Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Friday, December 17, 2010

Wahai Hati Dengarlah...

Salam Jumaat...

Hari ini aku amat keletihan... selesai segala kerja aku asyik berbaring... tubuh bagai dipukul2 (orang tua2 selalu cakap macam ni kalau badan letih lesu)

Seharian semalam aku berada di luar rumah... keluar rumah jam 10 pagi.. terus ke Sepang ... kemudian membawa anak sedara ke Hospital Gleneagle untuk berjumpa dengan adikku Sya yang menjalankan pembedahan lutut...

Hampir waktu maghrib dari Gleneagle aku terus ke rumah biras di Setiawangsa.. dan berada di sana sehingga jam 9 lebih...

Balik ke rumah aku terus pengsan...tidur sampai pagi...

Mungkin itu sebabnya aku jadi begini...

Jadi apa yang aku ingin kongsi di Hari Jumaat ini dah lewat petang baru dpt aku postkan...

Selepas maghrib nanti aku akan bertolak balik ke Melaka bersama si kecik... berdua sahaja...

Buat kawan2 dan pengunjung blog...

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU ye....





WAHAI HATI…..DENGARLAH…..

Siapa yang tak mengakui indahnya bunga? Dengan warna yang menarik dan bau yang harum, ia sering menjadi idaman. Kadang-kadang ia juga menjadi perhiasan. Mata yang menilai pula mendapat tafsir tentang keindahan dari akalnya. Akal yang baik dan cerdas adalah akal yang dipandu oleh kasih Allahdan Rasulnya.  Bukankah ini yang dinamakan iman…………
Tidak seorang pun yang dapat menafikan, betapa indahnya mega petang. Warnanya yang begitu menawan, memukau setiap mata yang memandang, setiap hati yang terusik dan setiap jiwa yang rindukan kedamaian. Namun…. lebih indah lagi sekiranya hati kecilnya berkata: ‘Mahasuci Allah, tidak engkau jadikan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau ya

Allah, lindungilah aku dari api neraka.’
Begitu juga dengan keindahan jeram-jeram di kali, dedaunan gugur dihembus angin. Peristiwa-peristiwa sebegini amat meninggalkan kesan kepada hati makhluk yang bergelar insan . Itulah hakikatnya, fitrah jiwa manusia, jiwanya cenderung kepada keindahan dan kecantikan. Biar apapun pangkat dan kedudukannya.
Seorang kaya mungkin merasakan bahawa keindahan itu ialah rumahnya yang tersergam indah di atas bukit dan potretnya yang dilukis hebat. Seorang fakir pula mungkin merasakan bahwa keindahan itu adalah dari riak wajah anak-anak kecilnya yang menunggu kepulangannya.
Namun tidak ramai yang mengetahui, tentang wujudnya satu keindahan hakiki…. indahnya ia membuahkan perasaan kasih sayang pada ibu dan ayah. Indahnya ia , melahirkan rasa kasih pada sahabat dan indahnya ia, memandu akal dan jiwa kepada ketenangan, kedamaian, dan kerinduan kepada kebahagiaan. Itulah tanda kasih dan sayang pada Maha Pencipta dan Maha Pengasih. Itulah tanda kasih dan sayang pada Allah dan Rasulnya.
Hatinya berbisik; lagi……..

’Ya Allah, banyaknya nikmat-Mu padaku.tapi ………. sedikitnya aku bersyukur, ya Allah , hatiku tahu nafsu jahat itu musuhku, tapi banyaknya jalan-jalannya yang telah aku turuti. Ya Allah, besarnya pengorbanan ayah, tingginya nilai kasih dan mesra ibu, tapi aduhai …..sedikitnya do’aku untuk mereka. Ampunkan, ampunkanlah wahai yang Maha Pengasih’
Marilah kita bersama-sama memiliki keindahan iman ini.
Milikilah ia dengan banyak merenung dan memikirkan nikmat-nikmat Allah…. Milikilah ia dengan ilmu yang mendalam, mudah-mudahan dengannya keindahan yang hakiki akan kita peroleh.
Tidak seperti keindahan dunia ini yang hanya bersifat sementara…………….





...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

10 comments:

Unknown said...

Kak, ada GA tag utk akak.. kalu rajin, mehlah join. hehe

Pastu amik 2 arward dari asid (klu rajin gak)

Awward Friendship dan BeautifulBlog. daaa

zino said...

selamat berhujung minggu...

zafi said...

nice one!!!

ABDUL LATIP said...

Assalamualaikum

Terima kasih kerana minat membaca novel sejarah Islam..

Zareda Norman said...

happy weekend kak anie

cikceriacorner said...

akak..rehat ek..akak bestnye ayat2 tu..itu gurindam ke?

MOKCIK AZWA said...

Semoga hari ini kak Anie sudah okey..aminnn

umeboshi said...

k.anie dah OK ke??? semoga kembali ceria dan bersemangat lepas balik berhujung minggu di kg...

aNIe said...

Mrs. Asida... insyaallah... kalau rajin akak buat ye...hehehe

---------------

Zino Hujung minggu di Melaka...

---------------

zafi...thanks...


---------------

Terima kasih Pak Latip kerana singgah di blog saya

----------------

aNIe said...

Zar... weekend yang best... makan nasi minyak...

----------------

cik ceria... akak banyak dpt kata2 yang indah2 dari seorang sahabat yang rajin menyebarkan sesuatu yang baik untuk dikongsi bersama

---------------

Mokcik... Alhamdulillah... akak dah okay...

---------------

Umeboshi... Alhamdulillah.... terim akasih...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails