Semalam aku balik ke Melaka dengan Ude... menghantar segala barang2 yang dibeli di Nilai 3 hari tu...
Penuh belakang Naza... 5 kotak besar...sakit pinggang aku ngan Farhan mengangkut masuk Naza sementara Ude bersiap2...
Beratnya kereta mengangkat bebanan yang banyak tu... dan tau lah ..bila beban banyak...minyak pun Naza tu sedut macam naga...hehehe
Dalam perjalanan...Ude dah pesan...
'Ibu jangan nak tidor ah...'
'And knowing me' memang bila masuk highway je...mata aku pun 'high'...
Mulut berbual.tapi mata dah layu...lepas tu tengok aku dah terlentok...
Sampai je tol...keluar dari highway mata aku segar balik...
Macam magik...
Kalau aku bawak kereta lalu jalan lama... Melaka ---> PD----> Shah Alam... atau dari Shah Alam lalu Nilai....mata aku langsung tak ngantuk...
Mungkin sebab pemandangan yang menarik di kawasan2 kampung tu... macam2 boleh tengok...
Rasanya pihak PLUS...Elite... kenalah buat highway yang menarik pemandangannya macam kat kampung... barulah mata aku segar sepanjang pemanduan... kalau dok sebelah pun mata boleh segar...
Tapi kalau tidor dah tak cukup...macam sekarang ni...pemandangan yang cantik pun tak berguna...
Biarlah cantik mana pun...ada aku kesah...mata aku nak tido...
ZZZZzzzzZZzzzzz.....
...
Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.
18 comments:
beli apa yang banyak tu anie...saya rasa highway yang buat saya mengantuk sangat ialah highway karak gambang tu..aduh...kesian PA bawak kereta sorang2...
Mak mertua selalu pesan.. "balik ni jangan tido tau.. teman abang berbual.. kesian abang drive tuh.."
"Ok Mak.. pesanan mak akan diingati dan dipraktikkan".. jawab menantu dgn penuh kesetiaan..
.. tapi, bila time mak mertua je, tak sempat masuk tol pertama, baru 10 minit keluar simpang, tgk dia dh terlentok baiiiik punya.. hahaha.. sian pak mertuaku.. opssss...
kehkehkeh.. takpe, jgn risau, mak mmg selalu kena perli pasal menda ni and dia sendiri mengakui dan menjadikannya bahan lawak... so, ini bukan umpatan keji.. kahkahkah.. (buleh lak bg kategori.. cheh... hihihi).
salam kak
hehe magik kan mata leh terbuka sendiri bila kuar hinghway... hidung boleh 'sensing' kot...
sian kat ude hehe
tapi sian lagi kat mak dia yg ngantok tu smpai terlentok2 (^_^) ~
hahaha..kelakar lah akak ni. Magik ye, keluar highway terus mata segar semula.
Tu mesti barang2 untuk persiapan kahwin Munir kan...
sure k.anie penat tak abis sekarang ni..selagi tak tiba hari langsung selagi tu la bizi memanjang. Apa2 pun take a great care. Takut tuan umah tak sihat ms hari kenduri nanti lagi susah..
anie..akak je susah nak tidur kalau naik kete..
boleh dari seremban ke kedah ke..terengganu ke..kelantan ke..akak tak tidur lansung..
bukan tak ngantuk..tapi tak boleh nak tidur..
Tak boleh nak buat kawan utk berbual dgn driver betullah kak Anie ni. Nasib baik Ude tak terlelap sama.
Siangnya ude ada dipejabat melayan budak2 dari PTPL, kata suami shidah bila shidah beritahu yang malamnya ude kena balik melaka. Dia kata kesian budak tu tak penat ke?, shidah cakap penat pun dia terpaksa sbb abang dia nak kawin. Suami shidah suka tengok ude dia kata budaknya ceria je.
Ngantuk ubatnya tidurlah kak.. apa lagik kan hehehe ;)
biasanya kalau jalan jauh, co-pilot kena temankan pilot yg sedang memandu...kesian dia..
salam anie,
bila kpah kata kat dreba yang kpah mengantuk, dreba cakap... tidur je la. Bukan nak drive pun. haha.. apa lagi. aku tidur le..
zar ni bila pegang stering jer automatik mata jadi segar tak kiralah highway ke tak... tambah kalau jalan kg sebab kena lebih hati hati segala ayam itik lembu semua nak melintas.. ehhe
Kalau kak Zai berjalan aje kereta mesti tertidur tak kira highway ke tidak tapi sebelum tidur pesan dulu kat hubby bawa kereta jangan laju2.
Ezzah... beli barang2 untuk majlis tu lah...tu yang banyak tu...highway gambang tu memang boring kan... mengundang mata untuk tidor...hehehe
--------------
Hahahha... Tiny... pesanan yang amat berguna...hehehe... tapi menantu tu ikut tak pesanan tu...jgn2 menantu pun sama macam mertua...syyyhhh...
---------------
Manje...tulah pasal... Ude terpaksa drive sebab akak dah memandu dari pagi ke hulu ke hilir dah tak sanggup dah...letih giler...
-----------------
Yus...memang pun...akan terjaga... ntah kenapa... macam magik je...hahaha
---------------
Lady lavender...memang penat tak habis... selagi majlis belum selesai
Kak erna sama dengan arwah mak... mata dia tak boleh tidur kalau duduk dalam kereta... dan dia memang selalu pesan kitorang jgn tidur semasa dlm kereta...
------------------
YB...Ude tu ikut ayah dia... macamaner penat pun kalau dia pegang steering je mata terus segar...biarpun tgh malam
Shidah...dia memang aktif... walaupun montel tapi dia jenis yang aktif...kalau berjalan pun laju je...
---------------
iina...sokong 100% ...hahaha...
---------------
SMM... co pilot dah tak tahan lagik dah... seharian memandu... tu yang terlentok tu...hehehe
---------------
Salam Kak Pah...samalah anie... dpt greenlite terus tido...hahaha
-----------------
Zar jadi macam husband akak mmg mata dia segar bila memandu... biarpun jauh malam...
-----------------
Kak Zai...hahaha... memang ramai macam tu kan... masuk kreta je...mesti lelap...tapi anie tahan lah kalau jalan lama... jln highway memang tak boleh janji untuk jadi teman bercakap
Post a Comment