Jom klik...terima kasih pada yang dah klik...

Klik Klik Sini Dear...!!

Tuesday, December 14, 2010

Seperti Pernahku Dengar Ayat itu... Tapi di Mana Ya...?

Kelmarin... semasa di Melaka....

Di rumah mertua aku... ada beberapa orang dtg mengaji...

Adik iparku menggajikan ustazah datang mengajar anak2nya... dan ada beberapa org jiran yang menumpang sama...

Semasa ustazah itu datang mengajar...aku sedang menggosok pakaian cik abang di bilik laundry...

Aku mendengar segala biji butir yang di ajar oleh ustazah tersebut...

Dan apa jua ayat ayat lazim yang diajarkan aku mengikut sama...

Kemudian tiba giliran sorang makcik jiran sebelah.....

Usianya dalam usia 60an... dia tidak pandai mengaji... segala ayat-ayat di dalam Muqaddam itu dihafalnya.
Bacaannya memang betul...

Kemudian aku dengar ustazah tu kata...

'Nek... bacaan nenek takde masalah...tapi rasanya nenek kena belajar dari mula'

'Dari mula...?'

'Yer... nenek kena kenal huruf... kalau nenek hafal je nanti nenek tak pandai membaca surah yang lain'

'Boleh aje...'

Jadi ustazah tu mula mengajar semula alif ba ta....

Makcik tu mengikut dan membacanya berulang kali...

'Boleh tak nek?'  tanya ustazah...

'Boleh lah...tapi pelan2... nenek ni tak pandai membaca...tak sekolah tu yang susah sikit... kalau orang pandai baca senang...'

'Takpe... nenek baca pelahan2... nanti lama2 Insyaallah boleh...'

'Tulah... dulu nenek ada mengaji... tapi tak habis... sebab sampai sini je cikgu tu dah  mati....'

Masa tu aku kat bilik dah nak tergelak...

'Cikgu tu dah mati...'

Hmmm.... seperti pernah ku dengar ayat itu ... tapi di mana ya....??



Hahahahaha....jahat betul fikiran aku ni tau...

Apa-apa pun... usaha mereka yang telah berumur untuk belajar mengaji dan membuang rasa malu itu satu yang patut dipuji...



'

...

Semua coretan adalah hakmilik Kak Anie dan tidak dibenarkan untuk diulang terbit oleh mana-mana pihak tanpa keizinan dari tuan empunya blog.

14 comments:

Acik Erna said...

salam anie..betul tu..mengaji tak ada had umurnya..sentiasa belajar dan belajar..
akak pun masih lagi belajar..seminggu sekali..membetulkan bacaan..tajwid..
seronok pulak..

Sya said...

Hah aku tengah fikir sapa agaknya nenek jiran sebelah tu ha haha

ChentaHati said...

kak Anie... ni soklan ikhlas jujur ni... nenek tu buat lawak ke dia serius? kalau saya yg dgr mmg sy dh gelak terus... hishhh, jahat btul sy ni!

cikceriacorner said...

eheheh..kak anie..sy mcm penah dengau ayat tu..mcm cite p.ramlee aje kanss..heheh..respek kat nenek tu..
sy pon masih blajau mengaji jugak kat opis time lunch hour ari selasa n rabu..heheh

Kaktiny said...

mcm citer p.ramlee daaa.. hehehe..

bagusnya, ada usaha utk penambahbaikan..

semoga usaha murni nenek itu diredhai Allah.. Ameen.

Zareda Norman said...

ish ish ish... cobaaaannnnn

Mak Su said...

errkkkk, macam biasa guna reason tu ;p

Irfa said...

makcik tu buat lawak ke atau betul-betul?ada gak niat nak cari guru mengaji betulkan bacaan/tajwid

Kak Anie said...

Kak... memang sepatutnya kita belajar lagi tak mengira tua atau muda...

---------------

Sya... ade ler... rahsia...hahaha

---------------

CH... dia cakap serius... tak gelak pun... akak je yang gelak kat bilik tu... asal teringat je akak gelak...

---------------

cikceria... memang patut respek pada dia... sebab ada orang nak belajar dari mula malu... tapi dia kuatkan semangat untuk belajar... biarpun pada usia itu...

Memang pun citer P.Ramlee... kalau lah P.Ramlee tak pernah cakap camtu... memang rasanya tak kelakar...

Kak Anie said...

Tiny... semoga pintu hatinya terbuka dan mudah mempelajari apa yang diajar oleh ustazah tu...

----------------

Zar... ini bukan cobaann... ini betul2 punya...hehehe

----------------

Maksu.. ni semua pasal citer P.Ramlee lah... kalau tak kita pun tak kesah apa nenek tu cakap...hehehe

-----------------

Irfa... tak tau lah betul ke cikgu dia meninggal... tapi ayat tu buat akak teringat skrip citer p.ramlee...

Unknown said...

Betul2 kena bljo. Bacaan yang betul tu kena.. apantah Al-Fatihah. klu betul.. x sah solat kita sampai bila2 kan.. :)

Citer Pendekar Bujang Lapok! minat citer ni.. :)

iina said...

Hehehehe.. yelah kak cam pernah dgr.. hehehe ntah2 betul apa kak.. mana tau kebetulan....

Yunus Badawi said...

Besar pahala nenek tu. Bukan ramai org yg seusia dgnnya sanggup bersusah payah mengaji.

Semoga dipermudahkan jalan kpdnya.

aNIe said...

Mrs. asida... memang pun... setiap bacaan dalam solat kena betul.. kalau tak nanti sia2 sahaja...

-----------------

iina... mungkin kebetulan...tapi tulah bila teringat ayat tu teringat citer P.Ramlee...

------------------

YB... betul tu... besar pahalanya...semoga segala usahanya diberkati...

Anda mungkin ingin baca :

Related Posts with Thumbnails