Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, January 31, 2011

Majlis Akad Nikah...

...sambungan entry lepas...

22hb. Januari... hari penuh debaran bagi kedua mempelai...

Hari mereka balak diijabkabulkan...

Hari yang mendebarkan untuk aku juga...

Kali pertama bergelar mertua...

Awal pagi... kami semua sudah bersiap2...

Jadual utk ke majlis ialah jam 10 semua mesti sudah bersiap...

Maka kecohlah di rumah tersebut...masih2 berebut2 kamar mandi... kerana air di tingkat atas tiada... tuanrumah terlupa nak buka pili air untuk ke tangki...

Bila semua sudah siap sedia... dengan bacaan doa kami memulakan langkah berangkat ke rumah pengantin perempuan...



Keluarga dari kedua pihak lelaki dan perempuan dikehendaki memakai pakai tradisional....


Mengucup nendanya memohon restu  sebelum berangkat...


Alhamdulillah majlis berjalan lancar...

Hanya dengan sekali lafaz... anak bujang ku telah menjadi suami orang...



Airmata terharu bergenang dimata suamiku... dan aku hanya menahan sebak...

Selesai pembacaan lafaz taklik...upacara membatal air sembahyang... dan penyerahan mas kahwin... kami dijamu dengan jamuan yang sederhana...

Biarpun sederhana... makanannya amat menyelerakan... terutama sekali 'umbut kelapa masak lemak cili padi' dan sambal ikan asin...

Selepas makan...ibu mertuaku dijemput untuk memberi restu pengantin...ini adalah kerana keesokan harinya pelamin di hotel tinggi dan mungkin ibu mertuaku tak berupaya menaiki tangga itu untuk menepung tawar...



Biarpun badan mertua kurang upaya... dia berusaha menyempurnakan permintaan pihak pengantin perempuan... dan bila semuanya selesai kami semua memohon diri untuk pulang...

Semasa dalam perjalanan pulang... mertuaku memberitau cik abang dia ingin ke klinik...

Bila saja mertua berkata begitu pada cik abang...mereka semua sudah maklum bahawa mertua dah tak larat untuk menahan apa jua yang ditanggung ketika itu...

Ketika dibawa ke klinik... doktor tersebut menyarankan mertua di bawa ke hospital.  Setelah segala perbincangan dibuat bersama adik beradik mereka... cik abang terus membawa ibunya ke Hospital swasta di Kuching...

Dan ketika diberitau yang kami dari semenanjung dan akan bertolak balik pada hari Isnin... maka mertua ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan yang lebih teliti.

Apabila mendengar sahaja mertua di masukkan ke ICU... kami semua bergegas ke hospital...

Malamnya kami semua mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin semoga  kesihatan mertua bertambah baik...

Dan... keesokan harinya ... kami menerima berita yang melegakan hati kami...bahawa keadaan mertua semakin stabil....






...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

13 comments:

cikmin said...

Salam kak lady... :)

Tahniah kerana dah bergelar mak mertua..dah dapat menantu..semoga semuanya berjalan dengan lancar ya..

Unknown said...

Salam kak...

Tahniah! Dapat menantu, dah bergelar seorang mertua akak.

Alhamdulillah, mertua akak tu keadaannya stabil. Dugaan juga nak sambut menantu ni ye kak...

ilahjy said...

salam ka anie tak sabar rasanya ilah nak tau perkembangan seterusnya terutama N3 masa kak ani p beli belah di kuching..

znrinacollection said...

Tahniah...lps jadi mak mertua..jadi nenek ler plak hehe..

secangkir madu merah said...

tahniah, sudah bergelar ibu mertua...rasanya cepat masa berlalu..mungkin kak anie terasa macam baru kelmarin aku bernikah hehehehe

alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar..

JAI said...

Laaa..akak..anak kahwin dengan orang kuching kerr..uih..jauh tuhh..hehe..wah bolehlah cakap sarawak dengan menantu camnie..hehe..Tahniah kak..suspen baca entri nie especially bab mertua akak..saya diakan moga mertua akak sihat sentiasa hendaknya..amin

~ez~ said...

semoga majlis di melaka nnt pun berjalan lancar juga akak..

iina said...

Teringat masa saya kwin dulu.. arwah nenek saya tak dapat tengok sebab kena duduk dalam wad hospital.. lepas majlis bersanding saya dan pakwe terus pergi hospital dengan pakaian lengkap pengantin tuh kak.. sebab nak gembira kan hati arwah nenek saya.. senyum gembira betul dia masa tuh..

Teringat nie terus saya sedih.. arwah nenek dah takde.. Al-fatihah.. saya doakan ibu mertua akak terus sihat ye ;)

Acik Erna said...

as salam anie..alhamdulilah..cuma menanti majlis di melaka pulak kan..

Kak Anie said...

cikmin...Yus...terima kasih... doakan semuanya lancar...

-------------------

Ilah...sabau...bak kata orang melaka...hehehe

-------------------

znrinacollection...insyaallah... hehehe

Kak Anie said...

Secangkir madu...memang pun terasa macam cepat sgt diorang membesar...

------------

Jai...tulah jauh di Sarawak nikahnya...

Mertua masih belum berapa sihat...sekarang dia di Mahkota Medical center...

Kak Anie said...

Leeya...terima kasih...berdebar2 ni...

----------------

iina... sedihnya dengar...Al-Fatihah buat arwah nenek iina...akak harap mertua akan sihat menjelang majlis rumah akak nanti..

Kak Anie said...

Kak... memang berdebar2 sekarang ni...melaksanakan persiapan terakhir...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails