Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Wednesday, February 16, 2011

Hishhh!!... Tak Tau le Aku Nak Jawab Apa...

Pagi tadi... semasa aku dalam perjalanan menghantar Farhan dan Farez ke sekolah...

Semasa berhenti di lampu isyarat ... adalah 3 ekor anjing... 2 betina.. satu ekor jantan...

Mereka beriringan untuk melintas jalan...

Tapi sampai di separuh jalan... anjing jantan tersebut mula 'menggoda'2 anjin betina yang sekor tu...

Anak2 aku yang berada dalam kereta terus memandang...

Lalu si kecik bertanya...

'EEiiii.... anjing tu tak malu... yg jantan tu siap cium2 bont** yang jantan tu... anjing gay...'

'Hish... mana pulak anjing jantan... tu betina lah... yang kena cium tu...' Farhan membetulkan sikecik...

'Ye ke... macam jantan... eiii... tak malulah...'

'Kalau tak malu jangan le tengok... anjing memang le camtu ....' aku bersuara... sebab nanti aku malas nak menjawab pertanyaan si kecik yang menjadi ingin tau apa yang anjing2 itu cuba lakukan.

Tetiba Farhan ketawa....

'Apalah anjing2 ni... nak buat hal tengah2 jalan ni pulak...'

Masa aku menoleh ke arah anjing2 tersebut memang aku lihat si anjing jantan cuba mengawan dengan si betina...

'Hissh... jangan pandanglah... korang tak malu eh...'

'Takde... Farhan geli hati tengok diorang... kat tengah2 jalan ni pun nak buat kerja...'

'Nama pun binatang... biasalah...diorang kan takde akal..'

Aku pun terus memberi ceramah free pagi tadi sepanjang jalan...

'Itu binatang... dia takde akal ... memanglah dia tak tau mana baik mana buruk... yang mana malu dan mana tidak.  Tapi kita ni manusia pun kadang buat macam tu... tak tau malu.  Sebab tu lah... kita dikurniakan akal oleh ALLAH untuk memikirkan apa yang boleh dan apa yang tidak....'

Ceramah aku sampailah diorang sampai ke sekolah... sebab aku malas nak menjawab soalan si kecik yang sedari tadi bertanya... kenapa anjing tu panjat2 anjing betina tu....

Bukan malas aje... aku tak tau apa nak jawab...hahahaha





...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

22 comments:

nanonano said...

cerdik budak2 skrg kak,
cerdik derang betul2 menguji kecerdikan kite nk menjawab plak, hahaha :p

Unknown said...

yelah kan kak. Kalau yus pun tak tahu nak jawab. Tapi betullah tu, itu binatang tiada akal, ni manusia yg ada akal tapi bersifat seperti binatang, tu yg kita takutkan kan kak..

Anonymous said...

salam maulidur rasul kak anie

hehe kalo kita pon mau terkial2
nak jawab bagai... =) ~

Zaitun said...

Memanglah budak2 sekarang cerdik,advance tapi Kalau anak tanya terasa malu juga.Mulalah jawab soalan yang mungkin tak sama jawapannya hehe...

secangkir madu merah said...

hahahahha...budak2 sekarang tak perlu diberi jawapan, mereka lebih pintar berfikir dan memang mereka banyak akal...

kita sebagai org tua, kena pantau dan banyak memberi nasihat spt yg akak buat tu...

sharifah rosidah said...

anie, nasib baik anak2 kita semua dah besar yang bongsu pun dah tingkatan 5 jadi tak perlu diorang nak tanya soalan2 macam ni kalau tak kita pun tak tahu nak jawab macamana.

cikceriacorner said...

heheheh..kelakau la akak..

tp kalo saya pon da terkata ape..

budak2 ni bijak..memerhati sekeliling kite dan bertanye..ehhehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hahahaha...10x, Kak Anie, sy pun pnah kena kes mcm ni dek si Yaya... hahaha

Mulan said...

adei.. adei... soklan cepumas je..

aNIe said...

nanonano... yang tak best tu...selagi kita tak jawab.. dia akan tanya sampai dia puashati

--------------

Yus..tu yang akak cuba cakapkan pada anak2... manusia mestilah seperti manusia... jgn jadi macam binatang tu...mereka adalah generasi akan datang maka tanggungjawab kita untuk mendidik mereka

aNIe said...

manje... tulah... mau tak terkial2 kita dibuatnya... soalan yang susah kita nak jawab

------------------

Kak Zai...hahaha... samalah kita... rasanya guru2 di sekolah lebih mudah untuk menerangkan pada mereka

aNIe said...

SMM... betul tu... diorang dah belajar disekolah... cuma kita kena pantau mereka supaya tau yang mana boleh dan yang mana tidak.. yang mana perlu dipilih... yang mana halal dan yg mana haram... kena selalu ingatkan

-----------------

Shidah .. yang dah besar2 ni senanga je... kita tak payah beritau lagi... kita cuma kena pantau je...

aNIe said...

Cik ceria... yang banyak bertanya ... tu si kecik akak tu... akan terus bertanya sampai dia dpt jawapannya

------------------

Yusa...tulah akak terbaca tadi...hahaha

-----------------

Mulan...hahaha... soalan cepumas yang tak ingin dijawab

iina said...

Tak yah jawab kak.. tak masuk peksa.. kalau saya kata camtu jek hehehe

~ez~ said...

uish..! payah tu nak jawab kak anie..hehehe

Unknown said...

sib baik anjing yg wat perangai..klau orang yg wat,mesti lagi susah nak explain kat fareez tu...heheheh

zino said...

berceramah sehingga habis sessi tak sempat bersoal jawab hehe

aNIe said...

iina...hahaha.. si kecik tu tak pakai jawapan tu...tu yang susah tu

---------------

Leeya.. susah nak jawab.. akak selalu ngelak je

---------------

aNIe said...

ila...kalau orang yang buat hal camtu akak baling je dgn batu...hahahhaa

-----------

zino.. tulah... masa dipenuhkan dgn ceramah free... sessi soal jawab dibatalkan...

Anna said...

Betul la kak anie, selalu jer saya pun nak elak jawap soklan2 macam tu. Nanti pjg pulak soklan dorang tuh...selagi x puashati dgn jwpan mesti dia tnya. Yg kecik tu paham..cuma yg no 2 tu..dia akan tanya berulang2..sampai dia puashati..kadang x ada idea tau nak jwp..

RashAtie said...

nasib baik anjing, bleh jugak bagi jawapan...kalau manusia camne?huhuhu...skg ni tgh2 jam pun bley kissing2 dlm keta...nasib baik budak2 takde...kalau tak, apa mau jawab arrr....

aNIe said...

Anna... anak2 ni akan terus menanya sampai diorang puashati.. tu yang akak jadi tak tau nak cakap aper pada soalan2 sensitip macam tu...

-----------

Atie...tu lah pasal.. tu yang akak kata... kalau manusia buat hal tengah2 jalan camtu mau kena baling je dgn batu

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails