pun jadi... serius pun best... bagi dia watak jahat lagik tip top lakonannya...
Siti Fazurina... pelakon yang selalu membawa watak gedik...kelakar ini pun begitu menyerlah lakonannya dalam drama ini... sampai aku naik menyampah dengan wataknya yang gedik2 tu...
Yang aku ingin berterima kasih ialah watak yang diberikan pada Fouziah Gous.
Foziah Gous memang seorang artis wanita yang cantik. Aku suka tengok dia... berwajah ayu... rambutnya yang panjang mengurai pasti dia mempunyai peminatnya sendiri.
Dulu masa mula2 dia muncul dalam drama2 Melayu... aku suka tengok dia... seringkali aku memuji kecantikan dia...tak make up pun cantik...
Tapi sejak dia muncul dalam Filem Sifu & Tongga... pandangan aku pada dia jadi lain.
Gambar kredit dari google image..
Tiap kali tengok drama dia... aku dah tengok dia macam gadis hutan Mila dalam filem Sifu & Tongga.
Aku dah tengok dia seperti pelakon komedi... bila dia berlakon serius pun aku rasa tak menjadi.. Watak Mila jugak yang aku lihat.
Lama sungguh aku tak menonton drama2 lakonan dia... malas sebab bayangan gadis hutan itu saja yang aku lihat.... cara dia bercakap... berlakon dah seolah2 dalam filem tu...
Tapi bila dia muncul dalam drama Trilogi Cinta... watak gadis kampung yang baik & lemah lembut... aku sudah melihat dia dari persepsi lain...
Wataknya sebagai Norjinnah dalam drama ini membuat aku melihat bakat lakonanya.
Syabas pada pengarah drama ini dan juga Suhan Movies yang berjaya membuatkan aku melihat Fouziah Gous lari dari bayangan watak Mila dalam filem tersebut...
Dan pada Fouziah... semoga dia akan terus sukses dalam dunia lakonannya...
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
12 comments:
bestkan kak anie citer tu..saye pun nengok jugak...
saye rase pernah bace novel citer ni...
follw blk yer.sakuraspicelife.blgspot.com
drama ni mem je yg boleh ulas hehe
saya lum penah tgk lagi la kak anie drama ni..boleh la nnt tgk..hehe..tp novel2 cite ni suma saya ada..hehe..mmg besh.. :)
sy suka amyza, selamba jer lakunannya :)
memang daripada novel cerita ni.. tapi apa pun fauziahmemang cantik,.. dia ada darah arab sikit sikit
best kan cite ni!
err.. kakpah tak ikut..
tak tengok lagi lah citer tu...
ainn...citer tu memang best... tu belum masuk klimaksnya lagik... yg tak sabar nak tunggu bila adik dia dtg menyebok kat rumah dia...
-------------
sakura...thanks...
-------------
zino...biasalah ... bab drama ni bab orang pompuan...hehehe
Leeya...tengoklah ...memang best..
--------------
Maksu... amyza tu memang dah pro kan... apa watak pun bagilah kat dia
-------------
Zar...kecantikan dia kecantikan semula jadi... tak makeup pun cantik
Farra...memang best.. tip top...hehehe...
--------------
Kak pah... memang tak minat tgk drama bersiri ke kak?
-------------
Ila... dah masuk beberapa episod dah...jom ler tgk...
Post a Comment