Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Monday, December 20, 2010

Ada Udang di Sebalik Batu...

Ni cerita minggu lepas masa aku balik ke Melaka....

Anak sedara aku mempelawa aku pergi bersamanya ke sebuah pusat pelangsingan yang amat popular.

Mereka sedang mengadakan promosi untuk 1 sessi pelangsingan pada harga yang amat rendah iaitu RM18.00

Lalu aku bertanya pada anak sedara tu...

'Betul ke buat 1 sessi cuma RM18..?'

'Betul mak sau... diorang tengah buat promotion...'

'Kau pergi ler percaya tu semua... mesti nanti kau pergi sana dia suruh beli produk... diorang kalau buat promosi harga rendah camtu mesti ada udang sebalik batu...'

'Alah pedulikkanlah mak sau... janji kita pergi try... jom ler...'

'Malaslah... mak sau ari ni nak pi majlis orang kahwin dengan Pak sau...'

Puas memujuk tapi aku takmo jugak... sebab aku rasa lebih baik aku habiskan masa dengan cik abang aku... pergi menghadiri jemputan majlis perkahwinan... dah lama kami tak jalan sama2...

Semasa aku balik dari majlis jemputan tersebut... anak sedara aku yang pergi bersama adik iparku masih belum pulang....

Katanya sessi tersebut mengambil masa 3 jam... siap ada massage... body steam...body wrap dan macam2 lagik...


Gambar hanya hiasan dari Google Image...


Lama memanti akhirnya petang baru  mereka pulang...

Aku dengar kecoh kat luar adik ipar bercerita dengan MIL...

Aku terus keluar dari bilik dan bertanya....

'Kenapa Dah....?'

'Siut punya company tu...  dah siap buat semua tu... dia paksa aku amik pakej dia...'

'Tulah... kak anie dah cakap... mesti diorang paksa beli produk atau aper pun... kalau tak takkan diorang nak buat promotion dgn harga murah tu...abih kau amik ke...?'

'Larrr ... kak  anie... aku ni tak boleh keluar dari bilik tu... dia paksa aku sign credit cardlah... aku cakap aku takde kredit kad... dia kata aku boleh bayar cash... sampai aku  nak pi ATM pun dia nak ikut... '

'Abih...'

'Bila aku kata aku takde kredit kad... dia suruh aku guna debit kad Maybank aku...lama2 aku sign jugak... sebab aku tak dapat nak kluar dari bilik tu...

'Larrr.... yang kau pi sign buat aper....'

'Tulah... selagi aku tak setuju... aku nak kluar bilik tu pun tak boleh...'

'Eh...mana boleh paksa2 orang camtu... kau pun pegi sign buat aper... kau cakap ler kau nak komplen kalau dia paksa kau...'

'Abih... Aq camaner? ' (Aq tu anak sedara aku...)

Anak sedara aku terus menyampuk...

'Orang kelentongkan dia mak sau... orang kata orang takde credit kad... orang baru kerja... duit gaji semua mak & ayah yang pegang... diorang tak leh nak cakap aper... sebab orang kata apa2 keputusan orang kena tanya dengan parents....'

'Pandai pulak kau jawab....'

'Tulah pasal... orang  tak tau pulak makcik sign...'

'Mahal ke...?'

'Pakej  yang dia suruh aku sign tu harga dia RM7,000... untuk ntah brapa kali sessi pun orang tak ingat...'

'Wahhhh!!!  RM7 ribu....'  terkejut aku dengar RM 7k... macam2 boleh buat tu...

'Tu lerr... masa aku telefon cik abang aku dia dah bising... dia kata RM7 ribu tu pi umrah lagi baik...masa tu aku dah on the way balik dengan Aq...'

'Pastu...'

'Aq cakap kat aku... kalau pakcik tak bagi... nampaknya makcik takde jalan lain... kita kena pergi balik kat pusat slimming tu... kena berlakon buat2 naik hangin...marahkan dia...'

Lalu dia pun bercerita bagaimana dia berpatah balik ke pusat pelansingan tersebut... bergaduh dengan manager pusat tersebut dan mengugut akan membuat aduan tentang hak2 pengguna...

Maka... pihak pengurusan pusat pelansingan tersebut  terpaksa membuat 'Sales void' pada jualan yang telah mereka lakukan pada adik ipar aku...

Semasa dia berbual dengan aku... dia pun cakap pada aku...

'Seesi pelansingan tu memang best kak anie... dia buat sedap... tapi kalau sampai RM7 ribu ... rasanya aku lebih perlukan wang itu untuk keperluan lain... lagi pun dia bagi aku macam2 jadual makan...'

Lalu aku mengambil kertas jadual pemakanan yang dihulurkan pada aku...

'Kalau camni lah cara makan yang dia sarankan pada kau... tak payah buat sessi tu pun orang boleh kurus... dah lah bayar ribu... kena ikat perut... langsung tak best.... baik kau jaga makan... pastu buat eksersais...lagik berbaloi...'

Disebabkan cerita yang mereka sampaikan tu... niat Ude nak pergi pada hari Ahad keesokan harinya terus dibatalkan...

'Kalau camtu Ude diet sendiri lagik baik...'

Sebab tulah... kadang2 kita jangan tertipu dengan taktik2 yang dijalankan oleh syarikat2 yang menawarkan harga2 yang tak menasabah pada servis yang mereka lakukan... kerana kadang kita tau... servis tersebut boleh mencapai hingga ribuan ringgit....






...


Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

iina said...

Tulah kak.. kalau yg murah2 nie dgr cam best jek.. tp mmg ada muslihat.. takkan dia nak bg pakej murah camtu jek.. mesti nak tarik pelanggan.. kalau saya kak.. saya ugut ckp nak telefon polis sebab tahan dan paksa orang..

MULAN said...

betol tu kak anie.. ngarut je depa ni.. menipu lebih.. saya hampir kena dulu..

ainnoraini said...

jgn mudah terpedayakan...
kadang2 die org ni tipu jer...bile bercerite pulak tu sikit la punye bagusss....

kadang2 tu mcm memaksa jer...

zany said...

ada saksi buat komplen kat tribunal kak, tuntut duit sampai dapat.

samalah sykt lain2 pun, bila congak sana sini RM 20 ribu. belum tentu kurus

Zareda Norman said...

kak anie

nak kurus kena ada kemahuan tinggi. cakap kat huda diet sendiri aje, cari info dalam internet, jaga makan, eksais dan minum air suam banyak..

cikceriacorner said...

akak..org pon nak kurus gak..heehe..kem salam kat ude ek..jom kite sama2 diet..:)

nanonano said...

kak, mak sau tu ape kak? mak besar ke ape?
hehehe,

betul tu,
byk sgt tektik ni derang gune,
jgn tertipu al kalau ade offer murah trlajak tu,
bahye betul, 7k bukan skit2,
7ratus pun dah syg nk bazirkan kat ctu,
biasenye slimming centre neh,
dia sarankan kite jgn mkn ns, minum air msk byk,
so xyah g sane pun bley je kurus, hehe :p

Kak Anie said...

iina...tulah memang takleh percaya bila ada promosi yang tak masuk akal camtu... sebab kita tau yang produk atau apa yang mereka tawarkan itu mahal harganya...

Nasib baik adik ipar tu pandai sergah diorang...kalau tak tentu dah tertipu

--------------------

Mulan... cakap macam bagus aje kan... tapi mengenakan orang pulak

--------------------

ainnoraini...memang pun...cakap cam bagus je... tapi result tak tau lagik... nanti dari 7K tu bertambah2 pulak

-------------------

Zany...adik akak dah pastikan sales yang dia sign tu terbatal... kalau diorang 'on' jugak memang boleh report je

------------------

Kak Anie said...

Zar...tulah yang akak selalu cakap pada dia... jaga makan 1-2 hari je... laparnya berhari2...hahahha... camaner nak kurus...

--------------------

cikceria... jom diet sama2...

--------------------

Nanonano.. mak sau tu... kependekan pada Mak Besar...hehehe... sebab cik abang akak anak yang paling tua... diorang panggil pak besar... lama2 panggil jadi mak sau...hahahha

Memang nak kurus tu kena kuat semangat... kalau tak hampeh je...

kak Erna said...

anie..betul kata anie..bukan pusat pelansingaan aje..semua promosi kalau murah..ada udang disebalik mee..

Zaitun said...

Pernah terjadi pada anak kak Zai masa buat rawatan muka,nasib baik berhenti separuh jalan,ribu juga habis.

iina said...

Kak Anie.. sila dtg blog ambik nama yang saya tulis nie.. ;)

umeboshi said...

mmg mengarut la depa ni. saja nyusahkan org. jahat sungguh taktik depa guna tu.. main paksa2 pulak suruh org sign payment cenggitu. ish.. geram!!

aNIe said...

Kak... memang ada udang sebalik mee...confirm punya

-----------------

Kak Zai... ada yang buat ribu2 habis... tapi kesan tak seberapa... berhenti dari rawatan jadi balik

-----------------

iina... dah tengok kat Facebook... nanti akak datang amik ye...

--------------------

Umeboshi... memang geram.. berkobar2 adik ipar akak bercerita...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails