Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, January 25, 2011

Bermulanya Perjalanan Ke Sarawak Yang Penuh Cabaran...

Malam tadi aku selamat mendarat di bumi Semenanjung setelah 4 hari berkelana di bumi Kenyalang...

Sebuah perjalanan yang penuh cabaran dari awal hingga ke akhir ..

Namun segalanya selamat sudah...

Ku panjatkan kesyukuran pada ALLAH kerana ku terima apa jua yang ditakdirkan sebagai satu hikmah...

Perjalanan untuk majlis pernikahan anakku bermula pada malam Khamis...

Aku bertolak dari Shah Alam pada hari Khamis terus ke KLIA untuk menjemput cik abang yang balik dari Sabah...

Dari sana... kami terus ke Melaka...dan bermalam di sana untuk memulakan perjalanan bersama keluarga yang lain...

Awal pagi kami sekeluarga telah bersiap kerana jadual penerbangan kami ialah yang paling awal..

Penerbangan yang kami tempah terpisah untuk setiap kumpulan keluarga kerana jangkamasa untuk mendapatkan maklumat dari mereka agak lama...

Jadi penerbangan mertua dengan adik iparku adalah jadual yang terakhir iaitu pada 3.20 ptg.

Memandangkan ibu mertua kelihatan tidak begitu sihat... hati aku memang rasa amat bimbang...apa yang dapat aku lakukan hanya berdoa agar segalanya baik2 sahaja.

Setelah bersalaman dengan mertua... kami pun bertolak bersama bakal pengantin ....

Dari tol Ayer Keroh... cik abang memandu pada kelajuan yang sederhana... kerana waktu ketika itu baru jam 10 pagi... dan mengikut Ude kami kena sampai di LCCT paling lewat jam 12 tengahari kerana jadual kapalterbang kami ialah jam 12.50

Tiba-tiba... terdengar bunyi yang kuat pada tayar kereta....kuat... seperti bunyi besi memukul badan kereta...

Cik abang memberhentikan kereta dan memeriksanya bersama Munir...

Kereta yang begitu laju di lebuhraya membuatkan hati aku kecut dan mulut tak berhenti mengingatkan cik abang & Munir tentang kereta yang mendatang...

Rupa-rupanya... tayar kereta sebelah kanan dan botak di bahagian dalam hingga menyebabkan dawai pada tayar dah terkeluar... setelah membuang dawai yang terkeluar kami meneruskan perjalanan... dan berhenti di Simpang Empat untuk menukar tayar di sebuah kedai berdekatan...

Selepas itu cik abang pun memecut kereta ke arah LCCT...

Alhamdulillah... kami sempat untuk chek-in sebelum kaunter di tutup...

Nasib baik Ude ada...dialah yang menguruskan segala2nya...

Berlari2 anak dia ke sana ke mari untuk memastikan kumpulan yang lain mendapat 'boarding pass' masing2 di kioks self check in di situ...kecuali kumpulan adik ipar & mertua... kerana Itinerary mereka tidak ada pada Ude.  Lagipun kami tak tau jam berapa dia akan sampai sebab dia ada urusan di Pejabat Imigration sebelum bertolak nanti...

Kami adalah kumpulan terakhir untuk masuk ke balai pelepasan setelah panggilan terakhir dibuat...

Bersyukur kerana sempat masuk hanya 10 minit sebelum kapalterbang berlepas... biarpun hati begitu risau dengan adik ipar dan mertua yang dlm perjalanan...




Yang paling gembira dan teruja ialah Fareez  kerana ini merupakan penerbangan pertamanya...
Hanya dia dan Farhan dibenarkan membeli makanan semasa dalam penerbangan... hehehe...maklumlah harga makanan yang mahal berbanding 'portion'nya yang kecik... tapi untuk memberikan dia pengalaman yang seronok cik abang kata...'biarkanlah....'

Berada di dalam kapalterbang selama hampir 2 jam...akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching... si kecik aku sibuk mengambil gambar dari tingkap pesawat...






Semasa sedang menaiki kereta yang telah sedia menanti...tiba-tiba... telefon bimbitku berbunyi....dan kedengaran suara cemas anak sedara yang bersama kumpulan mertua di hujung talian....



Okay... bersambung  di lain entry...







...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

19 comments:

zareda said...

huh hebat cabaran nak terima menantu kak anie ni.. tak sabar nak tunggu siri seterusnya..

sekadar satu coretan said...

nasib baik sempat ye kak anie sampai kalau tak terlepas la pulak...

jadi kenangan tu..byk cabarannye...

kak ina kl said...

memang cabaran sungguh bila anak kamu ni nikah..dah lah jauh...dah jodoh mereka berdua..semuga mereka berdua kekal bahagia sepanjang hayat

ZABS said...

Salam Anie,

ALHAMDULILLAH. Sekarang bersedia untuk menyambut menantu di sini pula ke?

aNIe said...

Zar...insyaallah...malam ni sambung...nak tunggu gambar dari camera Ude...

--------------

ainnoraini...betul...masa tayar buat hal hati akak dah berdebar2...berbagai zikir dibaca memohon pertolongan dari ALLAH... maybe a miracle

---------------

ina... bila banyak cabaran semasa nak diijabkabulkan...diharap semoga perkahwinan itu berkekalan... itu doa anie setiap selesai sujud pada ALLAH

---------------

Salam Zabs...majlis rumah saya dua minggu dari sekarang... masih lagi menulis kad undangan...hehehe

Unknown said...

Nak terima menantu pun penuh cabaran ye kak anie..

Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya ni, especially nak tgk gambar kahwin Munir..:)

Mak Su said...

saspen ni kak, apa terjadi?

KV said...

alahai...saspen nya kak!!!

Ati Masrif said...

salam kenal kak,

lama tak naik kapal terbang

mahu lebih 10 tahun..huhu

Kaktiny said...

cabaran baru nak terima menantu tu mmg dh tentu lah kak eh..

tapi, cabaran akak yang jadi menantu walaupun dh lama.. laaaggiiii... dasat kan kak kan kan kan.. huhuhuhu...

bila nk sambung episode ni?.. hihihi.. cemas ni.. cemas.. hahaha..

Acik Erna said...

salam anie..cabaran nak menerima menantu tu..alhamdulillah..dah selamat semuanya..

RashAtie said...

alhamdulillah segalanya berjalan lancar....

skg ni dah bermula sibuk untuk majlis kat melaka la pulak ye....

sudah adat berkenduri....mmg memenatkan...tapi kesihatan jgn lupa tau!!!

sharifah rosidah said...

Kalau kita nak buat benda baik, insyaallah Allah akan menolong kita walaupun kita sedang dilanda masaallah.

iina said...

wah kak best mengunjung bakal besan ;)

aNIe said...

Yus...gambar kahwin munir dlm kamera Ude... nak tunggu dia upload ke komputer

-----------------

Maksu... tulah... tgh nak sambung ni... tapi gambar blm ada lagik

-----------------

Tiny...memang pun... cabaran menjadi menantu lebih dahsyat... jadi yang ni kita alahhh...biasa2 je...hehehe

---------------

Anonymous said...

alamakkkk saya memang tak suka kalau kena berada dlm keadaan suspen asyik dup dap hati tak tenang lebih2 lagi kalau melibatkan kapalterbang... so boleh rasa debaran akak... anyway syukur selamat tiba...selamat dpt menantu baru

chema

cikceriacorner said...

xsabau nak tunggu cite seterusnye..:)

Kak Anie said...

Kak erna...alhamdulillah telah selamat bernikah...terima kasih

-------------------

Atie... memang adat berkenduri... menyiapkan persiapannya membuatkan kita tak senang duduk selagi belum selesai

------------------

Shidah...Insyaallah...dan diharap segalanya nanti akan berjalan lancar di pihak kami

------------------

iina... dah bertemu besan... seronok dpt melihat adat perkahwinan mereka

------------------

chema...terima kasih... kasi suspens lah sikit kan...

-----------------

cik ceria... nanti akak cerita lagik... nak masukkan gambar pulak

Kak Anie said...

KV...bagi suspens...hehehe

Ati mashrif...salam kenal dari akak... akak pun dh lama tak naik belon...hehehe

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails